HomeBMIni Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum & Selepas Perjalanan Jauh

Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum & Selepas Perjalanan Jauh

Cuti umum atau cuti panjang long weekend biasanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan bercuti di lokasi-lokasi popular atau pulang ke kampung halaman.

Meskipun aktiviti road trip dan balik kampung kedengaran menyeronokkan, ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda mulakan perjalanan dan juga selepas selesai perjalanan jauh. Untuk memastikan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah, anda disarankan agar membuat pemeriksaan ke atas komponen-komponen penting dalam kereta anda terlebih dahulu.

Dalam artikel ini CARSOME senaraikan semua perkara yang anda perlu check pada kereta sebelum memulakan perjalanan dan juga selepas.

Artikel berkaitan: 15 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Servis Kereta Anda

Isi Kandungan

1) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan

2) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Selepas Selesai Perjalanan

3) Apa Nak Buat Kalau Kereta Tiba-tiba Rosak?

1) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan

Secara amnya, anda disarankan untuk memeriksa dan menyelenggara kereta sebelum memulakan perjalanan. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan yang akan ditempuh lebih selamat dan selesa tanpa sebarang masalah mekanikal seperti kerosakan enjin atau enjin kereta overheat, tayar pecah atau bocor dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini bukan sahaja boleh membazirkan masa anda, malah ia boleh merosakkan suasana percutian anda.

Tukar Minyak Hitam Kereta

Jangan tunggu tarikh penyelenggaraan minyak hitam seterusnya sudah hampir baru nak tukar minyak hitam. Kalau anda ada perancangan nak pergi berjalan jauh, terus tukar minyak hitam kereta. Perjalanan jauh akan memberi beban yang tinggi kepada enjin kereta anda sekali gus dapat meningkatkan risiko kerosakan enjin.

jenis minyak hitam, person check engine oil using dipstick

Nak tahu macam mana nak periksa paras minyak hitam kereta anda? Ikuti panduan ringkas ini:

  • Pastikan enjin kereta dimatikan, buka bonet hadapan kereta anda;
  • Cabut dipstick dan bersihkan sisa minyak padanya menggunakan kain atau tisu bersih;
  • Masukkan semula dipstick dan keluarkannya semula;
  • Perhatikan paras minyak hitam kereta anda – paras minyak hitam yang ideal berada di antara dua tanda pada dipstick. Sekiranya paras minyak hitam rendah, tambah segera mengikut kesesuaian.
  • Periksa juga tahap kepekatan minyak hitam – minyak hitam yang berada dalam keadaan baik akan berwarna lut sinar dan sedikit kuning atau kehijauan.

Menambah atau top up minyak hitam baharu ke dalam minyak hitam sedia ada tidak sama seperti menggantikan minyak hitam sepenuhnya. Ini kerana, bahan endapan yang terkandung dalam minyak yang sedia ada masih terkumpul dan tidak dibersihkan.

Anda dinasihatkan untuk tukar minyak hitam sepenuhnya dan gantikan penapis minyak hitam bagi menjamin kebersihan enjin kereta, mengoptimumkan kecekapan bahan api, serta menjamin jangka hayat enjin dan meningkatkan prestasi keseluruhan enjin kereta.

Periksa Tahap Cecair Kereta

Kereta anda bergantung kepada pelbagai cecair seperti minyak pelincir, cecair penyejuk, dan cecair brek untuk berfungsi dengan optimum. Setiap cecair ini mempunyai peranan yang penting; contohnya seperti cecair penyejuk atau coolant yang bertindak mengawal suhu enjin kereta supaya tidak terlalu panas atau overheat.

Dengan memastikan tahap cecair yang mencukupi pada setiap komponen penting dalam kereta anda, ini dapat mengurangkan risiko kereta rosak secara tiba-tiba yang berpotensi menyebabkan kemalangan.

automotive additive - engine oil treatment

Anda boleh merujuk manual pemilik sekiranya anda tidak pasti dengan tahap cecair yang disarankan untuk kereta anda. Berikut merupakan antara komponen kereta yang memerlukan pemeriksaan tahap cecair untuk perjalanan jauh:

  • Kotak gear – Untuk pastikan lakukan pemeriksaan sama seperti anda memeriksa paras minyak hitam kereta;
  • Radiator – Komponen ini menempatkan cecair penyejuk yang berfungsi menyejukkan enjin kereta anda terutamanya semasa pemanduan jarak jauh untuk jangka masa yang lama;
  • Brek – Sistem brek kereta memerlukan minyak brek yang mencukupi supaya brek boleh beroperasi dengan selamat;
  • Stereng – Cecair stereng kuasa atau power steering perlulah cukup agar anda boleh mengendalikan kereta dengan lancar.

Periksa Tayar Kereta

Ramai dalam kalangan pemilik kenderaan memandang ringan aspek penjagaan tayar kereta. Tayar kereta merupakan satu-satunya komponen penting kereta yang bersentuhan dengan permukaan jalan raya. Ini bermaksud sebarang kerosakan pada permukaan atau dinding tayar boleh memberi kesan yang ketara terhadap keselesaan dan keselamatan semasa pemanduan.

check kereta sebelum jalan jauh

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memastikan tayar kereta berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.

i. Pastikan Tekanan Angin Tayar Kereta Mencukupi

Tayar kereta yang mempunyai tekanan angin tayar mencukupi boleh mengurangkan risiko kemalangan serta membantu meningkatkan penjimatan bahan api. Walau bagaimanapun, tekanan angin tayar yang berlebihan boleh menyebabkan tayar pecah atau tayar pancit. Tekanan angin tayar yang kurang pula boleh meningkatkan penggunaan bahan api dan akan menyukarkan pengendalian kereta.

Artikel berkaitan: Tekanan Angin Tayar Kereta, Cara Isi Angin Tayar Kereta dengan Betul

ii. Tahap Kehausan Tayar

Keadaan tayar yang tidak sempurna seperti tayar bengkak atau bunga tayar haus boleh mendatangkan bahaya dan mengganggu pemanduan anda lebih-lebih lagi semasa hujan. Permukaan jalan yang basah dan licin ditambah pula dengan cengkaman tayar yang berkurangan boleh menyebabkan kereta hilang kawalan sekiranya anda menekan pedal brek secara tiba-tiba. Malah, tayar bengkak atau bunga tayar haus juga meningkatkan risiko tayar pancit atau pecah semasa memandu.

Artikel berkaitan: Tayar Makan Dalam, Tayar Botak atau Bunga Tayar Haus? Punca Kerosakan Tayar yang Perlu Anda Tahu

Pastikan Lampu Kereta, Signal Kereta Berfungsi dengan Baik

Sebelum memulakan perjalanan, penting untuk anda memastikan semua lampu kereta termasuk signal kereta menyala dan berada dalam keadaan baik. Lampu kereta yang berada dalam keadaan baik, terang, dan tidak rosak dapat membantu anda melihat dengan jelas selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda dengan lebih jelas terutamanya pada waktu malam. Anda disarankan untuk mengesan sama ada terdapat kerosakan pada lampu kereta anda (lampu depan, lampu belakang, lampu undur, lampu brek, dan lampu signal).

Minta bantuan ahli keluarga atau rakan untuk menghidupkan lampu dan menekan brek sementara anda perhatikan lampu kereta dari luar. Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan mentol ganti (spare bulbs) di dalam kereta untuk digunakan sekiranya mentol lampu kereta anda terbakar atau mati secara tiba-tiba semasa perjalanan.

Artikel berkaitan: DIY Kereta: Cara Tukar Mentol Lampu Kereta dalam 6 Langkah Mudah

Periksa Bateri Kereta

Jika bateri kereta anda sudah lama tidak diganti (lebih daripada dua tahun), periksa sama ada ia masih lagi berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan. Kalau enjin kereta anda memerlukan masa yang lama untuk dihidupkan atau bunyi starter kereta anda perlahan, ia mungkin menandakan bateri kereta anda sudah kong atau lemah.

check kereta sebelum jalan jauh bateri kereta

 

Selain itu, sekiranya anda berdepan situasi enjin kereta tak boleh start secara tiba-tiba, ini juga salah satu tanda yang menunjukkan bateri kereta anda kong atau sudah lemah. Apabila ini berlaku, anda boleh mengecas semula bateri kereta anda dengan merujuk kepada artikel cara jumper bateri kereta kami.

Sediakan Kit Kecemasan

Kit kecemasan memang sangat diperlukan untuk perjalanan jauh. Ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalanan. Kereta anda perlu dilengkapi dengan peralatan yang boleh membantu anda sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini seperti tayar pancit atau kereta tak boleh start tiba-tiba.

Berikut adalah barang-barang yang wajib ada dalam kit kecemasan anda:

  • First aid kit;
  • Kit peralatan untuk menukar tayar ganti termasuk jack kereta – pastikan tekanan angin tayar spare diperiksa dan diisi sebelum perjalanan;
  • Pemutar skru, spanar pelbagai saiz, dan peralatan lain yang diperlukan;
  • Kabel jumper;
  • Lampu suluh;
  • Powerbank;
  • Baju hujan.

Jangan keluarkan segi tiga amaran (warning triangle kit) daripada kereta anda! Ia boleh digunakan dalam situasi kecemasan seperti kereta anda tiba-tiba rosak dan tersadai di jalan raya. Segi tiga amaran berfungsi untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka sedang menghampiri kenderaan yang sedang berhenti disebabkan kerosakan atau kemalangan.

Artikel berkaitan: 9 Aksesori Kereta yang Anda Wajib Ada Sebagai Persediaan Kecemasan

2) Pemeriksaan Kereta yang Perlu Dilakukan Selepas Selesai Perjalanan

Selepas beberapa hari, anda kini dalam perjalanan untuk balik ke rumah selepas selesai dengan percutian anda. Tapi, jangan fikir yang penjagaan kereta anda 

Periksa Tahap Cecair Agar Mencukupi

Selepas mengharungi perjalanan yang panjang, lebih baik kalau anda semak tahap cecair kereta anda sekali lagi. Perjalanan jauh biasanya akan mengakibatkan penggunaan cecair yang lebih tinggi daripada biasa.

Kalau anda dapati ada cecair yang berkurangan, tambahkan secukupnya jika perlu. Namun, kalau ada cecair yang kurang terlalu banyak, ini mungkin menunjukkan yang terdapat kebocoran pada kereta anda. Terus hantar kereta anda ke bengkel jika perkara ini berlaku untuk buat pemeriksaan segera.

Alignment & Balancing Tayar

Anda perasan stereng atau tayar kereta bergegar selepas memandu untuk jarak jauh? Mungkin terdapat kerosakan pada alignment tayar kereta anda. Jangan abaikan masalah ini dan terus bawa kereta anda ke bengkel untuk diperiksa oleh pomen.

Apa lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan ada masalah pada alignment dan balancing pada tayar kereta anda?

  • Stereng kereta tak center di jalan yang lurus;
  • Kereta bergegar semasa membrek;
  • Bunyi kuat semasa membelok;
  • Kereta bergegar kuat apabila memandu laju.

Basuh & Bersihkan Kereta

Kereta kotor selepas perjalanan jauh adalah perkara biasa. Selepas dipandu lama, bahagian luar kereta akan dipenuhi dengan kotoran seperti lumpur, debu, atau serangga yang melekat pada cermin kereta. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk cuci kereta setelah perjalanan selesai.

Kalau anda ada anak kecil, bahagian dalam kabin kereta biasanya akan kotor atau bersepah selepas road trip. Ia perlu dibersihkan terutamanya jika terdapat sisa makanan yang tumpah pada lantai dan kerusi. Jika tidak, ia akan mengakibatkan lipas, semut, atau tikus bersarang dalam kereta anda. Malah, sisa makanan atau air yang tertumpah juga boleh menyebabkan kereta berbau busuk dan hapak.

3) Apa Nak Buat Kalau Kereta Tiba-tiba Rosak?

Young man with car breakdown

Walaupun dengan persediaan yang rapi dan teliti, kereta anda boleh rosak secara tiba-tiba. Apabila anda menghadapi situasi di luar jangkaan seperti ini, jangan panik dan kekal tenang. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ambil jika kereta anda rosak secara tiba-tiba:

  • Hidupkan lampu kecemasan dan berhentikan kereta anda di tempat yang selamat.
  • Kenal pasti apa yang rosak pada kereta anda.
  • Dapatkan bantuan dengan menghubungi perkhidmatan kecemasan serta syarikat insurans anda.

Artikel berkaitan: Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Kami harap artikel ini dapat membantu anda check kereta dengan betul sebelum memulakan perjalanan jauh serta selepas perjalanan anda selesai. Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, terus bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku semasa perjalanan, tetapi juga dapat mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya melibatkan kerosakan enjin yang serius atau sebagainya.

Kalau anda mahu membeli kereta terpakai berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselesaan sepenuhnya, keselamatan melebihi taraf, dan estetik yang telah dibaik pulih, layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk pilih daripada 30 jenama kereta terpakai yang kami tawarkan. Dapatkan kereta idaman anda di CARSOME hari ini!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular