HomeBMKereta Keluar Asap Putih? Ni Simptom Ekzos Bocor Ke?

Kereta Keluar Asap Putih? Ni Simptom Ekzos Bocor Ke?

Sistem ekzos kereta direka untuk memastikan pelepasan bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh kereta berada pada tahap yang selamat. Ia berfungsi mengurangkan kadar pelepasan bahan kimia ke udara selari dengan standard yang ditetapkan oleh sesebuah negara sekali gus mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan berbahaya kepada nyawa manusia. Namun begitu, ramai dalam kalangan pemilik kereta yang tidak mengambil berat tentang penjagaan sistem ekzos kereta. Ia secara tidak langsung menyebabkan sistem ekzos kereta menjadi bocor, rosak dan bermasalah. Kebocoran sistem ekzos boleh menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang sekiranya dihidu secara berterusan sepanjang pemanduan.

Isi Kandungan

 

ekzos berkarat mungkin bocor

Simptom Ekzos Kereta Bocor dan Bermasalah

Pengetahuan mengenai masalah kebocoran sistem ekzos boleh membantu mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini daripada berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan. Jika anda mengesan tanda-tanda kerosakan atau kebocoran ini pada sistem ekzos kereta anda, segera dapatkan bantuan dan nasihat pakar untuk pemeriksaan dan pembaikan.

 

1. Bunyi Kuat atau Pelik pada Bahagian Sistem Ekzos


Secara amnya, jika anda mendapati terdapat bunyi yang lebih kuat daripada biasa dihasilkan pada bahagian ekzos, anda disarankan untuk memeriksa sistem ekzos untuk mengetahui sebarang kerosakan atau kebocoran. Kereta yang mengalami kebocoran ekzos biasanya akan menghasilkan bunyi yang kuat terutamanya semasa memecut. Lazimnya, ekzos kereta yang bocor akan menghasilkan bunyi berdesis (hissing – bunyi seperti gas bocor) atau ketak-ketik (tapping – bunyi seperti hujan jatuh di atas atap rumah). Biasanya, bunyi ini terhasil lebih kuat semasa enjin dalam keadaan sejuk atau semasa anda memecut kenderaan.

Namun begitu, simptom bunyi ini sukar untuk dikesan kerana selain sistem ekzos, sistem lain juga menghasilkan bunyi-bunyi tertentu semasa kenderaan beroperasi. Walau bagaimanapun, jika anda mengesan sebarang bunyi yang berbeza daripada biasa, segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut.

 

2. Kecekapan Bahan Api Menurun


Sistem ekzos memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang betul untuk menghasilkan tahap kecekapan bahan api yang bersesuaian. Jika berlaku kebocoran dalam sistem ekzos, ia secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi enjin merosot sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. Ini kerana lebih banyak bahan api diperlukan untuk mencapai tekanan yang betul untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh kenderaan.

 

3. Kuasa Pecutan Berkurangan


Kebocoran sistem ekzos terutamanya pada bahagian manifold atau perongga ekzos secara tidak langsung boleh merosakkan injap dan seperti dinyatakan di atas, akan meningkatkan penggunaan bahan api. Ini menyebabkan kuasa enjin menjadi lemau sekali gus mengurangkan kuasa pecutan enjin sesebuah kenderaan.

manifold atau perongga ekzos

4. Gegaran pada Pedal Minyak


Jika berlaku gegaran pada bahagian pedal minyak kereta anda – besar kemungkinan bahagian ekzos kereta anda bocor. Lazimnya, gegaran pada bahagian pedal minyak adalah disebabkan oleh kebocoran paip ekzos, dan ia berkadar langsung dengan saiz kebocoran paip ekzos. Dalam erti kata lain, semakin besar saiz kebocoran, semakin teruk gegaran yang dialami oleh pemandu. Jika simptom dibiarkan, gegaran ini boleh bertambah buruk dan menyebabkan bahagian stereng dan lantai kereta turut mengalami situasi yang sama.

Artikel berkaitan: Kalau Kereta Anda Bergegar Semasa Memandu, Cuba Periksa 5 Komponen Ini

 

5. Bau Asap dalam Kabin


Jika sistem ekzos kereta anda mengalami masalah atau kebocoran, ia boleh dikesan melalui bau yang dihasilkan. Gas karbon dioksida (CO2) yang memasuki ruang kabin akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Namun begitu, ia berbeza jika ekzos kereta anda mengalami kebocoran gas karbon monoksida (CO) kerana gas karbon monoksida tidak berwarna dan tidak berbau!

Secara amnya, keracunan karbon monoksida adalah kes keracunan udara yang menyebabkan maut yang paling biasa berlaku. Gas karbon monoksida yang tinggi dalam udara akibat kebocoran ekzos akan menurunkan kandungan oksigen dalam kenderaan. Ia boleh menyebabkan kematian terutamanya jika pemandu dan penumpang sedang tidur dalam kereta.

Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa periksa sistem ekzos kenderaan anda di pusat pemeriksaan bertauliah secara berkala bagi memastikan sistem ekzos berada dalam keadaan baik dan selamat.

Bacaan lanjut: Meninggal Dalam Kereta: Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tidur Dalam Kereta

pasang ekzos baru

Tip Penjagaan Ekzos Kereta


Kebanyakan pemilik kereta kurang memberikan perhatian terhadap penjagaan sistem ekzos. Oleh sebab itu, Carsome menyediakan tips dan panduan penjagaan berikut untuk rujukan anda:

  • Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mengenal pasti sebarang kerosakan atau kebocoran pada bahagian ekzos kereta;
  • Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan tangan untuk mengesan sama ada terdapat angin yang keluar saluran ekzos. Namun begitu, amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tangan daripada terkena bahagian ekzos yang panas;
  • Jika kebocoran berlaku di bahagian gasket penyambung blok enjin, anda disarankan untuk menggantikan terus komponen tersebut. Gasket boleh rosak disebabkan perubahan suhu panas dan sejuk. Secara amnya, jangka hayat gasket kereta mampu bertahan selama lima hingga 20 tahun bergantung pada keadaan dan penggunaan;
  • Jika kebocoran kecil berlaku di bahagian lain, anda boleh mengimpalnya untuk membaikinya. Namun begitu, anda disarankan untuk menukar keseluruhan sistem ekzos jika lubang kebocoran terlalu besar untuk mengelakkan pembaziran bahan api.

Selain dapat mengenal pasti simptom kebocoran ekzos, anda juga boleh mengetahui kerosakan komponen kereta melalui warna asap kereta yang dikeluarkan daripada ekzos. Pengetahuan mengenai jenis warna asap dan punca masalah dapat membantu mengelakkan kerosakan yang lebih serius berlaku pada kereta anda.

 

Baiki Sistem Ekzos Kereta Anda di Pusat Servis CARSOME


Kalau anda tak tahu nak ke bengkel mana untuk periksa atau baiki sistem ekzos yang bocor, anda bawa saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME. Buat masa sekarang, kami ada dua cawangan iaitu di Petaling Jaya dan di Ampang. 

Kenapa anda boleh baiki ekzos kereta anda di Pusat Servis CARSOME tanpa risau kena tipu? Ini sebabnya: 

  • Pengebilan telus 
  • Alat ganti tulen 
  • Mekanik yang bertauliah 

Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki. 

Alamat Pusat Servis CARSOME:

Pusat Servis CARSOME (Ampang)  

Tambahan, Lot 1322, Kawasan Kilang,

Jln 11, Kampung Baru Ampang,

68000 Ampang, Selangor.

Pusat Servis CARSOME (Petaling Jaya)

No. 2, Lorong 51 A/227C, Seksyen 51A,

46100 Petaling Jaya, Selangor.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular