HomeBMBMW X1 sDrive20i M Sport: Harga dan Spesifikasi

BMW X1 sDrive20i M Sport: Harga dan Spesifikasi

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan varian model kenderaan pemasangan tempatan (CKD), BMW X1 sDrive20i M Sport baharu dalam pasaran Malaysia. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM233,800. Varian baharu ini didatangkan dengan tawaran waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun, program servis berjadual percuma dan program waranti tayar BMW.

BMW X1 sDrive20i M Sport
Kredit: paultan

Spesifikasi Enjin

BMW X1 sDrive20i M Sport ini dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter. Enjin ini digandingkan dengan transmisi dwiklac tujuh (7) kelajuan dengan Steptronic (7-speed Steptronic dual clutch). Ia berupaya menghasilkan 192 kuasa kuda (hp) pada 5,000 – 6,000 rpm dan tork maksimum 280 Nm pada 1,350 – 4,600 rpm. Selain itu, ia juga mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah 224 kilometer sejam (km/j) dan mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat. Prestasi yang mengujakan model SUV terbaharu segmen C ini semestinya akan memberikan suatu pengalaman pemanduan yang lebih optimum dengan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100 km.

7-speed Steptronic dual clutch
Kredit: paultan

Bahagian Luaran

Bahagian luaran model BMW X1 baharu ini diserlahkan dengan gril kidney trapezoid yang lebih besar. Ia dikemaskan lagi dengan kemasan krom disekelilingnya yang bercantum di tengah-tengah dan diapit pula dengan lampu LED yang direka semula dengan lampu pencahayaan siang “corona ring” heksagon untuk menyerlahkan lagi reka bentuk model ini. Lampu belakang pula tampil lebih elegan dengan LED penuh dan grafik dalaman baharu.

corona ring
Kredit: paultan

Model ini juga tampil lebih agresif dan garang dengan reka bentuk bampar hadapan dengan kemasan hitam berkilat dan lampu kabus LED. Model baharu BMW X1 sDrive20i M Sport baharu ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu:

  1. Misano Blue
  2. Black Sapphire
  3. Alpine White
  4. Mineral Grey

Selain itu, ia turut dipadankan dengan upholsteri premium “Black Leather Dakota”, ekzos berkembar, rim aloi dwitona Style 570 M bersaiz 18 inci dan suspensi M Sport (M Sport Suspension).

twin tailgate BMW
Kredit: paultan

Bahagian Dalaman

Bahagian dalaman kabin model ini tidak mengalami banyak perubahan berbanding model sebelum ini. Model BMW X1 ini tampil lebih menawan dengan kemasan trim dalam warna aluminum dan krom mutiara. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 8.8 inci dengan sistem navigasi di bahagian tengah papan pemuka. Selain itu, ia turut dilengkapi kawalan suara dan iDrive Controller, entri tanpa kunci dan sistem Operasi iDrive 6 generasi sebelumnya.

Model X1 sDrive20i M Sport
Kredit: paultan

Ciri Standard

Ciri standard yang ditampilkan untuk model BMW X1 ini ialah kawalan iklim automatik dwizon, kawalan pengendalian, sistem peredupan cermin automatik, Bantuan Parkir, enam pembesar suara dan kamera undur untuk keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan. Namun begitu, sistem bantuan pemanduan yang ditampilkan dalam model-model sebelum ini tidak disediakan untuk model ini.

Model X1 sDrive20i M Sport ini dijangka memberi saingan yang hebat terutamanya bagi model-model jenama lain dalam kelas yang sama seperti Mercedes Benz GLA-Class 200 Style, Audi Q2 Sport 1.4 TFSI, Renault Koleos 2019 Signature, Toyota Fortuner 2.4 VRZ AT 4×4 dan Toyota Harrier 2.0T Premium. Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model BMW terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular