HomeBMKereta Bunyi Berdengung, Bersiul? Masalah Bunyi Kereta Biasa Berlaku yang Perlu Anda...

Kereta Bunyi Berdengung, Bersiul? Masalah Bunyi Kereta Biasa Berlaku yang Perlu Anda Tahu

Sama seperti manusia, kereta yang bermasalah atau kereta yang memerlukan penyelenggaraan segera biasanya akan menunjukkan simptom, bunyi atau tanda-tanda tertentu. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memerhatikan atau mendengar dengan teliti sama ada terdapat sebarang tanda-tanda kerosakan atau bunyi yang pelik kedengaran sebelum menghidupkan sistem radio atau semasa memandu kereta anda. Biasanya, kereta akan menghasilkan bunyi berdengung, bunyi bersiul dan bunyi-bunyi lain sekiranya terdapat sebarang masalah pada komponen tertentu kereta yang boleh menjejaskan fungsi dan prestasinya.

bunyi kereta dan tanda kerosakan

8 Masalah Bunyi Kereta yang Biasa Berlaku & Tanda Kerosakan Kereta

Pengetahuan mengenai masalah bunyi yang biasa dihasilkan oleh kereta anda seperti bunyi nyaring, berdengung dan sebagainya sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenal pasti masalah dan cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan anda daripada menanggung kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya dibiarkan. Berikut merupakan antara masalah bunyi kereta yang biasa berlaku dan cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini.

1. Bunyi Nyaring daripada Bahagian Bonet Kereta

Bunyi nyaring atau screeching sound ini biasanya berlaku berpunca daripada timing belt kereta yang telah longgar atau haus. Timing belt atau tali sawat pemasaan secara amnya mengawal sistem asas dalam kenderaan. Ini termasuk alternator, pam air dan stereng kuasa, kompresor penyaman udara dan kipas radiator. Jika anda mendapati bunyi pelik yang berpunca daripada bahagian bonet kereta, besar kemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah timing belt yang telah rosak, longgar atau haus. Bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan dengan segera–timing belt yang rosak boleh menjejaskan prestasi komponen-komponen lain dalam kenderaan.

2. Ekzos Kereta Menghasilkan Bunyi Meletup, Berdesis atau Ketak-ketik

Biasanya, sistem ekzos yang rosak dapat dikenal pasti melalui bunyi-bunyi yang dihasilkan. Apa yang menarik, setiap bunyi yang dihasilkan oleh sistem ekzos menandakan simptom dan masalah berbeza yang dihadapi oleh kereta anda. Bawa kereta anda untuk penyelenggaraan dan pembaikan jika anda mengesan sebarang bunyi pelik untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius. Berikut merupakan masalah bunyi yang biasa dikaitkan dengan sistem ekzos kereta untuk panduan anda:

  • Chugging sound/bunyi meletup–kemungkinan sistem ekzos kereta tersumbat.
  • Hissing sound/bunyi berdesis–kemungkinan berlaku kebocoran dalam sistem ekzos.
  • Rattling sound/bunyi ketak-ketik–masalah penjajaran atau alignment kereta.

Artikel berkaitan: Kereta Keluar Asap Putih? Ni Simptom Ekzos Bocor Ke?

3. Bunyi Menciut atau Bergeser Semasa Menekan Brek

Bunyi menciut (squealing sound) atau bergeser (grinding sound) besar kemungkinan menandakan masalah pada sistem brek kereta anda–bunyi dihasilkan kerana angkup atau calliper bergeser dengan rotor. Secara amnya, sistem brek kereta memainkan peranan penting untuk keselamatan dan keselesaan anda sepanjang pemanduan. Oleh itu, bawa kereta anda ke bengkel dengan segera untuk pemeriksaan dan penggantian pad brek sekiranya anda mengesan bunyi ini.

Artikel berkaitan: Brek Kereta Tak Makan? 9 Tanda Brek Kereta Rosak atau Bermasalah yang Perlu Anda Tahu

4. Bunyi Berketik Semasa Melakukan Pusingan

Jika bunyi berketik atau clicking sound ini berlaku terutamanya semasa melalui selekoh tajam atau semasa membuat pusingan U, ia mungkin menandakan masalah pada bahagian CV joint kereta anda. CV joint merupakan salah satu bahagian penting dalam drive shaft atau aci pacu kereta anda. Ia memberikan fleksibiliti pada pergerakan roda, memindahkan kuasa dengan cekap ke roda kereta anda dan memastikan ia berputar pada kelajuan yang selari.

Jika komponen ini haus atau telah rosak, ia akan kehilangan minyak yang boleh menjejaskan kelancaran pergerakan gandar. Anda disarankan untuk menggantikan CV joint dengan segera sekiranya anda mengesan bunyi ini. Ia dapat mengelakkan anda menanggung kos pembaikan yang lebih besar sekiranya perlu menukar keseluruhan gandar kereta.

5. Bunyi Berdetap-detup daripada Tayar Kereta

Tekanan angin dalam tayar yang rendah boleh menyebabkan kereta menghasilkan bunyi berdetap-detup atau thudding noise. Jika situasi ini berlaku, periksa tekanan angin tayar kereta dan pastikan ia berada pada tahap yang disyorkan oleh pengeluar. Namun begitu, jika bunyi masih ada meskipun anda telah mengisi tekanan angin dalam tayar kereta, anda disarankan untuk memeriksa penjajaran kereta anda.

Penjajaran kereta yang tidak baik bukan sahaja menyebabkan bunyi berdetap-detup, malah boleh menyebabkan tayar haus dengan lebih cepat sekaligus menyebabkan pemanduan yang tidak selesa. Malah, tekanan tayar rendah dan tidak diselenggara secara berkala juga boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan: Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik dan Selamat di Malaysia

6. Bunyi Dentang Semasa Pemanduan

Masalah bunyi ini mungkin berlaku disebabkan oleh absorber kereta atau penyerap hentakan kereta yang telah rosak atau tidak berada dalam keadaan baik. Lakukan pemeriksaan kereta dengan segera jika anda mengesan bunyi dentang atau clunking noise semasa pemanduan. Jika tidak dibaiki dengan segera, ia boleh memberi kesan terhadap pengendalian, sistem stereng dan brek kereta. Selain bunyi, anda juga boleh mengesan tanda-tanda kerosakan absorber melalui tanda-tanda berikut:

  • Getaran berlebihan pada stereng semasa memandu.
  • Body roll berlebihan semasa melalui selekoh.
  • Kereta melantun dalam jangka masa yang lama.
  • Kehausan tayar yang tidak sekata pada tayar kereta.
  • Absorber kereta mengalami kebocoran.
  • Nose dive berlebihan semasa brek dan bahagian belakang terjongket semasa memecut.

7. Bahagian Bawah Kereta Menghasilkan Bunyi Berdengung

Jika anda mendapati kereta anda menghasilkan bunyi berdengung–bunyi ini mungkin menandakan beberapa masalah komponen yang berbeza. Sekiranya anda mengesan bunyi ini, beri perhatian sepenuhnya untuk membolehkan anda membantu mekanik mendiagnosis masalah kereta anda dengan lebih baik. Namun begitu, kereta yang menghasilkan bunyi berdengung biasanya disebabkan oleh kekurangan bahan pelincir, kerosakan sistem transmisi atau bearing tayar yang telah haus.

Apa yang anda boleh dilakukan–tumpukan perhatian sepenuhnya sebelum, semasa atau selepas bunyi ini kedengaran. Kongsikan maklumat sebanyak mungkin kepada mekanik anda untuk membolehkan pemeriksaan yang teliti dan terperinci dilakukan. Tanpa pemeriksaan menyeluruh, punca sebenar masalah mungkin tidak dapat dikenal pasti.

8. Bunyi Geseran daripada Wiper Kereta

Tahap kualiti, ketahanan dan jangka hayat sesebuah wiper kereta adalah bergantung pada jenis wiper kereta yang dipilih. Jika anda mengesan bunyi geseran atau scraping noise terutamanya semasa menggunakan pengelap cermin kereta, gantikan dengan pengelap cermin kereta yang baharu secepat mungkin.

Wiper kereta yang sudah rosak atau haus bukan sahaja berpotensi mencalarkan atau merosakkan cermin hadapan kereta, malah boleh membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Ini kerana, penggunaan pengelap cermin yang rosak boleh mengurangkan jarak penglihatan terutamanya semasa pemanduan dalam hujan.

Artikel berkaitan: Nak Wiper Kereta Tahan Lama? Ikuti Tip Penjagaan Ini!

kereta bunyi berdengung, bersiul

Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta terpakai lama anda, layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk alami proses menjual dan membeli kereta yang mudah, selamat, dan pantas.

Semua kereta CARSOME Certified telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan setiap kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir, serta memastikan tiada sebarang perubahan dilakukan pada milej kereta.

Tambahan pula, kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih secara profesional untuk memberi jaminan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih. Dapatkan kereta idaman anda daripada CARSOME hari ini!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular