Skip to content
Carsome Malaysia
  • About
    • About Us
    • Career with Us
  • Articles
    • All Articles
    • BM
    • News
    • Car Reviews
    • Electric Cars
    • Lifestyle
    • Car Tips
    • Promotions
    • Press Release
    • Reports
  • Contact Us
  • Sign In
    • Dealer
    • Seller
  • 18 December 2020

6 Tanda ‘Absorber’ Kereta Anda Rosak dan Perlu Digantikan

Shock absorber atau penyerap hentakan merupakan salah satu komponen kereta dalam sistem suspensi yang berfungsi menyerap hentaman, mengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspensi. Komponen ini akan menyesuaikan fungsinya mengikut struktur jalan dan memastikan permukaan tayar sentiasa menyentuh permukaan jalan sepanjang masa.

tanda absorber kereta rosak

Fungsi Shock Absorber atau Penyerap Hentakan:

  • Memastikan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan;
  • Mengoptimumkan prestasi brek;
  • Mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun;
  • Meningkatkan tindak balas pengendalian stereng;
  • Memastikan perjalanan anda lancar, selamat dan selesa.

Kegagalan komponen ini berfungsi dengan baik boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang pemanduan. Malah, dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal apabila melalui permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata.

Jenis-Jenis ‘Absorber’ Kereta di Pasaran

Penyerap hentakan atau absorber kereta yang dijual di pasaran terdiri daripada shock absorber jenis minyak dan shock absorber jenis gas.

jenis absorber kereta di pasaran

i. Shock Absorber Jenis Minyak

Absorber jenis minyak menawarkan kawalan dan pengendalian yang lebih baik untuk perjalanan yang lebih selesa. Jika kereta anda jenis kereta standard, penyerap hentakan jenis ini sudah memadai. Absorber jenis ini menjanjikan prestasi yang cukup baik terutamanya apabila memandu di jalan raya yang berturap. Namun begitu, penyerap hentakan jenis ini mungkin sedikit ‘off‘ jika melalui jalan yang tidak berturap.

ii. Shock Absorber Jenis Gas

Absorber jenis gas pula kebiasaannya mengandungi gas nitrogen bertekanan rendah. Gas nitrogen digunakan untuk mengatasi masalah peningkatan suhu bendalir hidraulik selain menstabilkan dan mengekalkan kadar hentakan injap. Penggunaan shock absorber jenis gas adalah disyorkan untuk anda yang biasa menggunakan laluan yang teruk, berlubang dan tidak berturap. Ini kerana, penyerap hentakan jenis ini memiliki prestasi yang lebih baik dan sesuai untuk persekitaran yang mencabar.

Absorber jenis ini sesuai digunakan pada kenderaan dengan muatan berat, tahan lasak dan berupaya memberikan kawalan stereng yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

Tanda-tanda ‘Absorber’ Rosak

Carsome membantu anda mengenal pasti 6 tanda-tanda kerosakan atau kehausan pada bahagian absorber sebagai panduan anda:

1. Getaran berlebihan pada stereng semasa memandu

Jalan raya yang tidak rata dan berlubang adakalanya akan menyebabkan stereng kereta bergegar dan sukar dikawal. Namun begitu, jika stereng anda mengalami gegaran yang berlebihan walaupun memandu di atas permukaan jalan yang rata – ini merupakan tanda kerosakan serius pada absorber kereta anda. Ia biasanya disebabkan oleh injap atau penutup piston yang telah haus di dalam penyerap hentakan yang secara tidak langsung membenarkan cecair yang berlebihan melepasi piston, sekali gus menjejaskan prestasinya.

Penyerap hentakan tidak lagi dapat menyerap hentakan lalu dipindahkan kepada pemandu melalui stereng kereta terutamanya apabila kenderaan melalui jalan berbonggol atau permukaan jalan yang tidak sekata. Malah, gegaran juga semakin teruk dirasai semasa memandu di lebuh raya pada kelajuan yang tinggi. Gegaran ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan dalam pemanduan, malah turut memberi kesan kepada aspek keselamatan dan kemampuan anda untuk mengawal kenderaan jika berlaku kemalangan.

2. Body roll berlebihan semasa melalui selekoh

Jika perkara sebegini berlaku pada kereta anda, ia menandakan penyerap hentakan kereta anda perlu digantikan. Apabila penyerap hentakan gagal berfungsi dengan baik, kesan redaman (damping effect) akan berkurangan dan secara tidak langsung pemampatan suspensi menjadi tidak terkawal. Kerosakan absorber kereta akan menyebabkan body roll yang berlebihan. Kereta anda akan menjadi tidak stabil terutama semasa anda melalui selekoh tajam – badan kereta terasa terapung dan terbuai secara berlebihan atau floaty. 

3. Kereta melantun dalam jangka masa yang lama

Penyerap hentakan berfungsi menyerap tenaga yang berlebihan daripada spring apabila kereta melalui bonggol atau jalan raya yang tidak sekata. Absorber kereta yang masih dalam keadaan baik dapat mengelakkan kereta anda daripada terus melantun dalam jangka masa yang lama. Namun begitu, jika penyerap hentakan kereta anda tidak lagi berfungsi dengan baik, tenaga berlebihan ini akan menyebabkan kereta anda bergoyang dan melantun dengan berlebihan sekali gus mempengaruhi keselesaan dan pengendalian.

4. Kehausan tayar yang tidak sekata pada tayar kereta

Kerosakan absorber kereta turut boleh dikesan melalui kerosakan pada bahagian tayar kereta anda. Kerosakan atau kehausan tayar yang tidak sekata atau turut dikenali sebagai cupping menandakan kereta anda mengalami masalah berkaitan suspensi kenderaan. Ini kerana, suspensi tidak lagi dapat menampung berat kenderaan anda sekali gus menyebabkan lebihan berat tertumpu pada satu bahagian tayar sahaja. Oleh itu, jika kereta anda mengalami kehausan bunga tayar yang tidak sekata, besar kemungkinan penyerap hentakan anda sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan perlu digantikan.

5. Absorber kereta mengalami kebocoran

Cecair bendalir sepatutnya berada di bahagian dalam shock absober dan bukannya di bahagian luar. Jika anda dapat mengesan cecair bendalir di bahagian luar absorber kereta anda, ini menandakan penutup penyerap hentakan telah bocor atau rosak. Penyerap hentakan yang bocor tidak akan berfungsi dengan baik kerana kehilangan cecair akan menjejaskan fungsi dan prestasinya. Selain itu, kotoran dan jelaga yang terperangkap pada syaf (shaft) dan bendalir akan mempengaruhi pergerakan syaf sekali gus menjejaskan prestasinya. Tanda-tanda kebocoran pada absober ini merupakan cara yang paling mudah dan jelas untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk menggantikan penyerap hentakan kereta anda.

6. Nose dive berlebihan semasa brek dan bahagian belakang terjongket semasa memecut

Selain peningkatan jarak berhenti, nose dive atau kereta menjunam secara berlebihan semasa brek turut menandakan kerosakan pada bahagian absorber kereta anda. Namun begitu, keadaan ini sukar untuk dikenal pasti melainkan anda sendiri menyedari kekurangan dinamik pada kereta anda. Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada kereta anda, segera ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan. Anda juga boleh menguji sendiri dengan menekan kuat di bahagian sisi kereta untuk menguji tahap lantunan kenderaan anda. Penyerap hentakan yang berayun beberapa kali sebelum kembali kepada keadaan asal menandakan bahagian ini perlu digantikan segera. Selain itu, bahagian belakang terjongket semasa memecut turut menunjukkan simptom kerosakan absorber kereta.

shock absorber

Jika anda ingin menukar shock absorber lama kereta anda kepada shock absorber yang baharu, perhatikan dan periksa juga keadaan coil spring kereta anda. Tukar jika ia telah haus, rosak atau mengalami perubahan bentuk. Selain itu, jika anda berminat untuk membeli mana-mana model kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Trending Now

  • Tips on cleaning and disinfecting your car’s cabin
    • Learning Centre
  • Delay your car loan payments for 6 months from 1 April 2020
    • News
  • Cars in Malaysia that hold the Highest Resale Value after 5 years
    • Learning Centre
  • The 2019 Perodua Axia is here – New Style, Better Safety
    • News
  • vios 2019
    Here’s why the latest 2019 Toyota Vios is the Best It’s Ever Been
    • News
Facebook
Instagram
  • About
  • FAQ
  • Contact
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

© 2015-2018 Carsome Sdn. Bhd. All right reserved.