Skip to content
Carsome Malaysia
  • About
    • About Us
    • Career with Us
  • Articles
    • All Articles
    • BM
    • News
    • Car Reviews
    • Electric Cars
    • Lifestyle
    • Car Tips
    • Promotions
    • Press Release
    • Reports
  • Contact Us
  • Buy Car
  • Sell Car
  • Sign In
    • Dealer
    • Seller
  • 23 October 2020

Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu

Tayar merupakan antara komponen penting kenderaan yang perlu diberi perhatian. Perbuatan mengambil mudah perkara-perkara berkaitan tayar seperti tekanan angin tayar, tahap kehausan tayar boleh mengakibatkan risiko kehilangan nyawa. Tahukah anda, kerosakan yang berlaku pada tayar anda sebenarnya menunjukkan masalah-masalah kerosakan komponen lain yang perlu diberi perhatian. Carsome menyenaraikan 5 tanda kerosakan berkaitan tayar kereta yang perlu anda tahu.

kerosakan tayar

1. Bunga Tayar Haus Melintang

Jika tayar kereta anda menunjukkan tanda-tanda haus tidak sekata, ia mungkin menunjukkan tayar anda mengalami masalah yang dikenali sebagai “cupping“. Secara umumnya, masalah “cupping” atau juga dikenali sebagai “scalloped tires” merujuk pada pelbagai masalah suspensi kenderaan. Suspensi kenderaan yang rosak menyebabkan berat kenderaan menjadi tidak sekata sekali gus menyebabkan lebihan berat tertumpu pada sebahagian tayar sahaja. Bunga tayar yang haus secara tidak sekata seperti ini menandakan sistem suspensi mengalami masalah yang perlu diberi perhatian yang serius. Komponen suspensi seperti penyerap kejutan (shock absorber), topang (strut), sesendal (bushing) dan lain-lain berpotensi untuk haus selari dengan jarak perjalanan kenderaan.

2. Bunga Tayar Haus Di Kedua-dua Bahagian Tepi

Tekanan angin tayar yang bersesuaian penting dalam memastikan kelancaran perjalanan, keselamatan pemanduan serta ketahanan tayar. Tayar dengan tekanan angin yang kurang boleh menyebabkan bunga tayar haus di bahagian tepi. Selain itu, tekanan angin yang berkurangan dalam tayar boleh meningkatkan penggunaan bahan api dan menjejaskan prestasi pemanduan dan pengendalian kenderaan terutamanya di jalan raya yang berselekoh.

3. Bunga Tayar Haus Tengah

Bunga tayar yang haus di bahagian tengah menandakan tekanan angin yang berlebihan di dalam tayar. Tekanan angin yang tinggi boleh menyebabkan cengkaman tayar pada jalan berkurangan dan boleh mengakibatkan tayar bengkak atau dalam kes yang lebih serius boleh mengakibatkan tayar pecah. Periksa label tekanan angin di bahagian pintu pemandu jika anda tidak pasti amaun tekanan angin yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Tekanan angin tayar yang tidak bersesuaian sama ada berlebihan atau berkurangan bukan sahaja menyebabkan kehausan tayar yang tidak sekata malah boleh menjejaskan prestasi dan keselesaan pemanduan.

4. Bunga Tayar Haus Tidak Sekata

Kerosakan secara rawak atau ‘patchy spot’ adalah disebabkan oleh masalah pengimbangan (balancing). Secara amnya, balancing merujuk pada proses pengimbangan tayar supaya tayar dapat berputar dengan baik dan tidak bergegar. Tayar yang tidak seimbang boleh dikesan apabila anda merasa getaran pada stereng atau kenderaan anda tidak bergerak secara lurus. Anda disarankan untuk melakukan penyelenggaraan balancing tayar sekurang-kurangnya setiap enam bulan untuk memastikan kualiti dan memanjangkan jangka hayat tayar.

5. Bunga Tayar Haus Sebelah

Selain itu, faktor yang menyebabkan bunga tayar haus di bahagian sebelah luar tayar berpunca daripada masalah penjajaran atau alignment yang tidak betul. Alignment merupakan proses meluruskan semula kedudukan tayar agar selari dengan sudut roda stereng. Kedudukan tayar yang tidak betul boleh mengakibatkan kehausan tayar yang tidak sekata, malah boleh menyebabkan risiko kerosakan komponen-komponen lain pada kereta.

Tip Keselamatan Tayar Kereta Carsome

Aspek keselamatan berkaitan tayar tidak boleh dipandang ringan. Perkara-perkara ini boleh menjamin keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain semasa berada di jalan raya. Penyelenggaraan yang bersesuaian secara berkala dapat mengurangkan kos pembaikan, meningkatkan jangka hayat tayar dan boleh membantu anda menjimatkan wang. Berikut merupakan perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk memastikan keadaan tayar anda tetap berada dalam keadaan terbaik:

  1. Pemeriksaan pengimbangan dan penjajaran (balancing and alignment) sekurang-kurangnya dua kali setahun dapat mengurangkan risiko kerosakan pada tayar.
  2. Periksa sama ada tekanan tayar (air pressure) adalah bersesuaian sekurang-kurangnya sebulan atau seminggu sekali untuk memastikan tekanan tayar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Tekanan angin tayar yang bersesuaian dapat mengurangkan faktor kemalangan dan menjimatkan penggunaan bahan api. Tekanan angin tayar yang biasanya tertulis pada bahagian sisi tayar menandakan tekanan angin maksimum yang mampu ditampung oleh tayar, bukannya bermaksud tekanan yang bersesuaian untuk tayar.
  3. Kedudukan tayar perlu ditukar (tire rotation) secara berkala kerana ia dapat membantu meningkatkan jangka hayat tayar untuk prestasi yang lebih optimum. Kebiasaannya, kedudukan tayar disyorkan untuk ditukar setiap 5,000 hingga 8,000 km bergantung pada penggunaan.

alignment dan balancing

Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Trending Now

  • Tips on cleaning and disinfecting your car’s cabin
    • Learning Centre
  • Delay your car loan payments for 6 months from 1 April 2020
    • News
  • Cars in Malaysia that hold the Highest Resale Value after 5 years
    • Learning Centre
  • The 2019 Perodua Axia is here – New Style, Better Safety
    • News
  • vios 2019
    Here’s why the latest 2019 Toyota Vios is the Best It’s Ever Been
    • News
Facebook
Instagram
  • About
  • FAQ
  • Contact
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

© 2015-2018 Carsome Sdn. Bhd. All right reserved.