HomeBMApa Tanda-Tanda Minyak Hitam Kereta Perlu Ditukar?

Apa Tanda-Tanda Minyak Hitam Kereta Perlu Ditukar?

Pemeriksaan dan penyelenggaraan minyak hitam kereta (atau turut dikenali sebagai minyak enjin dan minyak pelincir) secara berkala penting untuk menjaga prestasi dan kemampuan enjin. Ia juga boleh membantu mengelakkan anda daripada berdepan dengan situasi luar jangkaan seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta yang mungkin berisiko merosakkan komponen lain dalam enjin kereta anda.

Secara amnya, minyak hitam kereta berfungsi membersihkan, menyejukkan dan melicinkan pergerakan sekali gus mengurangkan risiko kerosakan pada bahagian enjin kereta. Oleh sebab itu, pengetahuan asas mengenai minyak hitam merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan.

Minyak Hitam Kereta: 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta Yang Anda Perlu Tahu

Secara amnya, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh tukar minyak hitam kereta yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengelakkan masalah kerosakan serius pada enjin yang mungkin menelan kos perbelanjaan yang lebih tinggi.

Biasanya, tempoh tukar minyak hitam kereta adalah bergantung pada jenis minyak hitam yang digunakan, biasanya setiap 5000 atau 10,000 kilometer. Meskipun begitu, anda disarankan untuk segera tukar minyak hitam kereta anda sekiranya menunjukkan tanda tukar minyak hitam kereta seperti berikut:

1. Enjin Kereta Meragam

Enjin kereta meragam, masalah kereta bunyi bising pada bahagian enjin (bunyi ketukan), komponen logam bergesel dalam enjin merupakan tanda anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Secara amnya, minyak pelincir memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin. Ia sekali gus mengelakkan komponen logam yang bergerak dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Oleh sebab itu, minyak pelincir perlu diselenggara mengikut jadual bagi membantu meningkatkan jangka hayat sesuatu komponen dalam enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta daripada meragam. Minyak pelincir yang tidak diselenggara akan menjadi semakin cair, berkurangan atau kotor sekali gus menjejaskan fungsinya.

2. Kereta Bau Hangit, Terbakar

Bau hangit atau terbakar dalam ruang kabin menandakan ada bahagian enjin kereta anda sedang mengalami masalah yang memerlukan pemerhatian segera. Biasanya, kereta bau hangit berlaku disebabkan oleh kebocoran minyak dalam enjin kereta. Malah, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh suhu enjin kereta yang terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar di dalam sistem ekzos. Dalam sesetengah keadaan, ia juga menyebabkan kereta keluar asap kelabu atau biru. Jika situasi sebegini berlaku kepada anda, segera periksa kereta anda dan tukar minyak hitam kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius seperti kebakaran enjin dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Sistem Ekzos Kereta Anda Mungkin Bocor dan Bermasalah

3. Berubah Warna Minyak Hitam Berkilat

Tidak seperti namanya, minyak enjin atau minyak pelincir (atau lebih dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna) sebenarnya berwarna coklat. Meskipun begitu, warna coklat ini berpotensi untuk berubah menjadi lebih gelap dan menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada pembakaran dalaman enjin. Semasa periksa atau cek minyak hitam kereta, pastikan anda mengenal pasti tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda. Tukar minyak hitam kereta anda sekiranya warnanya sudah bertukar gelap.

Cara Cek Minyak Hitam Kereta

Minyak pelincir atau minyak enjin secara amnya berfungsi memastikan prestasi enjin berada dalam keadaan baik. Selain melancarkan pemanduan, minyak pelincir ini juga berfungsi membersihkan dan menyejukkan komponen dalam enjin sekali gus melindungi enjin daripada sebarang kerosakan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa memeriksa tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda dari semasa ke semasa untuk mengelakkan risiko kerosakan enjin yang lebih serius.

    1. Cabut dipstick dan bersihkan;
    2. Masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam;
    3. Kemudian keluarkan semula dipstick;
    4. Periksa paras minyak hitam kereta
      • Sekiranya paras minyak hitam kereta berada melebihi paras high level, sebahagian daripada minyak hitam ini perlu dikeluarkan supaya ia tidak menjejaskan kelancaran enjin. Selain itu, antara kesan terlebih isi minyak hitam kereta boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft, spark plug rosak dan perlu digantikan;
      • Sekiranya paras minyak hitam berada di bawah low level, minyak pelincir perlu ditambah untuk mengelakkan kerosakan komponen enjin;
    5. Calitkan dipstick pada tisu atau kain berwarna putih untuk melihat tahap kepekatan minyak hitam.

4. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin kereta (oil pressure warning) atau turut dikenali sebagai lampu aladin menyala pada meter kereta menandakan sistem mengesan permasalahan pada sistem tekanan minyak enjin kereta anda. Biasanya, lampu amaran kereta menyala apabila sistem mengesan masalah seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta, fuel pump kereta rosak atau sebagai tanda minyak hitam kurang atau terlalu sedikit. Jika lampu amaran tekanan minyak enjin menyala, segera periksa paras enjin dan tambah minyak hitam jika perlu. Selain itu, anda disarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan kerosakan serius yang lain daripada berlaku.

5. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Selain itu, peningkatan penggunaan bahan api atau minyak petrol turut merupakan petanda jelas anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir yang telah cair dan tidak cukup likat akan meningkatkan stress ke atas enjin kenderaan anda. Komponen enjin kereta perlu bekerja dengan lebih keras daripada biasa bagi menggerakkan kereta bagi mencapai prestasi pemanduan seperti sediakala. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan anda.

jenis minyak hitam kereta

Semoga perkongsian mengenai minyak pelincir atau minyak enjin ini dapat membantu anda memilih minyak enjin terbaik untuk kenderaan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk jual kereta lama atau beli kereta terpakai berkualiti, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dan terbesar di Asia Tenggara dengan pelbagai pilihan kereta menarik dengan tawaran harga yang berpatutan dan kompetitif.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular