HomeBMKereta Penuh Semut & Serangga Perosak? Ini Apa Anda Boleh Buat

Kereta Penuh Semut & Serangga Perosak? Ini Apa Anda Boleh Buat

Bayangkan masa anda sedang memandu, tiba-tiba ada benda kecil yang merayap laju pada bahagian dashboard kereta anda. Alamak, nampaknya kereta anda mungkin dah dipenuhi dengan semut! Sebelum keadaan jadi lebih teruk, lebih baik anda cari cara untuk hilangkan semut dalam kereta dengan mudah.

Ada banyak langkah pencegahan yang boleh diambil untuk hilangkan masalah semut dalam kereta. Daripada menggunakan bahan semula jadi kepada racun semut yang paling berkesan, ini beberapa petua yang boleh anda amalkan.

via GIPHY

Cara untuk Hilangkan Semut Dalam Kereta

i) Bersihkan Bahagian Dalam Kereta dengan Kerap

Membersihkan bahagian dalaman kereta anda secara berkala adalah cara terbaik untuk menentang serangan semut. Sisa makanan dan minuman adalah punca utama yang menyebabkan kereta anda diceroboh oleh serangga kecil ini.

via GIPHY

Gunakan pembersih vakum untuk bersihkan setiap pelosok kereta anda dan fokus kepada bahagian yang biasanya orang terlepas pandang seperti celah-celah tempat duduk, kerusi bayi, dan karpet kereta.

Nak lagi bersih? Sembur setiap permukaan dalam kereta anda menggunakan semburan serai wangi daripada Kleenso atau Afy Haniff dan lap menggunakan kain yang bersih. Selain memberi bau yang segar, ia akan menghilangkan kesan feromon yang biasanya digunakan oleh semut untuk mencari jalan pulang. Ini akan mengelirukan semut dan mereka akan merayau ke tempat lain pula. 

ii) Gunakan Racun Semut yang Sesuai

Anda juga boleh gunakan bahan penghalau makhluk perosak semula jadi atau racun semut untuk menghalau semut daripada kereta anda. Antara bahan-bahan semulajadi yang boleh anda gunakan ialah kapas yang direndam dengan cuka, serbuk kayu manis, serbuk kopi, dan kulit buah sitrus seperti limau atau lemon.

Kesemua bahan ini mempunyai aroma yang kuat, jadi ia akan menghilangkan jejak bau yang digunakan oleh semut untuk mencari makanan. Tapi, ini bukan bermakna yang bahan ini boleh diletakkan begitu saja dalam kereta untuk menghalau semut. Ia perlu diletakkan berhampiran sarang mereka atau di tempat laluan semut, barulah ia berkesan.

Bahan semula jadi tak boleh nak tangani serangan semut dalam kereta anda? Cuba gunakan racun semut seperti Ant X untuk sesuatu yang lebih berkesan. Pilih umpan atau ubat semut yang direka khusus untuk kegunaan dalam rumah atau kereta dan letakkannya di laluan semut.

Semut akan menganggap racun ini sebagai makanan lalu membawanya balik ke sarang. Ini membuatkan racun lebih berkesan kerana ia direka khusus untuk menghapuskan semut secara terus daripada sarangnya.

iii) Dapatkan Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak

Kalau penggunaan racun semut juga tak boleh hilangkan semut dalam kereta, mungkin dah tiba masanya untuk anda menggunakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak profesional untuk membantu anda.

via GIPHY

Mereka telah dilatih untuk menangani serangan makhluk perosak dan mempunyai kepakaran serta alat yang diperlukan untuk menghapuskan semut dari kereta anda dengan berkesan. Selain itu, mereka juga boleh memberikan panduan tentang cara pencegahan jangka panjang untuk elakkan semut kembali menyerang kereta anda pada masa hadapan. 

Tip untuk Elak Semut & Lipas Masuk Dalam Kereta

Untuk mengelakkan semut dan lipas daripada menyusup ke dalam kereta anda, berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh anda lakukan.

  • Elak tinggalkan sisa makanan atau minuman dalam kereta: Jika ada makanan atau minuman yang tertumpah dalam kereta, cepat-cepat bersihkan. Pastikan dalam kereta anda ada tong sampah untuk kumpulkan sampah supaya anda senang nak buang.
  • Tutup lubang yang membolehkan semut masuk dalam kereta: Periksa jika terdapat sebarang ruang atau lubang terbuka di bahagian pintu dan badan kereta. Ia perlu ditutup menggunakan bahan pengedap atau penutup getah untuk mengelak semut atau serangga lain daripada masuk ke dalam kereta.
  • Jangan letak kereta di bawah pokok: Elakkan letak kereta anda berhampiran kawasan yang biasanya ada semut seperti di bawah pokok, tempat buang sampah, tepi longkang, dan juga kawasan lembap.

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk halau semut yang bersarang dalam kereta anda. Dengan mengekalkan persekitaran yang bersih dalam kereta melalui pembersihan yang kerap, buang sampah di tempat yang sepatutnya, dan menggunakan bahan penghalau makhluk perosak semula jadi sudah cukup untuk melindungi kereta anda daripada ditawan oleh serangga kecil berkaki enam ini.

Kami harap dengan mengikuti panduan yang telah kami sediakan ini, anda boleh menikmati keadaan dalam kereta yang bebas semut dan lebih menyenangkan agar anda selesa untuk memandu di jalan raya.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular