HomeBMPanduan Cara Cari Maklumat Kereta Idaman Anda Di Laman CARSOME

Panduan Cara Cari Maklumat Kereta Idaman Anda Di Laman CARSOME

Sebelum ini, kami ada bagi panduan cara nak cari dan pilih kereta yang anda idamkan di laman web CARSOME. Memandangkan anda pun dah tahu cara untuk menggunakan kotak carian kereta di laman web CARSOME, apa kata kali ini kami ajar pula untuk lihat kereta yang anda mahu di laman web CARSOME. 

Artikel berkaitan: Tips Guna Aplikasi CARSOME untuk Beli Kereta Macam Pro!

Mudah saja sebenarnya nak lihat senarai kereta yang anda idamkan. Meh kami ajarkan! 

Langkah 1: Masuk Ke Dalam Laman Web CARSOME 

Anda dah tahu kereta apa anda nak lihat. Katakanlah anda nak beli kereta Bezza. Maka anda boleh taip saja di kotak carian atau klik pada ikon Perodua untuk carian pantas dan pilih model Bezza. 

Langkah 2: Saring Untuk Cari Kereta Yang Mana Anda Nak

Apabila anda dah masuk ke laman paparan jualan Perodua Bezza, anda boleh pilih untuk saring lagi untuk perkara-perkara berikut: 

  • Lokasi kereta ditempatkan
  • Warna kereta 
  • Tahun kereta 
  • Jarak perbatuan 
  • Bajet 

Walaupun anda cuma mencari satu model kereta sahaja, namun kami ada pelbagai jenis kereta Perodua Bezza yang berbeza mengikut warna, tahun keluaran, dan jumlah perbatuan. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi harga kereta yang anda inginkan. 

Artikel berkaitan: Mahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

Langkah 3: Paparan Pada Laman Web 

Kereta yang disenaraikan di laman wen CARSOME dinamakan mengikut format berikut – ‘(Tahun)(Model)(Varian)(Kapasiti Enjin)’. 

Sebagai contoh di bawah: 

Pada penyenaraian Perodua bezza yang ini, ia merupakan Perodua Bezza varian Advance Premium tahun 2017 dengan kapasiti enjin 1.3 liter. Paparan ini akan memudahkan anda untuk melihat dan memilih kereta yang sesuai dengan kehendak anda. 

Langkah 4: Klik & Lihat 

Katakanlah anda berminat pada mana-mana penyenaraian kereta Perodua Bezza ini, maka anda cuma perlu klik pada model yang anda minat. Apabila anda klik, anda akan dibawa ke laman maklumat kereta seperti ini: 

Di laman inilah segala macam maklumat tentang kereta yang anda klik itu akan dipaparkan di sini. Antara maklumat yang dipaparkan di laman penyenaraian ini termasuklah: 

  • Model kereta beserta tahun dan varian 
  • Jarak perbatuan kereta 
  • Harga kereta 
  • Anggaran bayaran ansuran bulanan 
  • Gambar kereta 

Langkah 5: Lihat Gambaran Keseluruhan Kereta 

Di laman web CARSOME juga anda boleh lihat keseluruhan kereta tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan CARSOME. Gambar yang dipaparkan di laman web juga merupakan gambar sebenar kereta. 

Gambar yang dipaparkan adalah keseluruhan kereta termasuklah ruang dalaman kereta. Yang menariknya di laman web CARSOME ini, anda juga boleh melihat paparan 360°, luar dan juga dalam kereta. Anda boleh lihat gambar kereta yang anda ingini di: 

Langkah 6: Ketahui Info Lanjut Tentang Kereta 

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kereta dengan klik pada ‘Gambaran Keseluruhan Kereta’. Di sini, anda boleh tahu tentang info-info berikut mengenai kereta: 

  • Jenis bahan bakar 
  • Bilangan tempat duduk 
  • Jenis pendaftaran 
  • Kunci pendua ada atau tidak
  • Waranti pengilang masih lagi aktif atau tidak
  • Warna kereta 
  • Tarikh pendaftaran 
  • Jarak perbatuan semasa 
  • Buku servis ada atau tidak 

Langkah 7: Lihat Spesifikasi Kereta 

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang kereta, anda boleh klik pada ‘Details Kereta’. Di sini anda boleh lihat spesifikasi kereta dan juga ciri-ciri lain yang ada pada kereta. 

Anda boleh klik pada ‘Spesifikasi’ dan hanya maklumat asas yang akan dipaparkan. Untuk melihat maklumat dengan lebih terperinci, anda boleh klik pada ‘Lihat Semua’. Setelah itu, barulah maklumat lanjut akan dipaparkan. 

Untuk melihat ciri dan kelengkapan lain yang ada pada kereta, anda boleh klik pada ‘Kelengkapan’. Sama seperti spesifikasi, hanya maklumat asas yang akan dipaparkan. Apabila anda klik pada ‘Lihat Semua’, senarai lengkap kelengkapan dan ciri akan dipaparkan pada laman penyenaraian kereta. 

Langkah 8: Lihat Laporan Pemeriksaan 

Memandangkan CARSOME menjual kereta pramilik, sudah tentu akan ada beberapa bahagian kereta yang tidak akan sempurna. Jangan risau! Semua ketidaksempurnaan ini akan disenaraikan pada bahagian laporan pemeriksaan di halaman penyenaraian. 

Artikel berkaitan: Kenapa Kereta CARSOME Semuanya Cun-cun Belaka? Ini Sebabnya

Anda cuma perlu klik pada ‘Laporan Inspeksi’ dan segala maklumat tentang pemeriksaan kereta akan dipaparkan di sini. Semua ketidaksempurnaan akan dipaparkan di sini beserta gambar. 

Pada bahagian ini, anda boleh lihat sendiri ketidaksempurnaan yang ada kerana ia ada dipaparkan di laman ini. Anda juga boleh baca laporan penuh pemeriksaan kereta yang diletakkan di halaman yang sama. 

Contoh laporan penuh pemeriksaan dan baik pulih kereta: 

Langkah 9: Nak Beli Cash Atau Buat Pinjaman? 

Ini merupakan bahagian yang paling penting sekali iaitu bahagian pembiayaan dan pinjaman. Di bahagian ini ada disertakan dengan kalkulator pinjaman. Dengan menggunakan kalkulator pinjaman kereta ini, anda boleh buat kira-kira berapa ansuran bulanan yang perlu anda bayar. 

Kalkulator ini akan memberitahu berapa banyak ansuran yang perlu anda bayar berdasarkan bayaran pendahuluan, kadar faedah asas serta berapa lama tempoh pinjaman. 

Dengan ini, anda boleh anggarkan dan buat belanjawan jika anda membuat keputusan untuk membeli kereta ini. 

Cara Beli Kereta Yang Lebih Mudah, Hanya Di CARSOME! 

Hah! Senang saja kan nak lihat dan tinjau kereta di laman web CARSOME. Nak cari kereta ikut kehendak anda pun mudah! Semuanya boleh dibuat secara dalam talian saja. 

Layari laman web CARSOME sekarang untuk mencari kereta idaman anda sekarang. Nak lebih mudah? Anda juga boleh muat turun aplikasi CARSOME. Nak beli kereta CARSOME kini lebih mudah di aplikasi CARSOME. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular