HomeAutomotiveMahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

Mahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

‘Ish! Mahalnya harga kereta second hand kat CARSOME ni! Lagi murah kat kedai lain!’ 

‘Kenapa harga kat CARSOME ni macam mahal sikit eh?’ 

Betul ke kereta second hand yang CARSOME jual ini mahal? Ramai yang kata kereta yang CARSOME jual ini mahal. Siap ada yang kata lagi baik beli yang baharu terus. 

Ini bukan nak kata kami masuk bakul angkut sendiri tetapi sebenarnya harga kereta yang kami jual ini sebenarnya sangat berpatutan dengan keadaan kereta. Kenapa kami kata macam itu? Nanti kami bagitahu tapi sebelum itu, mari kami bocorkan sedikit rahsia macam mana kami tetapkan harga untuk kereta kami. 

Harga Kereta CARSOME Mahal?

Bukan hanya kereta terpakai saja, apa saja yang dijual dan didagangkan, ia dijual pada harga pasaran. Siapa yang tetapkan harga pasaran? Ada macam-macam faktor tapi kalau kami ceritakan, ia akan jadi artikel yang tak berapa nak menarik melainkan anda nak belajar kembali ekonomi dan perniagaan. 

kereta CARSOME

Sama seperti produk dan servis yang ada dalam pasaran, harga kereta kami juga mengikut harga pasaran. Kami memantau harga pasaran semasa setiap model kereta yang kami ada. Kami akan meletakkan harga yang rendah sedikit daripada harga pasaran supaya ia tidak menjadi beban kepada pelanggan memandangkan  kereta yang kami jual ini merupakan kereta pramilik. 

Jadi akan ada lebih banyak pilihan yang ada untuk anda pada harga yang jauh lebih kompetitif beserta dengan jaminan kereta berkualiti untuk setiap kereta CARSOME. Kalau anda nak beli kereta untuk keluarga, kami ada macam-macam pilihan untuk itu. Nak beli kereta premium, jangan risau! Kami ada kereta yang sesuai untuk kemahuan dan kehendak anda. 

Artikel berkaitan: 4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Kereta Terpakai yang Terbaik Bagi Pembeli Kali Pertama

Kereta Myvi Second Hand Mahal, Betul Ke? 

Ada orang kata, kereta model sekian sekian mahal disebabkan model dan varian. Jadi, ramai yang takut nak membeli kereta-kereta model dan varian ini.Sebagai contoh, kereta Myvi yang dikatakan harganya agak ‘keras’ walaupun cuma kereta terpakai. 

Perodua Myvi

Tak berapa nak tepat sebenarnya. Macam yang ditulis di atas, harga kereta adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Jika harga pasaran tinggi, maka harganya akan jadi tinggi sedikit. Model dan jenis kereta bukan antara faktor utama yang mempengaruhi harga kereta. Keadaan kereta, laporan servis, serta banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi harga kereta. 

Anda boleh tengok penyenaraian bagi kereta Myvi di laman CARSOME ini. Anda sendiri boleh nilai sama ada harga yang ada di CARSOME adalah berpatutan sesuai dengan keadaan kereta atau anda merasakan ia tak sepatutnya diletakkan dengan harga seperti itu. 

Jadi, jangan percaya dengan cakap-cakap orang yang kebanyakannya tidak berasas. Melainkan ia datang daripada mereka yang berada dalam industri. Jika tidak, anggap saja ia sebagai pendapat peribadi yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya. 

Kenapa Anda Kena Pilih CARSOME Kalau Nak Beli Kereta Second Hand?

Berbalik kepada persoalan, betul ke kereta yang CARSOME jual ini mahal? Beli daripada penjual lain atau beli baharu lagi berbaloi? Okey, mari sini kami kongsikan sesuatu kepada anda. 

Kesemua kereta CARSOME ini, sama ada yang anda lihat dalam laman web ataupun di aplikasi kami, harganya adalah TETAP. Harga yang anda lihat itu adalah harga mati. Apa yang anda nampak, itulah yang anda akan bayar nanti pada akhirnya. Tiada harga atau caj tambahan yang akan ditambah nanti melainkan anda ingin menambah waranti lanjutan CARSOME

CARSOME NAZA Automall

Harga kereta CARSOME telah termasuk dengan: 

  1. Pemeriksaan PUSPAKOM
  2. Waranti satu tahun
  3. Yuran pemprosesan pinjaman
  4. Permindahan hak milik kenderaan 

Jadi, harga yang anda lihat di laman web CARSOME sebenarnya sangat-sangat berpatutan sesuai dengan jaminan kualiti yang dijanjikan untuk semua kereta CARSOME. 

Beli Kat Kedai Kereta Second Hand Lain Lagi Murah?

Ada juga yang kata, ‘Harga kereta second hand kat kedai lain lagi murah daripada CARSOME. Lagi baik beli kat sana terus!’ 

Kami tak nafikan fakta ini. Banyak kedai dan pusat jualan kereta terpakai yang menjual kereta agak murah berbanding dengan harga yang kami tawarkan. Tetapi kebanyakan masanya, harga yang anda lihat itu bukanlah harga akhir yang anda akan bayar! 

penjual kereta terpakai

Harga yang anda lihat itu berkemungkinan besar cuma harga asas kereta. Ia belum lagi termasuk dengan pelbagai lagi caj-caj lain. Antara caj lain yang tidak dimasukkan sekali dalam harga akhir seperti: 

  1. Harga pemeriksaan kereta
  2. Pemeriksaan PUSPAKOM
  3. Yuran pemprosesan pinjaman
  4. Yuran dokumen kereta
  5. Caj runner untuk segala macam urusan dan pemerolehan dokumen

Ini cumalah antara caj serta bayaran yang biasa dikenakan oleh sebahagian besar penjual kereta terpakai di luar sana. Kadang-kadang akan ada lagi bayaran lain yang tiba-tiba masuk ke dalam harga kereta menjadikan harga akhir yang anda terpaksa bayar adalah jauh lebih mahal berbanding harga yang anda lihat pada awalnya. 

Beli Kereta Baharu Lagi Bagus?

‘Alah! Harga pun lebih kurang harga kereta baharu. Lagi baik beli kereta baru!’ 

Kami tak nafikan, beli kereta baharu ada banyak kelebihannya. Tetapi jika anda perlukan kereta dengan cepat, anda boleh lupakan hasrat untuk dapatkan kereta baharu lagi-lagi kereta bajet. Kereta bajet terutama daripada jenama seperti Proton dan Perodua mendapat tempahan yang terlalu banyak! 

Artikel berkaitan: Daripada Beli Motor, Baik Beli Axia E Spec Dengan Harga RM22,000!

carsome review

Ada banyak laporan mengatakan bahawa ada orang terpaksa berada dalam senarai menunggu sehingga selama setahun untuk sesuatu model kereta. Adakah anda sanggup untuk menunggu selama berbulan-bulan hanya untuk memiliki kereta anda? 

Disebabkan itu, kereta terpakai masih lagi menjadi pilihan memandangkan anda tidak perlu berada dalam apa-apa senarai menunggu bagi membeli apa-apa model kereta. Stok bagi kereta terpakai ini sentiasa tersedia untuk dibeli pada bila-bila masa. 

Di CARSOME, jika anda berminat dengan kereta yang ada, anda cuma perlu bayar yuran tempahan untuk menempah kereta yang anda mahu. Setelah sesi pandu uji, anda boleh teruskan dengan urusan pembelian. Namun, jika anda berubah fikiran, anda boleh batalkan tempahan dan yuran tempahan akan dikembalikan*. 

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Harga Kereta CARSOME Ni Murah Ke Mahal? 

Itulah dia. Harga kereta sebenarnya ditentukan oleh harga pasaran kereta. Bukan hanya di CARSOME malah di banyak lagi penjual kereta terpakai turut menggunakan strategi yang sama bagi penentuan harga jualan kereta. 

Customer buy car, collecting car

Apa yang pasti, harga yang anda nampak di laman web CARSOME adalah harga tetap tanpa sebarang caj tambahan. Apa yang anda nampak, itulah yang anda akan bayar. Melainkan anda ingin menambah waranti lanjutan CARSOME, maka ya harganya akan jadi mahal sedikit. 

Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual Dan Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!

Selain itu, kesemua kereta CARSOME Certified juga telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. 

Pemeriksaan 175-titik ini merangkumi keseluruhan kereta sehingga ke casis kereta. Ini untuk memastikan kereta yang kami jual ini bebas daripada kemalangan teruk dan juga kerosakan akibat banjir dan juga kebakaran. 

Selain daripada pemeriksaan 175-titik, kesemua kereta kami telah melalui proses baik pulih yang dibuat di CARSOME Certified Lab. Proses ini menjamin kereta yang kami jual menepati keselamatan melebihi standard, keselesaan sepenuhnya, dan juga estetik yang dibaik pulih. 

Inilah caranya bagaimana kami mampu menawan lebih 300,000 pelanggan sepanjang hampir lapan tahun kami beroperasi di Malaysia. Perletakan harga yang telus ini telah memberikan kepercayaan kepada orang ramai untuk membeli kereta dengan CARSOME! 

Artikel berkaitan: Nak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami Untuk Jual & Beli Kereta?

Kunjungi laman web CARSOME untuk cari kereta yang anda ingini atau singgah terus ke mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular