Kenapa apabila anda nak mohon pinjaman kereta tapi bank tak luluskan?
Kenapa nak beli kereta tapi kena ada bayaran pendahuluan (down payment)?
Saya kerja food rider je tapi boleh ke nak mohon pinjaman nak beli kereta CARSOME?
Buat anda yang bercadang nak beli kereta CARSOME, mesti akan terfikirkan soalan-soalan seperti ini, kan? Bukan saja soalan-soalan ini, malah ada lagi perkara-perkara lain yang anda nak tahu sebelum membeli kereta CARSOME.
Kali ini, jangan risau. Kami akan bantu anda untuk jawabkan semua soalan anda terutama yang berkaitan dengan pinjaman nak beli kereta CARSOME dan juga urusan membeli kereta serta menjual kereta kepada CARSOME.
1. Jika Nama Saya Disenarai Hitam oleh Pihak CCRIS, Adakah Saya Boleh Buat Pinjaman untuk Membeli Kereta?
Jika anda telah disenarai hitam oleh pihak Central Credit Reference Information System (CCRIS), anda masih lagi boleh memohon pinjaman untuk membeli kereta CARSOME. Namun, permohonan anda adalah bersyarat.
2. Boleh ke Saya Nak Trade In Kereta untuk Membeli Kereta yang Lebih Murah?
Anda boleh trade-in kereta sedia ada dengan kereta yang jauh lebih murah. Selepas pemeriksaan, anda akan diberikan harga kereta anda. Selepas ditolak harga jualan, anda boleh gunakan duit baki jualan kereta anda untuk membayar bayaran pendahuluan bagi kereta baharu yang anda ingin beli.
3. Boleh ke Jual/Trade In Kereta yang Masih dalam Tempoh Pinjaman Kurang Daripada 5 Tahun?
Anda nak jual atau trade-in kereta tetapi masih mempunyai baki pinjaman? Boleh saja. Dengan syarat anda selesaikan dahulu baki pinjaman.
Artikel berkaitan: Cara Paling Berbaloi Jual atau Trade In Kereta Lama Belum Habis Bayar
4. Jika Saya Mempunyai Baki Pinjaman Kereta, Boleh ke Saya Nak Buat Pinjaman Kereta Lain?
Anda dah ada pinjaman kereta tetapi anda ingin tambah lagi pinjaman bagi membeli kereta lain. Mungkin anda nak beli untuk ibu atau ayah anda. Sudah tentu boleh tetapi ia bergantung kepada Debt Service Ratio (DSR) atau Nisbah Khidmat Hutang anda.
Walau bagaimanapun, jika DSR anda agak tinggi, anda masih boleh membuat pinjaman dengan membayar pendahuluan kereta baharu yang ingin anda beli. Ini mungkin boleh tingkatkan peluang pinjaman anda untuk diluluskan.
5. Boleh Beli Kereta Tanpa Pandu Uji?
Sudah tentu anda boleh membeli kereta tanpa memandu uji terlebih dahulu. Tetapi kami sangat menggalakkan anda untuk pandu uji terlebih dahulu kereta yang anda ingin beli.
Ini kerana bagi membolehkan anda merasai sendiri pemanduan kereta yang anda ingin beli. Di samping itu, anda juga akan lebih mengetahui tentang sebarang isu yang ada pada kereta berkenaan.
Artikel berkaitan: Ini Caranya Untuk Anda Tempah Pandu Uji Bersama CARSOME
Tetapi jika anda yakin dengan kualiti kereta kami, itu tak jadi masalah! Kerana setiap kereta CARSOME telah pun melalui pemeriksaan 175-titik untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat banjir, kebakaran dan juga kemalangan teruk. Semuanya demi ketenangan minda anda.
Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified
6. Boleh ke Beli Kereta CARSOME Tanpa Bayaran Pendahuluan (Downpayment)?
Anda boleh membeli kereta CARSOME tanpa membuat bayaran pendahuluan (down payment). Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kadar DSR anda. Jika kadar DSR anda rendah berbanding pendapatan anda, anda boleh memohon untuk pinjaman penuh tanpa bayaran pendahuluan bagi membeli kereta CARSOME.
Tetapi, jika anda mempunyai kadar DSR yang tinggi berbanding pendapatan bulanan anda, anda perlu membuat bayaran pendahuluan untuk memastikan pinjaman anda boleh diluluskan.
7. Penghantar Makanan (Food Rider) Boleh ke Memohon Pinjaman Membeli Kereta CARSOME?
Anda merupakan seorang yang bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa tetapi anda nak memohon pinjaman untuk beli kereta. Boleh ke?
Sumber: The Star
Jawapannya boleh! Dengan syarat syarikat yang anda sedang bekerja itu boleh menyediakan penyata gaji atau penyata pendapatan bagi mengesahkan anda bekerja dengan syarikat tersebut dan mempunyai gaji daripada mereka.
Ini berita baik untuk semua rider penghantar makanan yang nak beli kereta!
8. Apakah Dokumen yang Diperlukan untuk Membeli Kereta CARSOME? Saya Tiada Pengalaman Membeli Kereta Sebelum Ini.
Nak beli kereta CARSOME ini sebenarnya sangat mudah. Anda cuma perlu menyediakan dokumen-dokumen ini saja iaitu:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu Malaysia
- Penyata gaji untuk tiga bulan
- Penyata bank untuk tiga bulan
- Penyata KWSP
Itu saja dokumen yang anda perlukan. Yang lain-lain? Kami akan uruskan semuanya bagi pihak anda tanpa sebarang caj tambahan!
9. Saya Seorang Peniaga, Boleh ke Saya Memohon Pinjaman Membeli Kereta?
Sudah tentu anda sebagai seorang peniaga boleh memohon pinjaman untuk membeli kereta. Tetapi ada beberapa dokumen tambahan yang diperlukan.
Untuk itu, anda perlu pastikan bahawa perniagaan anda telah pun didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga perniagaan anda mempunyai akaun bank yang tersendiri.
Perakuan pendaftaran perniagaan anda daripada SSM berserta penyata bank perniagaan anda harus disertakan sekali jika anda ingin memohon pinjaman bagi membeli kereta CARSOME.
10. Macam Mana Nak Bayar? Tunai atau Pinjaman?
Pembayaran apakah yang diterima di CARSOME? Kami menerima jika anda ingin membuat bayaran tunai penuh bagi kereta yang anda nak beli. Namun, jika anda kurang berkemampuan, kami boleh uruskan pinjaman kereta untuk anda.
Anda cuma perlu sediakan beberapa dokumen dan kami akan uruskan semuanya bagi pihak anda.
11. Saya Dah Beli Kereta di CARSOME Tetapi Saya Nak Tukar Kereta Lain, Boleh ke?
Anda dah beli kereta dengan CARSOME tetapi tiba-tiba anda berubah fikiran yang nak tukar kereta lain, boleh ke?
Sudah tentu boleh tetapi ia bersyarat. Kereta yang anda beli dahulu boleh dipulangkan tetapi ia perlu menepati syarat pemulangan CARSOME. Pilih kereta lain yang anda ingin tukar dan hubungi kembali Konsultan CARSOME yang anda berurusan untuk urusan penukaran kereta.
12. Gaji Saya Cuma RM1,500. Boleh ke Saya Nak Beli Vios Terpakai?
Dengan gaji sebanyak RM1,500, boleh ke nak beli Vios pramilik? Mestilah boleh!
Untuk membeli kereta dengan pendapatan sebanyak itu, anda kena pastikan DSR anda tidak tinggi. Macam mana nak tahu DSR anda okey ataupun tak? Anda boleh tanya Konsultan CARSOME untuk kiraan DSR anda.
Kemungkinan besar, anda perlu menyediakan bayaran pendahuluan sebanyak 10%. Jika kereta yang anda ingin beli itu berharga RM40,000. Anda perlu menyediakan bayaran pendahuluan sebanyak RM4,000. Bayaran pendahuluan ini untuk memudahkan permohonan pinjaman anda boleh diluluskan oleh pihak bank.
13. Saya Ada Kereta Myvi Model Tahun 2019 Dengan Perbatuan 28,000km. Berapa Harga yang Boleh CARSOME Bagi?
Kereta Myvi merupakan kereta ‘panas’ yang sentiasa jadi pilihan orang ramai. Nilai jualan semula kereta Myvi juga agak tinggi. Jika anda ingin menjual kereta kepada CARSOME, ia akan melalui pemeriksaan bagi mengetahui jumlah harga jualan.
Artikel berkaitan: Dengan Bajet RM50K, Mana Lagi Berbaloi Untuk Anda Beli? – Perodua Axia AV 2023 Atau Myvi 1.3 G Dengan PSDA?
Harga jualan kereta adalah berdasarkan beberapa faktor seperti keadaan kereta, perbatuan, rekod servis serta spesifikasi kereta.
Bagi model Myvi yang dimaksud dengan jumlah perbatuan tersebut, harga yang mungkin boleh anda dapat adalah antara RM30,000 hingga RM40,000. Sekali lagi, harga ini hanyalah anggaran. Harga akhir mungkin akan berbeza bergantung kepada faktor yang telah diterangkan sebelum ini.
14. CARSOME Ada Tawarkan Pinjaman Daripada CARSOME Sendiri?
Selain daripada pinjaman daripada bank, anda juga mempunyai pilihan untuk mendapat permohonan pinjaman membeli kereta daripada pihak CARSOME sendiri iaitu CARSOME Capital.
Pinjaman CARSOME Capital ini adalah produk daripada CARSOME. CARSOME Capital bukannya bank tetapi perkhidmatan pinjaman daripada CARSOME. Untuk nak bagi senang faham, CARSOME Capital ini seperti loan kedai.
Kadar faedahnya berbeza sedikit berbanding pinjaman bank. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tanya kepada Konsultan CARSOME semasa proses rundingan.
15. Jika Saya Seorang Pesara Ilat, Boleh Ke Saya Nak Buat Pinjaman Untuk Beli Kereta CARSOME?
Seorang pesara ilat tidak mampu untuk menyara kehidupannya disebabkan keuzuran yang dihadapi. Mereka ini tetap boleh membeli kereta daripada CARSOME.
Anda sebagai pesara ilat ketika ingin membeli kereta CARSOME perlu menyediakan slip persaraan berserta dokumen-dokumen lain yang diterangkan dalam soalan 8.
16. Berapa Gaji Minimum untuk Memohon Pinjaman Membeli Kereta CARSOME?
Gaji minimum untuk memohon pinjaman membeli kereta CARSOME adalah sebanyak RM1,500.
17. Saya Sedang Berada Dalam Pemantauan AKPK, Boleh ke Saya Nak Memohon Pinjaman Membeli Kereta?
Anda tak boleh memohon pinjaman membeli kereta jika anda sedang berada dalam pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
18. Ada Tak Kereta Harga Bawah RM20,000?
Kami ada pelbagai pilihan kereta dengan pelbagai pilihan harga. Untuk memilih kereta dengan julat harga tertentu, anda boleh tapis pilihan anda di laman web CARSOME.
Untuk pilihan kereta dengan harga di bawah RM20,000, anda boleh klik DI SINI.
Kereta dengan harga ini biasanya cepat laku jadi sebelum ia habis, anda kena cepat-cepat beli!
19. Apa Punca Permohonan Pinjaman Saya Tak Lulus Sedangkan Saya Dah Siapkan Semua Dokumen dengan Lengkap?
Kelulusan permohonan pinjaman ini bergantung kepada kadar nisbah DSR yang anda ada ketika permohonan pinjaman dibuat.
Jika kadar DSR agak tinggi berbanding pendapatan anda, permohonan pinjaman mungkin susah atau tidak akan diluluskan oleh pihak bank.
Selain itu, antara faktor lain adalah seperti mungkin nama anda telah disenarai hitamkan. Jadi, bank sukar untuk meluluskan pinjaman kepada anda.
Ini boleh diatasi dengan bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada nilai kereta ataupun ada penjamin bagi pinjaman yang ingin anda buat.
Walau bagaimanapun, anda jangan risau kerana anda tetap mempunyai pilihan lain selain daripada pinjaman bank seperti pinjaman daripada CARSOME Capital.
20. Apakah Syarat Lain untuk Membeli Kereta & Juga Memohon Pinjaman?
Selain daripada perlu menyediakan dokumen lengkap (rujuk soalan 8), antara syarat lain untuk membeli kereta CARSOME ataupun untuk memohon pinjaman, anda perlulah berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu.
21. Boleh ke Beli Secara Ansuran Tanpa Buat Pinjaman?
Pembelian kereta CARSOME hanya boleh dibuat melalui dua cara iaitu bayaran tunai penuh ataupun pinjaman kereta.
CARSOME tidak menyediakan servis ansuran tanpa pinjaman bagi pembelian kereta.
22. Boleh ke Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Nak Buat Pinjaman untuk Beli Kereta?
Kebanyakan pelajar IPT tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri. Tetapi anda tetap boleh membuat pinjaman bagi membeli kereta CARSOME.
Dengan syarat, anda perlu mendapatkan ibu bapa atau penjaga untuk menjadi penjamin bagi pinjaman yang ingin dibuat.
23. Jika Saya Bekerja Tetapi Tiada Caruman KWSP, Boleh Mohon Pinjaman?
Anda tetap boleh memohon pinjaman untuk membeli kereta jika anda bekerja tetapi tidak mencarum KWSP. Asalkan anda boleh membuktikan bahawa anda ada pendapatan melalui penyata bank anda.
24. Jika Saya Bekerja Luar Negara, Boleh Mohon Pinjaman untuk Beli Kereta CARSOME?
Walaupun anda bekerja di luar negara tetapi masih lagi warganegara Malaysia, anda tetap boleh membeli atau memohon pinjaman bagi membeli kereta CARSOME.
Cuma ada sedikit tambahan dokumen yang perlu anda sediakan ketika memohon pinjaman iaitu:
- Visa pekerja
- Surat tawaran kerja
- Surat pengesahan kerja
- Apa-apa surat daripada majikan bagi membukti anda bekerja di luar negara dan di syarikat tersebut.
25. Boleh ke Warga Asing Nak Buat Pinjaman?
Warga asing tetap boleh membuat pinjaman bagi membeli kereta CARSOME. Walau bagaimanapun, jumlah yang akan diperolehi adalah 60-70% saja daripada nilai kereta.
26. Berapakah Tempoh Pinjaman Kereta?
Tempoh pinjaman sama ada bagi bank ataupun CARSOME Capital adalah selama tiga hingga sembilan tahun. Tempoh ini bergantung kepada berapa banyak bayaran pendahuluan yang anda bayar ketika membeli kereta.
Ada Lagi Soalan Lain? Kunjungi Saja Pusat Pengalaman CARSOME
Ada lagi soalan yang kami tak sertakan dalam ini, jangan risau. Anda boleh kunjungi mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME di seluruh negara. Konsultan CARSOME akan menjawab semua persoalan anda tentang pinjaman, urusan jual beli dan lain-lain soalan tentang CARSOME!
Untuk mengetahui lokasi Pusat Pengalaman CARSOME berdekatan anda, boleh layari laman web CARSOME atau KLIK SINI.
Beli Kereta Tak Perlu Susah-Susah dengan CARSOME!
Nak beli kereta terpakai tapi kena hadap macam-macam ragam penjual kereta? Takut nak bayar lebih untuk kereta pramilik? Beli saja kereta pramilik berkualiti tinggi daripada CARSOME.
Setiap kereta CARSOME Certified didatangkan dengan janji-janji berikut:
Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar.
Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.
Layari laman web CARSOME untuk lebih daripada 30 jenama kereta pramilik yang sesuai dengan keperluan anda. Muat turun juga aplikasi CARSOME untuk menikmati urusan jual beli kereta di hujung jari.
Saya pesara kerajaan.memiliki sebuah wira auto 1.5 tahun 2002..ingin trade in dgn kereta 2nd sesuai..berapa saya perlu tambah wang..kalau boleh nak model jepun..
Jangan risau, anda boleh trade-in kereta lama anda dengan kami! Sebaik sahaja kereta anda diperiksa, anda boleh memilih untuk menjualnya di platform pembidaan kami atau terus kepada kami. Anda akan menerima diskaun RM500 (jika kereta dijual pada harga = RM50k).
Jom tempah pemeriksaan kereta untuk dapatkan harga kereta di https://www.carsome.my/ms/jual-kereta
Anda juga boleh cari kereta yang anda minati di https://www.carsome.my/ms/beli-kereta-terpakai
Untuk lebih maklumat mengenai trade-in, sila layari https://www.carsome.my/ms/trade-in
Macam mana ye nk berhubung dengan pihak carsome kalau berminat nk membeli kereta?
Hi Syahirah. Anda boleh buat temu janji untuk membeli kereta di laman web kami. Anda juga boleh hadir ke mana-mana pusat pengalaman (EC) CARSOME yang terdekat dengan anda. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kami.