HomeBMPinjaman Kereta Ditolak? Ketahui Cara untuk Membeli Kereta Sebagai Graduan Baharu

Pinjaman Kereta Ditolak? Ketahui Cara untuk Membeli Kereta Sebagai Graduan Baharu

Haaa, lepas beberapa tahun berhempas pulas di kampus, akhirnya anda dah berjaya tamatkan pengajian. Kini anda sudah bergelar seorang graduan dan anda perlu melalui alam pekerjaan pula selepas ni.

female graduate happy

Bila fikir tentang pekerjaan, dah tentu lebih mudah untuk anda cari dan pergi kerja kalau ada sebuah kereta kan? Lebih-lebih lagi bila ada platform yang menawarkan cara pembelian kereta yang mudah, selamat, dan terjamin macam CARSOME.

Tapi, sebagai seorang graduan baharu, nak dapatkan kelulusan pinjaman kereta mungkin sukar disebabkan oleh kriteria ketat yang ditetapkan oleh pihak bank. Berikut adalah lima sebab mengapa pihak bank mungkin menolak permohonan pinjaman kereta anda kalau anda seorang graduan baharu.  

1. Anda Belum Ada Skor Kredit

Bila buat permohonan pinjaman – sama ada kereta atau rumah, anda pasti akan mendengar istilah Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Credit Tip-Off Service (CTOS). CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia, manakala CTOS pula merupakan sebuah agensi swasta. Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia menggunakan kedua-dua laporan CTOS dan CCRIS untuk menilai kedudukan kredit anda.

Walau bagaimanapun, CCRIS tidak mengira skor kredit, sebaliknya sistem ini menyenaraikan maklumat kredit anda daripada pembekal perkhidmatan kewangan termasuk broker insurans, syarikat telekomunikasi dan juga bank. Ini bermakna mereka boleh mengakses setiap komitmen kewangan anda.

Manakala menurut penjelasan daripada artikel iMoney ini, CTOS pula menjana skor kredit anda melalui sistem pemarkahan tiga digit – yang dihasilkan daripada pengiraan lima faktor yang berikut:

  • sejarah pembayaran anda;
  • amaun pinjaman lain;
  • tempoh sejarah kredit;
  • permohonan kredit baharu; dan
  • rekod prestasi undang-undang anda.

Lebih tinggi skor kredit, lebih baik kedudukan kewangan anda – sebarang nombor di bawah 651 dianggap sebagai kurang daripada purata dan mungkin menjejaskan permohonan anda secara keseluruhan. Anda boleh melihat kad skor kredit CTOS di sini.

fresh graduate car loan

Sebagai graduan baharu, anda mungkin tidak mempunyai skor kredit disebabkan anda tidak memiliki sebarang pinjaman di bawah nama anda. Ini akan menyebabkan skor kredit anda jatuh kepada “Tiada skor”.

Oleh yang demikian, pihak bank tidak dapat menentukan status kewangan anda dan mereka akan lebih berwaspada untuk memberi pinjaman kepada anda disebabkan mereka tiada jaminan bahawa anda boleh membayar balik pinjaman.

2. Anda Baru Dapat Kerja & Tidak Boleh Menyediakan Dokumen yang Diperlukan

Semasa memohon pinjaman kereta, pelbagai dokumen berkaitan kewangan anda perlu disediakan termasuk slip gaji bagi individu yang bekerja. Kebanyakan bank memerlukan sejarah pekerjaan selama sekurang-kurangnya enam bulan untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil untuk membiayai pinjaman.

Malangnya sebagai graduan baharu, anda mungkin baru sahaja mendapat pekerjaan pertama. Ini bermakna anda perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh memohon pinjaman.

Di samping itu, anda juga mungkin masih belum memiliki dokumen sokongan yang diperlukan seperti penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), melainkan jika anda dah pernah bekerja sebelum ini. 

3. Debt Service Ratio (DSR) Terlalu Tinggi

Katakanlah anda dah bekerja lebih daripada enam bulan tetapi dalam tempoh tersebut anda ada memohon dan menggunakan kad kredit. Maklumat ini akan ada dalam laporan CCRIS dan CTOS anda.

Merujuk kepada laporan tersebut, bank akan mengambil kira perbelanjaan ini sebagai komitmen kewangan bulanan anda. Mereka kemudiannya akan mengira DSR anda untuk mengetahui sama ada anda mampu untuk membayar pinjaman yang lain (pinjaman kereta yang anda mohon).

fresh graduate car loan

DSR ini penting disebabkan ia boleh menentukan keputusan permohonan anda. Secara asasnya, nisbah ini bertujuan untuk mengukur sama ada anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menanggung gaya hidup anda selepas menolak komitmen bulanan yang ada. 

Setiap had DSR adalah berbeza mengikut bank.Sebagai contoh, jika had DSR bank ialah 70 peratus, sebarang peratusan DSR melebihi 70 berkemungkinan besar akan ditolak atau akan tertakluk kepada semakan yang lebih ketat. DSR yang sihat adalah antara 30 dan 40 peratus.

DSR dikira dengan membahagikan komitmen kewangan bulanan anda (pinjaman, kad kredit dan sebagainya) dengan jumlah pendapatan bulanan anda. 

4. Dokumen Penjamin Anda Tidak Cukup Kukuh

Salah satu cara untuk mengukuhkan permohonan pinjaman anda adalah dengan menggunakan penjamin. Penjamin ialah seseorang yang akan terikat secara undang-undang untuk menjelaskan sebarang amaun yang tertunggak jika peminjam utama (pemohon pinjaman) gagal membayar hutang.

Bank lebih cenderung untuk meluluskan permohonan anda sekiranya anda mempunyai penjamin dengan status kewangan yang kukuh. Ini penting kerana, jika sesuatu berlaku kepada peminjam utama, pihak bank boleh mendapatkan penjamin untuk menyelesaikan sebarang bahagian pinjaman yang belum dibayar.

Jadi, jika permohonan pinjaman anda masih ditolak walaupun dengan kehadiran seorang penjamin, ini mungkin bermakna penjamin anda tidak menepati syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

5. Kelulusan Pinjaman Kereta Lebih Sukar Semasa Pandemik

Tambahan pula, dengan pandemik yang sedang melanda dunia sekarang, kelulusan pinjaman kereta kini sudah menjadi semakin ketat.

Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pemohon menghadapi tempoh mendapatkan kelulusan yang lebih panjang disebabkan pemberi pinjaman menambah kriteria yang diperlukan untuk kelulusan. Ini termasuklah sama ada bakal peminjam bekerja dari rumah atau pejabat dan juga jenis industri yang diceburi oleh mereka.

Situasi ini menyukarkan lagi usaha graduan baharu untuk dapatkan pembiayaan kereta. Mereka yang baru sahaja dapat pekerjaan pertama mungkin terpaksa melupakan rancangan untuk memiliki kereta.

Walaupun begitu, masih ada harapan bagi para graduan baharu kerana ada beberapa bank di Malaysia yang menawarkan skim graduan yang boleh digunakan untuk memohon pinjaman bagi mendapatkan kereta pertama dan CARSOME juga ada melancarkan produk yang khusus bagi membantu graduan mendapatkan pinjaman kereta dengan lebih mudah.

Artikel berkaitan: Beli Kereta Pertama? Ini Perkara Penting Tentang Loan Kereta yang Perlu Anda Tahu

Anda Boleh Cuba Memohon Skim Graduan

Sebagai graduan baharu, agak sukar kalau anda nak sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman kereta biasa. Selain itu, anda juga perlu memenuhi syarat-syarat pinjaman yang lain seperti mengemukakan slip gaji terkini dan menyediakan sekurang-kurangnya 10 peratus bayaran pendahuluan untuk kereta yang ingin dibeli.

Tetapi dengan skim graduan, anda boleh memiliki kenderaan tanpa perlu menyediakan bayaran pendahuluan yang tinggi, mengemukakan pelbagai dokumen, atau gaji minimum yang tinggi. Jika permohonan anda diluluskan, anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 100 peratus daripada harga kereta dengan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun tetapi dengan kadar faedah yang lebih tinggi sedikit berbanding pinjaman kereta konvensional – sekitar 0.10 hingga 0.20 peratus lebih tinggi (anggaran kadar faedah biasa adalah daripada 2.8 hingga 4.5 peratus).

Berikut ialah senarai bank tempatan yang menyediakan skim graduan jika anda berminat untuk memohon:

Kelayakan

Untuk layak memohon skim graduan, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20 hingga 35 tahun*
  • Mestilah graduan dengan kelayakan minimum Diploma atau Ijazah*
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh lima tahun dari tarikh tamat pengajian*
  • Gaji minimum RM1,800 dan ke atas*
  • Mempunyai pendapatan tetap*
  • Hanya sah untuk pembelian kereta nasional baharu

*Syarat kelayakan akan berbeza-beza mengikut bank dan terma dan syarat skim yang telah ditetapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Jika anda layak memohon skim graduan, berikut adalah senarai dokumen yang anda perlu sediakan untuk permohonan anda:

  • Salinan MyKad
  • Salinan Lesen Memandu
  • Salinan Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau transkrip yang disahkan*
  • Salinan Surat Tawaran Pekerjaan*
  • Salinan slip gaji tiga bulan terkini (jika berkenaan) dan/atau salinan penyata bank tiga bulan terkini (jika berkenaan)**

*Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza mengikut bank dan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

**Bank berhak meminta dokumen tambahan.

Atau Anda Juga Boleh Memohon Pinjaman CARSOME Capital

Untuk membantu graduan baharu yang tidak berjaya mendapatkan pinjaman kereta, CARSOME Capital adalah penyelesaian yang mudah, khas bagi mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk membeli kereta pertama mereka dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian.

man in graduation robe and hat in car smiling

Bagi yang berminat nak memohon pinjaman kereta dengan CARSOME Capital, permohonan dibuka kepada graduan yang berumur hingga 35 tahun. Dan anda hanya perlu memohon  menggunakan Surat Tawaran Pekerjaan anda sahaja!

Tempoh pinjaman juga tersedia hingga sembilan tahun, jadi anda boleh dapatkan jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar. Berikut adalah syarat-syarat lengkap untuk memohon pinjaman dengan CARSOME Capital:

  • Surat tawaran pekerjaan: Anda hanya perlu menunjukkan surat tawaran anda. Ini bagi membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan tetap untuk membuat bayaran balik pinjaman. Memang sangat mudah nak buat permohonan, sesuai untuk graduan yang baru sahaja dapat pekerjaan pertama, atau mereka yang baru sahaja memulakan pekerjaan baharu, kerana anda tidak perlu menyediakan dokumen pendapatan sehingga enam bulan seperti yang perlu dilakukan untuk pinjaman biasa. 
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda: Permohonan boleh dibuat dalam masa lima tahun selepas tarikh tamat pengajian. 
  • Anda hanya memerlukan seorang penjamin: Anda boleh memohon dengan ibu bapa anda sebagai penjamin. Ini berbeza dengan penjamin konvensional yang diperlukan oleh bank biasa. Untuk permohonan CARSOME Capital, penjamin boleh mengemukakan sebarang bentuk pendapatan tanpa syarat minimum. 
  • Kad Pengenalan dan lesen memandu: Anda perlu mengemukakan kad pengenalan dan lesen memandu anda. Ibu bapa anda juga perlu menyediakan kad pengenalan mereka sebagai penjamin.

Seterusnya, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman anda dengan mudah melalui JomPAY. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh memohon pilihan pembiayaan automatik ini apabila anda membeli kereta CARSOME Certified. 

Beli Kereta CARSOME Certified untuk Jaminan Kualiti

Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik kami yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir. Selain itu, kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih.

Carsome Automall

Untuk menjamin ketenangan jiwa dengan pembelian anda. Kami turut menyertakan janji berikut bersama kereta CARSOME Certified:

  • Harga tetap, tanpa bayaran tersembunyi: Harga kereta yang anda lihat di laman web kami adalah harga yang perlu anda bayar untuk kereta tersebut, tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari: Sekiranya anda berubah fikiran selepas membeli kereta daripada CARSOME, pulangkannya kepada kami dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan wang, tanpa banyak soal!
  • Waranti satu tahun: Perjalanan anda bersama kami tidak berhenti selepas anda membeli kereta. Kami juga akan memberi anda waranti lanjutan untuk tahun pertama agar kereta anda dilindungi.

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk membeli kereta pertama anda dengan CARSOME, layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk pilih kereta yang anda mahukan.

Selepas itu, tempah sesi pandu uji untuk kereta pilihan anda dan jika anda menyukainya, terus buat pembelian dan mohon pinjaman kereta daripada CARSOME Capital.

Kami harap artikel ini telah memberi anda maklumat yang cukup berkaitan permohonan pinjaman kereta, terutama sekali jika anda adalah seorang graduan baharu.

Artikel ini juga tersedia dalam Bahasa Inggeris di sini: Car Loan Rejected as a Fresh Grad? Here’s Why & How You Can Buy Your First Car

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular