HomeBMSemuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Apabila membeli kereta terpakai, anda bukan sahaja kena fikir tentang bajet dan jenis kereta yang nak dibeli, tetapi juga kena hadap proses pembelian yang memakan masa, kertas kerja yang banyak, dan pemeriksaan kereta yang menyusahkan.

Sebab inilah CARSOME memperkenalkan cara pembelian kereta yang terjamin agar anda boleh dapatkan kereta pramilik berkualiti dengan mudah, pantas, dan selamat. CARSOME Certified adalah janji kami untuk menyediakan kereta pramilik yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional.

Ini adalah jaminan kami untuk memberi anda kereta pramilik berkualiti dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

carsome certified, carsome inspector car

CARSOME Certified bukan setakat jaminan kualiti, ia juga merupakan taraf baharu pembelian kereta pramilik berkualiti yang memberi keyakinan kepada mereka yang mahu membeli kereta terpakai.

Berikut adalah antara kelebihan yang anda boleh nikmati apabila memilih kereta CARSOME Certified.

Jaminan Kualiti Melalui Pemeriksaan 175-Titik

Setiap kereta CARSOME Certified telah diperiksa dengan teliti melalui pemeriksaan 175-titik kami untuk memastikan kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir sebelum dihantar ke CARSOME Certified Lab untuk dibaik pulih. Pemeriksaan ini juga bertujuan memastikan yang tiada sebarang perubahan dilakukan pada milej kereta.

Setiap kereta diperiksa dengan cermat oleh pemeriksa profesional kami mengikut spesifikasi yang ketat untuk memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik. Inilah cara kami memastikan kualiti melalui pemeriksaan 175-titik kami.

Pemeriksaan Luaran

Pemeriksa profesional kami akan menilai bahagian luaran kereta yang berikut dengan teliti untuk memastikan yang ia tidak pernah diubah dan mematuhi taraf piawaian CARSOME Certified:

  • Nombor enjin
  • Panel badan dan bampar
  • Pintu, bonet, dan but
  • Cermin tingkap dan cermin sisi
  • Lampu
  • Rim dan tayar

Pemeriksa kami akan memastikan yang nombor enjin atau casis kereta tidak pernah diubah supaya kami boleh memastikan yang kereta tersebut bukanlah kereta klon dan tidak pernah diisytiharkan sebagai total loss.

Selain itu, pemeriksa kami juga akan memerhatikan jika terdapat tanda-tanda pembaikan pada panel badan kereta atau tanda kimpalan yang ketara pada bahagian sendi untuk memastikan kereta bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk. Kami juga akan memeriksa jika terdapat kesan karat atau kulat pada badan kereta untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat banjir.

Pemeriksaan Dalaman

Kemudian, bahagian dalaman kereta pula akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan semua butang dan ciri keselamatan berfungsi dengan baik. Pemeriksa profesional kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan bahawa komponen berikut memenuhi piawaian CARSOME Certified kami:

  • Kemudahan dalaman (Odometer, lampu penunjuk, lampu amaran, dan lain-lain)
  • Tali pinggang keselamatan
  • Sistem audio dan penggera
  • Sistem pendingin hawa
  • Tikar
  • Tingkap dan kunci pintu
  • Hud kereta
  • Bumbung matahari

carsome certified, carsome inspector interior inspection

Panel papan pemuka diperiksa untuk sebarang tanda amaran yang menyala atau berkelip, manakala semua tombol dan butang diperiksa untuk memastikan masing-masing berfungsi dengan baik.

Selain itu, sistem pendingin hawa diperiksa untuk mengesahkan yang ia beroperasi sepenuhnya dan dapat mengedarkan udara sejuk ke seluruh kabin kereta. Jika terdapat masalah dengan sistem pendingin hawa, ia akan dibaiki apabila kereta melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified kami.

Artikel berkaitan: Jangan Teruskan Pemanduan Jika 3 Lampu Amaran Kereta Ini Menyala!

Pemeriksaan Bahagian Bawah Kereta

Seterusnya, pemeriksa kami akan memeriksa bahagian bawah kereta. Pemeriksaan ini memastikan tiada sebarang kerosakan atau kebocoran pada sistem ekzos, brek, tayar, dan transmisi.

Setiap komponen akan dinilai oleh pemeriksa kami untuk memastikan ia mematuhi piawaian CARSOME Certified. Kebanyakan komponen di bahagian bawah kereta mengalami tekanan berterusan semasa dipandu, jadi pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Ujian Pemanduan Singkat

Bahagian terakhir pemeriksaan melibatkan ujian pemanduan singkat yang akan dijalan oleh pemeriksa kami. Ini adalah bahagian paling penting dalam pemeriksaan yang akan memastikan enjin kereta, sistem transmisi, dan brek berfungsi dengan baik.

Pemeriksa kami akan memerhatikan jika terdapat sebarang tanda-tanda amaran semasa memandu seperti gegaran atau bunyi yang sangat kuat dan bau yang pelik. Stereng kereta mesti boleh berpusing sepenuhnya dan brek mestilah berfungsi dengan baik tanpa sebarang bunyi pelik.

Ketenangan Jiwa dengan Waranti 1 Tahun

Kereta CARSOME Certified telah dibaik pulih mengikut piawaian yang paling tinggi dan dilindungi dari hari pertama. Setiap kereta didatangkan dengan Program Waranti Lanjutan CARSOME (EWP) selama satu tahun tanpa sebarang kos tambahan.

Kami bekerjasama dengan Allianz untuk memberi jaminan menyeluruh bagi kereta CARSOME Certified untuk menjamin ketenangan jiwa anda. Waranti kami terdiri daripada dua pelan yang sah untuk 12 bulan – pelan Gold yang diberikan secara automatik kepada semua kereta CARSOME Certified dan juga pelan Platinum yang merupakan pelan naik taraf pilihan yang boleh disertakan dalam pembelian anda.

CARSOME Gold EWP

Semua kereta CARSOME Certified didatangkan dengan pelan waranti Gold dan anda layak mendapat perlindungan berikut yang merangkumi:

1) Enjin

  • Blok silinder
  • Kotak engkol (Crankcase)
  • Kepala silinder
  • Gasket kepala silinder dan lain-lain. (Cylinder head gasket etc.)

2) Transmisi manual dan automatik

  • Bingkai kotak gear dan semua bahagian dalaman
  • Penukar kilas (Torque converter)
  • Unit kawalan transmisi
  • Unit gear suis elektro hidraulik

3) Sistem pendingin hawa

  • Pemampat (Compressor)
  • Kapasitor
  • Kipas radiator

CARSOME Platinum EWP

Pelan Platinum pula adalah naik taraf pilihan yang boleh disertakan dalam pembelian anda untuk perlindungan tambahan. Anggaran harga pelan ini sekitar RM600 hingga RM1,500, bergantung kepada kapasiti enjin dan tahun pembuatan kereta. Pelan ini merangkumi perlindungan yang berikut:

1) Semua yang terkandung dalam pelan Gold

2) Sistem minyak

  • Pam minyak
  • Pam suntikan
  • Muncung suntikan dan lain-lain. (Injection nozzles etc.)

3) Stereng

  • Gear stereng mekanikal atau hidraulik dengan semua bahagian dalaman
  • Sistem stereng kuasa elektrik
  • Pam hidraulik dengan semua bahagian dalaman dan komponen stereng elektronik

4) Sistem penyejukan

  • Pam air
  • Penyejuk air
  • Penukar haba
  • Termostat
  • Kipas (elektrik dan mekanikal, termasuk klac likat (viscous clutch), tanpa roda kipas)

5) Bantuan kecemasan atas jalan

  • Pusat panggilan 24 jam sehari (1800-22-5542)
  • Servis tunda 100km sehala, tanpa had tuntutan
  • Servis tunda kerosakan dan kemalangan, termasuk pada waktu malam
  • Bantuan atas jalan segera
  • Bantuan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak

Tuntut Waranti CARSOME Anda Dengan Mudah

Kalau kereta CARSOME Certified anda mengalami masalah semasa dalam tempoh waranti, jangan risau! Allianz, rakan kongsi kami, akan memberi anda sokongan profesional 24 jam sehari untuk membantu anda dalam proses menuntut waranti.

man worried holding car hood

Ada dua cara mudah untuk anda tuntut waranti CARSOME:

  • Hubungi Allianz Roadside Assistance (RSA) – Anda boleh hubungi mereka melalui talian bebas tol 1800-22-5542.
  • Bawa kereta anda ke bengkel panel – Di bengkel panel Allianz, beritahu konsultan atau petugas di situ yang anda mahu menuntut “Waranti CARSOME” dan mereka akan membimbing anda melalui proses yang diperlukan.

Artikel berkaitan: Cara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Proses Pembelian yang Sangat Mudah

Anda tak perlu menghadapi kertas kerja yang banyak dan leceh dalam proses membeli kereta, kami akan uruskan semuanya untuk anda – termasuklah pergi ke lokasi yang diperlukan  untuk berurusan dengan pihak yang berkaitan.

Beginilah cara kami mengendalikan kertas kerja yang diperlukan dalam proses pembelian untuk anda:

  • Sebelum Pembelian: Anda cuma perlu sediakan dokumen berikut untuk memudahkan urusan menjual kereta dan untuk permohonan pinjaman:
    • Kad pengenalan (warganegara Malaysia) atau pasport (bukan warganegara Malaysia)
    • Lesen memandu yang sah
    • Penyata gaji tiga bulan terkini
    • Penyata bank tiga bulan terkini
    • Penyata KWSP
    • Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan
  • Kelulusan Pinjaman: Setelah pinjaman anda diluluskan, kami akan mengambil Surat Aku Janji (LOU) bagi pihak anda.
  • Selepas Pembelian: Setelah proses pembelian kereta selesai, Konsultan CARSOME kami akan mendapatkan dokumen berikut untuk anda:
    • Dokumen pemindahan hak milik kereta
    • Cukai jalan
    • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

CARSOME menitikberatkan ketelusan dalam setiap proses kami. Semua kereta CARSOME Certified dilengkapi dengan laporan pemeriksaan 175-titik lengkap yang boleh dimuat turun di laman web kami. Ada juga kereta CARSOME Certified terpilih yang didatangkan dengan paparan 360 darjah yang tidak disunting agar anda boleh lihat bahagian dalam dan luar kereta sebelum menempah pandu uji.

Permohonan Pinjaman Lebih Mudah dengan Rangkaian Rakan Kongsi Kewangan yang Kukuh

Anda boleh mohon pinjaman daripada mana-mana rakan kongsi kewangan CARSOME dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pilihan yang sepadan dengan profil kewangan anda.

Di samping itu, CARSOME Capital turut menawarkan penyelesaian yang dapat membantu meningkatkan kadar kelulusan pinjaman anda. Untuk memudahkan lagi proses pinjaman, anda boleh mohon pinjaman pralulus untuk menilai tahap kredit anda dan mencari kereta mengikut bajet anda.

Jaminan Pulangan Wang Dalam 5 Hari Jika Anda Berubah Fikiran

Setiap kereta CARSOME Certified layak menerima jaminan pulangan wang lima hari kami, jadi jika anda berubah fikiran mengenai pembelian kereta anda, pulangkan saja kereta kepada kami dan anda akan menerima pulangan wang tanpa sebarang soalan!

Jaminan pulangan wang lima hari kami hanya sah jika kereta:

  • Tidak diubah suai atau dimodifikasi
  • Tidak dipandu melebihi 300km
  • Tidak mempunyai sebarang saman atau denda
  • Tidak dijual semula atau dipindah milik kepada orang lain
  • Dipulangkan dalam masa lima hari daripada tarikh penerimaan kereta

Cara Untuk Dapatkan Pulangan Wang Anda

Ini caranya untuk anda dapatkan pulangan wang kalau berubah fikiran mengenai pembelian kereta anda:

  • Langkah 1: Pergi ke mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME yang berhampiran dengan anda dan isikan borang pemulangan kenderaan.
  • Langkah 2: Pulangkan kereta di Pusat Pengalaman kami.
  • Langkah 3: Anda akan terima pulangan wang anda dalam masa 14 hari bekerja*.

Sebaliknya, bagi pelanggan yang memilih untuk trade in kereta lama mereka semasa dalam proses pembelian, kereta lama mereka tidak akan dipulangkan semula. Tetapi, pelanggan akan menerima bayaran mengikut nilai trade in yang telah dipersetujui.

Pilih CARSOME Certified Untuk Ketenangan Jiwa Anda

Terdapat sehingga 30 jenama yang boleh anda pilih daripada pelbagai pilihan kereta CARSOME Certified yang kami tawarkan – untuk memenuhi setiap keperluan anda. Sebagai taraf baharu pembelian kereta pramilik, CARSOME Certified menjanjikan hanya kereta pramilik berkualiti yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang ketat dengan harga yang tetap bersama jaminan pulangan wang dalam lima hari dan juga waranti selama satu tahun.

carsome certified, carsome red car

Setiap kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih melebihi taraf global dengan Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified kami untuk menjamin keselamatan, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Kalau anda dah sedia nak bawa pulang kereta CARSOME Certified, kami sentiasa bersedia membantu anda. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang untuk beli kereta terpakai berkualiti idaman anda!

Artikel berkaitan: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular