HomeBMCARSOME Certified Lab: Beginilah Cara CARSOME Membaik Pulih Kereta Pramilik

CARSOME Certified Lab: Beginilah Cara CARSOME Membaik Pulih Kereta Pramilik

Apabila anda membeli kereta CARSOME Certified, anda boleh menjangkakan sebuah kereta yang telah dibaik pulih dengan jaminan keselamatan yang melebihi taraf semasa dan keselesaan sepenuhnya untuk anda.

Ini kerana setiap kereta CARSOME Certified telah melalui pemeriksaan yang teliti sebelum dibaik pulih dan diperincikan secara profesional di CARSOME Certified Lab kami.

Apa Itu CARSOME Certified Lab?

CARSOME Certified Lab ialah sebuah fasiliti baik pulih kereta yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara, meliputi 180,000 kaki persegi dengan kapasiti untuk membaik pulih sehingga 2,000 kereta setiap bulan. Kami mempunyai pakar dan juruteknik terlatih yang mampu mengusahakan sehingga 30 jenama kereta paling popular di Asia Tenggara.

carsome certified lab
CARSOME Certified Lab di Malaysia

Dengan taraf baharu yang telah ditetapkan di CARSOME Certified Lab yang dikenali sebagai Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified, kami mengenakan kawalan kualiti yang ketat kepada setiap kereta dari awal hingga akhir proses baik pulih. Selain itu, ia disokong oleh juruteknik kami yang bertauliah dengan pengetahuan luas mengenai kereta dalam proses membaik pulih kereta. Inilah cara kami meyakinkan anda bahawa semua kereta CARSOME Certified berfungsi dengan baik dan nampak cantik.

carsome certified lab BM factsheet

Mari lihat di sebalik tabir bagaimana cara kami mencapai taraf baharu berkenaan kereta pramilik.

Pemeriksaan 175-Titik CARSOME

Setiap kereta CARSOME Certified telah menjalani pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir. Titik permulaan ini adalah sangat penting bagi kami kerana kereta CARSOME Certified adalah seperti satu dalam seratus, hanya yang terbaik sahaja dipilih untuk dihantar ke CARSOME Certified Lab kami.

Pemeriksaan ini meliputi setiap bahagian kereta, daripada casis dan bahagian bawah kereta, hingga ke enjin dan kotak gear, termasuklah bahagian dalaman dan komponen elektrik kereta. Ia juga disertakan dengan ujian pemanduan singkat untuk menentukan keadaan operasi kereta.

Anda boleh percaya bahawa setiap kereta CARSOME Certified telah diuji dari setiap aspek untuk menjamin keadaannya, walaupun sebelum proses pembaikpulihan dimulakan.

Pembaikpulihan Kereta di CARSOME Certified Lab

Selepas selesai pemeriksaan 175-titik, kereta kemudiannya dihantar ke CARSOME Certified Lab kami, di mana Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified akan dimulakan.

Di CARSOME, kualiti pada tahap tertinggi merupakan moto kami. Jadi, kami telah mencipta proses membaik pulih menyeluruh yang menggabungkan data dan teknologi, pengetahuan automotif serta juruteknik mahir dan berpengalaman untuk menaikkan taraf kualiti kereta pramilik.

Pemeriksaan kualiti yang ketat dijalankan sepanjang proses pembaik pulihan, disertai dengan kaedah penambahbaikan berterusan (kaizen) – semuanya untuk memastikan kereta dibaik pulih dengan sempurna. Ini merupakan taraf baharu dalam industri kereta pramilik untuk memberikan ketenangan fikiran yang lengkap kepada pelanggan kami.

Setibanya di CARSOME Certified Lab, konsultan kami akan memeriksa kereta sekali lagi untuk merancang pembaikpulihan di kawasan pemeriksaan.

Berikut merupakan bahagian kereta yang akan dibaik pulih dalam Proses Pembaik Pulihan CARSOME Certified.

  • Pembaikan Mekanikal & Am
Onboard diagnostic scanner (OBD) Kesan, diagnos, dan servis untuk memastikan ciri keselamatan utama kereta (brek anti-kunci, kawalan kestabilan elektronik, etc.) berfungsi pada tahap optimum. 
Penggantian minyak pelincir Untuk memanjangkan hayat perkhidmatan bahagian dalaman kereta.
Servis tayar Termasuk penjajaran dan pengimbangan tayar, dan juga memastikan bunga tayar melebihi taraf keselamatan global. 
Servis brek Memastikan brek berfungsi dengan baik dan ketebalan pad brek melebihi taraf keselamatan global.
Servis elektronik Penggantian kamera pandang belakang, sensor jarak, atau sistem GPS dalaman (jika rosak)
Penggantian bilah pengelap Untuk memastikan jarak penglihatan optimum semasa memandu dalam hujan.
Penggantian cermin hadapan Digantikan jika terdapat keretakan, kerana sebarang kerosakan kecil menjadikannya lebih mudah untuk pecah.
  • Badan & Cat
Pembaikan panel badan Jika terdapat kesan lekuk pada keretaia akan melalui pembaikan panel badan terlebih dahulu.
Penyediaan permukaan Setelah semua kesan calar dan lekuk dibaiki, ia akan melalui proses penyediaan permukaan seperti putty, sanding, dan masking.
Pengecatan semula badan Kami mengecat semula menggunakan cat keluaran OEM. Cat dicampur di CARSOME Certified Lab dalam bilik campuran cat.
Penggilapan Kami menggilap dengan tiga langkah pembetulan cat berprestasi tinggi dan dilapisi dengan lapisan lilin perlindungan untuk menjadikan permukaan licin dan berkilat seperti cermin.
  • Perincian Profesional 

Setelah selesai pembaik pulihan mekanikal dan bahagian badan, masanya tiba untuk kereta diperincikan secara profesional oleh pasukan CARSOME Certified Lab.

Di sinilah kereta akan diberikan kemasan sempurna agar ia kelihatan lebih menarik, tanpa proses ini ia tidak akan menjadi sebuah kereta CARSOME Certified. Proses perincian kami melibatkan:

Cucian kereta terperinci Kami mencuci bahagian luaran kereta serta ruangan enjin untuk memastikan kebersihan kereta secara menyeluruh.
Pembersihan dalaman Kami mensanitasi bahagian dalaman dan membaik pulih ketidaksempurnaan (jika perlu).
Pembaik pulihan tempat duduk Sarung tempat duduk juga dibaiki dan dipulihkan jika perlu.

Inilah cara kami memastikan setiap kereta yang keluar dari CARSOME Certified Lab kami berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.

CARSOME Certified Adalah Ketenangan Fikiran

Semua kereta CARSOME Certified dijual dengan harga tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi kerana harga yang kami paparkan telah melingkungi cukai jalan, yuran pemeriksaan Puspakom, yuran pemindahan pemilikan, dan yuran permohonan pinjaman. Kereta CARSOME Certified kami merupakan kereta pramilik yang telah dipilih dengan berhati-hati untuk menawarkan hanya yang terbaik dari segi kualiti, keyakinan, kemudahan, dan pilihan.

Tambahan pula, setiap kereta CARSOME Certified disenaraikan dengan laporan pemeriksaan lengkap yang teliti dalam talian bersama gambar yang jelas tanpa sebarang suntingan digital, dan juga pandangan 360 darjah untuk kereta yang terplilih.

carsome certified lab 360-carsome
Kereta CARSOME Certified yang disenaraikan dengan gambar yang jelas di laman web kami

Sementara itu, komitmen kami kepada anda tidak terhenti selepas anda mendapat kunci kereta anda. Kami yakin dengan setiap kereta CARSOME Certified kami,sebab itulah ianya didatangkan dengan:

  • Jaminan pulangan wang lima hari: Jika anda mengubah fikiran tentang kereta yang anda beli, pulangkan sahaja dalam lima hari untuk dapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
  • Waranti satu tahun: Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap kereta CARSOME Certified kami dan kami akan memberi anda lanjutan waranti sehingga satu tahun.

Layari carsome.my sekarang untuk mendapatkan kereta idaman anda!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular