HomeBMCara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Cara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Kebanyakan pembeli takkan sangka yang kereta terpakai mempunyai jaminan perlindungan terutama sekali jika kereta tersebut melebihi usia lima tahun dan disebabkan itulah tak ramai yang nak membeli kereta terpakai. Disebabkan itu, CARSOME telah memberikan pelan waranti lanjutan satu tahun untuk semua kereta CARSOME Certified. Jadi apabila anda membeli kereta CARSOME Certified, anda tidak perlu risau sama ada ia masih mempunyai waranti asal atau tidak. 

Tambahan lagi, waranti lanjutan ini tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan kerana ia telah disertakan sekali dalam harga kesemua kereta kami. Mari tengok apa yang akan anda dapat dengan waranti lanjutan CARSOME dan cara untuk menuntutnya. 

Artikel berkaitan: Beli Kereta Baru Tapi Tak Tahu Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik? Info Lengkap Insurans Kereta Di Sini 

broke down car - used car warranty coverage

Apa Ada Dalam Program Waranti Lanjutan CARSOME? 

Tidak seperti waranti lanjutan yang lain di Malaysia, Program Waranti Lanjutan CARSOME (Extended Warranty Program – EWP) tidak memerlukan sebarang bayaran tambahan dan tersedia untuk semua kereta CARSOME Certified. Program waranti ini disediakan oleh Allianz dan terdiri daripada dua pelan – Pelan Emas (Gold) yang terpakai secara automatik untuk semua kereta kami dan pelan Platinum yang boleh dibeli sebagai pelan naik taraf pilihan. 

Pelan waranti ini mempunyai perlindungan yang pelbagai tetapi kedua-duanya akan melindungi kereta anda selama satu tahun atau 20,000 kilometer (yang mana dicapai dahulu). Kedua-dua pelan ini mempunyai perlindungan maksimum RM50,000 untuk setiap polisi dan had maksimum RM10,000 untuk setiap tuntutan. 

Artikel berkaitan: Bahaya Membeli Kereta Tenggelam Banjir

Pelan Emas (Gold Plan) 

Pelan Emas Program Waranti Lanjutan diberikan kepada semua kereta CARSOME Certified dan membolehkan anda dilindungi daripada kegagalan mekanikal atau elektrik seperti: 

1. Enjin 

  • Blok silinder
  • Kotak engkol (crankcase)
  • Kepala silinder (cylinder head)
  • Gasket kepala silinder (cylinder head gasket), dan lain-lain. 

2. Transmisi Automatik dan Manual

  • Bekas kotak gear dan bahagian dalamannya. 
  • Pengubah daya kilas (torque converter) 
  • Unit kawalan transmisi 
  • Kotak suis hidrolik elektrik. 

3. Sistem Penyaman Udara

  • Pemampat udara
  • Kapasitor 
  • Kipas radiator

Pelan Platinum 

Pelan Platinum Program Waranti Lanjutan merupakan naik taraf pilihan yang anda boleh beli. Bergantung kepada kapasiti enjin dan usia kereta, pelan ini berharga antara RM600 hingga RM1,500. Berikut merupakan perlindungan yang ditawarkan dalam pelan Platinum. 

1. Kesemua yang Dilindungi dalam Pelan Emas. 


2. Sistem Bahan Api. 

  • Pam minyak  
  • Pam suntikan
  • Muncung pam suntikan, dan lain-lain
  • Stereng 

3. Stereng

  • Gear stereng mekanikal atau hidrolik dengan semua bahagian dalaman. 
  • Sistem kemudi kuasa (power steering). 
  • Pam hidrolik dengan semua bahagian dalamnnya dan komponen elektrik stereng. 

4. Sistem Penyejukan 

    • Pam air. 
    • Penyejuk air. 
    • Penukar haba (heat exchanger)
    • Termostat 
    • Kipas (elektrik dan mekanikal termasuklah klac kipas, tanpa tayar kipas)

5. Bantuan Atas Jalan 

  • Khidmat panggilan 24 jam sehari 7 hari seminggu (1800-22-5542)
  • Tunda satu hala sejauh 100km tanpa had tuntutan. 
  • Tunda untuk kerosakan atau kemalangan, termasuk pada waktu malam. 
  • Bantuan atas jalan serta-merta. 
  • Servis ambulans dan penyampaian mesej kecemasan. 
  • Bantuan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. 

Artikel berkaitan: Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Mechanic fixing yellow car

Tuntut Waranti CARSOME Anda 

Dengan kerjasama bersama Allianz, kami mampu menyediakan anda perlindungan waranti kereta terpakai yang menyeluruh dan profesional sepanjang masa. Ini caranya untuk anda menuntut waranti CARSOME anda. 

1. Hubungi Allianz Roadside Assistance (RSA) 

Sama ada kereta anda rosak di atas jalan atau tak boleh dihidupkan di rumah, anda boleh hubungi Allianz RSA di talian 03-2161 0795 atau 1-800-22-5542. Khidmat bantuan Allianz akan mendapatkan butiran anda dan membantu memberikan lokasi bengkel panel Allianz yang terdekat. Jika anda mempunyai pelan Platinum dan tidak boleh menghidupkan kereta anda, anda boleh meminta lori tunda dan kereta anda akan ditunda ke bengkel. 

2. Bawa Kereta Anda ke Bengkel Panel

Di bengkel panel Allianz, nyatakan kepada pihak bengkel bahawa anda ingin menuntut “Waranti CARSOME” dan mereka akan membantu anda dengan proses membaiki kereta anda. Bergantung kepada jenis tuntutan dan sama ada kereta anda terlibat dalam kemalangan, anda perlu menyediakan dokumen berikut. Sila ambil perhatian bahawa proses tuntutan akan mengambil masa beberapa hari. 

  • Salinan laporan polis. 
  • Geran kereta anda atau sijil pemilikan kenderaan. 
  • Polisi insurans atau nota lindung (cover note). 
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemilik. 
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu mereka yang terlibat dalam kemalangan.

3. Bertenang dan Tunggu Kereta Anda Dibaiki 

Pihak bengkel akan memeriksa kenderaan anda, memberikan anggaran kos baiki, dan terus membaiki kereta anda. Sila ambil perhatian bahawa ini boleh mengambil masa antara satu hingga beberapa minggu, bergantung kepada tahap kerosakan kereta anda. Kesemua kos termasuklah pemeriksaan dan pembaikian akan dibayar oleh Allianz jadi anda tak perlu risau tentangnya. Sebaik saja kereta anda siap dibaiki, pihak bengkel akan menghubungi anda untuk mengambil kereta. 

Pilih CARSOME Certified untuk Ketenangan Minda 

Seperti yang anda lihat, proses menuntut waranti lanjutan CARSOME adalah mudah dan jelas, dan ia merupakan antara kelebihan membeli kereta CARSOME Certified. Apabila anda memilih CARSOME, anda akan mendapat kereta yang berkualiti yang telah melalui proses pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan cantik seperti estetik yang telah dibaik pulih. 

Selain perlindungan waranti lanjutan kereta terpakai, kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut: 

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 
  • Jaminan pulangan wang  dalam 5 hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa 5 hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya! 
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME! 

Artikel berkaitan: Carsome Certified Lab: Beginilah Cara Carsome Membaik Pulih Kereta Pramilik

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular