HomeBMBahaya Membeli Kereta Tenggelam Banjir

Bahaya Membeli Kereta Tenggelam Banjir

Bagi mereka yang kurang berpengalaman, tanda-tanda kerosakan banjir pada kereta mungkin agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Tetapi, sebuah kereta yang pernah ditenggelami banjir boleh dibelenggu dengan banyak masalah yang mendatangkan risiko kepada pemilik dan bakal pembeli.

Sebab itulah pembeli kereta terpakai harus berwaspada dengan tawaran yang tidak masuk akal kerana ia mungkin melibatkan kereta yang pernah ditenggelami banjir. Berikut adalah antara bahaya membeli kereta yang pernah ditenggelami banjir dan tanda-tanda yang boleh anda perhatikan untuk mengelak daripada membelinya.

kereta tenggelam banjir

Mengapa Kereta Tenggelam Banjir Berbahaya

Mendatangkan Masalah Kesihatan

Masalah utama bagi kereta yang pernah ditenggelami banjir dan tidak dibersihkan dengan betul ialah ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang berbahaya.

Ini adalah kerana air banjir dipenuhi dengan kuman dan kotoran yang tidak dapat dilihat. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, ia boleh mengakibatkan bakteria yang berbahaya dan juga bau yang tidak menyenangkan berlegar di dalam ruangan kereta anda.

Lebih-lebih lagi, keadaan kereta yang lembap boleh menyebabkan kewujudan kulat yang mungkin akan mendatangkan masalah pernafasan kepada pemandu dan penumpang jika dibiarkan.

Masalah Enjin

kereta banjir

Enjin dan air banjir bukanlah pasangan yang serasi. Apabila air banjir masuk ke bahagian enjin, ia akan bercampur dengan minyak yang berada di dalam enjin lalu akan mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman enjin.

Apabila terdapat kerosakan pada komponen dalaman enjin, ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di masa hadapan. Untuk membaiki kereta yang telah tenggelam banjir biasanya akan menelan kos yang sangat tinggi dan tiada jaminan bahawa ia dapat berfungsi tanpa sebarang masalah pada masa akan datang.

Waranti Terbatal

Biasanya, waranti dari pihak pengeluar kereta akan menawarkan perlindungan daripada masalah tertentu untuk kereta anda, seperti kerosakan mekanikal dan elektronik. Ianya tidak meliputi perlindungan daripada bencana alam seperti banjir.

Jika kereta telah ditenggelami banjir, waranti akan terbatal. Tanpa waranti, usaha membaiki kereta mungkin akan menelan belanja yang tinggi dan anda juga mungkin perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli waranti lanjutan dan juga tambahan polisi insurans untuk kereta tersebut.

Tanda-tanda Kereta Pernah Tenggelam Banjir

Bau Yang Tidak Menyenangkan

Cara paling mudah untuk mengenal pasti sama ada sesebuah kereta pernah ditenggelami banjir adalah dengan menghidunya. Bahagian dalaman kereta mempunyai komponen yang mudah menyerap air seperti karpet dan tempat duduk kereta.

Melainkan langkah yang sewajarnya telah diambil untuk membersihkan dan mengeringkan komponen ini sepenuhnya, sisa air banjir akan terperangkap di dalamnya dan akan menyebabkan bau hapak serta mengakibatkan pertumbuhan kulat.

Bau busuk dan hapak di dalam kereta serta tompokan kabus yang kerap muncul pada permukaan tingkap merupakan salah satu tanda sesebuah kereta pernah ditenggelami banjir.

Kerosakan Pada Komponen Elektronik

kereta banjir, warning lights rosak

Kereta moden biasanya dilengkapi dengan banyak komponen elektronik yang membolehkan kereta berfungsi pada keadaan optimum. Tetapi, jika kereta pernah ditenggelami banjir, komponen ini pasti akan terjejas kerana ia mudah rosak terutama sekali apabila terdedah kepada air.

Periksa setiap komponen elektrik kereta seperti bahagian lampu, tingkap kuasa, radio, dan yang seumpamanya untuk melihat sama ada ia berfungsi dengan baik dan pastikan tiada lampu amaran menyala semasa enjin hidup serta semasa kereta sedang dipandu.

Jika terdapat masalah dengan komponen berikut, anda mungkin perlu lakukan siasatan lanjut mengenai kerosakan tersebut.

Karat Yang Melampau

kereta banjir

Satu lagi tanda yang jelas menunjukkan bahawa sesebuah kereta pernah ditenggelami banjir adalah karat yang berlebihan. Biasanya, bahagian tertentu kereta memang akan terjejas oleh karat setelah digunakan selama beberapa tahun, tetapi banjir akan mempercepatkan kejadian karat dan penyebarannya pada kereta, terutama sekali pada bahagian di mana air mudah bertakung.

Anda harus memeriksa bahagian seperti ruangan bawah karpet kereta, bahagian bawah tempat duduk, dan ruangan di mana tayar ganti diletakkan. Bahagian-bahagian berikut merupakan bahagian yang selalunya terjejas apabila kereta ditenggelami banjir dan tanpa usaha pengeringan dan pembersihan yang menyeluruh, karat akan mudah terjadi di bahagian itu.

Artikel berkaitan: Kereta Tenggelam Banjir? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kereta CARSOME Certified Dijamin Bebas Daripada Kerosakan Banjir

Memastikan kereta yang anda beli berada dalam keadaan baik mungkin memerlukan banyak perkara yang perlu dilakukan, tetapi dengan CARSOME, kami menjadikan proses membeli kereta terpakai lebih mudah, lancar, dan telus untuk anda.

Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat yang dijalankan oleh pemeriksa kami yang berkemahiran tinggi. Selain daripada mengenal pasti keadaan kereta, pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan kereta kami bebas daripada kemalangan teruk dan juga kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa semua kereta CARSOME Certified benar-benar bebas daripada kerosakan banjir.

Keadaan kereta dinilai secara menyeluruh mengikut taraf CARSOME Certified. Ia termasuk pemeriksaan terperinci pada bahagian luaran dan dalaman kereta seperti badan kereta, keadaan cat, enjin, tayar, sistem penghawa dingin, dan seumpamanya untuk memastikan hanya kereta dengan kualiti terbaik sahaja yang dipilih.

Kereta kami juga disenaraikan di laman web dengan gambar yang jelas, pandangan 360 darjah untuk kereta yang terpilih, dan laporan pemeriksaan lengkap yang anda boleh semak dalam talian untuk memberi anda ketenangan fikiran apabila membeli kereta dengan kami.

CARSOME Je Lah Untuk Ketenangan Fikiran

Jadi, jika anda sedang mencari kereta terpakai berkualiti, dengan pilihan terbesar dari lebih 1,000 kereta terpakai kami yang telah diperiksa dengan teliti untuk memastikan ianya bebas daripada kerosakan banjir, anda pasti boleh menemui kereta yang sesuai dengan keperluan anda.

Selain itu, semua kereta CARSOME Certified juga telah melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified di CARSOME Certified Lab kami.

Artikel berkaitan: CARSOME Certified Lab: Beginilah Cara CARSOME Membaik Pulih Kereta Pramilik

Untuk memberikan anda ketenangan fikiran dengan pembelian anda, semua kereta CARSOME Certified disertakan dengan CARSOME Promise kami.

Inilah CARSOME Promise kami kepada anda.

  • Jaminan wang dikembalikan lima hari: Jika anda membeli kereta terpakai daripada CARSOME dan anda mengubah fikiran mengenai kereta tersebut, pulangkannya sahaja kepada kami untuk mendapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
  • Pemeriksaan profesional: Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas dari kemalanan teruk dan kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir.
  • Waranti satu tahun: Untuk ketenangan fikiran anda, kami akan memberikan anda waranti satu tahun untuk memastikan kereta anda sentiasa bersedia untuk dipandu.
  • Harga tetap: Anda cuma perlu bayar harga yang telah kami paparkan di laman web kami, tanpa sebarang bayaran tersembunyi.

Ingat, elakkan daripada membeli kereta terpakai yang mempunyai tanda-tanda ia pernah tenggelam banjir kerana ia biasanya mempunyai banyak masalah yang akan mendatangkan bahaya kepada anda. Kalau anda sedang mencari kereta terpakai berkualiti, apa kata anda mencuba CARSOME? Dengan lebih daripada 1,000 kereta untuk dipilih, anda pasti akan dapat mencari kereta yang sesuai dengan keperluan anda.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular