HomeBMFungsi Thermostat, Tanda Thermostat Rosak dan Kos Penggantian Thermostat Kereta

Fungsi Thermostat, Tanda Thermostat Rosak dan Kos Penggantian Thermostat Kereta

Thermostat kereta merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Dari aspek teknikal, thermostat kereta berfungsi mengawal aliran cecair penyejuk atau air coolant dalam enjin. Ia sekali gus membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan stabil dan baik dalam pelbagai situasi. Dalam kebanyakan situasi, thermostat kereta rosak boleh menyebabkan masalah kerosakan enjin yang serius seperti temperature kereta naik atau enjin kereta overheat.

fungsi thermostat kereta

3 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Thermostat Kereta

Secara teknikal, sistem thermostat kereta tidaklah terlalu kompleks. Ia merupakan antara komponen yang paling ringkas dan mudah. Ini bermaksud, sebarang kerosakan pada komponen ini yang boleh didiagnosis dan dibaiki sendiri. Oleh sebab itu, Carsome menyenaraikan tiga (3) perkara penting yang perlu pemilik kereta ketahui tentang thermostat kereta termasuk fungsi thermostat, tanda thermostat rosak dan anggaran kos penggantian thermostat kereta untuk panduan dan rujukan anda.

Fungsi Thermostat Kereta

Fungsi thermostat kereta adalah untuk mengawal masukan amaun cecair penyejuk atau air radiator kereta yang memasuki ruang enjin. Thermostat kereta akan terbuka dan membenarkan cecair penyejuk mengalir memasuki ruang enjin untuk membantu mengekalkan prestasi enjin. Ia secara tidak langsung menyejukkan ruang dalaman enjin dan menghalang enjin kereta overheating. Secara amnya, haba panas daripada enjin akan menyebabkan ruang dalaman enjin menjadi semakin panas lebih-lebih lagi semasa enjin beroperasi.

4 Tanda-tanda Thermostat Rosak

Kebanyakan masalah kerosakan thermostat kereta boleh dikenal pasti dengan mudah. Sekiranya anda mengesan sebarang tanda thermostat rosak atau kebocoran thermostat, gantikan komponen ini dengan segera. Ini kerana, thermostat kereta yang rosak berpotensi menjejaskan fungsi dan memberi kesan terhadap pengoperasian enjin, dan jika dibiarkan boleh memberi kesan kepada komponen-komponen penting lain dalam kereta. Carsome menyenaraikan empat (4) tanda thermostat rosak untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:

1. Bahan Penyejuk atau Air Radiator Bocor

Salah satu simptom penting atau tanda thermostat rosak yang palik ketara ialah kebocoran cecair penyejuk atau air radiator bocor. Biasanya, masalah kebocoran air radiator berpunca disebabkan komponen thermostat ini tersekat atau tertutup. Seperti semua sedia maklum, air radiator dialihkan ke dalam radiator kereta untuk menyejukkan ruang enjin. Namun begitu, kerosakan thermostat menyekat laluan air radiator sekali gus menyebabkan air radiator melimpah keluar dari perumah thermostat. Kebocoran air radiator yang ketara boleh dilihat melalui tompokan bendalir pada bahagian bawah kereta terutamanya semasa kereta berhenti.

2. Temperature Enjin Lebih Tinggi (atau Lebih Rendah) Berbanding Biasa

Secara teknikal, tokok suhu enjin akan berada pada paras yang optimum semasa anda start kereta anda. Walau bagaimanapun, bacaan tokok suhu enjin atau temperature gauge pada kereta akan naik lebih tinggi daripada biasa atau jarum berada dalam zon merah jika terdapat sebarang kerosakan pada thermostat kereta. Masalah ini mungkin berpunca daripada aliran cecair penyejuk ke radiator kereta yang tersekat atau terganggu yang menyebabkan suhu enjin kereta meningkat secara mendadak dan ketara.

Bagi sesetengah model kereta baru, lampu amaran enjin akan menyala menandakan kemungkinan berlaku masalah atau kerosakan pada bahagian enjin kereta anda. Lakukan pemeriksaan segera dan jangan teruskan pemanduan jika lampu amaran ini menyala untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

3. Penggunaan Bahan Api Lebih Tinggi

Selain itu, tanda thermostat rosak juga boleh dikesan melalui peningkatan penggunaan bahan api yang lebih ketara berbanding biasa. Secara teknikal, thermostat kekal tertutup apabila enjin kenderaan dihidupkan sehingga ia mencapai suhu tertentu yang ditetapkan. Ia membolehkan suhu operasi enjin berada pada paras yang optimum dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, kerosakan pada thermostat (thermostat stuck open) boleh menyebabkan enjin tidak dapat mencapai suhu yang optimum ditetapkan. Ia secara tidak langsung menyebabkan kenderaan memerlukan penggunaan bahan api yang lebih tinggi untuk mencapai paras suhu operasi enjin yang optimum.

4. Bunyi Bising, Berdentum dalam Ruang Enjin

Selain itu, anda juga boleh mengesan tanda-tanda kerosakan komponen kereta melalui bunyi yang kedengaran daripada ruang enjin seperti bunyi berdengung, bunyi bersiul dan sebagainya. Enjin kereta yang menghasilkan bunyi-bunyi pelik berbanding kebiasaan menandakan terdapat masalah pada komponen tertentu kenderaan. Dalam konteks thermostat, tanda kerosakan thermostat boleh dikesan melalui bunyi aneh dan bising yang menyerupai bunyi ketukan (knocking), mendidih (boiling) atau membobok (gurgling).

Bunyi sebegini biasanya menandakan kerosakan dan kegagalan thermostat atau komponen-komponen lain yang berkaitan yang berpotensi menjejaskan fungsi dan prestasi enjin kenderaan. Untuk lebih kepastian, lakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta secara menyeluruh untuk mengelakkan kos pembaikan dan kerosakan yang lebih tinggi.

Kos Penggantian Thermostat Kereta

Secara amnya, kos penggantian atau harga tukar thermostat kereta tidak menelan belanja dan kos yang tinggi. Harga penyelenggaraan atau penggantian sebenar biasanya bergantung pada model dan jenis kenderaan anda. Secara purata, harga tukar thermostat kereta adalah sekitar RM50 hingga RM100 atau mungkin lebih rendah bergantung pada lokaliti.

Selain itu, sekiranya anda ingin beli kereta terpakai yang berbaloi, selamat dan berkualiti, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai online yang menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular