HomeBMBeza Antara Full dengan Top Overhaul & Kenapa Ia Penting untuk Kereta

Beza Antara Full dengan Top Overhaul & Kenapa Ia Penting untuk Kereta

Kereta tiba-tiba keluar asap putih? Enjin keluar bunyi pelik masa berhenti, bergerak, atau memecut? Temperature atau suhu kereta anda naik secara tiba-tiba dengan kerap?

Jika situasi ini kerap berlaku kepada anda semasa sedang memandu, ia mungkin petanda bahagian enjin kereta anda sedang mengalami masalah yang serius dan memerlukan perhatian segera – dalam kes tertentu, proses overhaul enjin atau turun enjin perlu dilakukan terhadap kereta anda.

Tetapi, proses overhaul atau turun enjin selalunya dianggap sebagai mimpi ngeri dalam kalangan pemilik kereta. Ini kerana, proses ini menelan belanja yang boleh mencecah sehingga empat atau lima angka dan memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Apa itu Overhaul atau Turun Enjin?

Overhaul atau turun enjin adalah proses membaik pulih enjin kenderaan secara menyeluruh. Ia merujuk pada proses meleraikan enjin dan semua komponennya bagi membolehkan mekanik atau juruteknik mengenal pasti dan membaiki punca masalah secara terus pada komponen enjin yang terlibat.

top overhaul, car exhaust produce black smoke

Proses ini sangat rumit dan memerlukan ketelitian juruteknik kerana setiap komponen enjin kereta akan dibuka, dibersihkan, dibaiki dan dipasang semula. Disebabkan ia melibatkan banyak komponen-komponen yang sensitif, pemasangan semula perlu dilakukan dengan betul.

Jika tersilap langkah, ia boleh boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih serius pada enjin dan menyebabkan kos pembaikan menjadi lebih tinggi. Overhaul biasanya dilakukan apabila sesebuah enjin kereta mengalami masalah seperti berikut:

  • Enjin mengalami kepanasan yang melampau sehingga melebihi paras normal;
  • Terdapat komponen yang pecah, patah, retak, atau bocor;
  • Ada sisa logam dalam minyak hitam
  • Timing belt atau tali sawat pemasaan putus;
  • Prestasi enjin menurun;
  • Minyak enjin berkurangan walaupun tiada kebocoran yang ketara pada bahagian gasket;
  • Enjin bergegar.

Apa Beza Antara Top Overhaul & Full Overhaul?

Lazimnya, proses overhaul dilakukan terhadap enjin kereta bergantung pada tahap kerosakan dan status kesihatan semasa enjin yang diperiksa. Ada dua jenis proses overhaul yang biasanya dilakukan – top overhaul dan full overhaul. Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua proses ini:

Top Overhaul

Top overhaul merujuk pada proses overhaul bahagian atas enjin kereta tanpa perlu mengeluarkan keseluruhan enjin daripada badan kereta. Proses ini melibatkan penggantian atau penukaran komponen seperti kepala silinder, injap, rocker arm, kedap injap atau valve seal, skru silinder dan gasket kepala.

Full Overhaul

Full overhaul pula merujuk kepada keadaan apabila enjin kereta dikeluarkan daripada badan kenderaan untuk diservis atu dibaiki dan biasanya melibatkan kerosakan pada bahagian-bahagian yang sukar untuk dicapai.

Oleh sebab itu, kos untuk full overhaul lebih tinggi berbanding top overhaul. Kebiasaannya, full overhaul akan melibatkan proses penggantian atau penukaran komponen-komponen penting pada enjin seperti blok enjin, crankshaft, bearing (enjin dan piston), gelang omboh atau piston ring, dan lain-lain.

Anggaran Kos/Harga Top & Full Overhaul

Secara amnya, kos dan harga untuk turun enjin kereta bergantung sepenuhnya pada jenis kerosakan atau masalah yang dihadapi, komponen yang perlu digantikan, dan jenis overhaul enjin yang dilakukan.

Biasanya, kos atau harga untuk top overhaul bagi kereta Proton dan Perodua boleh mencecah sekitar RM800 hingga RM3,000. Manakala, kos untuk full overhaul bagi kereta-kereta ini boleh mencecah sehingga RM4,000 dan ke atas.

Namun begitu, harga ini mungkin berubah bergantung pada masalah yang dihadapi – kos sebenar hanya boleh diketahui selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Tanda-tanda Anda Kena Overhaul Enjin Kereta

Sama seperti manusia, kereta juga akan menunjukkan tanda-tanda tertentu apabila ia mengalami masalah. Jika simptom-simptom berikut berlaku, enjin kereta anda perlu diperiksa untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kerosakan yang boleh menjejaskan prestasi dan fungsi enjin.

top overhaul, engine produce white smoke

1. Asap Putih Keluar daripada Bahagian Enjin atau Ekzos

Jika anda melihat asap berwarna putih keluar daripada ekzos kereta atau enjin, ini bermaksud minyak enjin telah memasuki ruang pembakaran. Situasi ini berlaku disebabkan oleh gelang piston atau piston ring yang sudah haus atau rosak.

2. Enjin Meragam Disebabkan Palam Pencucuh Kotor

Bila palam pencucuh dicemari oleh minyak enjin yang bocor, ia boleh menyebabkan kotoran berkumpul dan komponen ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini akan menjejaskan prestasi percikan api dan menyebabkan enjin tidak mampu berfungsi dengan optimum.

Berikut adalah tanda-tanda enjin anda meragam:

  • Enjin kurang bertenaga walaupun rpm tinggi;
  • Enjin mengeluarkan bunyi pelik;
  • Enjin tersengguk-sengguk ketika memecut.

3. Minyak Hitam Kurang

Simptom enjin ‘makan minyak’ ini merupakan salah satu tanda enjin kereta anda memerlukan overhaul. Anda boleh memeriksa paras minyak enjin kereta anda secara berkala dengan menggunakan batang celup untuk mengetahui paras sebenar minyak enjin dalam kereta anda.

4. Ada Sisa Logam dalam Minyak Hitam

Ini salah satu tanda penting yang menandakan enjin kereta anda perlukan overhaul. Minyak hitam kereta tidak sepatutnya mengandungi sebarang sisa logam. Jika ada sisa logam, ini bermakna terdapat kerosakan serius pada komponen di dalam enjin yang perlu ditangani dengan segera.

5. Temperature atau Suhu Enjin Kereta Naik

Suhu atau temperature enjin yang kerap naik dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan panas lampau (overheating) menandakan terdapat masalah kebocoran pada bahagian enjin yang menjejaskan nisbah mampatan. Ia biasanya disebabkan oleh gasket kepala silinder yang rosak lalu menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.

6. Enjin Kereta Bergegar Kuat

Apabila sedang memandu, anda biasanya akan merasakan getaran yang sederhana daripada bahagian enjin, terutamanya semasa bergerak pada kelajuan tertentu. Ini adalah normal. Namun, jika getaran menjadi lebih kuat daripada biasa, ini mungkin petunjuk bahawa terdapat masalah pada bahagian enjin kereta.

Proses Overhaul Enjin Kereta

Proses overhaul enjin kereta adalah proses yang kompleks dan melibatkan banyak langkah penting untuk memastikan bahawa enjin berfungsi dengan baik dan prestasi kenderaan dipulihkan kepada tahap yang optimum.

top overhaul, mechanic taking out piston from engine

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai proses ini:

  • Keadaan enjin dan komponennya akan diperiksa terlebih dahulu.
  • Enjin akan dikeluarkan daripada badan kereta.
  • Enjin kereta akan dileraikan.
  • Kesemua komponen enjin seperti gasket, kepala silinder, omboh, karburetor, dan sebagainya akan dikeluarkan.
  • Keadaan bahagian dalaman blok enjin akan diperiksa.
  • Blok enjin dan semua komponen enjin akan dibersihkan.
  • Jika terdapat kesan calar pada blok enjin, pembaikan akan dilakukan.
  • Bahagian enjin yang bermasalah akan dibaiki dan komponen yang rosak akan digantikan.
  • Enjin kereta akan dipasang semula.
  • Enjin akan dimasukkan semula ke dalam badan kereta.

Adakan Overhaul Enjin Kereta Termasuk dalam Waranti?

Secara amnya, perkara-perkara yang melibatkan aspek penyelenggaraan komponen kereta yang haus dan lusuh atau kerosakan pada bahagian luar dan dalam kereta disebabkan oleh aspek penjagaan yang tidak baik adalah tidak tertakluk pada perlindungan waranti.

Sila rujuk senarai perkara yang tidak tertakluk dalam perlindungan waranti berikut untuk maklumat lanjut:

  1. Penyelenggaraan berkala – tukar minyak hitam, tayar kereta dan lain-lain komponen;
  2. Komponen yang haus dan lusuh – penggantian brek kereta, pad brek, klac, wiper kereta, mentol lampu dan sebagainya;
  3. Kerosakan pada bahagian luar/panel badan kenderaan seperti calar, kemik dan bahagian dalaman seperti tempat duduk dan aksesori dalaman kereta;
  4. Kerosakan disebabkan oleh:
  • Aspek penjagaan yang tidak baik – mengabaikan penyelenggaraan kereta, pemanduan yang berbahaya;
  • Kemalangan – kemik pada bahagian luaran, cermin pecah dan sebagainya;
  • Faktor semula jadi seperti bencana alam.

Nota: Syarat waranti mungkin berbeza bergantung pada tahap perlindungan yang dipilih, jadi sila rujuk pengeluar kereta anda untuk maklumat lanjut.

Proses top overhaul dan full overhaul bukan sahaja memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang betul, malah ia juga memerlukan belanja yang besar. Oleh sebab itu, ada pemilik kereta yang memilih untuk terus menukar blok enjin berbanding overhaul kerana kosnya lebih murah.

Jadi, sebelum buat apa-apa keputusan, anda disarankan untuk berbincang dengan mekanik anda untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang dialami oleh kereta anda. Anda juga boleh mendapatkan pandangan kedua daripada mekanik lain sebelum membuat keputusan.

Selain itu, jika anda mahu menjual kereta lama anda atau membeli kereta terpakai berkualiti, layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan untuk mengalami proses membeli dan menjual kereta terpakai yang terjamin, pantas, dan selamat!

Dapatkan Perkhidmatan Servis Kereta Terbaik di Pusat Servis CARSOME!

Kereta anda perlu diservis dan anda tak pasti nak hantar ke mana? Apa kata anda hantar kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis dan dibaiki oleh mekanik kami yang bertauliah menggunakan alat ganti yang dijamin berkualiti dengan pengebilan harga yang telus.

CARSOME Service Center Exterior

Selain itu, mekanik kami yang terlatih juga akan memeriksa kereta anda secara menyeluruh untuk membantu anda mengenal pasti pakej servis dan alat ganti yang kereta anda perlukan melalui pemeriksaan 20-titik percuma kami.

Semak lokasi Pusat Servis CARSOME di sini sebelum menghantar kereta anda atau klik sini untuk tempah sesi servis kereta secara dalam talian. Jumpa anda di sana!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular