HomeBMIni Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Cara Cas Kereta Elektrik

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Cara Cas Kereta Elektrik

Pada tahun 2022, ada banyak model kereta elektrik baharu yang diperkenalkan di Malaysia oleh jenama-jenama automotif terkemuka seperti Tesla, BYD Atto 3, Hyundai Kona, GWM Ora Good Cat, dan banyak lagi. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa kereta elektrik ini mahal, tetapi harganya sebenarnya sangat berpatutan disebabkan oleh pengecualian cukai dan juga insentif lain untuk kereta elektrik yang diberikan oleh kerajaan melalui pengumuman Bajet 2022.

Disebabkan hal ini, kita dapat menjangkakan yang penggunaan kereta elektrik dalam kalangan pemandu di Malaysia akan meningkat untuk beberapa tahun akan datang. Lebih banyak kereta elektrik yang berada di jalan raya, lebih banyak fasiliti pengecasan yang diperlukan untuk menampung penggunaan kereta elektrik di Malaysia, selain daripada yang disediakan di pusat membeli belah.

Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengecas kereta elektrik bila bateri habis dan apakah jenis stesen pengecas yang ada di negara kita? Kami senaraikan semuanya di sini untuk panduan anda.

Artikel berkaitan: Senarai Kereta Elektrik Murah di Malaysia Bawah RM150,000!

Pengecasan AC & DC untuk Kereta Elektrik

Kebanyakan daripada kita mengetahui yang bekalan elektrik yang disalurkan kepada rumah kita daripada grid adalah dalam bentuk arus ulang-alik (AC). Ini kerana, tenaga AC lebih murah untuk dijana, ia mengalami kehilangan tenaga yang lebih sedikit berbanding tenaga arus terus (DC), dan kekuatannya boleh diubah dengan mudah melalui penggunaan transformer. 

Untuk mengecas kereta elektrik, kedua-dua jenis pengecasan AC dan DC boleh digunakan, tetapi yang mana satu lebih baik?

Bagaimana Pengecasan AC Berfungsi?

  • Pengecas AC (pengecas dinding) boleh dipasang di rumah atau kawasan komunal seperti di ruang tempat letak kereta untuk pangsapuri. Ini merupakan jenis pengecas kereta elektrik yang biasanya menjadi pilihan pemilik kereta elektrik kerana ia murah dan mudah dipasang.
  • Ia membekalkan tenaga AC secara terus daripada grid ke kereta elektrik anda.
  • Penukar arus yang terbina dalam kereta anda menukarkan tenaga AC daripada pengecas dinding menjadi tenaga DC untuk mengecas bateri.
  • Pengecasan AC tidak meletakkan beban yang tinggi pada grid tetapi ia mempunyai kadar pengecasan yang lebih perlahan dan biasanya mengambil masa sehingga lapan jam untuk mengecas bateri kereta elektrik sehingga 80 peratus.

Bagaimana Pengecasan DC Berfungsi?

  • Pengecas DC, juga dikenali sebagai pengecas pantas, menukarkan tenaga AC daripada grid kepada DC sebelum dihantar terus kepada bateri kereta anda. Ini bermakna, ia tidak akan melalui penukar arus yang terbina dalam kereta anda.
  • Ia juga menggunakan sistem yang lebih berkuasa untuk menukar arus kepada DC jadi ianya lebih besar daripada pengecas dinding AC.
  • Pengecas DC mampu memberikan kuasa yang lebih tinggi dan mengecas bateri kereta elektrik anda 80 peratus lebih pantas berbanding pengecas AC.
  • Ini menjadikan pemasangan dan kos operasinya lebih tinggi, jadi penyedia perkhidmatan mengecas kereta elektrik akan mengecas pengguna mengikut penggunaan bagi setiap minit.
  • Dengan kos yang tinggi dan saiz yang besar, pengecas DC adalah lebih sesuai diletakkan di hentian R&R, di mana pengguna memerlukan pengecasan pantas untuk mengecas kereta elektrik dalam masa singkat.

Kami ringkaskan perbezaan antara pengecasan AC dan DC dalam jadual berikut:

Pengecas AC   Pengecas DC
Arus Ulang-alik Jenis Arus Arus Terus
Type 2 Jenis Port CCS2
Dilakukan oleh penukar arus yang terbina dalam kereta Penukaran kepada DC Berlaku di dalam stesen pengecasan
Sehingga 22kW Kadar Pengecasan Maksimum (Pada Tahun 2022) Sehingga 360kW
7 hingga 15 jam Masa Pengecasan (daripada 0 hingga 80 peratus) Kurang daripada 1 jam
Murah (bergantung kepada tarif elektrik rumah anda) Kos Pengecasan Mahal (bergantung kepada kos yang ditetapkan di stesen pengecasan mengikut minit)
Rumah Lebih Sesuai Untuk Stesen pengecasan awam

Senang ke Susah Nak Mengecas Kereta Elektrik di Malaysia?

Jika anda mahu memiliki kereta elektrik, ia memerlukan anda untuk mengubah gaya hidup dengan membuat perancangan teliti untuk mengecas kereta. Oleh kerana mengecas kereta elektrik di rumah boleh mengambil masa sehingga berjam-jam lamanya, ia lebih sesuai jika anda duduk di rumah landed berbanding dengan pangsapuri ataupun kondominium.

3rd party wall charge

Walaupun bilangan stesen pengecasan kereta elektrik di pangsapuri dan kondominium di Malaysia masih lagi terhad tetapi, semakin banyak pemaju hartanah sudah mula meletakkan stesen pengecas di tempat letak kereta dan juga di kawasan awam. Jadi, apa cara yang anda boleh gunakan untuk mengecas kereta elektrik anda?

Artikel berkaitan: Kereta Elektrik di Malaysia Ada Banyak Kos Tersembunyi, Betul Ke?

Stesen Pengecasan di Rumah

Jenis Pengecas Pengecas dinding AC.
Kos Pemasangan Dibayar oleh pemilik rumah, boleh disertakan dalam kos pembelian kereta. Pemaju pangsapuri juga boleh menyediakan stesen pengecas di hartanah mereka untuk kegunaan penduduk.
Lokasi Dipasang di rumah pemilik, atau sesetengah pemaju mungkin akan memasangnya di kawasan komunal pangsapuri.
Kos Penggunaan Mengikut caj bil elektrik TNB.
Kadar Pengecasan Konsisten.
Masa Mengecas Perlahan tapi pada kadar tetap.
Penggunaan Sangat mudah, anda boleh mengecas kereta anda tanpa perlu berebut dengan pengguna lain. Kebanyakan pemilik kereta elektrik mengecas kereta mereka semalaman di rumah.

Stesen Pengecasan Awam

Jenis Pengecas Mempunyai kedua-dua jenis pengecas – AC dan DC.
Kos Pemasangan Disediakan oleh penyedia perkhidmatan mengecas kereta elektrik seperti ParkEasy, ChargEV, dan Jom Charge. Beberapa pengeluar kereta mewah juga telah menaja stesen pengecasan ini.
Lokasi Kebanyakan stesen pengecasan awam boleh didapati di kawasan bandar, manakala pengecas DC pula boleh didapati di pusat membeli belah dan hentian R&R tertentu di sepanjang lebuh raya.
Kos Penggunaan Anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan setiap minit atau jam, bergantung kepada kadar yang ditetapkan penyedia perkhidmatan.
Kadar Pengecasan Tidak tetap – setiap stesen pengecas mempunyai kadar tersendiri yang berbeza.
Masa Mengecas Pantas tapi tidak boleh dijangka seperti pengecasan di rumah.
Kemudahan Sukar untuk digunakan pada ketika ini (2022) kerana jumlah stesen pengecasan yang masih terhad di Malaysia.

Apa Langkah yang Boleh Diambil untuk Memudahkan Pengecasan Kereta Elektrik di Malaysia?

Memandangkan fasiliti pengecasan di Malaysia masih belum matang dan fasiliti yang sedia ada masih belum berupaya menampung penggunaan kereta elektrik secara meluas, anda perlu buat perancangan yang teliti mengenai pengecasan bateri apabila memandu kereta elektrik di Malaysia.

kereta elektrik bateri

Selain itu, untuk menangani kesan range anxiety yang biasanya dialami oleh pemandu kereta elektrik, pengeluar kereta elektrik sentiasa mencuba untuk meningkatkan kapasiti bateri pada kereta elektrik mereka, namun ini membuatkan kos pembuatan dan penjualan kereta tersebut menjadi lebih mahal.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Penggunaan Kereta Elektrik

Walaupun teknologi kereta elektrik akan menjadi lebih baik dan kosnya akan berkurangan, penggunaan kereta elektrik di Malaysia tidak semestinya akan meningkat mahupun dengan bateri yang lebih besar dan berkuasa. Fasiliti pengecasan AC untuk kereta elektrik yang mencukupi juga penting untuk memastikan semua orang boleh menikmati kemudahan ini apabila mereka memiliki kereta elektrik, terutama sekali di kawasan bandar.

Tambahan pula, stesen pengecas DC juga memainkan peranan yang besar bagi pengembara jarak jauh di lebuh raya. Dengan bayaran penggunaan yang jauh lebih tinggi, ia memastikan pemandu kereta elektrik dapat mengisi semula bateri kereta mereka dengan cepat dalam masa yang singkat sambil minum kopi atau pergi ke tandas, menjadikannya pilihan terbaik hentian R&R di lebuh raya.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menggunakan kereta elektrik? Atau adakah anda akan menunggu beberapa tahun lagi untuk melihat perkembangan fasiliti pengecasan di Malaysia sebelum membuat pilihan untuk beralih kepada kenderaan hijau ini?

Artikel ini pada asalnya diterbitkan di carlist.my dan telah diadaptasikan oleh CARSOME.

Artikel berkaitan: Ciri Keselamatan Adalah Kelebihan Kereta Elektrik, Betul Ke?

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular