HomeBMEncik Hafiy & Encik Eswaran Kongsikan Pengalaman Mereka Beli Kereta di CARSOME!

Encik Hafiy & Encik Eswaran Kongsikan Pengalaman Mereka Beli Kereta di CARSOME!

Kereta terpakai kini menjadi pilihan lebih ramai rakyat Malaysia yang mahukan nilai terbaik semasa membeli kereta. Tapi, tak semua orang mahu menjalani proses pembelian yang rumit atau mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan kereta terpakai yang betul-betul berkualiti. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai pengalaman dalam membeli kereta terpakai.

Namun bagi Encik Hafiy dan Encik Eswaran, mereka berjaya mendapatkan penyelesaian bagi perkara ini dengan bantuan CARSOME. Jom ikuti kisah menarik mereka di sini!

Artikel berkaitan: Nak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami Untuk Jual & Beli Kereta?

1) Perkhidmatan Melebihi Jangkaan yang Encik Hafiy Alami Semasa Membeli Kereta di CARSOME

Encik Hafiy dari Kuala Lumpur mendapati dirinya memerlukan kereta baharu dengan segera selepas terlibat dalam kemalangan. Tanpa membuang masa, dia terus menggunakan aplikasi CARSOME untuk mencari kereta terpakai yang sesuai untuk dia dan keluarganya. Sebuah Proton Preve yang disenaraikan di CARSOME telah menarik perhatiannya, lalu dia terus membuat tempahan untuk memandu uji kereta tersebut.

pengalaman beli kereta terpakai, pengalaman encik hafiy

Namun, dia tidak menyedari bahawa kereta itu sebenarnya berada di Pusat Pengalaman CARSOME Ipoh. Walau bagaimanapun, konsultan CARSOME kami telah memberikan perkhidmatan yang melebihi jangkauan dan menawarkan untuk menghantar kereta tersebut ke Pusat Pengalaman CARSOME Setiawangsa untuk diperiksa dan dipandu uji oleh Encik Hafiy. Memandangkan kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan laporan pemeriksaan yang dipaparkan di aplikasi CARSOME telah memberi Encik Hafiy maklumat yang tepat mengenai kereta tersebut – termasuk semua kekurangan yang ada, dia terus membuat keputusan untuk membelinya selepas selesai pandu uji.

Menurut Encik Hafiy juga, pengalamannya membeli kereta terpakai dengan CARSOME memang sangat mudah. Konsultan CARSOME di Pusat Pengalaman CARSOME Setiawangsa telah membantunya menguruskan semua dokumen yang diperlukan dan prosesnya juga sangat lancar.

Dia sangat berpuas hati dengan keadaan kereta tersebut dan memuji CARSOME kerana kereta yang dibelinya berada dalam keadaan yang dijanjikan. Dia juga akan mengesyorkan CARSOME kepada rakan-rakannya disebabkan pengalamannya melalui proses pembelian yang sangat mudah dan perkhidmatan yang sangat baik.

@carsomemy Pelanggan yang gembira dan berpuas hati adalah semua yang kami perlukan! Jom kita tengok komen Hafiy tentang perjalanannya bersama CARSOME! Anda juga boleh memiliki kereta CARSOME Certified seperti Hafiy, walk-in ke Pusat Pengalaman terdekat anda dan cari kereta idaman anda hari ini! #CARSOMEMY #CARSOMECertified #FYP #CARSOMEpilihanku #CarsOfTikTok #CustomerReview ♬ original sound – CARSOMEMY

2) Dengan CARSOME, Encik Eswaran Boleh Naik Taraf Kereta dalam 5 Hari Sahaja!

Bagi Encik Eswaran yang berasal dari Balakong pula, dia sebenarnya berhasrat untuk menaik taraf kereta kesayangannya, sebuah Hyundai Getz, kepada Nissan Almera. Sebelum memilih CARSOME, dia telah menerokai beberapa pilihan lain yang ada, tetapi dia mendapati keseluruhan proses jual beli kereta dengan CARSOME lebih mudah, lancar, dan pantas!

pengalaman beli kereta terpakai, carsome pilihanku eswaran

Encik Eswaran memuji CARSOME atas khidmat pelanggan luar biasa yang diberikan oleh Encik Azizi, konsultan CARSOME yang berurusan dengannya. Dia juga sangat berpuas hati dengan kelancaran proses menjual dan membeli kereta dengan kami. Setiap proses yang perlu dilalui semasa trade in dan membeli kereta juga diterangkan dengan jelas oleh Encik Azizi. Proses menjual keretanya dimulakan pada hari Khamis, kemudian pada hari Selasa dia sudah boleh mengambil kereta baharunya di Pusat Pengalaman CARSOME Setiawangsa! Sungguh pantas perkhidmatan yang diberikan oleh Encik Azizi.

Encik Eswaran juga menekankan bahawa kualiti kereta CARSOME Certified yang dibeli telah memenuhi jangkaannya. Dengan menggunakan aplikasi CARSOME, dia dapat meneliti keadaan kereta tersebut melalui gambar yang disediakan dalam laporan pemeriksaan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Tambahan pula, dia sangat menghargai komitmen CARSOME dalam memastikan kualiti kereta yang dibelinya, kerana kereta tersebut diperiksa di pusat pengalaman kami terlebih dahulu sebelum diserahkan kepadanya.

Berdasarkan pengalaman positif ini, Encik Eswaran tidak teragak-agak untuk mengesyorkan CARSOME kepada rakan-rakannya. Dia mempunyai keyakinan penuh terhadap CARSOME dengan menekankan proses menjual dan membeli kereta yang mudah dan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik yang ditawarkan oleh CARSOME.

@carsomemy Happy and satisfied customers are all we need! Let’s find out Eswaran’s comments about his journey with CARSOME! You can also own a CARSOME Certified car like Eswaran, walk-in to your nearest Experience Center and find your dream car today! #CARSOMEMY #CARSOMECertified #CARSOMEpilihanku #CustomerReview ♬ original sound – CARSOMEMY

Apa yang Anda Tunggu Lagi? Pilih CARSOME untuk Dapatkan Kereta Pramilik Berkualiti Sekarang!

Pengalaman Encik Hafiy dan Encik Eswaran membeli kereta pramilik berkualiti daripada CARSOME mencerminkan betapa mudahnya proses pembelian kereta bersama kami dan juga kepuasan pelanggan maksimum yang boleh anda dapati daripada CARSOME. Mereka telah membuktikan yang CARSOME adalah platform yang dipercayai bagi individu yang ingin membeli kereta terpakai berkualiti.

pengalaman beli kereta terpakai, car on top of low loader

Kami harap Encik Hafiy dan Encik Eswaran gembira dengan kereta baharu mereka! Anda juga boleh alami pengalaman membeli kereta yang dipercayai dan terjamin seperti mereka. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami dan cari kereta idaman anda sekarang!

Artikel berkaitan: Pengalaman Lutfi Menjual Kereta Di CARSOME Untuk Harga Berpatutan

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular