HomeBMNak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami untuk Jual & Beli Kereta?

Nak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami untuk Jual & Beli Kereta?

Ingat tak benda pertama apa yang anda beli secara dalam talian? Mungkin di laman e-dagang ataupun beli terus daripada penjual. Biasanya barang yang dibeli secara dalam talian merupakan barang-barang yang mudah untuk dihantar kepada anda. 

Pernah tak anda bayangkan nak beli kereta secara dalam talian? Mesti ramai yang sangsi dan takut kan? 

‘Eh, boleh ke nak jual beli kereta online ni?’ 

‘Karutlah beli kereta online! Macam mana nak tahu boleh percaya ke tak?’ 

Dengar macam mustahil kan? Tapi itulah apa yang dibuat oleh CARSOME, platform jual beli kereta terpakai terbesar di asia tenggara. Macam mana kami berjaya tawan hati lebih 300,000 rakyat Malaysia untuk memilih kami? 

Psstt! Ini rahsia kita tau. Boleh baca sampai habis macam mana CARSOME berjaya tawan hati rakyat Malaysia. 

Ini Sebab Kenapa 323,869 Rakyat Malaysia Memilih CARSOME untuk Jual & Beli Kereta 

Kalau nak beli sesuatu barangan atau dapatkan servis, orang ramai akan rujuk kepada ulasan dulu. Kalau barangan kecil pun orang akan tengok ulasan, apatah lagi kalau nak beli kereta, betul tak? Kalau dulu, susah nak cari atau baca ulasan kereta. Kena tanya orang atau tanya terus pada jurujual. 

Sejak dari 2015 lagi, ramai yang dah beli dan jual kereta bersama kami. Dengan adanya media sosial, kami tahu banyak pelanggan CARSOME yang dah berpuas hati apabila berurusan dengan CARSOME. 

Kami bukan syok sendiri. Ini bukan kami claim sendiri. Kalau kami syok sendiri, takkanlah lebih daripada 5,365 orang pengguna Facebook telah mengesyorkan CARSOME sebagai platform jual beli kereta terbaik. 

Ini merupakan antara ulasan yang kami terima daripada media sosial kami:

Apa yang Best Kalau Beli Kereta Daripada CARSOME? 

Sejak daripada 2020, seramai 16,908 orang telah membeli kereta daripada CARSOME. Ini bermakna lebih 16,000 orang yang dah beruas hati dengan apa yang CARSOME tawarkan. Tapi apa yang membuatkan mereka ini yakin dengan kereta pramilik daripada CARSOME? 

Untuk meneguhkan lagi kepercayaan anda kepada kereta CARSOME, kami telah mencipta sebuah taraf baharu untuk pembelian kereta pramilik iaitu CARSOME Certified. 

Kesemua kereta CARSOME Certified telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. 

Pemeriksaan 175-titik ini merangkumi keseluruhan kereta sehingga ke casis kereta. Ini untuk memastikan kereta yang kami jual ini bebas daripada kemalangan teruk dan juga kerosakan akibat banjir dan juga kebakaran. 

Selain daripada pemeriksaan 175-titik, kesemua kereta kami telah melalui proses baik pulih yang dibuat di CARSOME Certified Lab. Proses ini menjamin kereta yang kami jual menepati keselamatan melebihi standard, keselesaan sepenuhnya, dan juga estetik yang dibaik pulih. 

CARSOME Certified Lab

Artikel berkaitan: 4 Tonggak Pemeriksaan 175-titik CARSOME yang Anda Patut Tahu

Nak tahu tak apa lagi yang membuatkan ramai pelanggan kami begitu berpuas hati dengan kereta yang mereka beli daripada kami? Ini kerana kami menawarkan janji-janji berikut kepada semua pembeli kereta kami:

1. Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. Harga yang dipaparkan sudah termasuk pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran pertukaran hak milik, kos permohonan pinjaman dan juga waranti satu tahun. 

2. Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!

3. Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.

Artikel berkaitan: Cara untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Kenapa Ramai yang Jual Kereta Kat CARSOME? 

Setakat hari ini daripada tahun 2015 lagi, seramai 309,961 pelanggan yang telah menjual kereta mereka kepada CARSOME. Dan jumlah ini terus meningkat! Tapi, kenapa ramai sangat yang pilih kami?

Demi kemudahan anda, ini apa yang kami buat supaya anda tidak ragu-ragu untuk memilih kami: 

1. Pemeriksaan Profesional Oleh Pakar 

Setiap inci kereta anda akan diperiksa oleh pemeriksa CARSOME. Kami memeriksa 175-titik untuk memastikan kami boleh memberikan harga yang terbaik kepada anda. 

2. Tiada Bebanan Kertas Kerja. Kami Buat Semuanya untuk Anda! 

Kalau nak jual kereta, kena sediakan dokumen itu ini kan? Kalau anda jual dengan CARSOME, tak payah susah-susah. Kami akan uruskan semuanya. Bawa kereta. Bawa diri. Lain-lain semua kami akan uruskan untuk anda. 

3. Harga Tawaran Tinggi untuk Kereta Anda! 

Kalau anda jual kereta anda kepada CARSOME, kami akan memberikan harga yang tertinggi sesuai dengan harga pasaran semasa kereta yang ingin dijual. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada keadaan kereta yang anda ingin jual.

4. Pembayaran Pantas dalam Masa 24 Jam 

Kalau anda nak jual kereta kepada CARSOME, berapa lama anda akan dapat bayaran anda? 

CARSOME akan membayar kepada anda dalam tempoh masa 24 jam. Tetapi, anda mungkin akan tak perlu menunggu lama pun untuk bayaran masuk. Mungkin dalam tempoh beberapa jam saja. 

Jadi, anda boleh lupakan cara lama guna tong minyak untuk jual kereta dan biarkan kereta anda mereput di tepi jalan sebelum ianya terjual. Pilih CARSOME untuk dapatkan khidmat jual kereta terbaik! 

Mereka Pilih Kami. Anda Bila Lagi? 

Kami telah pun memenuhi ramai impian rakyat Malaysia untuk memiliki kereta idaman mereka. Buat mereka yang ingin menjual kereta mereka, kami telah memudahkan segalanya untuk mereka. Jika anda masih tidak yakin, takkan ada 323,869 orang yang berurusan dengan CARSOME. 

Kepada anda yang telah menyokong kami selama ini, kami sangat-sangat menghargai kepercayaan anda dan kami ingin mengucapkan terima kasih untuk segalanya. 

Layari laman web CARSOME atau kunjungi Pusat Pengalaman CARSOME terdekat untuk menikmati layanan terbaik Konsultan CARSOME kami dalam perjalanan mencari kereta terbaik untuk anda. 

Anda juga boleh meninjau kereta yang anda ingini di aplikasi kami. Muat turunnya di Google Play Store dan juga di Apps Store sekarang. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular