Mencari kereta pramilik yang diyakini kualitinya tidak mudah, terutamanya apabila anda perlu menghabiskan banyak masa dan usaha untuk memastikan kereta yang anda beli selamat, selesa dan bebas daripada kerosakan. Kita semua mahu mengelak daripada membelanjakan lebih wang untuk membaiki kereta yang baru dibeli.
CARSOME bermatlamat menyediakan pengguna dengan standard baharu pembelian kereta pra-milik dengan memberikan ketenangan minda sepanjang dan selepas proses pembelian. Inilah sebabnya setiap kereta CARSOME Certified perlu lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan banjir.
Berikut ialah empat tonggak pemeriksaan 175-titik yang kami buat untuk memastikan anda akan mendapat kereta pramilik berkualiti apabila anda memilih kereta CARSOME Certified.
Pemeriksaan Luaran
Pemeriksaan 175-titik kami bermula dengan pemeriksaan bahagian luar kereta, di mana pemeriksa profesional kami akan memeriksa dengan teliti panel badan, pintu, rim, tayar, dan roda kereta, serta lampu dan cerminnya.
Semasa pemeriksaan ini, pemeriksa kami akan memberi perhatian kepada nombor casis atau enjinnya. Dengan mengesahkan bahawa nombor siri kereta itu tidak pernah diusik, kami boleh memastikan bahawa ia bukan kereta klon dan tidak diisytiharkan sebagai kenderaan kerugian total.
Selain itu, satu lagi aspek penting dalam pemeriksaan ini adalah untuk memeriksa integriti casis kereta. Di sini, pemeriksa kami akan meneliti sambungan bahagian kereta untuk menentukan sama ada kereta itu pernah mengalami kemalangan dan bahagian utamanya telah dibaiki atau diubah.
Pemeriksaan Dalaman
Selepas pemeriksaan luaran selesai, pemeriksa kami akan memeriksa bahagian dalam kereta. Pemeriksaan ini melibatkan seluruh bahagian dalam kereta termasuk tali keledar, sistem audio dan penggera, sistem penghawa dingin, permaidani, kunci pintu, dan but.
Pemeriksa kami juga akan memerhatikan panel instrumen untuk sebarang tanda amaran yang berkelip atau bercahaya, sambil menguji semua tombol dan butang untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Sistem penyaman udara juga akan diberi keutamaan semasa pemeriksaan ini. Ia sepatutnya mengedarkan udara sejuk dengan betul, dan jika tidak, pemeriksa kami akan menandakannya supaya ia akan dibaiki di CARSOME Certified Lab.
Ujian Atas Jalan
Selain daripada memeriksa bahagian luar dan dalam kereta, pemeriksa profesional kami juga akan memandu kereta keluar untuk ujian jalan raya yang singkat. Ini adalah bahagian penting dalam pemeriksaan untuk mengetahui sama ada enjin kereta berfungsi dengan baik. Pemeriksa kami akan memperhatikan sebarang anomali seperti getaran atau bunyi yang berlebihan dan bau luar biasa yang datang dari kereta semasa ia dipandu.
Ujian ini juga bertujuan untuk memeriksa stereng kereta. Tindak balas stereng kereta haruslah sempurna, di mana stereng sepatutnya boleh dipusing sepenuhnya ke dua-dua arah tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Artikel berkaitan: Panduan Pandu Uji Kereta Yang Patut Anda Tahu
Pemeriksaan Bahagian Bawah Kereta
Akhir sekali, pemeriksa kami akan memeriksa bahagian bawah kereta. Pemeriksaan ini melibatkan sebarang tanda kebocoran bendalir, sistem ekzos, brek, tayar, transmisi dan suspensi.
Pemeriksa kami akan menilai setiap komponen semasa pemeriksaan ini untuk memastikan ia mematuhi piawaian CARSOME Certified. Kebanyakan komponen di bahagian bawah kereta terdedah kepada kehausan dan tekanan berat yang berterusan, jadi pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan semua bahagian tersebut boleh berfungsi dengan baik.
CARSOME Certified Untuk Ketenangan Minda
Selain pemeriksaan yang dinyatakan di atas, setiap kereta CARSOME Certified dilengkapkan jaminan-jaminan berikut:
- Harga tetap, tanpa cas tersembunyi: Harga kereta yang anda lihat di laman web dan juga aplikasi mudah alih kami adalah harga sebenar kereta yang perlu anda bayar, tanpa sebarang bayaran tambahan.
- Jaminan wang dikembalikan dalam lima hari: Kalau anda ada membeli kereta daripada CARSOME dan kemudian mengubah fikiran, pulangkan sahaja kepada kami dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan wang, tanpa banyak soal.
- Waranti lanjutan: Setiap kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan satu tahun untuk memastikan ketenangan jiwa dengan pembelian anda.
Memandangkan kami telah berkongsi tonggak utama titik pemeriksaan CARSOME, yakinlah bahawa anda akan menikmati kereta pramilik berkualiti yang boleh anda percayai apabila anda membeli kereta CARSOME Certified. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami di Google Play Store atau Apple App Store dan cari kereta idaman anda sekarang!
Baca Lebih Lanjut: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik