HomeBMUbah Suai Kereta Haram Di Malaysia

Ubah Suai Kereta Haram Di Malaysia

Ubah suai kereta bukan lagi sesuatu yang pelik. Ada yang ubah suai kereta supaya jadi lagi ‘sporty’, ‘handsome’, dan menarik. Ada juga kereta yang diubah suai yang nampak pelik dan buatkan kita persoalkan nilai kreativiti pemilik kereta tu. Dan ada juga ubah suai haram yang tak boleh dibuat tapi orang buat juga. 

Kalau anda nak tahu, ubah suai kereta tidak boleh dibuat sesuka hati lagi-lagi ubah suai yang mengubah struktur kereta. Ada juga ubah suai perlu mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ubah suai khas untuk keperluan tertentu juga memerlukan kebenaran khas daripada pihak JPJ. 

Buat anda yang tak nak pandu kereta standard kilang dan nak ‘overhaul’ kereta anda, ini adalah antara ubah suai haram yang tak boleh dibuat kerana boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. 

1. Filem Tingkap (Tint) Yang Terlalu Gelap 

Tak kisahlah kereta baharu atau kereta terpakai, ini adalah ubah suai pertama yang semua pemilik kereta akan buat bila dah dapat kereta. Pemasangan tint boleh mengurangkan haba dan menurunkan suhu dalaman kereta terutamanya selepas disidai di tengah panas. Orang Malaysia mesti dah cukup tahu betapa panasnya kereta yang disidai tengah panas. 

JPJ membenarkan pemasangan tint dengan ketelusan cahaya (VLT) tertentu pada kenderaan persendirian iaitu: 

  • Cermin belakang dan tingkap sisi belakang: 100 peratus.  
  • Tingkap sisi depan: 50 peratus. 
  • Cermin hadapan: 70 peratus

Apa akan jadi kalau anda pasang tint yang kadar VLTnya lebih daripada yang ditetapkan? Tiada apa yang berlaku melainkan anda akan disaman oleh JPJ saja. Mereka yang memasang tint gelap melebihi paras VLT yang dibenarkan boleh dikompaun RM300, atau denda RM1,000, atau penjara dua minggu, atau kedua-duanya sekali. 

Artikel berkaitan: Aksesori Kereta yang Bahaya untuk Digunakan dan Perlu Dielakkan

2. Tayar Kangkang 

Antara ubah suai yang nampak lawa pada sebahagian orang tetapi tidak pada semua orang ialah tayar kangkang atau ‘hellaflush’. Ubah suai ni dibuat dengan menyondongkan chamber tayar dan ini akan menyebabkan tayar akan terkangkang keluar. Nampak macam cool dan hebat kan? Tapi sebenarnya ia boleh merosakkan kereta dan tayar (tayar merupakan antara komponen kereta yang paling mahal).  

Ubah suai sebegini sebenarnya bukan hanya menyebabkan kereta boleh rosak tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Tayar yang tidak berada pada posisi yang betul boleh menyebabkan kereta tidak boleh dikawal dengan baik. 

Tambahan lagi, ubah suai ni akan buatkan kereta nampak pelik kalau dipandu di jalan raya. Disebabkan itulah, ubah suai begini lebih sesuai dibuat untuk pertunjukkan automotif. 

Mereka yang melakukan ubah suai tayar kangkang ini boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan. 

Artikel berkaitan: Tayar Pancit? Cara Tukar Tayar Kereta yang Mudah, Cepat dan Selamat

3. Ekzos Bising 

Anda sedang tidur nyenyak pada suatu malam dan secara tiba-tiba: 

“Vrooommmmm…! Vrooommmm…!” 

Anda terjaga sebab bunyi ekzos yang terlalu kuat. Anak anda yang sedang tidur dari tadi pun tiba-tiba terjaga dan menangis! Semuanya gara-gara bunyi ekzos kereta atau motosikal yang terlalu bising. 

Mereka yang memasang ekzos dengan bunyi kuat ni selalunya bagi alasan untuk tujuan keselamatan, kononnya untuk memberi amaran kepada orang sekeliling bahawa mereka sedang memandu atau menunggang di situ. 

Sebenarnya bunyi kuat daripada ekzos boleh merosakkan pendengaran mereka yang mendengarnya. Kalau dahulu, memasang ekzos bising ini merupakan satu kesalahan trafik yang boleh menyebabkan pelaku dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara. 

Tetapi berkuat kuasa pada Mac 2021, kesalahan memasang ekzos dengan bunyi kuat melampau tidak lagi akan disaman tetapi digantikan dengan Notis 114 iaitu notis untuk temu siasat di pejabat JPJ. 

Artikel berkaitan: Tanda-tanda Sistem Ekzos Kereta Anda Mungkin Bocor dan Bermasalah

Walaupun bukan lagi dikira kesalahan yang boleh disaman, memasang ekzos yang terlalu bising ini adalah satu ubah suai yang menyusahkan dan boleh mengganggu ketenteraman orang awam. 

4. Hon Berirama @ Tenonet

Biasanya hon cuma ada satu bunyi saja. Itu pun dah cukup nyaring untuk bagi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Tetapi ada pemandu yang mengubah suai hon kenderaan untuk keluarkan bunyi yang berbeza daripada hon biasa. Hon kenderaan mereka diubah suai sehingga boleh mainkan lagu.

Hon yang boleh mainkan lagu ni namanya hon berirama atau hon tenonet. Hon ni sangat popular dalam kalangan pemandu lori treler dan bas. Bila tekan butang hon, terus keluar hon dalam macam-macam irama dan lagu. 

Ramai yang kata, hon berirama ni sesuatu yang menarik tetapi sebenarnya hon ini tak sesuai digunakan di atas jalan raya. Hon sepatutnya digunakan untuk memberikan amaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Tetapi apabila bunyi hon sudah berbeza daripada bunyi hon biasa, itu akan mengelirukan pengguna jalan raya. 

Disebabkan itulah JPJ kerap melakukan operasi untuk menahan pemandu kenderaan yang menggunakan hon jenis ini. Setiap kesalahan boleh didenda maksimum RM 2,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.

Berhati-hatilah sebelum anda buat keputusan untuk mengubah suai kereta anda. Pastikan apa saja ubah suai yang anda ingin buat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh JPJ. 

Artikel berkaitan: Prosedur Lengkap Tukar Warna Cat Kereta atau Warna Kenderaan oleh JPJ

Berpada-padalah dalam melakukan apa saja ubah suai. Ubah suai yang terlalu melampau boleh menjejaskan fungsi kereta dan boleh mendatangkan bahaya kepada anda, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain. Anda boleh jadikan tulisan ini sebagai panduan untuk anda mengubah suai kereta anda. 

Beli Kereta Dengan Ketenangan Minda di CARSOME!

Kesemua kereta pramilik CARSOME didatangkan dengan jaminan pulangan wang dalam lima hari dan juga waranti satu tahun untuk ketenangan minda anda. 

Kunjungi CARSOME hari ini untuk kereta pramilik yang berkualiti tanpa sebarang caj tersembunyi.  

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular