HomeBMPermohonan Geran Kereta Original Hilang dan Cara Dapatkan Geran Baharu

Permohonan Geran Kereta Original Hilang dan Cara Dapatkan Geran Baharu

Situasi seperti geran kereta hilang atau rosak biasa berlaku dalam kalangan pemilik kereta disebabkan oleh situasi-situasi luar jangka tertentu seperti kecuaian, kebakaran atau bencana alam seperti banjir. Jika anda kehilangan geran kereta atau geran motosikal original disebabkan oleh situasi-situasi sebegini, anda boleh mendapatkan semula salinan geran original yang hilang di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda.

Meskipun proses pembaharuan atau renew cukai jalan dan insurans kenderaan, proses tukar hak milik kenderaan atau pindaan maklumat tidak memerlukan geran kereta original, kehilangan geran kereta semestinya akan menggusarkan pemilik lebih-lebih lagi jika pemilik ingin menjual kereta kepada pihak ketiga atau situasi-situasi lain yang memerlukan geran original.

Cara Dapatkan Geran Kereta Original

Cara Dapatkan Geran Kereta atau Motosikal Original yang Hilang atau Rosak

Secara amnya, geran kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) boleh dianggap sebagai kad pengenalan untuk kereta. Oleh itu, kehilangan atau kerosakan geran kereta atau motosikal boleh menjadi sedikit memeningkan buat sesetengah pemilik kenderaan. Carsome menyenaraikan proses ringkas cara untuk dapatkan geran gantian original daripada JPJ untuk panduan anda:

Cara Dapatkan Geran Kereta/Motosikal Original di Kaunter JPJ

Anda boleh mendapatkan salinan geran kereta original atau asal yang baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda. Carsome menyenaraikan 7 cara atau langkah mudah untuk dapatkan geran kereta original daripada JPJ seperti berikut:

      1. Pemilik berdaftar perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan;
      2. Bawa kad pengenalan (MyKad) dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk memudahkan urusan;
      3. Isi dan lengkapkan borang yang diperlukan (JPJ K7);
      4. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
      5. Serahkan kad pengenalan dan borang yang telah siap diisi kepada pegawai yang bertugas;
      6. Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran asal yang diperlukan.
      7. Bayaran akan dikenakan untuk permohonan ini iaitu sebanyak RM50 untuk geran kereta dan RM20 untuk geran motosikal.

Selain itu, Carsome turut menyenaraikan senarai dokumen-dokumen lengkap yang diperlukan untuk memudahkan anda semasa melakukan permohonan penggantian kerosakan atau kehilangan geran kenderaan ini:

Permohonan oleh Pemilik Berdaftar

      • Borang Senarai Semak Salinan Geran;
      • Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
      • Kad Pengenalan (MyKad) asal untuk semakan;
      • Surat Kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
      • Fi yang telah ditetapkan.
sijil pemilikan kenderaan (VOC)/Kad pendaftaran kenderaan (RC) JPJ
Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Selain pemilik berdaftar, bermula 21 Jun 2010, permohonan pengeluaran salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau sebelum ini dikenali sebagai Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) hanya boleh dilakukan oleh pegawai agensi kerajaan/syarikat/pertubuhan yang diberi kuasa atau waris sahaja. Carsome turut menyenaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan mendapatkan salinan geran original sekiranya permohonan dilakukan oleh pegawai agensi kerajaan/syarikat/pertubuhan yang diberi kuasa atau waris seperti berikut:

Permohonan oleh Wakil Bagi Pihak Pemilik Berdaftar
  1. Borang Senarai Semak Salinan Geran;
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
  3. Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
  4. Surat kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  5. Fi yang telah ditetapkan.
Permohonan oleh Waris
  1. Borang Senarai Semak Salinan Geran;
  2. Dua Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
  3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemilik berdaftar kenderaan;
  4. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) waris;
  5. Dokumen sokongan yang menjelaskan sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau Pegawai yang Diberi Kuasa;
  6. Dokumen sokongan yang membuktikan hubungan waris dengan pemilik berdaftar kenderaan;
  7. Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
  8. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  9. Fi yang telah ditetapkan.

promo jual keretaCara Dapatkan Geran Kereta/Motosikal Original di Kiosk JPJ

Selain berurusan di kaunter, anda juga boleh mendapatkan salinan geran kereta melalui kiosk-kiosk yang tersedia di 36 lokasi kiosk terpilih di seluruh Malaysia.

      1. Masukkan kad pengenalan, kemudian lakukan imbasan cap jari kanan;
      2. Kemudian, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan;
      3. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan dan tindakan lanjut;
      4. Masukkan kad debit dan tekan nombor pin untuk proses pembayaran;
      5. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) untuk setiap transaksi yang berjaya;
      6. Pilih cetakan resit (jika perlu).
Lokasi Kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Selain itu, sekiranya anda tidak memiliki atau tidak pernah mendapatkan geran original daripada pihak bank sebelum ini, anda boleh mendapatkan geran ini dari mana-mana cawangan bank pinjaman kereta atau institusi perbankan yang memberi pinjaman kereta kepada anda. Geran original boleh diambil daripada pihak bank selari dengan Akta Sewa Beli Pindaan 2010 yang mewajibkan pihak bank untuk menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis.

Carsome turut menyediakan panduan mendapatkan geran original dari bank seperti berikut untuk rujukan anda:

Cara Dapatkan Geran Kereta/Motosikal Original di Bank

Selain berurusan di JPJ, anda juga boleh mendapatkan salinan geran kereta original melalui bank pinjaman anda:

      1. Hadir sendiri ke mana-mana cawangan bank yang meluluskan pinjaman anda;
      2. Isi borang yang diperlukan dengan lengkap;
      3. Serahkan kad pengenalan (MyKad) kepada pegawai yang bertugas;
      4. Setelah proses pengesahan (imbasan cap jari), pegawai bertugas akan menyerahkan geran original kepada anda.

Jika anda ingin mendapatkan salinan geran sahaja untuk proses tuntutan insurans seperti tuntutan kemalangan dan sebagainya, anda hanya perlu membuat panggilan ke institusi kewangan yang menyediakan pinjaman untuk pembelian kereta anda. Kebiasaannya, pihak bank akan melakukan pengesahan dan salinan geran akan dihantar kepada anda melalui e-mel.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular