HomeBM4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Kereta Terpakai yang Terbaik Bagi Pembeli...

4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Kereta Terpakai yang Terbaik Bagi Pembeli Kali Pertama

Membeli kereta bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia adalah kali pertama anda melakukannya. Anda bukan sahaja perlu tahu cara periksa kereta terpakai untuk pastikan ia dijamin berkualiti dan sesuai untuk kegunaan harian anda, malah harganya juga perlu sesuai dengan bajet anda.

Nak cari kereta terpakai yang terbaik mengikut bajet yang anda ada memang penting, tapi ia mungkin agak sukar untuk dilakukan jika anda kurang berpengalaman dan tidak mempunyai kenalan yang boleh membantu anda dalam perkara tersebut.

Jangan risau! Di sini kami senaraikan empat cara mudah yang anda boleh gunakan untuk kenal pasti kereta terpakai yang berbaloi untuk anda beli.

1. Lihat Bahagian Luaran

Mula-mula sekali, anda perlu periksa bahagian luar kereta. Pusing keliling kereta beberapa kali dan pastikan yang badan kereta tidak mempunyai kesan kemik atau calar yang melampau. Jika anda ternampak sebarang kesan karat pada badan kereta, ia menunjukkan bahawa kereta itu tidak diselenggara dengan baik dan mungkin mempunyai masalah lain.

man checking scratch on car bumper

Selain itu, lihat keadaan tayar kereta untuk sebarang kerosakan dan pastikan yang ketebalan bunga tayar berada pada tahap optimum, iaitu melebihi 2mm. Jika terdapat kesan haus yang tidak sekata pada tayar, ia menunjukkan bahawa mungkin terdapat masalah pada sistem suspensi atau pada penjajaran tayar kereta.

2. Teliti Komponen Dalaman

Kemudian, anda perlu meneliti bahagian dalaman kereta. Di sini anda perlu pastikan komponen elektrik seperti tingkap, lampu, radio dan semua butang dan tombol yang berada di dalam kereta berfungsi dengan baik. Jika terdapat sebarang lampu amaran yang menyala pada papan pemuka, kereta tersebut mungkin ada kerosakan yang perlu diperbaiki.

person check air condition in car

Sekiranya anda melihat kesan haus dan lusuh yang ketara pada bahagian tempat duduk dan karpet kereta, ini menunjukkan bahawa bahagian dalaman kereta mungkin tidak diselenggara dengan baik.

3. Periksa Enjin Kereta

Enjin merupakan jantung kepada kereta, jadi anda perlu memberi perhatian yang lebih apabila memeriksanya. Kalau boleh, hidupkan enjin dan dengar jika ada sebarang bunyi atau gegaran luar biasa pada bahagian enjin. Kereta yang telah diselenggara dengan baik mempunyai enjin yang boleh berjalan dengan lancar, tanpa bunyi yang pelik.

person checking a car's engine on the road

Semasa enjin dihidupkan, pastikan yang tiada sebarang kesan kebocoran pada bahagian tersebut. Jika ada kesan minyak, cecair, atau penyejuk yang keluar daripada bahagian enjin, ia bermakna yang enjin kereta tersebut mungkin bermasalah.

4. Pandu Uji Sampai Puas

Akhir sekali, anda wajib pandu uji kereta tersebut. Gunakan peluang ini untuk merasai pengalaman pemanduan kereta, di samping mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah pada kereta yang tak boleh dikesan secara luaran.

Semasa pandu uji, anda perlu memastikan yang komponen penting seperti enjin, brek, stereng, sistem pendingin hawa, dan sebagainya berfungsi dengan baik. Kereta terpakai yang berbaloi untuk dibeli haruslah berada dalam keadaan baik dan menawarkan pemanduan yang selesa, macam kereta CARSOME Certified kami yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional!

woman driving in car happy face smiling

Kesimpulannya, kereta terpakai adalah pilihan terbaik jika anda mahu menjimatkan wang, tetapi penting untuk anda mengenal pasti jika kereta berbaloi untuk dibeli atau anda mungkin akan menyesal nanti. Pastikan anda periksa bahagian luar, dalam, dan enjin sepuas hati anda dan pandu uji kereta sebelum buat keputusan.

Nak cara yang lebih mudah? Dapatkan sahaja kereta pramilik di CARSOME! Yang paling penting, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai kereta yang anda mahu beli di CARSOME, jangan malu atau segan untuk bertanya kepada konsultan CARSOME kami kerana mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda. Bila anda dah puas hati, barulah beli!

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan kereta idaman hati anda di carsome.my atau melalui aplikasi mudah alih kami sekarang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular