HomeBM3 Tips Penting Untuk Membeli Kereta & Bagaimana Anda Boleh Menikmati 0%...

3 Tips Penting Untuk Membeli Kereta & Bagaimana Anda Boleh Menikmati 0% Kadar Faedah

carsome raya promo

Sekiranya anda merancang untuk menaiktaraf kereta anda kepada yang lebih baik, mungkin keputusan anda untuk membuat pembelian semasa musim perayaan ini adalah satu keputusan kewangan yang amat baik.

Terdapat pelbagai tawaran Raya yang sedang berlangsung, termasuklah kempen Carsome Berkat Aidilfitri di mana anda boleh menikmati 0% kadar faedah sehingga satu tahun dari Public Bank Berhad, Hong Leong Bank, atau Maybank apabila anda membeli kereta dengan Carsome.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan RM50 kredit eWallet TnG secara percuma apabila anda meninggalkan ulasan untuk Carsome Experience Center kami di Google Maps. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa promosi ini akan tamat pada 30 April 2022 – jadi jangan lepaskan peluang ini!

Masih tidak pasti apa yang perlu anda lakukan untuk menaik taraf kereta anda? Untuk menghilangkan keraguan anda dan membantu anda membuat keputusan, berikut adalah beberapa tip untuk anda.

Senaraikan Keperluan Hidup Anda

Memilih kereta bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat mengikut perasaan kerana kemungkinan besar anda akan menggunakan kereta yang sama untuk beberapa tahun yang akan datang. Untuk memudahkan anda, tulis jawapan anda bagi soalan-soalan berikut.

  • Berapa lamakah anda merancang untuk menggunakan kereta ini?
  • Adakah anda sering membuat perjalanan yang jauh?
  • Apakah purata jarak perbatuan anda setiap bulan dan bagaimanakah keadaan lalu lintas di laluan yang biasa anda gunakan?
  • Berapakah bilangan maksimum penumpang kereta anda?
  • Adakah anda merancang untuk berkeluarga dalam tempoh beberapa tahun akan datang? Sekiranya ya, berapa orang anak yang anda inginkan?
  • Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada kereta anda?
  • Apakah jumlah maksimum barangan yang ingin dimuatkan dalam but kereta anda?

Dengan menjawab soalan berikut, anda boleh mengecilkan skop pencarian anda dengan memahami keperluan anda untuk memiliki sebuah kereta.

Sebagai contoh, jika anda merancang untuk mempunyai anak dalam masa tiga tahun akan datang dan anda berhasrat menggunakan kereta ini selama enam tahun, mungkin anda memerlukan kereta yang lebih besar seperti kenderaan pelbagai guna (MPV) atau kenderaan utiliti lasak (SUV) untuk memastikan keselesaan keluarga anda.

Jom Buat Bajet

Dari segi kewangan, kereta memakan belanja yang banyak. Oleh itu, anda perlu membahagikan bajet anda. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menentukan bajet anda.

  • Masukkan ke dalam bajet bulanan anda: Kebanyakan pembeli kereta akan memilih untuk mengambil pinjaman kereta yang bermakna amaun pembayaran balik pinjaman tersebut akan ditambah kepada komitmen kewangan bulanan anda. Oleh itu, senaraikan komitmen bulanan anda untuk mengetahui sekiranya anda boleh menampung kos tersebut.
  • Kaedah bajet 50/30/20: Kaedah bajet 50/30/20 adalah satu peraturan belanjawan yang sangat bagus untuk diguna pakai. Kaedah ini secara dasarnya meletakkan keperluan anda (bayaran kereta, utiliti, pinjaman) sebagai 50 peratus daripada pendapatan bulanan anda, manakala 30 peratus adalah diperuntukkan bagi kehendak anda (membeli-belah, makan) dan 20 peratus lagi adalah simpanan anda.
  • Bayaran pendahuluan: Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus yang perlu dibayar untuk membeli kereta tersebut. Sekiranya anda menukar beli kereta anda, anda boleh mengimbangi jumlah keseluruhan kos kereta yang anda ingin beli dengan menggunakan wang hasil tukar beli kereta untuk menjelaskan bayaran pendahuluan.
  • Tempoh pinjaman kereta anda: Bagi pinjaman kereta di Malaysia, anda boleh memanjangkan tempohnya sehingga sembilan tahun. Tetapi, tempoh pinjaman kereta yang lebih panjang bermakna anda perlu menanggung faedah yang lebih tinggi, dan oleh kerana nilai kereta anda akan menyusut, anda mungkin membayar lebih daripada nilai kereta anda. Oleh itu, jika anda mampu menampung tempoh pinjaman yang lebih pendek, itu adalah lebih baik.

Cari Jenis Kereta yang Sesuai untuk Anda

Selepas mengenal pasti keperluan anda dan juga bajet yang bersesuaian, anda boleh mula memilih jenis kereta sebelum anda meninjau jenama kereta yang anda mahukan. Berikut adalah empat jenis kereta biasa untuk pilihan anda.

carsome raya promo

  • MPV: MPV merupakan pilihan popular bagi keluarga di Malaysia kerana ia mempunyai ruang yang banyak untuk menyimpan barang, sama ada di dalam but atau di bawah tempat duduk. Bagaimanapun, ruang yang luas ini biasanya datang dengan binaan kereta yang besar dan bersegi. MPV yang popular di Malaysia antaranya adalah Nissan Grand Livina dan Perodua Alza.
  • Kenderaan Utiliti Lasak (SUV): SUV juga terkenal dengan ruang yang luas dan juga terdapat model yang didatangkan dengan tujuh tempat duduk. Bagaimanapun, SUV lebih sesuai untuk kegunaan lasak kerana ia mempunyai kemampuan pacuan empat roda. Antara SUV yang popular di Malaysia adalah Honda BR-V dan Proton X70.
  • Sedan: Kereta jenis sedan adalah pilihan yang paling popular kerana binaannya yang kompak yang dapat memuatkan sehingga lima orang di dalamnya. Sedan bukan sahaja bagus dari segi ekonomi bahan api, tetapi juga prestasi pemanduan, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian. Kenderaan kompak ini boleh dikendalikan dengan lebih mudah di selekoh, serta senang untuk membelok dan memasuki tempat letak kereta berbanding model kereta yang lebih besar. Bagaimanapun, ruang but mungkin terhad kepada satu ruang kecil di antara jarak roda, bergantung kepada model kereta. Antara kereta sedan yang popular di Malaysia termasuklah Honda City dan Perodua Bezza.
  • Hatchback: Ada kalanya, kereta jenis hatchback adalah lebih besar daripada sedan. Perbezaan utama antara kedua-dua jenis kereta ini ialah badan kereta yang mencerun ke bawah pada bahagan hadapan dan bahagian belakang pula dinaikkan untuk memberikan ruang simpanan barang. Tempat duduk penumpang bagi model-model tertentu mungkin agak kecil, lebih-lebih lagi untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada dua orang anak. Namun begitu, hatchback merupakan pilihan yang baik sebagai kereta pertama anda dan juga untuk kegunaan di bandar. Hatchback yang popular di Malaysia termasuklah Honda Jazz dan Perodua MyVi.

Beli Kereta Carsome Certified & Nikmati Lebih Penjimatan Dengan Promosi Carsome Berkat Aidilfitri

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta atau menaik taraf kereta anda, kereta Carsome Certified merupakan pilihan terbaik untuk anda. Kereta kami telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk menjamin kualitinya dan ia juga telah dibaik pulih secara profesional melalui Proses Pembaikpulihan Carsome Certified di Carsome Certified Lab bagi memastikan keselamatan melebihi standard, keselesaan lengkap, dan estetik seperti baharu.

Namun, kami faham bahawa anda mungkin mempunyai keraguan untuk membeli kereta terpakai, sebab itulah Carsome memberi keutamaan dalam usaha kami untuk memberikan rakyat Malaysia penyelesaian yang benar-benar telus untuk membeli kereta dengan kempen Carsome Berkat Aidilfitri kami.

Dengan kempen ini, Carsome berhasrat untuk menjadikan pemilikan kereta lebih mampu milik untuk anda agar anda boleh menikmati pemanduan yang berkualiti untuk perjalanan pulang ke kampung nanti.

carsome raya promo

Berikut adalah dua promosi Hari Raya daripada Carsome.

  • 0% kadar faedah sehingga satu tahun*: Anda boleh menikmati kadar faedah 0% sehingga satu tahun daripada Public Bank Berhad, Hong Leong Bank atau Maybank apabila anda membeli kereta Carsome Certified.
  • RM50 kredit eWallet TnG percuma*: Tempah kereta Carsome Certified, tinggalkan ulasan anda mengenai proses tempahan anda di Carsome Experience Center yang anda lawati di Google Maps dan anda akan menerima RM50 kredit eWallet TnG.

Ingat, promosi ini akan tamat pada 30 April 2022 dan kereta terpakai berkualiti kami sudah banyak ditempah! Jadi, pergi ke Carsome hari ini untuk pilihan terbesar kereta terpakai berkualiti dan dapatkan kereta idaman anda sekarang.

*Tawaran Carsome Berkat Aidilfitri adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel Berkaitan: Carsome Berkat Aidilfitri: 0% Kadar Faedah & Pelbagai Promosi Menarik Pada Bulan April

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular