HomeBMCara Mengelakkan Ditipu Semasa Membeli atau Menjual Kereta

Cara Mengelakkan Ditipu Semasa Membeli atau Menjual Kereta

Pasaran kereta terpakai boleh menjadi sebuah tempat yang penuh dengan perangkap bagi pelanggan yang tidak berhati-hati. Sama ada anda ingin membeli atau menjual kereta, akan ada pihak yang tidak bertanggung jawab yang akan cuba untuk menipu dan mengikis wang anda semasa dalam proses jual beli kereta.

Walaupun financial scam atau penipuan kewangan berkaitan dengan kereta dapat dielakkan dengan menggunakan logik akal, adalah lebih sukar untuk mengelak daripada ditipu apabila berurusan dengan kereta yang berada di depan mata.

close up of a mechanic fixing a car engine

Kadang kala, kekurangan pengetahuan mekanikal juga akan menyukarkan lagi perjalanan anda dalam usaha membeli atau menjual kereta. Dengan sedikit pengetahuan asas berkenaan kereta, anda boleh mengelak daripada ditipu oleh orang lain.

Dengan ilmu yang mencukupi, anda boleh tawar-menawar dengan yakin dan juga boleh mengelak dari terjebak dengan penipuan. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda dari ditipu dan juga perkara-perkara yang perlu diperhatikan, untuk pembeli dan penjual.

Semasa Membeli Kereta

Ketahui Nilai Kereta

Sebelum anda melihat kereta terpakai yang hendak dibeli, and perlu mengetahui harga yang perlu dibayar untuknya. Anda boleh semak nilai pasaran kereta berdasarkan pengedar, model, dan juga tahun buatan. Syarikat insurans selalu berbuat demikian untuk menetapkan harga premium, dan ia merupakan tempat yang baik untuk bermula.

Nilai sebenar kereta akan berbeza berdasarkan pelbagai faktor seperti mileage, keadaan kereta, dan juga warna. Dengan anggaran harga pasaran sebagai panduan, anda boleh mengelak dari membayar terlalu banyak atau ditipu dengan tawaran yang terlalu murah.

Semak Dokumentasi Kereta

Perkara pertama yang perlu disemak apabila berurusan dengan kereta terpakai adalah dokumentasi yang berkaitan – laporan pemeriksaan, rekod servis, dan lain-lain lagi. Kereta terpakai yang elok seharusnya mempunyai dokumen-dokumen tersebut. Ia dapat membuktikan bahawa pemilik sebelumnya telah menjaga dan menyelenggara kereta tersebut dengan baik.

Perkara lain yang perlu anda periksa adalah nombor casis dan nombor enjin supaya ia sama dengan nombor yang tertera pada geran. Jika ianya tidak sama, anda mungkin akan membeli kereta yang telah dicuri dan/atau kereta yang telah dibaiki secara semberono.

Periksa Kereta

Pemeriksaan kenderaan bermotor mungkin memerlukan kemahiran teknikal tertentu, tetapi anda juga boleh melakukan beberapa langkah pemeriksaan yang ringkas untuk memastikan bahawa anda tidak ditipu, tanpa memerlukan pengetahuan mekanikal yang mendalam.

Salah satu langkah pemeriksaan yang ringkas tetapi penting yang boleh anda lakukan ialah kerosakan pada bahagian casis kereta. Periksa sama ada panel badan kereta sejajar antara satu sama lain pada bahagian kiri dan kanan kereta. Periksa juga jika warna cat adalah sama.

Menyelaraskan, mengimpal, dan mengecat kembali casis yang telah kemek akibat kemalangan merupakan kerja pembaikan yang sangat sukar. Kesan pembaikan yang melibatkan kemalangan besar biasanya dapat dilihat melalui jurang yang tidak konsisten dan warna cat yang tidak sepadan antara bahagian pintu dan fender kereta.

Dengan cara ini, anda boleh memastikan bahawa anda tidak ditipu supaya membeli kenderaan yang telah terlibat dalam kemalangan.

Artikel berkaitan: Tips Kenal Pasti, Cara Semak Kereta Pernah Kemalangan

Pandu Uji Kereta

Sebelum anda membeli kereta, sangat penting untuk anda memandu ujinya terlebih dahulu. Jika penjual kelihatan ragu-ragu untuk membenarkan anda memandu uji, ini menunjukkan bahawa mungkin terdapat masalah dengan kereta itu.

Inilah sebabnya CARSOME sentiasa mengalu-alukan anda untuk membuat tempahan sesi pandu uji – cuma pilih kereta yang anda minat dan jadualkan sesi pandu uji anda secara dalam talian dengan kami.

Jangan lepaskan peluang untuk pandu uji kereta. Dengan berbuat demikian, anda boleh mengetahui sendiri sebarang kerosakan mekanikal yang ada pada kereta tersebut. Seperti biasa, anda perlu pastikan bahawa kereta tersebut berjalan dengan baik, gear bertukar dengan lancar, dan semua komponen elektronik berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh menggunakan pengalaman pandu uji tersebut sebagai kelebihan untuk anda – sebarang kerosakan kecil boleh digunakan sebagai alasan untuk menurunkan harga kereta.

Berhati-hati Dengan Bayaran Tersembunyi

Akhir sekali, anda mungkin akan menerima kejutan yang tidak diingini berkaitan dengan bayaran tersembunyi sebaik sahaja anda bersetuju untuk membeli kereta. Kadang-kala, perbezaan harga yang diiklankan dan harga on-the-road boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

“Bayaran” ini termasuk bayaran insurans dan bayaran pengendalian kertas kerja untuk anda. Sebenarnya, menyelesaikan kertas kerja semasa membeli kereta adalah sangat memenatkan jika ia merupakan kali pertama anda melakukannya. Tetapi masa dan usaha yang dilibatkan mungkin tidak berbaloi dengan harga yang diberikan oleh penjual yang tidak jujur.

Ingat, selagi anda masih belum menandatangani sebarang dokumen, anda berhak untuk menarik diri daripada proses jual beli tersebut.

Apabila Menjual Kereta

Ketahui Nilai Kereta Anda

Mengetahui berapa nilai jualan kereta anda dapat melancarkan lagi proses menjual kereta. Sama seperti menjual kereta, anda boleh menyemak nilai pasaran kereta anda dengan merujuk penilaian oleh syarikat insurans.

Dengan cara ini, anda boleh mengelak dari menerima tawaran yang terlalu rendah atau ditipu untuk menerima tawaran yang tidak masuk akal. 

Selain daripada itu, anda boleh menempah sesi pemeriksaan dengan CARSOME, di mana pemeriksa terlatih kami akan mengendalikan pemeriksaan 175-titik ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga pasaran untuk kereta anda.

Artikel Berkaitan: Nak Jual Kereta? 17.5 Perkara untuk Naikkan Nilai Kereta Anda

Ketahui Keadaan Kereta Anda

Oleh kerana kereta anda dipandu secara harian, kadang kala ia akan menghadapi masalah yang tidak dapat dilihat. Masalah yang biasa timbul termasuk sistem suspensi yang telah haus, kerosakan pada komponen enjin, atau pada kotak gear.

Oleh itu, sebelum menjual kereta anda, menghantar kereta anda untuk diperiksa oleh pemeriksa kenderaan yang dipercayai seperti pemeriksa profesional dari CARSOME adalah idea yang baik. Pemeriksaan dengan CARSOME juga percuma.

Tambahan pula, CARSOME akan menawarkan untuk membeli kereta anda dengan segera, bermakna anda tidak perlu membuang masa untuk mengiklankannya sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda pergi ke kedai lain untuk melakukan pemeriksaan, ia mungkin akan menelan belanja sebanyak beberapa ratus ringgit.

Apa yang penting, dengan mengetahui keadaan kereta anda, anda dapat mengelak daripada ditipu oleh pembeli yang mungkin menipu anda tentang kerosakan yang tidak wujud untuk menurunkan harga kereta.

Berhati-hati Semasa Pandu Uji

Kita sering mendengar berita tentang kecurian kereta yang berlaku kepada penjual. Dengan mengambil langkah keselamatan yang ringkas, anda boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kejadian ini secara drastik.

Langkah yang boleh anda lakukan termasuklah berada di dalam kereta semasa sesi pandu uji, bukan sahaja untuk keselamatan, tetapi juga untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada pembeli.

Sebaik-baiknya, bawa juga ahli keluarga atau rakan yang boleh dipercayai untuk sesi pandu uji. Lebih ramai, lebih selamat. Untuk langkah keselamatan tambahan, anda boleh menyimpan kad pengenalan atau lesen memandu pembeli sebagai langkah berjaga-jaga.

Jual & Beli Kereta Dengan CARSOME Untuk Ketenangan Fikiran

Pengalaman Membeli Yang Sangat Mudah

Bagi mereka yang tidak biasa membeli atau menjual kereta, ia boleh menjadi pengalaman yang menakutkan. Oleh itu, membeli kereta secara dalam talian melalui CARSOME menjadikan proses itu telus, lancar, dan semudah yang mungkin.

Apabila membeli kereta melalui CARSOME , tiada sebarang bayaran tersembunyi dikenakan. Harga yang anda lihat di laman web kami, itulah harga penuh yang anda perlu bayar untuk membeli kereta tersebut. Anda juga tidak perlu hadir secara fizikal untuk memeriksa kereta kerana kereta yang disenaraikan oleh CARSOME telah disertakan dengan laporan pemeriksaan yang terperinci bersama dengan gambar yang jelas.

Selain itu, semua kereta CARSOME Certified didatangkan dengan CARSOME Promise yang memberikan anda ketenangan fikiran dengan pembelian anda.

Inilah CARSOME Promise kami:

  • Pemeriksaan professional: Semua kereta CARSOME Certified dijamin lulus 175-titik pemeriksaan yang teliti untuk memastikan ia bebas dari kemalangan dan juga kerosakan kerangka, kebakaran, dan banjir.
  • Jaminan pulangan wang 5 hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan anda dapati bahawa ia tidak sesuai dengan anda, pulangkan sahaja kepada kami dalam lima hari untuk pulangan wang penuh. Tanpa sebarang soalan!
  • Waranti satu tahun: Perjalanan kami bersama anda tidak terus berhenti setelah anda membeli kereta. Kami akan memberi anda waranti satu tahun untuk memastikan kereta anda dilindungi pada tahun pertama anda.
  • Harga tetap: Harga yang dipaparkan di laman web kami adalah harga sebenar kereta tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Kami mengamalkan ketelusan untuk memastikan anda tahu apa yang anda akan dapat.

Pengalaman Menjual Yang Lancar

Menjual kereta anda kepada pembeli yang boleh dipercayai dapat memudahkan anda apabila menguruskan proses pembelian. Inilah sebabnya mengapa menjual kereta dengan CARSOME sangat mudah, dan anda juga akan terima bayaran secepat mungkin selepas proses penjualan selesai*. Malahan, kami juga akan mengendalikan semua kertas kerja yang membosankan untuk anda.

Untuk memulakan proses jualan, anda cuma perlu tempah sesi pemeriksaan melalui laman web atau aplikasi kami. Konsultan CARSOME akan menghubungi anda untuk mengesahkan butiran anda dan menjadualkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan yang berhampiran dengan anda. Hadiri pemeriksaan yang telah dijadualkan dan pemeriksa bertauliah kami akan melakukan pemeriksaan 175-titik ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga kepada anda.

Selepas pemeriksaan, kami akan menawarkan harga untuk kereta anda serta-merta, atau anda boleh memilih untuk menghantar kereta anda untuk bidaan secara langsung – di mana anda mungkin boleh mendapat sehingga 20 peratus* lebih tinggi daripada harga pasaran. 

CARSOME Je Lah dan dapatkan yang terbaik apabila anda membeli dan menjual kereta!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel berkaitan: Bilakah Masa Terbaik untuk Trade In, Jual atau Beli Kereta Terpakai?

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular