HomeBMBilakah Masa Terbaik untuk Trade In, Jual atau Beli Kereta Terpakai?

Bilakah Masa Terbaik untuk Trade In, Jual atau Beli Kereta Terpakai?

Persoalan biasa yang sering diajukan oleh pemilik kenderaan – bilakah masa yang sesuai dan terbaik untuk saya jual, beli atau trade in kereta lama saya? Umumnya, masa terbaik untuk jual, beli atau trade in kereta lama anda adalah bergantung pada faktor yang berbeza. Dalam artikel ini, CARSOME berkongsi soalan-soalan yang sering ditanyakan oleh pemilik kereta mengenai waktu terbaik untuk jual, beli atau trade in kereta lama anda.

Adakah Saya Patut Jual, Beli atau Trade In Kereta Lama Saya?

Jika anda masih tertanya-tanya masa yang sesuai untuk jual atau trade in kereta lama anda, usia dan keadaan semasa kereta adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan. Berdasarkan pendapat pakar, anda disarankan untuk jual kereta lama anda selepas lima tahun usia kereta anda. Ini kerana, semakin tinggi usia kereta anda, semakin rendah nilai semasa kereta anda dalam pasaran. Namun begitu, ia sudah semestinya bergantung pada situasi, faktor kewangan dan matlamat pemilikan anda.

A) Jika Anda Tidak Ingin Terikat dengan Komitmen Bulanan

Selain faktor memori bersama kenderaan, salah satu sebab pemilik kereta enggan menjual kereta lama adalah disebabkan pemilik tidak mahu terikat dengan tempoh komitmen yang panjang. Jika kereta lama anda masih lagi berada dalam keadaan baik dan tidak selalu meragam, anda mungkin perlu mempertimbangkan semua pilihan anda untuk menjual kereta lama anda.

Namun begitu, perlu diingat, semakin tinggi bacaan mileage kereta anda, semakin tinggi risiko kerosakan dan kos pembaikan yang perlu ditanggung. Meskipun anda tidak bercadang untuk menjual kereta anda buat masa ini, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan dan melakukan simpanan. Wang simpanan yang disimpan ini boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kereta baharu keluaran terkini atau kereta terpakai pada masa hadapan.

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk terus memandu kereta lama anda sementara mengumpulkan wang untuk bayaran pendahuluan, rujuk bengkel yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti risiko kerosakan yang mungkin berlaku. Berbekalkan pengetahuan ini, anda dapat melakukan persediaan yang sewajarnya untuk mengelakkan anda perlu mengeluarkan kos belanja yang lebih besar.

B) Jika Kos Penyelenggaraan Lebih Mahal Berbanding Nilai Semasa Kereta

Jika anda meluangkan lebih banyak masa dan tenaga di bengkel berbanding bersama keluarga, ini mungkin petanda yang sesuai untuk menjual kereta lama anda. Malah, jika kos penyelenggaraan lebih tinggi berbanding nilai semasa kereta anda, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda:

1. Tentukan Nilai Semasa Kereta

Ketahui nilai semasa kereta anda dengan menjalani pemeriksaan kereta secara percuma di CARSOME. Kereta yang ingin dijual di CARSOME akan melalui 175 titik pemeriksaan untuk penilaian harga jualan semula berdasarkan keadaan semasa kereta. Selain itu, terdapat juga platform jual beli kereta terpakai dalam talian yang turut menyediakan kalkulator pengiraan anggaran nilai semasa kereta untuk memudahkan pengguna. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat mengenai jenis kenderaan (tahun, buatan, model, mileage atau perbatuan, keadaan kereta). Kemudian, sistem akan memaparkan purata harga kenderaan yang serupa yang dijual di pasaran.

2. Ketahui Kos Penyelenggaraan Jika Kereta Tidak Dijual

Kenal pasti kos yang akan ditanggung jika kereta lama anda disimpan dan tidak dijual.

        • Adakah kereta saya memerlukan apa-apa pembaikan utama atau major service yang perlu dilakukan dalam masa terdekat?
        • Kegagalan menggantikan mana-mana komponen ini akan menjejaskan prestasi kereta?
        • Adakah terdapat pembaikan lain yang perlu ditukar dalam masa terdekat/enam bulan akan datang?
        • Adakah penyelenggaraan lain yang perlu dilakukan seperti penggantian tayar, brek, enjin dan sebagainya?

3. Lakukan Pertimbangan Sewajarnya

Jika kos penyelenggaraan kereta anda lebih tinggi daripada nilai semasa kereta, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta baharu. Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk membaiki kereta lama anda boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan. Namun begitu, ia semestinya bergantung pada keperluan, komitmen semasa dan kepentingan anda. Buat pertimbangan sewajarnya untuk mengelakkan anda menyesali keputusan yang dibuat.

C) Jika Faktor Keselamatan Menjadi Persoalan

Sama ada anda memandu kereta anda berkeseorangan atau bersama keluarga, perkara pertama yang perlu diberi perhatian semestinya faktor keselamatan. Bergantung pada usia kereta anda, ciri-ciri keselamatan terkini seperti beg udara, kamera keselamatan, kawalan kestabilan elektronik, sistem brek dan ciri-ciri keselamatan yang lain mungkin tidak tersedia.

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelan untuk membantu perniagaan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Inisiatif Penjana yang diumukan kerajaan juga turut mendapat respons positif daripada pemain industri automotif negara. Melalui pelan pemulihan ini, semua kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) akan dikecualikan daripada cukai jualan sepenuhnya. Manakala, pengecualian cukai sebanyak 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport (CBU).

pelan jana semula ekonomi negara memacu jual beli kereta terpakai

Masa Terbaik Jual, Beli atau Trade In Kereta

Pengecualian cukai jualan untuk kereta baharu ini sekali gus menggalakkan dan merancakkan jualan kereta baharu. Malah, penyesuaian harga kereta baharu berdasarkan pengumuman ini juga telah memacu minat terhadap jual beli kereta terpakai. Berdasarkan data daripada CARSOME Insights 2020, 79% daripada pemilik kereta memilih untuk menjual kereta mereka selepas enam hingga lapan tahun. Pengguna yang menjual kereta mereka selepas enam hingga lapan tahun menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 35% berbanding CARSOME Insights 2019. Manakala, 15% pemilik kereta memilih untuk menjual kereta selepas sembilan hingga 11 tahun dan 6% selepas tiga hingga lima tahun.

purata usia jual kereta terpakai 2020

Sama ada anda ingin membeli kereta baharu atau menjual kereta terpakai, ia bergantung pada susut nilai atau nilai pasaran semasa kereta anda. Dalam artikel ini juga, CARSOME akan kongsikan masa yang terbaik untuk anda menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai idaman anda berdasarkan data daripada CARSOME Insights 2019.

Usia kereta terpakai paling popular dijual di Malaysia

Data daripada CARSOME Insights 2019 mendapati tiga perempat atau 76% daripada pemilik kereta akan menjual kereta mereka selepas enam tahun. Daripada kesemua kereta yang dijual kepada CARSOME, 44% kereta berusia antara enam hingga lapan tahun dan merupakan purata usia kereta yang paling popular dijual kepada CARSOME. Ia diikuti dengan 24% pemilik kereta memilih untuk menjual kereta selepas tiga hingga lima tahun dan 32% selepas sembilan hingga 12 tahun.

 

Graf interaktif di atas menunjukkan nilai tahun-ke-tahun untuk Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City yang dijual kepada Carsome pada tahun 2019. Arahkan titik untuk melihat nilainya.

Nilai Kekalan 10 Tahun Untuk Kereta Popular 2019

Berdasarkan statistik CARSOME, empat model kereta paling popular di Malaysia – Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City. Data menunjukkan keempat-empat model kereta ini susut nilai sebanyak 20% hingga 30% pada tahun kedua. Untuk Perodua Myvi, susut nilai bagi model ini tidak setinggi Proton Saga selepas tahun keempat. Data CARSOME juga menunjukkan hubungan antara kereta-kereta popular ini dengan usia purata kereta paling popular yang dijual pada usia enam tahun ke atas. Selain Proton Saga, kesemua kereta masih mempunyai lebih daripada 50% nilai pasaran kereta pada tahun keenam.

Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City

 

Statistik CARSOME Insights 2019 menunjukkan tempoh terbaik untuk menjual kereta terpakai adalah antara dua hingga tiga tahun untuk Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios atau Honda City.

Pada tempoh ini, susut nilai adalah sekitar 21-25% untuk Honda City dan Toyota Vios dan 22-35% untuk Perodua Myvi dan Proton Saga. Jika diperhatikan, nilai Proton Saga menyusut 14% lagi pada tahun keempat dan mengekalkan nilai penjualan semula sebanyak 57% sahaja dari harga pembelian asalnya. 

nilai jualan semula kereta paling popular | jual beli kereta terpakai

*Maklumat dan statistik yang dipaparkan adalah anggaran purata berdasarkan pangkalan data kereta terpakai CARSOME. Harga kenderaan dan nilai jualan semula bergantung pada jenama, model, keadaan kenderaan dan faktor-faktor lain.

Tanda-tanda Lain untuk Jual, Beli atau Trade In Kereta Lama Anda

Anda juga boleh mempertimbangkan faktor-faktor ini untuk membantu anda membuat keputusan sebelum jual, beli atau trade in kereta lama anda:

i. Keperluan Anda Berubah

Fasa baharu kehidupan seperti perkahwinan, kelahiran anak pertama atau mendapat tawaran pekerjaan baharu mungkin mendorong anda untuk menjual kereta lama anda. Dalam situasi sebegini, anda mungkin memerlukan kereta yang lebih selesa, selamat, jimat bahan api, sistem keselamatan lebih baik dan sebagainya.

Artikel berkaitan: Tanda-Tanda Sudah Tiba Masanya Untuk Menjual Atau Menukar Kereta Anda

ii. Alat Ganti Mahal atau Sukar Diperoleh

Dalam sesetengah situasi, alat ganti untuk kereta lama biasanya sukar untuk diperoleh. Ini kerana, apabila sesebuah pengeluar kenderaan mengeluarkan model kereta baharu, biasanya mereka akan mula menghentikan alat ganti dan komponen kereta bagi model-model lama. Ia secara tidak langsung menyebabkan alat ganti menjadi lebih mahal dalam pasaran.

iii. Kereta Anda Tidak Lagi Selamat

Jika anda berasa tidak tenteram sepanjang perjalanan kerana risau kereta anda akan meragam, usah berkira-kira lagi untuk menukar kereta anda. Jika kereta anda tidak lagi berasa selamat untuk dinaiki, ia mungkin petanda untuk anda mendapatkan kereta baharu.

iv. Faktor Ekonomi

Kos bahan api yang meningkat secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan bulanan anda. Jika kereta anda menelan belanja yang besar untuk kos petrol setiap bulan, jual kereta anda untuk menjimatkan belanja bulanan anda. Malah, anda juga boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan kereta baharu atau kereta terpakai jimat bahan api seperti Perodua Myvi atau Perodua Bezza. Selain itu, ambil kira trend permintaan pengguna untuk mengetahui waktu yang sesuai dan tepat untuk jual kereta lama anda.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular