HomeBMMitos Petua Jimat Minyak Yang Tak Berapa Nak Menjimatkan!

Mitos Petua Jimat Minyak Yang Tak Berapa Nak Menjimatkan!

Pernah tak ada kawan-kawan anda yang pernah bagi nasihat atau petua ‘ajaib’ untuk jimatkan minyak kereta anda? 

Petua ini kononnya boleh menjimatkan minyak dan juga duit anda. Walaupun ada sebahagian petua ini terbukti berkesan tetapi ada juga petua yang telah disahkan palsu oleh pakar tetapi masih ada lagi orang yang amalkan sehingga viral di media sosial!  

Ini merupakan sebahagian daripada petua jimat minyak yang terbukti TIDAK berkesan jadi mudahlah anda tak mengamalkannya untuk menjimatkan masa dan tenaga anda. 

Mitos 1: Kena Panaskan Enjin Kereta Dulu. Tak Boleh Terus Jalan Lepas Dah Hidupkan Enjin! – PALSU! 

Semua kereta zaman kini mempunyai enjin pancitan minyak (fuel-injected) dengan komponen Unit Kawalan Elektronik (ECU) untuk mengawal kemasukan campuran udara dan juga bahan api dengan optimum ke dalam enjin apabila ia dihidupkan. Ia juga boleh mengawal nisbah bahan api dan udara apabila enjin semakin panas jadi tak perlu pun untuk biarkan kereta melahu (idle) supaya enjin menjadi panas sebelum memandu. 

Lebih baik sebenarnya untuk anda terus memandu dengan perlahan selepas enjin kereta dihidupkan. Apabila suhu enjin sudah cukup panas (lampu biru penanda suhu tidak lagi menyala apabila tolok suhu mencapai suhu optimum), barulah anda boleh memandu laju sedikit. Cuma janganlah terus tekan pedal minyak sampai lantai di awal-awal pemanduan. Tenang saja, mula memandu dan kereta anda akan tahan lama. 

Mitos 2: Kasi Goyang Sikit Kereta Untuk Buang Angin! – Palsu! 

Oh ya, teknik goyang dan goncang kereta semasa isi minyak. Sebab mengapa kereta digoncangkan adalah untuk membuang semua buih udara di dalam tangki minyak, secara teorinya. 

Pengeluar kereta telah mereka tangki minyak kereta supaya ia boleh menampung jumlah udara dan bahan api yang betul. Kalau anda isi minyak sampai penuh, ia akan memberi kesan buruk kepada injap udara dan lubang saliran yang berfungsi untuk mengelakkan bahan api kereta menjadi tercemar. 

Mitos 3: Pam Minyak Dah Berbunyi ‘Klik!’? Boleh Sambung Isi Lagi! – PALSU! 

Kita sambung daripada poin sebelum ini bahawa kalau terlebih isi minyak boleh merosakkan Sistem Pelepasan Sejatan (Evaporative Emission System-EVAP) yang berfungsi menyimpan dan menyingkirkan wap bahan api. Nama pun ‘wap’ jadi jika ada apa-apa cecair yang masuk ke dalam sistem EVAP ini berpunca daripada terlebih isi minyak, kos membaikinya bukan murah. 

Isi minyak sehingga terdengar bunyi ‘klik’ daripada nozel pam menandakan tangki dah penuh sangat digalakkan. Apabila dengar bunyi ‘klik’, terus berhenti. Jangan risau dengan pam bahan api dan jangan sesekali isi minyak sampai penuh dengan buang segala gelembung udara di dalam tangki. Jangan sesekali cuba. 

Mitos 4: Minyak Yang Lagi Mahal Lagi Tahan Lama! – PALSU! 

Mungkin anda pernah terdengar cakap-cakap orang yang mereka ini gunakan minyak RON 95 untuk pemanduan biasa dengan kereta biasa tapi tukar kepada RON 97 untuk perjalanan jauh. Ada juga yang amalkan isi minyak RON 97 untuk perjalanan harian walaupun tak memandu kereta berprestasi tinggi atau kereta mewah. 

Jika kereta anda merupakan kereta standard tanpa sebarang ubah suai seperti ada turbo atau omboh bertekanan tinggi yang boleh ‘tekan-tekan preggy’, bahan api dengan rating oktana yang rendah yang dicadangkan oleh pengeluar kereta adalah selamat untuk pemanduan biasa bagi perjalanan jauh dan juga dekat. Isi minyak RON 97 atau lebih tinggi tidak akan buatkan kereta anda berjalan dengan lebih lancar ataupun jimat minyak. Anda takkan berjimat langsung!

Lain ceritanya jika anda memiliki kereta lama yang tidak mempunyai sensor ketukan atau ECU yang sempurna tetapi bagi kebanyakan kereta moden yang bukan kereta berprestasi tinggi atau telah diubah suai, guna saja minyak dengan nombor RON yang minimum dan sesuai untuk kereta anda pun sudah mencukupi. 

Mitos 5: Isi Minyak Waktu Malam, Boleh Dapat Lebih Sikit Minyak! – PALSU! 

Kita semua pernah buat benda ni, sekurang-kurangnya sekali – isi minyak pada waktu malam kerana ia lebih sejuk dan minyak tidak akan tersejat. Ini telah dibuktikan palsu banyak kali tapi kami tetap akan jelaskan sekali lagi kepada anda semua tentang ini. 

Kesemua minyak disimpan di bawah tanah di mana suhu persekitaran tidak akan memberikan kesan kepada keadaan minyak. Suhu minyak tetap sama sekalipun anda isi minyak pada hari yang paling panas. Kalau anda isi minyak 10 liter, maka anda tetap akan dapat 10 liter minyak daripada pam minyak. 

Beli Kereta Jimat Minyak daripada CARSOME (Ini Bukan Mitos!) 

Kalau anda nak memandu dengan jimat, beli saja kereta yang jimat minyak dari awal. Ada banyak pilihan kereta cekap tenaga yang ada untuk anda. 

Ada kereta cekap tenaga (EEV) seperti Perodua Axia hinggalah kepada kereta separa hybrid dan juga kenderaan hybrid elektrik pasang masuk (PHEV), sama ada yang baharu ataupun terpakai, bergantung kepada bajet anda. 

Nak pilihan kereta pramilik yang terbaik, hanya CARSOME pilihan terbaik untuk anda! Kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut: 

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 
  • Jaminan pulangan tunai dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME!

*Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal “Car Fuel Economy Myths – Don’t Believe Them!” yang diterbitkan di laman Carlist

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular