HomeBMNikmati Diskaun Sehingga RM1,500 Untuk Kereta CARSOME Certified Apabila Anda Trade In...

Nikmati Diskaun Sehingga RM1,500 Untuk Kereta CARSOME Certified Apabila Anda Trade In Kereta Lama Anda

Di CARSOME, kami menyediakan proses pembelian dan menjual kereta yang mudah dan pantas. Ia termasuk memudahkan proses trade in kereta anda untuk membeli kereta yang baharu.

Untuk membantu anda mendapatkan kereta idaman, kami menawarkan rebat kereta trade in bernilai sehingga RM1,500* apabila anda trade in kereta untuk membeli kereta CARSOME Certified.

Berminat dengan tawaran ini? Baca lebih lanjut untuk ketahui macam mana nak dapatkannya.

Cara Trade In Kereta Anda Untuk Menikmati Rebat Sehingga RM1,500

Ada dua cara untuk anda trade in kereta anda dan nikmati rebat yang kami tawarkan. Berikut adalah butirannya:

1. Jual Kereta Anda Dahulu & Beli Kereta CARSOME Certified Kemudian

Langkah 1: Tempah janji temu pemeriksaan percuma di carsome.my atau melalui aplikasi mudah alih kami dan isikan butiran kereta yang anda nak jual.

Langkah 2: Bawa kereta ke janji temu pemeriksaan dan bawa sekali dokumen asal yang diperlukan. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa:

  1. Kad Pendaftaran (RC)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  2. Kad Pengenalan (bagi warganegara Malaysia) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia)
  3. Kunci pendua (jika ada)
  4. Permit Diluluskan (AP) (syarikat atau individu untuk pengesahan, jika berkenaan)
  5. Surat Penyelesaian Sewa Beli (untuk kereta dengan jumlah pinjaman tertunggak)
  6. Invois Belian (untuk kereta yang dibeli secara tunai)
  7. Surat kebenaran pihak ketiga (untuk kereta di bawah nama yang berbeza)

Langkah 3: Terima tawaran harga untuk jual kereta anda terus kepada kami.

Langkah 4: Pemindahan Hak Milik, Penyerahan Kenderaan, dan Pembayaran.

  • Semua kertas kerja berkaitan pemindahan hak milik akan diuruskan oleh CARSOME pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Baki penyelesaian pinjaman dengan bank dan pembayaran akhir akan dibuat terus ke akaun bank pemilik melalui pemindahan dalam talian.

Langkah 5: Pilih kereta yang anda mahu beli di laman web atau aplikasi mudah alih kami.

Langkah 6: Tempah janji temu pandu uji percuma atau bayar yuran tempahan yang boleh dipulangkan semula untuk memastikan kereta tersebut tidak ditempah oleh orang lain.

Langkah 7: Maklumkan kepada Konsultan CARSOME kami yang anda adalah pelanggan trade in dan tunjukkan Bil Pembelian (BOP) anda untuk mengesahkan trade in anda. Kami akan mengurangkan harga kereta pilihan anda berdasarkan nilai kereta yang anda jual supaya anda boleh menikmati harga pembelian yang lebih rendah.

Langkah 8: Serahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman. Setelah diluluskan, anda perlu menandatangani dokumen penerimaan.

Langkah 9: Pemindahan hak milik, penyerahan kenderaan, dan bayaran pendahuluan. Kami akan mengenakan rebat RM1,000/RM1,500 ke atas pembelian anda pada peringkat ini.

Langkah 10: Ambil kereta baharu anda di Pusat Pengalaman CARSOME yang berhampiran atau pilih penghantaran terus ke rumah!

* Ada sebarang tarikh tamat tempoh untuk buat penebusan rebat?

Ya, rebat ini hanya sah untuk ditebus dalam masa dua bulan (60 hari) daripada tarikh anda selesai trade in kereta anda dengan kami.

man happy receive new car

2. Beli Kereta CARSOME Certified & Jual Kereta Anda Kemudian

Langkah 1: Pilih kereta idaman anda di carsome.my atau aplikasi mudah alih kami.

Langkah 2: Tempah janji temu pandu uji percuma atau bayar yuran tempahan yang boleh dipulangkan semula untuk menyimpan kereta anda.

Langkah 3: Serahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman. Setelah diluluskan, anda perlu menandatangani dokumen penerimaan.

Langkah 4:  Pemindahan hak milik, penyerahan kenderaan, dan bayaran pendahuluan.

Langkah 5: Ambil kereta baharu anda di Pusat Pengalaman CARSOME yang berhampiran atau pilih penghantaran terus ke rumah!

Langkah 6: Tempah janji temu pemeriksaan percuma di laman web kami dan isikan butiran kereta yang anda nak jual.

Langkah 7: Bawa kereta ke janji temu pemeriksaan dan bawa sekali dokumen asal yang diperlukan bersama Vehicle Delivery Order (VDO) agar Inspektor Pemeriksaan kami boleh mengesahkan yang anda adalah pelanggan trade in. Berikut adalah senarai dokumen asal yang perlu dibawa:

  1. Kad Pendaftaran (RC)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  2. Kad Pengenalan (bagi warganegara Malaysia) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia)
  3. Kunci pendua (jika ada)
  4. Permit Diluluskan (AP) (syarikat atau individu untuk pengesahan, jika berkenaan)
  5. Surat Penyelesaian Sewa Beli (untuk kereta dengan jumlah pinjaman tertunggak)
  6. Invois Belian (untuk kereta yang dibeli secara tunai)
  7. Surat kebenaran pihak ketiga (untuk kereta di bawah nama yang berbeza)

Langkah 8: Terima tawaran harga untuk jual kereta anda terus kepada kami.

Langkah 9: Pemindahan Hak Milik, Penyerahan Kenderaan, dan Pembayaran.

  • Semua kertas kerja berkaitan pemindahan hak milik akan diuruskan oleh kami pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Baki penyelesaian pinjaman dengan bank dan pembayaran akhir termasuk rebat trade in sebanyak RM1,000 atau RM1,500 akan dibuat terus ke akaun bank pemilik melalui pemindahan dalam talian.

*Ada sebarang tarikh tamat tempoh untuk buat penebusan rebat?

Ya, rebat ini hanya sah untuk ditebus dalam masa dua bulan (60 hari) daripada tarikh anda selesai trade in kereta anda dengan kami.

Kenapa Anda Perlu Trade In Kereta Anda Dengan CARSOME?

Selain daripada diskaun yang menarik, anda juga boleh dapatkan faedah yang berikut apabila anda trade in kereta anda dengan kami.

1. Anda Boleh Terus Menjual Kereta Anda

Kalau anda nak jual kereta sendiri, anda yang perlu lakukan pembaikan dan juga penyelenggaraan seperti menukar brek, tayar, dan minyak jika diperlukan. Di CARSOME, kami akan menerima kenderaan anda “seadanya” dan kami yang akan melakukan pembaikan yang diperlukan sebelum menjualnya.

Kami tidak pernah memberi pelanggan kami kereta yang tidak selamat, dan kami akan bekerjasama dengan anda jika keadaan semasa kereta anda perlu diperbaiki.

2. Menjimatkan Masa Anda

Di samping itu, menjual kereta anda sendiri akan mengambil masa yang lama kerana anda perlu hantar kereta anda untuk dibaiki selain perlu dibersihkan. Malah anda juga perlu mengiklankan kereta anda sendiri. Selain itu anda juga perlu menyelesaikan sendiri kertas kerja yang diperlukan dalam proses menjual kereta anda. 

Bukan sahaja banyak masa akan terbazir di sini, anda juga mungkin perlu mengeluarkan belanja lebih untuk jual kereta anda. Dengan CARSOME, selain daripada menawarkan harga yang berpatutan untuk kereta anda, kami juga akan menguruskan semua kertas kerja yang diperlukan untuk anda.

3. Trade In Dengan CARSOME Lebih Selamat

Bila anda jual kereta sendiri, ada risiko untuk ditipu dan anda mungkin terpaksa berurusan dengan orang yang berbahaya. Dengan menjual melalui platform yang dipercayai seperti CARSOME, anda tak perlu risau ditipu dan anda juga boleh terus cari kereta baharu kalau nak naik taraf daripada kereta lama anda. Kami juga akan bantu anda dalam setiap langkah untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

4. Ini Adalah Cara Jimat Kos Untuk Naik Taraf Kereta Anda

Trade in boleh membantu menurunkan harga pembelian kereta baharu anda dengan membolehkan anda membayar bayaran pendahuluan menggunakan wang hasil jualan kereta lama anda. Dengan ini, anda boleh menikmati harga pembelian kereta yang lebih rendah. Ditambah pula dengan rebat RM1,500 kami, anda boleh menikmati lebih banyak penjimatan apabila anda membeli kereta CARSOME Certified.

Trade in kereta anda dengan CARSOME hari ini!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Kami Jawab Soalan Lazim Mengenai Trade In Kereta

Anda berminat naik taraf kereta dan nak tahu lebih lanjut mengenai rebat kereta trade in kami? Berikut adalah jawapan yang kami ada untuk soalan yang sering ditanyakan kepada kami.

1. Macam mana saya nak dapatkan kod diskaun trade in saya?

Tiada kod diskaun disediakan. Setelah anda menjual kereta anda kepada kami, sila maklumkan kepada Konsultan CARSOME yang anda adalah pelanggan trade in. Setelah disahkan, kami akan menggunakan rebat terus untuk pembayaran kereta anda mengikut harga pembelian kereta.

2. Ada sebarang tarikh luput untuk membuat penebusan?

Ya, rebat ini hanya sah untuk ditebus dalam masa dua bulan (60 hari) daripada tarikh anda selesai trade in kereta anda dengan kami.

3. Macam mana saya nak tahu nilai rebat yang saya layak dapat?

Anda layak mendapat rebat bernilai RM1,000 apabila anda membeli kereta yang berharga kurang daripada RM50,000 dan anda layak mendapat rebat bernilai RM1,500 apabila anda membeli kereta yang bernilai lebih daripada RM50,000.

4. Apa jenis kereta lain/kereta istimewa yang CARSOME beli?

Pada ketika ini, kami hanya membeli kereta yang didaftarkan di Malaysia, kecuali kereta yang didaftarkan di Labuan dan Langkawi. Kami juga tidak menerima kereta yang didaftarkan di luar Malaysia.

Kereta dengan enjin melebihi 3,000cc:

Pada masa ini, kami hanya menerima jenama dan model kereta yang berikut:

  • Ford: Ranger, Trader
  • Honda: Accord, Elysion, LaGreat
  • Isuzu: Citation, D-Max
  • Mazda: BT-50, CX-9, MPV
  • Mitsubishi: Pajero, Storm, Triton
  • Nissan: Cefiro, Elgrand, Infiniti, Murano, Skyline, Urvan
  • Toyota: Alphard, Estima, Harrier, Hiace, Hilux, Land Cruiser

Kami juga menerima kereta berprestasi tinggi seperti Mercedes Benz (AMG, Brabus series), BMW (M series), Audi (S, RS series), Volkswagen (R series), dan Porsche.

5. Boleh saya gabungkan rebat trade in saya dengan promosi CARSOME yang sedia ada?

Ya, anda boleh gunakan rebat ini dengan promosi CARSOME yang lain. Sila hubungi Konsultan CARSOME kami dan mereka akan membantu anda.

Trade In Kereta Anda dengan CARSOME Hari Ini

Jika anda dah sedia nak trade in kereta anda, kami bersedia untuk membantu anda. Tempah pemeriksaan percuma di laman web CARSOME hari ini dan kami akan uruskan semuanya untuk anda.

female happy in car

Kereta CARSOME Certified dijamin berkualiti kerana ia telah diperiksa dengan teliti, dibaik pulih secara profesional, dan disertakan dengan janji CARSOME berikut untuk ketenangan fikiran anda:

  • Pemeriksaan profesional: Semua kereta CARSOME Certified telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk atau kerosakan banjir. Kami juga membaik pulih kereta untuk memastikan anda mendapat kereta dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih.
  • Harga tetap:Harga yang anda lihat adalah harga kereta yang perlu anda bayar tanpa sebarang bayaran tersembunyi.
  • Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Kalau anda beli kereta dengan CARSOME dan anda berubah fikiran, anda boleh pulangkan kereta kepada kami dalam lima hari untuk dapatkan pulangan wang, tanpa sebarang soalan.
  • Waranti satu tahun: Kami juga akan memberi perlindungan tambahan untuk kereta anda dengan waranti lanjutan satu tahun.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami dan trade in kereta anda dengan CARSOME hari ini!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular