HomeBMLebuhraya DASH – Lebuhraya ‘Berbumbung’ Pertama di Malaysia Kini Dibuka

Lebuhraya DASH – Lebuhraya ‘Berbumbung’ Pertama di Malaysia Kini Dibuka

Lebuhraya terbaru yang telah siap, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) kini telah siap sepenuhnya pada minggu ini dan akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada 14 Oktober 2022 bermula jam 12.01 tengah malam. 

Lebuhraya yang dikendalikan oleh Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLintas) ini menghubungkan Puncak Alam ke Penchala. Lebuhraya ini juga  boleh mengurangkan masa perjalanan daripada Puncak Alam, Shah Alam ke Penchala, Kuala Lumpur yang biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit kini kepada hanya 30 minit sahaja. 

https://www.youtube.com/watch?v=5QTCLymb3Jo

Ini merupakan ringkasan mengenai lebuhraya DASH yang anda sepatutnya tahu: 

Panjang Keseluruhan: 

55.4 km

Kos Pembinaan

RM4.2 bilion 

Tempoh Pembinaan

Ogos 2016 – Sept 2022

Jumlah persimpangan

13 persimpangan: 

  • Puncak Perdana 
  • Alam Suria 
  • Denai Alam
  • Kampung Melayu Subang
  • Pinggiran Subang
  • Subang 2
  • Lapangan Terbang Subang
  • RRIM (Kwasa Damansara)
  • Surian
  • Seksyen 5 Kota Damansara
  • Sunway Damansara
  • Damansara Perdana
  • Penchala

Sasaran Trafik Harian

50,000 kenderaan sehari

Jumlah Plaza Tol

Tiga buah plaza tol: 

  • Denai Alam
  • RRIM (Kwasa Damansara)
  • Kota Damansara

Kemudahan Lain

  • Dua kawasan rehat
  • Dua hentian sebelah
  • Penghadang bunyi kepungan penuh 
  • 37 kamera litar tertutup (CCTV)
  • 18 telefon kecemasan 
  • 30 sistem pengesanan kenderaan dan kemalangan (VIDS)
  • 10 papan tanda mesej pelbagai (VMS) 
  • 2,441 lampu jalan diod pemancar cahaya (LED)

Lebuhraya DASH Untuk Kurangkan Kesesakan

Antara tujuan utama pembinaan lebuhraya DASH adalah untuk mengurangkan kesesakan di beberapa tempat seperti Persiaran Mokhtar Dahari (39 peratus), Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus). 

Dengan pembangunan yang semakin pesat di sekitar Damansara dan Petaling Jaya, lebuhraya ini dijangka boleh mengurangkan kesesakan di kawasan seperti Kwasa Damansara, Elmina, dan juga sepanjang Shah Alam ke Damansara. 

Lebuhraya Berbumbung Pertama Malaysia

Lebuhraya DASH ini merupakan lebuhraya pertama di Malaysia yang berbumbung! Bumbung ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kepada penduduk di Damansara Perdana. 

Bumbung yang dipasang itu sebenarnya ‘Penghadang Bunyi Kepungan Penuh’. Ia dipasang sepanjang 260 meter di Damansara Perdana. Jadi apa fungsinya? Ia untuk mengurangkan bunyi kenderaan daripada mengganggu kawasan perumahan di kawasan ia dibina. 

Hubungan Lebuhraya DASH Dengan Lebuhraya Lain

Lebuhraya DASH ini turut akan menghubungkan beberapa lebuhraya utama lain di Lembah Klang seperti: 

  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dengan persimpangan Penchala Link

Untuk menghubungkan kesemua lebuhraya ini, satu persimpangan telah dibina iaitu Spaghetti Link atau Persimpangan Spageti. Rupanya begini kalau dilihat dari pandangan atas. 

Yang uniknya tentang DASH ini ialah ia boleh dianggap sebagai lebuhraya terapung kerana 90% daripada jalannya merupakan jalan bertingkat dengan hanya 10% jalan di atas tanah. Jadi, kalau anda melalui lebuhraya ini, anda akan merasakan seperti memandu di atas awan tau! 

jadiJadi, adakah anda akan jadi pengguna tetap lebuhraya ini?

Berita Baik Buat Pengguna Semua Lebuhraya

Pelancaran lebuhraya DASH pada 13 Oktober turut membawa berita gembira kepada semua pengguna lebuhraya DASH apabila lebuhraya ini boleh digunakan tanpa tol selama sebulan dan beliau membawakan berita baik yang lain untuk manfaat penduduk di Lembah Klang! 

Kerajaan telah memutuskan untuk menstrukturkan semula empat syarikat konsesi lebuhraya bertol kendalian PROLINTAS bagi mengurangkan kadar tol di lebuhraya berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini.

Lebuhraya yang terlibat yang akan diturunkan harga tol ialah: 

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Penstrukturan ini dibuat untuk membantu rakyat kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga baharu tol ini akan berkuatkuasa pada 20 Oktober 2022 pada jam 12:01 tengah malam. 

Selain itu dua lebuhraya turut akan diturunkan harga tolnya iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di bawah Kumpulan IJM berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Apa pun yang dibuat oleh kerajaan, penurunan harga tol ini sememangnya akan membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang semakin tinggi kerana kemelesetan ekonomi yang melanda dunia kini. 

 

 

Ini Manifesto CARSOME Untuk Rakyat Malaysia! 

Apa yang kami boleh janjikan adalah pembelian kereta terpakai dengan ketenangan minda! Kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut:

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar.
  • Jaminan pulangan tunai dalam 5 hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.

Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular