CARSOME menawarkan anda pengalaman pembelian kereta yang telus dan menyeluruh.
Pertama sekali, kesemua kereta kami diperiksa pada 175-titik agar ia selamat dipandu dan bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran dan banjir. Selain itu, ia juga memastikan tiada sebarang perubahan dilakukan pada milej. Kami juga memastikan proses pembelian tanpa rumit daripada mula hingga selesai. Kami akan bantu anda bagi urusan seperti menempah kereta, kertas kerja, urusan pinjaman, sehinggalah kepada penghantaran ke rumah anda.
Anda boleh pandu uji kereta kami bila-bila masa kerana kami dibuka 7 hari seminggu. Segala butiran tentang kereta kami dipaparkan dengan jelas di laman web dan juga di aplikasi kami supaya anda tahu keadaan sebenar kereta. Anda juga boleh meninjau kereta melalui gambar dalaman dan luaran kereta 360 darjah beresolusi tinggi.
Harga yang dipaparkan merupakan harga muktamad tanpa sebarang bayaran tambahan. CARSOME menampilkan pilihan kereta yang terbesar dan terbanyak di Malaysia, jadi kami mampu penuhi apa saja keperluan anda.
Pembelian kereta CARSOME adalah tertakhluk kepada Terma & Syarat.
Tidak, semua kereta kami telah habis dibayar.
Mudah sahaja, anda cuma perlu layari laman we kami untuk cari kereta yang anda mahu, klik 'Tempah Pandu Uji' dan pilih hari dan masa yang sesuai untuk anda. Setelah tempahan anda disahkan, notifikasi 'Tempahan Berjaya' akan disiarkan.
Anda boleh pilih masa yang sesuai daripada empat (4) slot masa yang tersedia:
9 pagi - 11 pagi
11 pagi - 1 tengah hari
1 tengah hari - 3 petang
3 petang - 5 petang
Butiran mengenai lokasi akan dipaparkan di halaman janji temu pandu uji.
Ya, ia boleh dilakukan di laman web kami di halaman "Akaun Saya - Pandu Uji Saya", atau anda boleh hubungi di 1-800-82-3388 / info@carsome.my. Setelah pembatalan disahkan, anda boleh tempah sesi pandu uji yang lain.
Anda perlu membuat bayaran deposit, iaitu yuran tempahan tetap sebanyak RM500, sama ada melalui pemindahan dalam talian atau kad kredit. sama ada melalui pemindahan dalam talian, atau kad kredit. Setelah tempahan anda disahkan, status kereta akan bertukar menjadi "Dalam Proses Pembelian" dan pelanggan lain tidak boleh menempah kereta tersebut untuk pandu uji atau dibeli. Yuran pengendalian akan ditambah kepada jumlah pembayaran. Yuran pengendalian akan ditambah kepada jumlah bayaran. Yuran ini merangkumi cukai jalan, pemeriksaan PUSPAKOM dan pemindahan hak milik. Kadar yuran adalah antara RM650 hingga RM1,100 (termasuk SST), bergantung pada kapasiti dan jenis transmisi enjin. Bagi kereta EV, yuran pengendalian adalah RM1,100.
Semua pembayaran mesti dibuat kepada CARSOME Certified Sdn Bhd. CARSOME hanya mengakui pembayaran yang telah dibuat ke akaun rasminya.
Ya, yuran tempahan yang dibatalkan dalam tempoh 72 jam akan dipulangkan sepenuhnya. Proses bayaran balik akan dimulakan dalam 14 hari bekerja bermula daripada hari kami menerima dokumen lengkap. Sila ambil perhatian bahawa garis masa proses bayaran balik adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard bank pilihan anda.
Dokumen yang diperlukan adalah:
1. Salinan kad pengenalan pelanggan (Bahagian hadapan & belakang)
2. Pengepala penyata bank
3. Borang pembatalan yang telah ditandatangani
Jika pembatalan anda dilakukan secara dalam talian, hanya dokumen 1 & 3 sahaja diperlukan.
Notifikasi melalui SMS akan dihantar kepada anda setelah bayaran balik dikreditkan kepada bank pilihan anda.
*Tertakluk pada Terma & Syarat.
Di CARSOME, kami memastikan pengalaman yang lancar. Harga yang anda lihat ialah harga akhir yang akan anda bayar, serta yuran pengendalian. Yuran pengendalian ini meliputi cukai jalan, pemeriksaan Puspakom, dan pemindahan hak milik.
Konsultan CARSOME kami akan membantu anda untuk memohon pinjaman daripada panel institusi kewangan kami.
Ya, anda boleh memohon pinjaman daripada intitusi kewangan pilihan anda.
Dokumen yang diperlukan ialah:
a. Kad pengenalan (warganegara) atau pasport (bukan warganegara)
b. Lesen memandu
c. Penyata gaji 3 bulan terkini
d. Penyata bank akaun gaji 3 bulan terkini
e. Penyata KWSP
f. Sebarang dokumen sokongan berkaitan pendapatan
Untuk individu yang bekerja sendiri, dokumen yang diperlukan termasuklah borang BE/B dan penyata bank sebanyak 6 bulan.
Untuk invididu yang dengan pendapatan berdasarkan komisen atau insentif, dokumen yang diperlukan ialah penyata insentif atau komisen sebanyak 6 bulan.
Ansuran bulanan merupakan anggaran kiraan berdasarkan tempoh 9 tahun beserta kadar faedah tahunan sebanyak 3.5%. Tempoh pinjaman sebenar dan kadar faedah tertakluk kepada terma dan syarat daripada institusi kewangan pilihan anda.
Anda boleh pilih 'Ambil Sendiri' untuk ambil kereta anda daripada Pusat Pameran CARSOME atau pilih 'Penghantaran ke Rumah' di mana kami akan menghantarkan kereta terus ke rumah anda secara percuma di semananjung Malaysia.
Ya. Konsultan CARSOME kami akan membantu anda bagi proses trade-in bersama CARSOME. Kesemua pelanggan yang telah trade-in kereta mereka akan menerima potongan sebanyak RM1,000 (bagi kereta berharga kurang RM50,000) dan RM1,500 (bagi kereta berharga lebih RM50,000) bagi pembelian kereta CARSOME. Sila rujuk laman ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai program trade-in kami.
Pusat Pameran CARSOME dibuka setiap hari daripada Isnin hingga Ahad. Sila rujuk laman ini untuk mengetahui waktu operasi setiap cawangan.
CARSOME Brand New
CARSOME Brand New merujuk kepada rangkaian produk CARSOME yang menawarkan kereta baharu. Kereta ini bukan kereta terpakai dan pelanggan akan menjadi pemilik berdaftar pertama selepas pembelian.
Tidak. Waranti 1 tahun dan jaminan pulangan wang CARSOME hanya terpakai untuk kereta CARSOME Certified (kereta terpakai). Bagi kenderaan CARSOME Brand New, waranti yang diberikan adalah berdasarkan waranti dan terma daripada pengeluar.
CARSOME ialah jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk membeli dan menjual kereta. Proses yang menyeluruh kami membolehkan anda menjual kereta sedia ada dan mendapatkan kereta baharu dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Pelanggan yang melakukan transaksi tukar beli dengan CARSOME juga akan menerima rebat RM1,000.
CARSOME Certified
Kereta CARSOME Certified merupakan kereta berkualiti yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang ketat bagi memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan akibat banjir dan kebakaran. Ia telah dibaik pulih untuk keselamatan, keselesaan, dan estetik di CARSOME Certified Lab sebelum ia disenaraikan untuk dijual.
Selain itu, kesemua kereta CARSOME Certified (tidak termasuk kenderaan yang didaftarkan secara commercial)turut didatangkan dengan:
- Jaminan pulangan wang dalam 14 hari
- Waranti 1 tahun
CARSOME Certified Lab merupakan fasiliti baik pulih kereta tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan khidmat baik pulih awal hingga akhir kereta pramilik dengan kualiti yang terjamin. Kesemua kereta yang telah melalui proses baik pulih di CARSOME Certified Lab akan dilabelkan sebagai 'CARSOME Certified' di laman web. Proses baik pulih termasuklah memilih kereta berkualiti terbaik melalui pemeriksaan 175-titik, servis mekanikal, baik pulih badan, cuci perinci, dan pemeriksaan kualiti yang ketat bagi menghasilkan pilihan terbesar dan terbanyak sehingga 2,000 kereta CARSOME setiap bulan.
Di CARSOME, kami amat mementingkan kualiti dalam semua perkara. Kami meletakkan keutamaan pada Proses Baik Pulih Kereta CARSOME, memantau setiap proses daripada awal hingga akhir supaya kami dapat menyediakan kualiti terbaik yang sinonim dengan CARSOME. CARSOME Certified Lab telah menetapkan standard baharu dalam industri kereta pramilik dengan harapan kami mampu memberikan ketenangan minda kepada pelanggan yang membeli kereta daripada kami.
CARSOME Certified Lab menyediakan keselamatan melebihi standard, keselesaan sepenuhnya, dan estetik baik pulih dengan memastikan setiap kereta melepasi pemeriksaan ketat 175-titik sebelum dibaiki secara mekanikal dan am, cat badan, cuci perinci, dan pemeriksaan akhir untuk kawalan kualiti.
Kesemua kereta di laman web kami telah menjalani pemeriksaan menyeluruh 175-titik termasuklah ujian pemanduan singkat. Keadaan kereta termasuklah masalah sedia ada akan dikenal pasti dan disenaraikan sebelum ia dibaik pulih di CARSOME Certified Lab. Sila rujuk senarai pemeriksaan penuh di sini.
Jaminan pulangan wang dalam 14 hari bermula pada hari anda menerima kenderaan yang tertakluk kepada Polisi Pemulangan kami. Anda boleh rujuknya di sini.
*Perhatian: Jaminan pulangan wang dalam 14 hari tidak terpakai untuk kenderaan yang didaftarkan secara commercial.
Di CARSOME, kami percaya yang anda tidak sepatutnya sentiasa risau akan keadaan kereta anda setelah ia mula dipandu. Disebabkan itulah setiap kereta CARSOME Certified(tidak termasuk kenderaan yang didaftarkan secara commercial)didatangkan dengan waranti percuma 1 tahun* yang melindungi komponen utama seperti enjin, kotak gear (manual atau auto), pendingin hawa, dsb.
Kami juga menawarkan naik taraf pelan waranti yang turut melindungi komponen kereta yang lain sebagai pembelian tambahan.
Sila berhubung dengan Konsultan CARSOME di mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME untuk maklumat lanjut. Jika waranti asal kereta masih aktif, perlindungan anda akan berdasarkan buku waranti pengeluar.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat daripada penyedia servis kami.
CARSOME Value Plus
Kereta CARSOME Value Plus ialah pilihan mampu milik untuk kereta terpakai kami. Setiap unit dipilih dengan teliti melalui proses Pemeriksaan 175-Titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan banjir, kebakaran dan kemalangan besar.
Semua kereta CARSOME Value Plus yang disenaraikan di laman web kami telah menjalani Pemeriksaan 175-Titik yang teliti termasuk pandu uji. Keadaan kereta, termasuk sebarang isu yang dikenal pasti, akan disenaraikan secara telus dalam laporan pemeriksaan. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Pemeriksaan 175-Titik kami di sini.
Ya. Kami mengutamakan ketelusan dan setiap kereta CARSOME Value Plus mempunyai laporan pemeriksaan yang dipaparkan di halaman butiran kenderaan. Laporan ini akan menunjukkan semua ketidaksempurnaan yang ditemui pada kenderaan tersebut.
Semua ketidaksempurnaan dan isu akan disenaraikan dalam laporan pemeriksaan yang boleh dilihat di halaman butiran kenderaan.
Setiap kereta CARSOME Value Plus disertakan dengan waranti 3 bulan secara percuma dan boleh dilanjutkan kepada waranti 12 bulan melalui add-on. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Konsultan CARSOME kami.
Semua kereta CARSOME Value Plus (tidak termasuk kenderaan komersial) disertakan dengan Jaminan Pulangan Wang 14 Hari bersyarat. Jaminan ini tertakluk kepada Polisi Pemulangan CARSOME Value Plus jika kenderaan didapati mengalami kerosakan akibat banjir, kebakaran atau kemalangan besar.
Ya, anda boleh membeli kereta CARSOME Value Plus secara tunai.
Kereta CARSOME Value Plus sesuai untuk pelanggan praktikal yang mencari kenderaan yang boleh dipandu dengan yakin tanpa sebarang kerumitan.
Ya, kami menerima trade-in, tertakluk kepada syarat pembelian kenderaan oleh CARSOME.
Ya, anda boleh pilih untuk mengambil kereta di Showroom CARSOME atau minta ia dihantar terus ke depan pintu anda.
Tempahan Dalam Talian
CARSOME menawarkan pelbagai pilihan kereta yang dikemas kini setiap hari dan boleh dilihat secara dalam talian pada bila-bila masa. Anda boleh cari kereta pilihan anda dan bayar bayaran tempahan untuknya, semuanya hanya dari rumah anda! Ia lebih pantas, mudah, dan selamat untuk anda membeli kereta. Jika anda mahu menempah secara bersemuka, anda boleh singgah di mana-mana Pusat Pameran CARSOME berdekatan anda di laman ini.
Yuran tempahan adalah tetap sebanyak RM500. Pembatalan dalam masa 72 jam akan menerima bayaran balik penuh. Selepas 72 jam, yuran tempahan anda akan disimpan untuk pembelian masa hadapan
Ini merupakan cara untuk anda menempah kereta CARSOME secara dalam talian:
Langkah 1: Pada laman kereta pilihan anda, klik pada butang "Tempah Kereta Ini"
Langkah 2: Anda akan dibawa ke laman untuk diisikan dengan maklumat anda. Sila semak butiran yang anda isikan dan pastikan ia betul kemudian klik butang "Bayar Bayaran Tempahan".
Langkah 3: Pilih cara pembayaran yang anda suka dan sahkan pembayaran anda. Sila selesaikan pembayaran dalam masa 30 minit. Selepas 30 minit, kereta tersebut akan dilepaskan untuk dilayari dan ditempah oleh pelanggan lain.
Sila ambil perhatian bahawa sebarang tempahan yang dibuat adalah tertakluk kepada Terma & Syarat.
Ada 2 cara untuk memastikan jika tempahan anda telah disahkan:
i. Ikon "Sukses!" akan muncul pada laman 'Order Received' setelah pesanan anda telah disahkan;
ii. Dalam laman 'Pesanan Saya', anda akan nampak status "Sudah Dibayar" sebagai pengesahan tempahan anda.
Kami menerima kaedah pembayaran berikut:
i. FPX Online Banking
ii. Kad Kredit
Jika pembayaran anda telah berjaya tetapi kereta yang anda inginkan telah ditempah, kami akan memulakan proses pembayaran semula untuk anda. Anda akan menerima SMS pemberitahuan apabila bayaran anda telah dikreditkan dalam bank pilihan anda.
Sila ambil perhatian bahawa pembayaran semula akan diproses dalam masa 14 hari bekerja* daripada tarikh penghantaran dokumen lengkap dan tertakluk kepada prosedur operasi standard bank pilihan anda.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Ada 3 sebab mengapa tempahan anda dibatalkan:
i. Jendela pembayaran telah tamat.
ii. Anda telah membatalkannya secara tidak sengaja.
iii. Dokumen anda telah tamat tempoh menjelang tarikh penghantaran.
Sila hantarkan mesej dalam kotak sembang langsung di laman web kami. Jika anda masih mengalami sebarang masalah di laman web kami, sila hubungi ejen khidmat pelanggan di nombor talian penting 1800-82-3388 untuk bantuan lanjut.
Selain itu, anda juga boleh menempah kereta melalui aplikasi mudah alih kami. Muat turun aplikasi CARSOME daripada App Store atau Google Play Store.
Konsultan CARSOME kami akan menghubungi anda dalam masa 3 jam waktu beroperasi untuk mengatur:
i. Sesi pandu uji. Anda boleh pilih untuk kunjungi Pusat Pameran untuk pandu uji atau pilih untuk pandu uji di rumah anda.
ii. Mengambil dokumen permohonan pinjaman kereta anda. Sila sediakan dokumen dalam mada tiga (3) hari selepas Konsultan CARSOME menghubungi anda untuk mengelakkan tempahan anda dibatalkan.
Sila hubungi Konsultan CARSOME anda yang akan membantu anda untuk sebarang perubahan tempahan.
Waranti
Kami mahu anda menikmati kemudahan dan ketenangan fikiran sepanjang tempoh pemilikan kereta anda. Dengan CARSOME Gold Plan atau Platinum Plan, anda akan dapat perlindungan daripada kos-kos tidak dijangka.
CARSOME menawarkan dua jenis pelan waranti melalui penyedia perkhidmatan kami – CARSOME Warranty dan Warranty Smart, bergantung pada jenis kenderaan dan lokasi pembelian. Penyedia ini menawarkan dua pelan perlindungan menyeluruh kepada semua pelanggan di seluruh Malaysia:
1) Gold Plan Setiap pembelian kereta CARSOME Certified atau Value Plus disertakan dengan Gold Plan secara percuma, sekurang-kurangnya 3 bulan perlindungan (tertakluk kepada kelayakan). Pelan ini merangkumi perlindungan untuk:
Enjin
Transmisi Manual & Automatik
Sistem Penyaman Udara
Nota: Kereta yang masih mempunyai waranti pengeluar (prinsipal) yang sah melebihi 6 bulan tidak layak untuk Gold Plan percuma. Jika kereta anda masih di bawah waranti pengeluar asal, sila rujuk kepada mereka untuk maklumat penuh perlindungan.
2) Platinum Plan Platinum Plan ialah pilihan naik taraf berbayar yang menawarkan perlindungan tambahan melebihi Gold Plan. Ia merangkumi komponen berikut:
Enjin
Transmisi Manual & Automatik
Sistem Penyaman Udara
Sistem Bahan Api
Sistem Stereng
Sistem Penyejukan
Untuk maklumat penuh, sila rujuk buku panduan atau hubungi pasukan kami di 1800-82-3388. Syarat dan terma waranti boleh didapati di bahagian bawah seksyen ini.
Pelan waranti kami hanya untuk kenderaan yang didaftarkan secara persendirian. Kenderaan yang didaftarkan untuk kegunaan komersial tidak layak, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Teksi
Kenderaan e-hailing (contoh: Grab)
Kereta sewa
Kenderaan sekolah memandu
Mana-mana kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan penumpang atau barang secara komersial
Untuk membuat tuntutan waranti, anda boleh hubungi CARSOME di 1800-82-3388 dari 8 pagi hingga 7 malam, setiap hari
Kami memudahkan proses tuntutan waranti anda tanpa sebarang kerumitan. Begini caranya:
Langkah 1: Hubungi CARSOME Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan kereta anda, hubungi kami di 1800-82-3388. Pasukan khidmat pelanggan kami yang mesra akan bantu periksa jika komponen tersebut dilindungi dan membimbing anda tentang dokumen yang diperlukan untuk langkah seterusnya.
Langkah 2: Kunjungi CARSOME Service Center Bawa kereta anda ke CARSOME Service Center terdekat untuk pemeriksaan dan sebut harga pembaikan. Anda perlu mengemukakan dokumen berikut untuk meneruskan tuntutan anda:
Sebut Harga Pembaikan (dikeluarkan oleh CARSOME Aftersales)
Buku Waranti Kenderaan
Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
Rekod Servis Kenderaan
Kad Pendaftaran Kenderaan atau butiran kenderaan lain yang berkaitan (jika diperlukan)
Langkah 3: Biarkan kami uruskan selebihnya Selepas pemeriksaan, kami akan memaklumkan anda dalam tempoh 2 hari bekerja sama ada tuntutan anda diluluskan atau tidak.
Langkah 4: Ambil kereta anda Setelah pembaikan siap, kami akan menanggung kos yang diluluskan dan memaklumkan anda apabila kereta anda sedia untuk diambil.
Anda bebas untuk memilih sama ada mahu membeli Pelan Waranti Platinum kami atau tidak, tetapi kami amat mengesyorkan agar anda mendapatkannya sebagai perlindungan tambahan terhadap keadaan yang tidak terjangka. Ramai pelanggan kami mendapatkan pelan ini atas sebab tersebut.
Gold Plan dan Platinum Plan kami menawarkan perlindungan sehingga 5 tahun dari tarikh dikeluarkan — menjadikan kami penyedia waranti lanjutan terpanjang dalam pasaran kereta terpakai.
Tempoh perlindungan sebenar mungkin berbeza bergantung pada usia kenderaan dan kriteria kelayakan lain.
Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Anda boleh rujuk Terma dan Syarat Waranti penuh di bahagian bawah seksyen ini.
Ya. Waranti anda akan terbatal sekiranya kereta anda telah diubah suai daripada spesifikasi pengeluar asal. Tuntutan tidak akan diterima untuk mana-mana kenderaan yang mempunyai pengubahsuaian tanpa kebenaran.
Anda boleh merujuk Terma dan Syarat Waranti penuh di bahagian bawah seksyen ini.
Ia bergantung pada berapa banyak tempoh perlindungan yang masih berbaki di bawah waranti utama (pengeluar) anda:
✅ Jika baki kurang daripada 6 bulan atau waranti utama telah tamat: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 3 bulan Free Gold Warranty Plan bersama kereta CARSOME Certified anda. Pelan ini akan bermula serta-merta selepas penghantaran kenderaan atau selepas waranti utama anda tamat. Anda juga mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada pelan yang lebih panjang atau lebih menyeluruh untuk perlindungan tambahan.
❌ Jika baki melebihi 6 bulan: Anda tidak layak untuk Free Gold Plan. Walau bagaimanapun, anda boleh beli Pelan Waranti Lanjutan, yang akan bermula sebaik sahaja waranti pengeluar anda tamat.
Syarat Penting untuk Pengaktifan Pelan Waranti Lanjutan:
Waranti pengeluar anda mestilah masih sah (tidak terbatal) pada masa ia tamat tempoh.
Jika ia telah terbatal, pemeriksaan kenderaan di Pusat Servis CARSOME diperlukan (yuran pemeriksaan dikenakan).
CARSOME berhak untuk mengesahkan status waranti utama anda dan boleh membatalkan Pelan Waranti Lanjutan jika anda menolak pemeriksaan apabila diminta.
Ya, terdapat pengecualian tertentu. Komponen pakai dan lusuh serta bahagian yang dijangka akan rosak atau berkurangan kualitinya dari semasa ke semasa dengan penggunaan biasa tidak dilindungi di bawah pelan waranti kami.
Untuk senarai penuh pengecualian, sila rujuk Terma dan Syarat Waranti di bahagian bawah seksyen ini atau hubungi kami di 1800-82-3388 untuk maklumat lanjut.
Kereta akan datang di laman web akan tersedia dalam tempoh 14 hari. Jika ada sebarang kelewatan, kami akan memaklumkannya terlebih dahulu melalui panggilan ataupun e-mel.
Gambar kereta tersebut tidak boleh dilihat lagi kerana kereta sedang menjalani proses baik pulih. Gambar akan boleh dilihat setelah proses baik pulih CARSOME telah selesai dalam tempoh 14 hari.
Laporan pemeriksaan yang lengkap masih belum tersedia kerana kerana kereta ini sedang menjalani proses pemeriksaan dan baik pulih. Jangan risau kerana kesemua kereta CARSOME Certified yang telah disenaraikan merupakan kereta yang berkualiti yang telah diperiksa pada 175-titik, dijamin keselamatan melebihi standard, keselesaan, dan estetik selain bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan akibat banjir.
Proses Baik Pulih CARSOME Certified memastikan kesemua kereta yang telah lulus pemeriksaan 175-titik dibaik pulih untuk memastikan mereka boleh berfungsi dengan baik.
Jika kualiti kereta tidak menepati jangkaan, kami akan memulangan kereta kepada CARSOME Certified Lab untuk dibaik pulih kambali.
Pelanggan akan dimaklumkan selepas proses baik pulih selesai. Ini akan mengambil masa kira-kira 14 hari.
Apabila orang lain menempah kereta yang sama setelah ia tersedia, anda boleh tinggalkan maklumat anda di laman web kami dan kami akan menghubungi anda kembali.
Kesemua maklumat tentang kereta tersebut akan dipaparkan di laman web selepas proses baik pulih selesai, dalam tempoh 14 hari.
Setelah anda mendaftar, kami akan menghubungi anda untuk tinjauan dan/atau pandu uji. Jika anda telah membuat keputusan, anda juga boleh menempah kereta tersebut setelah ia tersedia.
Ada kalanya para pelanggan tidak dapat mencari kereta yang sesuai dalam inventori kami yang terkini memandangkan setiap kereta pramilik adalah unik mengikut keadaannya.
Mengemukakan minat anda untuk kereta akan datang membolehkan kami untuk membawa kereta tersebut kepada Pusat Pameran CARSOME yang anda ingini supaya anda boleh melihat atau pandu uji kereta secepat mungkin. Status terkini akan dimaklumkan kepada anda sejurus ia telah tersedia untuk tinjauan atau pandu uji.
Untuk Ekspatriat atau Bukan Warganegara Malaysia
Ini adalah langkah-langkah untuk membeli kereta daripada CARSOME sebagai seorang ekspatriat di Malaysia:
Langkah 1: Layari https://www.carsome.my/ms/beli-kereta-terpakai dan tempah kereta yang anda mahu untuk pandu uji. Langkah 2: Buat bayaran tempahan RM500. Langkah 3: Jika anda berminat dengan kereta tersebut, kami akan uruskan kertas kerja untuk permohonan pinjaman dan pemindahan hak milik. Langkah 4: Buat bayaran pendahuluan apabila pinjaman anda diluluskan ATAU buat bayaran penuh dan kami akan jadualkan pengambilan kereta di pusat kami.
Anda perlu membawa: - Pasport - Lesen atau permit memandu antarabangsa daripada negara asal anda*
*Anda boleh klik pautan ini untuk menyemak sama ada lesen memandu anda boleh digunakan di sini.
Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan: - Pasport yang sah - Lesen/permit memandu yang sah - Permit bekerja dan/atau permit bermastautin - Salinan surat pengesahan pekerjaan - Penyata bank 3 bulan terkini - Penyata gaji 3 bulan terkini - Penjamin warga tempatan (Malaysia)
Jumlah minimum bayaran pendahuluan adalah 10% daripada harga kereta.
Jika anda memerlukan bantuan selepas pembelian kereta atau anda mahu membuat tuntutan waranti, sila hubungi CARSOME di 1800-82-3388. Kami sentiasa bersedia membantu anda!
Umum
Anda boleh menjual kereta anda dengan yakin melalui proses kami yang mudah dan lancar. Apa yang anda boleh jangkakan:
Pemeriksa Profesional - Kereta anda akan diperiksa dengan teliti dan dinilai oleh pemeriksa profesional kami.
Tiada Bebanan Kertas Kerja - Rileks sementara kami selesaikan semua kertas kerja untuk anda.
Harga Tawaran Tinggi - Nikmati harga tinggi yang kompetitf dengan harga pasaran.
Pembayaran Pantas - Terima bayaran dengan selamat tanpa penangguhan.
Semasa menghadiri temujanji pemeriksaan, anda perlu membuat bayaran** terus kepada pemeriksa di lokasi (hanya pembayaran tanpa tunai diterima). Pastikan anda membawa dokumen asal dan item di bawah: a. Kad Pendaftaran Kenderaan (RC)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) b. NRIC (atau pasport bagi bukan warganegara) c. Kunci tambahan (jika ada) d. Approved Permit (AP) (syarikat atau individu untuk pengesahan, jika berkenaan) e. Hire Purchase Settlement (untuk kereta dengan baki pinjaman tertunggak) f. Invois Pembelian (untuk kereta dibeli secara tunai) g. Surat kebenaran pihak ketiga (untuk kereta di bawah nama berbeza)
*Tertakluk pada terma dan syarat. **Pembayaran tertakluk kepada perkhidmatan Pemeriksaan CARSOME.
Pusat pemeriksaan kami dibuka pada: Seluruh negara: Isnin - Ahad (9AM - 6PM)
(Beroperasi pada cuti umum)
Walau bagaimanapun, pusat pemeriksaan terpilih yang disenaraikan di bawah kini tersedia dari masa terpilih: - CARSOME Setiawangsa (10AM - 10PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Kepong (10AM - 10PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Cheras (10AM - 8PM, Isnin - Ahad) - CARSOME PJ Automall (10AM-7PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Johor Jaya (10AM-7PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Skudai/Kempas (10AM-7PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Juru (10AM-7PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Kota Kinabalu (10AM-7PM, Isnin - Ahad) - CARSOME Kuching (10AM-7PM, Isnin - Ahad)
Penukaran hak milik dan urusan transaksi boleh dilakukan setiap: Isnin - Jumaat (9AM - 6PM) Sabtu & Ahad (9AM - 5.30PM) Waktu operasi mungkin berbeza mengikut cawangan. Sila hubungi pegawai pemeriksaan anda ATAU telefon 1800-82-3388 untuk membuat janji temu urusan.
Bahagian perkhidmatan pelanggan kami boleh dihubungi setiap: Isnin - Ahad (8AM - 7PM). Hubungi: 1800-92-3388
Buat masa ini, kami hanya menerima kereta yang didaftarkan di Malaysia (termasuklah Sabah & Sarawak) yang memenuhi kriteria CARSOME. Kami tidak menerima kereta yang didaftarkan di Labuan, Langkawi, dan luar Malaysia.
Kami juga tidak menerima kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan teruk atau banjir, kereta yang pernah diisytiharkan sebagai total loss, kereta dengan perbatuan/nombor casis/enjin yang telah diubah atau kotak gear yang telah ditukar daripada transmisi Automatik kepada transmisi Manual (atau sebaliknya). Sekiranya anda pernah menukar enjin (cc) atau kotak gear kereta anda, kami cuma akan menerimanya sekiranya ia model daripada pengeluar yang sama dengan spesifikasi yang sama. Kami tidak menerima sebarang pengubahsuaian.
Kami menerima kereta khas dengan kriteria berikut:
Kereta milik bukan warganegara Malaysia: Kami memang membeli kereta milik bukan warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, prosesnya berbeza daripada prosedur standard CARSOME.
Pemilik kereta bukan warganegara Malaysia perlu melalui proses berikut:
1. Jelaskan sebarang pinjaman bank yang tertunggak dan sediakan laporan Puspakom B5 (proses pemeriksaan pemindahan hak milik di Puspakom). 2. Hantar kereta kepada CARSOME untuk pemeriksaan bagi memuktamadkan urus niaga (terima tawaran di tempat atau pilih pembidaan dalam talian). 3. Lakukan pemindahan hak milik sendiri dengan pemeriksa CARSOME di pusat JPJ (Jabatan Jalan dan Pengangkutan Malaysia), di mana cap ibu jari pemilik kereta akan direkodkan. 4. Tunggu CARSOME mengeluarkan bayaran.
Kereta yang didaftarkan di bawah ID Polis atau Tentera: Proses untuk menjual kereta yang didaftarkan di bawah ID Polis atau Tentera mengikut prosedur standard kami. Pemilik kereta dengan kenderaan berdaftar di bawah ID Polis atau Tentera dikehendaki mengemas kini ID mereka kepada nombor kad pengenalan 12 digit standard sebelum meneruskan.
Kereta premium Kami menerima kereta premium terpilih:
1) Lexus 2) Toyota: Land Cruiser, FJ Cruiser 3) Infiniti 4) Alfa Romeo 5) Audi 6) BMW 7) Chevrolet Camaro 8) Fiat 9) Jaguar 10) Jeep 11) Land Rover 12) Mercedes Benz 13) Volkswagen 14) Volvo
Kereta berprestasi tinggi: Kami menerima kereta berprestasi tinggi terpilih:
1) Honda: Type-R 2) Mazda: RX7, MX5 3) Nissan: Fairlady, Silvia, Skyline GTR 4) Subaru: Impreza, STI, BRZ 5) Toyota: GR series, 86, Supra 6) Audi: R8, S and RS series 7) BMW: M and Performance series 8) Lotus 9) Mercedes Benz: AMG and Brabus series 10) Mini Cooper: JWC series 11) Porsche 12) Renault: RS series 13) Volkswagen: R series 14) Ford Mustang
Untuk menjual kereta berprestasi tinggi, kami memerlukan perkara berikut:
- waranti yang sah (waranti pengilang atau waranti lanjutan dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan); - insurans; dan - Laporan Puspakom B5 (proses pemeriksaan penukaran hak milik di Puspakom).
Kereta ini hanya boleh dijual secara bidaan di Pusat Pemeriksaan CARSOME di Semenanjung Malaysia (dalam Lembah Klang, dan pusat pemeriksaan terpilih di luar Lembah Klang). Kami tidak menerima kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan teruk atau banjir, kereta yang pernah diisytiharkan sebagai total loss, kereta dengan perbatuan/nombor casis/enjin yang telah diubah.
Jika anda tidak pasti tentang jenama dan model kereta anda, sila e-mel kami di info@carsome.my atau hubungi 1800-82-3388 untuk maklumat lanjut.
Lain-lain Kami membeli van, kereta prestasi dan semua kereta yang dibaik pulih dengan permit (AP) yang diluluskan oleh syarikat atau individu. Jika anda tidak dapat mencari model kereta pada borang tempahan temu janji dalam talian CARSOME, sila e-mel kami di info@CARSOME.my atau hubungi 1800-82-3388 untuk mengatur temu janji pemeriksaan.
Bagi pihak rakan dan keluarga Tidak. Walau bagaimanapun, anda boleh membawa kereta bagi pihak pemilik untuk pemeriksaan di pusat pemeriksaan kami; selepas pemeriksaan, kami memerlukan pemilik kereta untuk hadir untuk pemindahan hak milik kerana cap ibu jari pemilik diperlukan.
Bagi pihak syarikat Ya. Kami memerlukan anda membawa bersama yang berikut:
Satu pengenalan bergambar untuk orang yang menghantar dan menguruskan kereta.
Surat yang ditandatangani oleh pengarah syarikat yang memberikan kebenaran untuk anda menjual bagi pihak syarikat.
Butiran akaun syarikat (cth. penyata bank syarikat).
Satu pengenalan pada alamat perniagaan syarikat.
Kedua-dua set kunci kereta (jika ada).
Sejarah servis kereta yang lengkap (jika ada).
Dokumentasi lanjut mungkin diperlukan bergantung pada keadaan, jadi dinasihatkan untuk menghubungi kami di info@carsome.my jika anda menjual kereta berdaftar syarikat. Pasukan yang berasingan akan mengendalikan kes anda dan sebaliknya pemeriksaan kereta akan dilakukan di premis syarikat anda.
Nota: Yuran dan caj mungkin dikenakan jika anda menjual kenderaan berdaftar syarikat.
Cara Ia Berfungsi
Langkah 1: Buat Janji Temu Ia mengambil masa kurang daripada 2 minit untuk menigisi butiran kereta dan peribadi anda di CARSOME.my atau hubungi kami di 1800-82-3388. Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan butiran anda berserta tarikh dan masa pemeriksaan anda. Sila buat janji temu di sini.
Langkah 2: Hadiri Sesi Pemeriksaan Semasa menghadiri temujanji pemeriksaan, anda perlu membuat bayaran** terus kepada pemeriksa di lokasi (hanya pembayaran tanpa tunai diterima). Pastikan anda membawa dokumen asal dan item di bawah:
a. Kad Pendaftaran Kenderaan (RC)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) b. NRIC (atau pasport bagi bukan warganegara) c. Kunci tambahan (jika ada) d. Approved Permit (AP) (syarikat atau individu untuk pengesahan, jika berkenaan) e. Hire Purchase Settlement (untuk kereta dengan baki pinjaman tertunggak) f. Invois Pembelian (untuk kereta dibeli secara tunai) g. Surat kebenaran pihak ketiga (untuk kereta di bawah nama berbeza)
Langkah 3: Terima Tawaran atau Pilih Pembidaan Dalam Talian Kami akan terus menawarkan harga kepada anda selepas pemeriksaan selesai, yang boleh anda terima dalam 48 jam atau anda boleh memilih untuk menghantar kereta anda untuk pembidaan dalam talian.
A. Jual kepada CARSOME secara terus
Sebaik sahaja anda menerima tawaran kami, anda akan diberi tempoh maksimum 5 hari untuk menyerahkan kereta anda dan dokumen yang diperlukan kepada kami. Jika anda bersetuju untuk menyerahkan kereta anda pada hari pemeriksaan, kami boleh mulakan pemindahan hak milik dan proses pembayaran pada hari yang sama jika anda membawa semua dokumen yang diperlukan.
B. Hantar kereta anda untuk pembidaan dalam talian
Kami akan menjadualkan kereta anda untuk pembidaan pada slot terawal yang tersedia, di mana ia akan dibida oleh 2,300+ pengedar kereta terpakai yang disahkan. Jika kereta anda menerima bidaan, anda perlu membalas sama ada terima atau tolak sebelum jam 3 petang pada hari selepas tarikh bidaan. Jika anda terima, anda akan diberi masa 5 hari untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan dan menyerahkan kereta kepada kami.
Jika kereta anda tidak menerima sebarang bidaan, anda akan dibenarkan meletakkan kereta anda pada platform pembidaan untuk 2 kali lagi atau memilih untuk menerima harga yang ditawarkan oleh CARSOME (jika berkenaan). Harga bida permulaan untuk sesi yang seterusnya (bidaan kedua dan ketiga) akan menjadi lebih rendah daripada harga bida permulaan yang sebelumnya.
Pada masa ini, CARSOME mempunyai 5 sesi pembidaan pada hari Isnin hingga Sabtu (10 pagi-11 pagi, 12 petang-1petang 2 petang-3 petang, 4 petang-5 petang dan 9 malam-10 malam); dan 4 sesi bidaan pada hari Ahad (12 petang-1 petang, 2 petang-3 petang, 4 petang-5 petang dan 9 malam-10 malam).
Langkah 4: Pemindahan Hak Milik, Penyerahan Kenderaan, dan Pembayaran Semua kertas kerja untuk pindah milik akan diuruskan oleh kami pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Baki penyelesaian pinjaman dengan bank dan pembayaran akhir akan dibuat terus ke akaun bank pemilik melalui pemindahan dalam talian.
*Pembayaran tertakluk pada servis HOME Inspection.
Semasa temujanji, anda akan diminta untuk melengkapkan pembayaran bagi servis pemeriksaan (hanya pembayaran tanpa tunai diterima). Pemeriksaan akan mengambil masa kira-kira 1 jam** selepas pembayaran dibuat. Pemeriksa CARSOME akan menjalankan pemeriksaan 175 titik secara menyeluruh pada kereta anda, termasuk ujian jalan yang singkat. Ujian ini membantu kami untuk menentukan nilai yang realistik untuk kereta anda. Gambar juga akan diambil untuk tujuan rekod dan laporan kami.
Setelah selesai pemeriksaan, kami akan terus menawarkan harga kepada anda. Jika anda bersetuju untuk menerima tawaran dan menjual kepada kami, kami akan melengkapkan semua kertas kerja yang diperlukan untuk anda, dan membayar anda melalui pemindahan dalam talian dalam masa singkat. Jika anda memutuskan untuk mencuba pembidaan dalam talian, kami akan menghantar kereta anda untuk sesi pembidaan dalam talian selama 1 jam yang dihadiri oleh rangkaian pengedar kereta terpakai kami yang disahkan. Harga bida permulaan akan ditentukan oleh kami dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti keadaan kereta, umur kereta, dan milej kereta sebelum sesi bidaan dimulakan.
*Pembayaran tertakluk pada servis HOME Inspection. **Tertakluk pada Terma dan Syarat serta penerimaan semua dokumen dan pembayaran yang diperlukan.
Anda akan menerima e-mel atau SMS untuk melihat sesi pembidaan langsung untuk kereta anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Klik pada pautan yang dihantar kepada anda dan masukkan e-mel anda sebagai nama pengguna.
2. Teruskan untuk masukkan kata laluan anda sendiri (Ia memerlukan sekurang-kurangnya 8 aksara, dengan sekurang-kurangnya 1 huruf besar, 1 angka dan 1 simbol).
3. Log masuk untuk melihat pembidaan.
Jika kereta anda tidak menerima sebarang bidaan pada sesi pertama, ia akan dijadualkan secara automatik untuk sesi bidaan seterusnya yang tersedia, biasanya pada hari yang sama atau hari berikutnya. Harga bida permulaan untuk setiap sesi bidaan seterusnya akan menjadi lebih rendah berbanding harga bida permulaan sebelumnya.
*Harga tawaran baharu boleh diberikan atas permintaan pelanggan sekiranya tiada bida selepas percubaan pertama atau kedua. Harga tawaran baharu akan berbeza daripada harga tawaran asal sebelum pembidaan.
Anda perlu menyerahkan kereta anda kepada kami dalam masa 5 hari dari hari anda menerima tawaran kami atau harga bidaan.
CARSOME akan menghubungi anda untuk mengatur perkara-perkara berikut:
Mengambil cap ibu jari
Menyediakan invois pembelian (untuk kereta yang dibeli secara tunai)
Semua kertas kerja untuk pemindahan hak milik akan diuruskan oleh CARSOME pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Baki penyelesaian pinjaman dengan bank dan pembayaran akhir akan dibuat terus ke akaun bank pemilik kereta melalui pemindahan dalam talian.
Kami memerlukan dokumen-dokumen berikut untuk pemindahan hak milik:
Kad Pengenalan (atau pasport bagi bukan warganegara Malaysia)
Kad Pendaftaran kenderaan asal (RC) / Sijil Pemilikan Kenderaan Asal (VOC)
Kunci ganti (jika ada)
Penyata pinjaman sewa beli tertunggak (jika ada)
Jika kami tidak menerima RC/VOC kenderaan anda, kami akan menahan RM2,000 daripada harga jualan sebagai cagaran. Anda mesti menyerahkan RC/VOC dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemindahan pemilikan atau kami akan menolak RM2,000 tersebut daripada pembayaran anda.
1. Maklumkan kepada syarikat e-hailing bahawa anda ingin menjual kereta tersebut. Syarikat e-hailing akan memaklumkan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat), yang akan membatalkan Permit Kenderaan E-Hailing.
2. Pergi ke Puspakom untuk menjalankan Pemeriksaan B2 dan B5 dan selesaikan pemindahan hak milik & 'Tukar Kelas'.
3. Buat pengesahan cap ibu jari secara manual di pusat JPJ berhampiran.
4. Selepas langkah 1-3 selesai, buat temujanji di CARSOME.my atau hubungi talian hotline kami di 1800-82-3388.
Nota: anda akan bertanggungjawab untuk sebarang bayaran/caj di bawah langkah 1-3.
Jika cukai jalan anda telah tamat tempoh lebih daripada 1 tahun, anda perlu memperbaharuinya, atau kami tidak dapat meneruskan pemeriksaan. Selain itu, atas sebab undang-undang, anda tidak sepatutnya memandu di jalan raya jika kenderaan anda tidak mempunyai cukai jalan yang sah.
Sekiranya anda menghadiri proses pemeriksaan tanpa geran kereta, anda mesti menghantar salinan fotokopi kepada inspektor yang bertanggungjawab selepas pemeriksaan untuk meneruskan bidaan/transaksi.
CARSOME mungkin menawarkan kenderaan anda kepada pembida kedua tertinggi jika pembida tertinggi menolak bidaan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka. Bagi kereta dengan harga bidaan akhir RM150,000 dan lebih tinggi, transaksi hanya akan dianggap berjaya apabila menerima deposit 30% yang dibayar oleh pembida yang berjaya. Sekiranya pembida gagal memenuhi keperluan pembayaran, CARSOME mempunyai hak terakhir ke atas pembelian kenderaan tersebut.
Anda dibenarkan menyerahkan kenderaan dan geran kereta anda di mana-mana lokasi CARSOME di Malaysia dan melakukan pemindahan hak milik* di lokasi CARSOME yang berbeza. Pastikan pemeriksa anda mengetahui keadaan dan lokasi pemindahan. Sila ambil perhatian bahawa CARSOME akan menahan RM2,000 daripada pembayaran jika geran kereta dan kereta tidak diserahkan sebelum pemindahan hak milik.
*Pemindahan hak milik hendaklah dilakukan oleh pemilik kereta.
Setelah pembiayaan sewa beli anda telah dijelaskan sepenuhnya, hubungi bank anda untuk meminta E-Batal.
Harga dan Biaya
Yuran Pentadbiran Penjual Apabila anda menerima tawaran daripada CARSOME, yuran pentadbiran yang kecil akan dikenakan bergantung pada anggaran nilai kereta anda. Kereta yang beranggaran bawah RM10,000 akan dikenakan yuran transaksi sebanyak RM300. Kereta yang beranggaran RM10,000 hingga RM49,999 akan dikenakan yuran transaksi sebanyak RM500. Kereta yang beranggaran RM50,000 ke atas akan dikenakan yuran transaksi sebanyak RM700.
Yuran yang dinyatakan di atas tertakluk kepada 8% SST, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024.
Kereta atas nama syarikat Yuran dan caj akan dikenakan. Hubungi kami di support@CARSOME.com jika anda ingin menjual kereta yang didaftarkan di atas nama syarikat.
Apabila anda menghantar kenderaan anda untuk dibida Tiada bayaran akan dikenakan untuk menyenaraikan kenderaan anda di platform pembidaan kami.
Yuran pengendalian antara RM450 hingga RM2,000, berdasarkan julat harga kereta yang berbeza, akan dikenakan selepas transaksi berjaya. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Untuk kenderaan komersial (lori dan van), yuran pengendalian sebanyak 5% berdasarkan harga bidaan yang berjaya akan dikenakan. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Yuran yang dinyatakan di atas tertakluk kepada 8% SST, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024.
Jika anda menolak tawaran bidaan Semua yuran penolakan tidak perlu dibayar sehingga diberitahu kelak.
Pengalaman kami dalam membeli kereta terpakai serta pengetahuan pasaran kami yang komprehensif dan koleksi data yang meluas membolehkan kami membina alat proprietari untuk menilai harga kereta secara realistik.
Penilaian secara terus oleh pemeriksa profesional kami membolehkan kami memberikan anda tawaran harga yang terbaik. Kami akan membeli mana-mana kereta yang kami nilaikan; jika anda memilih untuk menerima tawaran kami, anda boleh terus menjual kereta anda kepada kami dan keseluruhan proses akan diuruskan oleh kami. Jika anda memilih untuk menghantar kereta anda untuk dibida, kami akan menetapkan harga (yang dimaklumkan dan dipersetujui oleh anda sebelum membida) dan menjadualkan kereta anda untuk bidaan.
Terdapat dua cara untuk melakukannya:
Jika jumlah tertunggak lebih tinggi daripada harga yang kami tawarkan Kami masih akan menawarkan untuk membeli kereta anda. Anda boleh membayar kekurangan secara tunai atau cek kepada bank.
Jika kewangan tertunggak adalah lebih rendah daripada harga yang kami tawarkan Kami akan menyelesaikan jumlah tersebut dengan bank dan membayar baki kepada anda melalui pindahan dalam talian.
Yuran pemeriksaan sebanyak RM25* (tidak termasuk SST) bagi setiap kereta akan dikenakan untuk semua pemeriksaan yang dijalankan di cawangan kami. Proses pemeriksaan kami mengambil masa kira-kira 30-45 minit, dan yuran ini membantu kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi untuk semua pelanggan.
Bagi perkhidmatan pemeriksaan di rumah, yuran sebanyak RM50* (tidak termasuk SST) akan dikenakan bagi setiap pemeriksaan yang dijalankan di lokasi pilihan anda (outbound).
*Diskaun promosi akan ditawarkan dari semasa ke semasa.
Untuk Ekspatriat atau Bukan Warganegara Malaysia
Berikut adalah cara untuk menjual kereta anda kepada CARSOME sebagai ekspatriat di Malaysia:
Langkah 1: Layari carsome.my/sell-car untuk semak anggaran nilai kereta anda dan tempah pemeriksaan di mana-mana CARSOME Inspection Center. Langkah 2: Bawa pasport anda, kad pendaftaran kenderaan asal, dan kunci kereta (termasuk kunci tambahan, jika ada) semasa menghadiri pemeriksaan**. Langkah 3: Selepas pemeriksaan, kami akan memberikan anda tawaran harga sama ada melalui pembelian terus atau pembidaan. Langkah 4: Jika anda menerima tawaran kami, anda perlu menghantar kereta anda untuk pemeriksaan B2/B5 di PUSPAKOM (yang mana berkenaan). Langkah 5: Sebaik sahaja anda mendapatkan laporan B2/B5, pasukan kami akan mengatur untuk bertemu anda di JPJ untuk pemindahan hak milik manual. Sila bawa kereta anda dan dokumen berikut: - Pasport anda - Kad pendaftaran kereta/ geran kereta yang asal - Kunci kereta anda (termasuk kunci tambahan, jika ada) - Laporan PUSPAKOM B2/B5, yang mana berkenaan - Cukai jalan / cukai jalan digital - Buku servis & buku waranti jika ada - Borang yang berkaitan untuk kereta import (Borang JK69/Borang 8/Borang K1) jika berkenaan Langkah 6: Apabila pemindahan selesai, serahkan kereta anda dan kami akan membuat pembayaran ke akaun bank anda.
*Laporan B2/B5 hanya diperlukan jika anda menerima tawaran harga daripada CARSOME selepas pemeriksaan. **Tertakluk kepada Terma dan Syarat serta penerimaan semua dokumen dan pembayaran yang diperlukan.
Anda perlu bawa kereta anda dengan dokumen berikut:
- Pasport - Kad pendaftaran kereta yang asal (geran kereta) - Kunci kereta (termasuk kunci tambahan, jika ada) - Buku servis dan buku waranti jika ada - Borang yang berkaitan untuk kereta import (Borang JK69/ Borang 8/ Borang K1) jika berkenaan
Anda perlu berada di JPJ bersama kereta dan dokumen berikut:
- Pasport anda - Kad pendaftaran kereta/ geran kereta yang asal - Kunci kereta anda (termasuklah kunci tambahan) - Laporan pemeriksaan B2/B5 PUSPAKOM (yang mana berkenaan) - Cukai jalan / cukai jalan digital - Buku servis dan buku waranti kereta - Borang yang berkenaan untuk kereta import (Borang JK69/ Borang 8/ Borang K1)
Sekiranya kereta masih ada baki pinjaman, pastikan pinjaman diselesaikan sepenuhnya sebelum proses jualan diteruskan.
Umum
CARSOME trade in membolehkan anda untuk menjual kereta anda dan membeli kereta baharu daripada kami. Harga jualan kereta anda akan ditolak daripada harga kereta baharu anda, yang akan menjadikan pembelian anda lebih murah.
Selain itu, nikmati diskaun sehingga RM1,500 untuk pembelian kereta apabila anda trade in dengan kami.
Setelah anda berjaya menjual kereta anda, rebat trade in akan terus dikreditkan ke akaun CARSOME anda. Daftar akaun secara dalam talian atau hubungi konsultan kami jika anda perlukan bantuan. Rebat trade in akan diberikan ke atas kereta yang anda akan beli.
Rebat trade in sah selama 2 bulan (60 hari) dari tarikh anda trade in kereta anda kepada kami.
Anda layak menerima:
DISKAUN RM1,000 (RM500 baucar diskaun + RM500 kredit servis) apabila anda membeli kereta berharga bawah RM50,000.
DISKAUN RM1,500 (RM1,000 baucar diskaun + RM500 kredit servis) apbila anda membeli kereta berharga lebih RM50,000.
Rebat tersebut akan diberikan secara automatik ke atas harga kereta yang anda mahu beli.
Kami hanya menerima kereta yang didaftarkan di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), tetapi tidak termasuk kereta yang telah didaftarkan di Labuan dan Langkawi.
Kami tidak menerima kereta yang didaftarkan di luar Malaysia. Untuk kereta berprestasi tinggi atau kereta dengan enjin melebihi 3000cc, sila hubungi konsultan kami dan mereka akan membantu anda.
Ya, rebat trade in boleh digunakan bersama promosi dan baucar CARSOME. Sila hubungi Konsultan CARSOME kami dan mereka akan membantu anda.
Ya, anda boleh pindahkan rebat trade in kepada ahli keluarga terdekat (adik beradik, pasangan, ibu bapa atau anak). Sila hubungi Konsultan CARSOME kami dan mereka akan membantu anda dengan proses tersebut.
Ya, boleh. Rebat tersebut akan dikreditkan semula secara automatik kepada anda dan boleh digunakan untuk pembelian anda yang seterusnya.
Rebat trade in adalah sah untuk 2 bulan (60 hari) dari tarikh anda menjual kereta anda kepada kami.
Umum
Kami akan membantu anda dari awal hingga akhir, termasuklah permohonan dan menguruskan kertas kerja untuk memastikan anda boleh mendapat kadar pinjaman yang terbaik untuk kereta idaman anda.
Sila lihat syarat-syarat kelayakan pinjaman di atas. Penyedia pembiayaan kewangan juga akan mengambil kira kelayakan kredit anda dengan menilai tahap pendapatan anda dan dokumen yang dihantar, antara keperluan lain.
Pinjaman kereta pralulus ialah apabila pinjaman pembiayaan kenderaan anda diluluskan sebelum anda memilih kereta yang anda ingin beli. Dengan Pinjaman Kereta Pralulus CARSOME, anda boleh menetapkan kadar faedah yang menarik berserta jumlah pinjaman sebelum anda mula membeli kereta CARSOME Certified.
Untuk memohon Pinjaman Kereta Pralulus CARSOME, anda cuma perlu menghantar salinan Kad Pengenalan (IC) dan butiran pendapatan bulanan melalui WhatsApp untuk mendapatkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME. Selepas itu, anda boleh memilih kereta CARSOME Certified di laman web kami, aturkan pandu uji, dan kemudian anda hanya perlu menunjukkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME apabila anda mahu membeli kereta. Kami akan terus memproses pembelian anda dan anda boleh mengambil kereta anda dalam masa 1 hari, tertakluk pada terma dan syarat.
Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh dapatkan untuk kereta biasanya 90% daripada nilainya. Ini bermakna anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk kereta tersebut. Kereta terpakai biasanya memerlukan bayaran pendahuluan sebanyak 20%, dengan jumlah pinjaman kereta sebanyak 80%.Sila rujuk Konsultan CARSOME kami untuk mendapatkan tawaran terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda.
Dalam perjanjian pinjaman kereta di Malaysia, kereta itu berfungsi sebagai cagaran. Jika bank menganggap kereta itu mempunyai nilai yang lebih rendah daripada pinjaman, peluang untuk pinjaman diluluskan mungkin berkurangan kerana nilai kereta itu mungkin tidak mencukupi untuk membayar balik pinjaman. Ini penting kerana jika anda tidak mampu membayar ansuran bulanan dan gagal menyelesaikan pinjaman, kereta tersebut akan ditarik oleh pihak bank.
Bayaran bulanan untuk pinjaman kereta anda bergantung kepada jumlah pinjaman kereta, kadar faedah pinjaman kereta, dan tempoh pinjaman kereta.
Ya. Anda boleh menghubungi pihak bank/penyedia pinjaman untuk bertanya tentang baki pinjaman kereta anda. Anda juga boleh menggunakan platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh penyedia pinjaman anda untuk menyemak baki pinjaman. Penyata pinjaman kereta yang mengandungi butiran mengenai pinjaman biasanya boleh dimuat turun.
CARSOME bekerjasama dengan pelbagai institusi pembiayaan yang mempunyai kadar faedah pinjaman kereta yang berbeza-beza. Untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang baik, CARSOME boleh membantu anda memilih pembiaya atau bank yang sesuai dengan keperluan anda. Anda juga boleh memohon pinjaman kereta daripada CARSOME Capital yang menawarkan kadar faedah yang menarik, margin pembiayaan yang tinggi dan proses permohonan yang mudah.
Mulai 1 Jun 2026, peraturan pembiayaan kereta di Malaysia berubah bagi menjadikan pengiraan caj pembiayaan lebih jelas dan adil. Jadi, apa maksud perubahan ini untuk anda?
1. Apakah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA)?
HPAA ialah pindaan kepada undang-undang sewa beli yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Ia menggantikan kaedah “kadar rata” dan Rule of 78 dengan kaedah baki berkurangan, di mana faedah dikira berdasarkan baki pembiayaan yang masih belum dijelaskan.
2. Adakah perubahan ini menjejaskan pinjaman kereta sedia ada?
Tidak. Pinjaman sedia ada akan terus tertakluk kepada terma asal, termasuk kadar, ansuran bulanan dan tempoh pembiayaan yang telah dipersetujui.
Namun, jika anda ingin membuat penyelesaian awal, bank kini menawarkan diskaun ihsan bagi penyelesaian awal untuk pinjaman lama yang layak. Ini membantu menjadikan jumlah penyelesaian lebih hampir dengan jumlah yang akan dikira menggunakan kaedah baharu. Hubungi bank anda untuk mendapatkan jumlah penyelesaian rasmi.
3. Apakah yang berubah untuk pinjaman kereta baharu?
Faedah dikira berdasarkan baki tertunggak, jadi caj faedah berkurangan apabila baki pembiayaan dibayar.
Kadar dinyatakan sebagai EIR atau EFR/kadar keuntungan efektif bagi pembiayaan Islam, untuk memudahkan perbandingan.
Dokumen boleh ditandatangani secara digital, tanpa perlu hadir ke bank.
Kadar tetap dan kadar berubah masih tersedia.
4. Apakah EIR?
Kadar Faedah Efektif (EIR) menunjukkan kos sebenar pembiayaan berdasarkan baki tertunggak sepanjang tempoh pembiayaan. EIR memudahkan perbandingan antara tawaran pembiayaan. Semakin rendah EIR, semakin rendah kos faedah yang perlu dibayar.
5. Mengapa kadar baharu kelihatan lebih tinggi berbanding sebelum ini?
Kadar tersebut tidak semestinya bermaksud pembiayaan menjadi lebih mahal. Perbezaannya ialah cara kadar tersebut dinyatakan dan dikira.
Sebagai contoh, kadar rata 3% dan EIR sekitar 5.5% boleh merujuk kepada kos pembiayaan yang sama. Kadar rata kelihatan lebih rendah kerana ia dikira berdasarkan jumlah pembiayaan asal, walaupun baki pembiayaan sebenarnya berkurangan apabila anda membuat bayaran bulanan.
Jangan bandingkan kadar rata dengan EIR secara langsung. Jika anda ingin membuat perbandingan, tukarkan kadar rata kepada EIR menggunakan kalkulator EIR, kemudian bandingkan EIR dengan EIR.
6. Apakah tempoh peralihan ini?
Bank dan syarikat kredit mempunyai tempoh sehingga 31 Mac 2027 untuk melaksanakan perubahan sistem sepenuhnya.
Dalam tempoh peralihan ini, sesetengah penyedia pembiayaan mungkin masih menawarkan pakej yang menggunakan kaedah lama. Sebelum menandatangani perjanjian, pastikan anda bertanya sama ada pakej tersebut menggunakan kaedah baki berkurangan dan apakah EIR yang ditawarkan.
7. Kadar tetap vs kadar berubah. Apakah perbezaannya?
Kadar Tetap
Kadar Berubah
Kadar kekal sama sepanjang tempoh pembiayaan.
Kadar boleh berubah mengikut Kadar Rujukan.
Ansuran bulanan kekal sama.
Ansuran bulanan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Sesuai jika anda mahukan kepastian jumlah bayaran.
Sesuai jika anda selesa dengan perubahan kadar dan ansuran.
Di bawah peraturan baharu, kedua-dua jenis kadar menggunakan kaedah baki berkurangan. Perbezaannya adalah sama ada kadar pembiayaan tersebut kekal atau boleh berubah sepanjang tempoh pembiayaan.
8. Apakah Overnight Policy Rate (OPR), Standardised Base Rate (SBR) dan Kadar Rujukan?
OPR (Overnight Policy Rate) ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan menjadi antara faktor yang mempengaruhi kos pembiayaan. SBR (Standardised Base Rate) pula ialah kadar penanda aras yang berkait dengan OPR bagi pembiayaan runcit kadar berubah.
Di bawah HPAA 2026, pembiayaan sewa beli kadar berubah akan menggunakan Kadar Rujukan yang berasaskan OPR, bersama margin tetap untuk menentukan kadar pembiayaan.
Kadar Rujukan + margin = kadar pembiayaan
Apabila Kadar Rujukan berubah, kadar pembiayaan dan ansuran bulanan juga boleh berubah.
9. Apakah yang berlaku jika saya menyelesaikan pinjaman lebih awal?
Di bawah kaedah baki berkurangan, jumlah penyelesaian awal akan mengambil kira baki pembiayaan yang masih belum dijelaskan. Ini bermakna faedah masa hadapan tidak lagi dikira seolah-olah jumlah pembiayaan asal masih tertunggak sepenuhnya. Bagi pinjaman lama, anda boleh mendapatkan jumlah penyelesaian rasmi daripada bank. Diskaun ihsan mungkin diberikan, tertakluk kepada kelayakan dan terma bank.
Untuk perbandingan yang tepat, gunakan harga kereta, bayaran pendahuluan dan tempoh pembiayaan yang sama:
EIR atau EFR / kadar keuntungan efektif bagi pembiayaan Islam.
Sama ada kadar tersebut tetap atau berubah. Jika kadar berubah, semak kadar rujukan yang digunakan.
Jumlah ansuran bulanan dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Terma penyelesaian awal.
Yuran, insurans atau takaful serta kos-kos lain.
Bagi pembiayaan kadar berubah, minta penyedia pembiayaan memberikan contoh jumlah ansuran sekiranya Kadar Rujukan meningkat sebanyak 1% hingga 2%.
11. Adakah semua bank dan syarikat kredit perlu mematuhi HPAA?
Ya. HPAA terpakai kepada semua perjanjian sewa beli, sama ada pembiayaan ditawarkan oleh bank atau syarikat kredit bukan bank.
Tempoh peralihan hanya memberikan masa kepada penyedia pembiayaan untuk mengemas kini sistem mereka. Ia bukan pilihan untuk tidak mematuhi HPAA.
Jika sesuatu produk bukan merupakan perjanjian sewa beli, peraturan yang berbeza mungkin terpakai. Oleh itu, semak dengan penyedia pembiayaan tentang jenis pembiayaan yang ditawarkan kepada anda.
12. Adakah kadar yang dipaparkan di CARSOME merupakan kadar muktamad?
Kadar dan ansuran yang dipaparkan adalah indikatif. Kadar muktamad bergantung pada penyedia pembiayaan, penilaian kredit, kenderaan dan tempoh pembiayaan.
Rujuk tawaran pembiayaan yang diluluskan, Helaian Pendedahan Produk (Product Disclosure Sheet) dan perjanjian pembiayaan untuk kadar, kaedah pengiraan dan terma yang terpakai.
Umum
Dari 1 Julai hingga 31 Disember 2026, anda boleh menikmati Diskaun 10% untuk insurans kereta anda tanpa perbelanjaan minimum dengan menggunakan kod CARSOME10 semasa pembayaran. Sila merujuk Terma & Syarat untuk menyemak kelayakan anda.
Dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2026, nikmati pembaharuan cukai jalan secara PERCUMA apabila anda memperbaharui insurans kereta anda dengan CARSOME Insurance! Klik pada Terma & Syarat untuk semak kelayakan anda.
Insurans kereta CARSOME Capital adalah pasaran kewangan dengan kerjasama PolicyStreet yang menyediakan pengguna dengan quotation segera untuk pembaharuan dan pembelian insurans kereta, serta pembaharuan cukai jalan.
Kami ingin memberi anda perkhidmatan yang lancar dan mudah. Kerjasama khas dengan PolicyStreet ini membolehkan anda memperbaharui insurans anda, memilih penyedia insurans baru, serta memperbaharui cukai jalan anda dengan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah, dan hanya dengan beberapa klik.
Anda boleh mendapatkan quotation dengan segera, memilih syarikat insurans, dan memperbaharui cukai jalan tambahan serta membuat pembayaran semuanya di laman web kami. Anda perlu memberikan butiran berikut:
Nombor Pendaftaran Kenderaan
Poskod Kediaman
Nombor Kad Pengenalan (IC)
Nombor Telefon
Emel
Status Perkahwinan
Rakyat Malaysia yang mempunyai kereta yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) layak untuk perkhidmatan kami. Bagi pemilik kenderaan bukan warganegara, sila hubungi ejen CARSOME melalui WhatsApp di +60196260035 atau +60127745993 untuk bantuan lanjut.
Perkhidmatan kami disediakan untuk semua kereta, termasuk kereta yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing. Namun, untuk insurans dan pembaharuan motosikal, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +60196260035 atau +60127745993
Chubb Insurance Malaysia Berhad
Generali Insurance Malaysia Berhad
Zurich General Insurance Malaysia Berhad
Zurich Takaful Malaysia Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
Pilihan 1: Bayaran penuh melalui perbankan dalam talian (FPX), E-Wallet, kad kredit dan kad debit.
Pilihan 2: Pelan Ansuran (EPP) untuk premium RM500 ke atas, dengan pilihan tempoh 6 bulan & 12 bulan.
Pilihan 3: Buy Now, Pay Later (BNPL) dengan pilihan tempoh 3 bulan, 6 bulan & 9 bulan.
Anda boleh melihat butiran transaksi pembayaran dengan menyemak emel pengesahan yang dihantar ke alamat emel berdaftar anda selepas pembayaran berjaya.
e-Resit PolicyStreet akan dikeluarkan selepas transaksi berjaya. E-Polisi/e-Cover Note akan dihantar melalui emel dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Walau bagaimanapun, masa yang tepat mungkin berbeza, bergantung kepada penanggung insurans dan lokasi.
Boleh. Anda boleh memperbaharui cukai jalan dengan mudah melalui CARSOME dengan memilih pembaharuan cukai jalan di bahagian pelindungan tambahan semasa membeli insurans kereta anda.
Tidak. Cukai jalan hanya boleh diperbaharui selepas insurans kereta anda berjaya diperbaharui dan aktif.
Jika anda memilih cukai jalan digital, ia akan diaktifkan serta-merta selepas pembaharuan berjaya dan boleh dilihat melalui aplikasi MyJPJ anda.
Jika anda memilih cukai jalan fizikal, ia akan dihantar ke alamat rumah anda dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja. Walau bagaimanapun, penghantaran mungkin mengambil masa lebih lama sekiranya kad cukai jalan fizikal kehabisan stok.
Jika anda adalah pelanggan sedia ada CARSOME Insurance, jangan risau — kami akan menghantar peringatan melalui WhatsApp secara automatik 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh insurans anda, bersama dengan promosi insurans kereta terkini kami.
Jika anda pelanggan baharu, anda boleh menghantar maklumat kenderaan anda melalui WhatsApp ke +60196260035 atau +60127745993. Kami akan bantu menjejak tarikh tamat tempoh dan menghantar peringatan tepat pada masanya supaya anda tidak terlepas pembaharuan
Langkah 1: Hubungi talian hotline penyedia insurans kereta anda dengan segera untuk mendapatkan panduan dan langkah seterusnya. Ini penting bagi memastikan anda mengikuti prosedur yang betul berdasarkan polisi anda.
Langkah 2: Kumpulkan semua butiran dan maklumat penting berkaitan insiden tersebut seperti gambar kerosakan atau kemalangan, gambar yang menunjukkan kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan lain yang terlibat, masa dan lokasi kejadian, dan lain-lain.
Langkah 3: Buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kejadian. Ini adalah wajib untuk kebanyakan tuntutan.
Langkah 4: Hantar tuntutan insurans anda dalam masa 7 hari selepas kejadian. Kelewatan boleh menjejaskan kelulusan tuntutan.
Langkah 5: Hantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans (jika diperlukan). Bengkel akan membantu menghantar dokumen tuntutan kepada syarikat insurans dan melakukan pembaikan setelah diluluskan.
Nota: Proses tuntutan mungkin berbeza bergantung kepada syarikat insurans anda. Sila rujuk garis panduan penyedia insurans anda untuk arahan yang lebih tepat.