Dapatkan prakelulusan pinjaman kereta anda hari ini
Pembiayaan Untuk Kereta Idaman Anda
Kami ingin memudahkan anda memiliki kereta yang anda mahukan. Kami akan membantu anda mendapatkan pinjaman daripada penyerahan kertas kerja sehingga anda mendapat kelulusan pinjaman pantas.
Reset
Harga Kereta (RM)
Bayaran Pendahuluan
Kadar Faedah (%)
Tempoh Pinjaman
Tahun
Anggaran Bayaran Bulanan Anda:
RM
1,762.50
Cari Kereta dalam Bajet
Penafian: Semua kadar faedah dan jumlah yang dikira adalah anggaran sahaja. Jumlah sebenar mungkin berbeza berdasarkan profil kredit individu anda.
Dapatkan Prakelulusan untuk Pinjaman Kereta Anda
Bimbang jika permohonan pinjaman anda tidak diluluskan? Dapatkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME dan anda boleh terus membeli kereta CARSOME Certified idaman anda tanpa perlu menunggu.
Tetapkan Bajet Anda Dahulu
Ketahui nilai pinjaman maksimum anda dan pilih kereta yang berada dalam bajet anda.
Kawal Kewangan Anda
Ketahui kesihatan kredit anda dan rancang kewangan anda dengan baik.
Permohonan Percuma & Pantas
Dapatkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME hanya dengan menggunakan Kad Pengenalan (IC) dan butiran pendapatan bulanan anda. Ianya percuma.
Ambil Kereta Dengan Mudah
Dapatkan kereta CARSOME Certified yang anda mahukan dengan menunjukkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME dan ambil kereta anda dalam masa 1 hari bekerja*.
*Tertakluk Pada Terma & Syarat
Dikuasakan oleh
Dapatkan Pinjaman Kereta Dalam 3 Langkah Mudah
Pinjaman Kereta Pralulus
Prakelulusan
Pinjaman Kereta Secara Konvensional
Konvensional
Senarai Semak Dokumen Pinjaman Kereta
Pekerja Sektor Swasta & Kerajaan*
Berumur 21+
Kad pengenalan sah (warganegara Malaysia)
Lesen memandu sah
Penyata bank 3 bulan terkini
Slip gaji 3 bulan terkini
Penyata EA / BE / KWSP terkini (pilihan)
Pekerja Berasaskan Komisen*
Berumur 21+
Kad pengenalan sah (warganegara Malaysia)
Lesen memandu sah
Penyata bank 6 bulan terkini
Slip gaji 6 bulan terkini
Penyata EA / BE / KWSP terkini (pilihan)
Individu Bekerja Sendiri*
Berumur 21+
Kad pengenalan sah (warganegara Malaysia)
Lesen memandu sah
Penyata bank syarikat atau peribadi 6 bulan terkini
Salinan pendaftaran syarikat (SSM)
Borang EA / BE terkini
Graduan dan Profesional Muda
Berumur 18+
Kad pengenalan sah (warganegara Malaysia)
Lesen memandu sah
Slip gaji 3 bulan terkini atau 1 bulan untuk kerja baru
Salinan surat tawaran (bagi pemohon yang bekerja kurang 3 bulan)
Penyata KWSP terkini (pilihan)
Ibu bapa sebagai penjamin
Ekspatriat atau Bukan Warganegara Malaysia
Berumur 21+
Pasport sah
Lesen memandu sah
Permit kerja atau permit residen
Salinan surat tawaran pekerjaan
Penyata bank 3 bulan terkini
Slip gaji 3 bulan terkini
Penjamin tempatan (warganegara Malaysia)
*Nota: Bagi individu ini, penjamin mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu.
Rakan Kongsi Pembiayaan Pinjaman
Soalan Lazim
Kami akan membantu anda dari awal hingga akhir, termasuklah permohonan dan menguruskan kertas kerja untuk memastikan anda boleh mendapat kadar pinjaman yang terbaik untuk kereta idaman anda.
Sila lihat syarat-syarat kelayakan pinjaman di atas. Penyedia pembiayaan kewangan juga akan mengambil kira kelayakan kredit anda dengan menilai tahap pendapatan anda dan dokumen yang dihantar, antara keperluan lain.
Pinjaman kereta pralulus ialah apabila pinjaman pembiayaan kenderaan anda diluluskan sebelum anda memilih kereta yang anda ingin beli. Dengan Pinjaman Kereta Pralulus CARSOME, anda boleh menetapkan kadar faedah yang menarik berserta jumlah pinjaman sebelum anda mula membeli kereta CARSOME Certified.
Untuk memohon Pinjaman Kereta Pralulus CARSOME, anda cuma perlu menghantar salinan Kad Pengenalan (IC) dan butiran pendapatan bulanan melalui WhatsApp untuk mendapatkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME. Selepas itu, anda boleh memilih kereta CARSOME Certified di laman web kami, aturkan pandu uji, dan kemudian anda hanya perlu menunjukkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME apabila anda mahu membeli kereta. Kami akan terus memproses pembelian anda dan anda boleh mengambil kereta anda dalam masa 1 hari, tertakluk pada terma dan syarat.
Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh dapatkan untuk kereta biasanya 90% daripada nilainya. Ini bermakna anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk kereta tersebut. Kereta terpakai biasanya memerlukan bayaran pendahuluan sebanyak 20%, dengan jumlah pinjaman kereta sebanyak 80%.Sila rujuk Konsultan CARSOME kami untuk mendapatkan tawaran terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda.
Dalam perjanjian pinjaman kereta di Malaysia, kereta itu berfungsi sebagai cagaran. Jika bank menganggap kereta itu mempunyai nilai yang lebih rendah daripada pinjaman, peluang untuk pinjaman diluluskan mungkin berkurangan kerana nilai kereta itu mungkin tidak mencukupi untuk membayar balik pinjaman. Ini penting kerana jika anda tidak mampu membayar ansuran bulanan dan gagal menyelesaikan pinjaman, kereta tersebut akan ditarik oleh pihak bank.
Bayaran bulanan untuk pinjaman kereta anda bergantung kepada jumlah pinjaman kereta, kadar faedah pinjaman kereta, dan tempoh pinjaman kereta.
Ya. Anda boleh menghubungi pihak bank/penyedia pinjaman untuk bertanya tentang baki pinjaman kereta anda. Anda juga boleh menggunakan platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh penyedia pinjaman anda untuk menyemak baki pinjaman. Penyata pinjaman kereta yang mengandungi butiran mengenai pinjaman biasanya boleh dimuat turun.
CARSOME bekerjasama dengan pelbagai institusi pembiayaan yang mempunyai kadar faedah pinjaman kereta yang berbeza-beza. Untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang baik, CARSOME boleh membantu anda memilih pembiaya atau bank yang sesuai dengan keperluan anda. Anda juga boleh memohon pinjaman kereta daripada CARSOME Capital yang menawarkan kadar faedah yang menarik, margin pembiayaan yang tinggi dan proses permohonan yang mudah.
Mulai 1 Jun 2026, peraturan pembiayaan kereta di Malaysia berubah bagi menjadikan pengiraan caj pembiayaan lebih jelas dan adil. Jadi, apa maksud perubahan ini untuk anda?
1. Apakah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA)?
HPAA ialah pindaan kepada undang-undang sewa beli yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Ia menggantikan kaedah “kadar rata” dan Rule of 78 dengan kaedah baki berkurangan, di mana faedah dikira berdasarkan baki pembiayaan yang masih belum dijelaskan.
2. Adakah perubahan ini menjejaskan pinjaman kereta sedia ada?
Tidak. Pinjaman sedia ada akan terus tertakluk kepada terma asal, termasuk kadar, ansuran bulanan dan tempoh pembiayaan yang telah dipersetujui.
Namun, jika anda ingin membuat penyelesaian awal, bank kini menawarkan diskaun ihsan bagi penyelesaian awal untuk pinjaman lama yang layak. Ini membantu menjadikan jumlah penyelesaian lebih hampir dengan jumlah yang akan dikira menggunakan kaedah baharu. Hubungi bank anda untuk mendapatkan jumlah penyelesaian rasmi.
3. Apakah yang berubah untuk pinjaman kereta baharu?
Faedah dikira berdasarkan baki tertunggak, jadi caj faedah berkurangan apabila baki pembiayaan dibayar.
Kadar dinyatakan sebagai EIR atau EFR/kadar keuntungan efektif bagi pembiayaan Islam, untuk memudahkan perbandingan.
Dokumen boleh ditandatangani secara digital, tanpa perlu hadir ke bank.
Kadar tetap dan kadar berubah masih tersedia.
4. Apakah EIR?
Kadar Faedah Efektif (EIR) menunjukkan kos sebenar pembiayaan berdasarkan baki tertunggak sepanjang tempoh pembiayaan. EIR memudahkan perbandingan antara tawaran pembiayaan. Semakin rendah EIR, semakin rendah kos faedah yang perlu dibayar.
5. Mengapa kadar baharu kelihatan lebih tinggi berbanding sebelum ini?
Kadar tersebut tidak semestinya bermaksud pembiayaan menjadi lebih mahal. Perbezaannya ialah cara kadar tersebut dinyatakan dan dikira.
Sebagai contoh, kadar rata 3% dan EIR sekitar 5.5% boleh merujuk kepada kos pembiayaan yang sama. Kadar rata kelihatan lebih rendah kerana ia dikira berdasarkan jumlah pembiayaan asal, walaupun baki pembiayaan sebenarnya berkurangan apabila anda membuat bayaran bulanan.
Jangan bandingkan kadar rata dengan EIR secara langsung. Jika anda ingin membuat perbandingan, tukarkan kadar rata kepada EIR menggunakan kalkulator EIR, kemudian bandingkan EIR dengan EIR.
6. Apakah tempoh peralihan ini?
Bank dan syarikat kredit mempunyai tempoh sehingga 31 Mac 2027 untuk melaksanakan perubahan sistem sepenuhnya.
Dalam tempoh peralihan ini, sesetengah penyedia pembiayaan mungkin masih menawarkan pakej yang menggunakan kaedah lama. Sebelum menandatangani perjanjian, pastikan anda bertanya sama ada pakej tersebut menggunakan kaedah baki berkurangan dan apakah EIR yang ditawarkan.
7. Kadar tetap vs kadar berubah. Apakah perbezaannya?
Kadar Tetap
Kadar Berubah
Kadar kekal sama sepanjang tempoh pembiayaan.
Kadar boleh berubah mengikut Kadar Rujukan.
Ansuran bulanan kekal sama.
Ansuran bulanan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Sesuai jika anda mahukan kepastian jumlah bayaran.
Sesuai jika anda selesa dengan perubahan kadar dan ansuran.
Di bawah peraturan baharu, kedua-dua jenis kadar menggunakan kaedah baki berkurangan. Perbezaannya adalah sama ada kadar pembiayaan tersebut kekal atau boleh berubah sepanjang tempoh pembiayaan.
8. Apakah Overnight Policy Rate (OPR), Standardised Base Rate (SBR) dan Kadar Rujukan?
OPR (Overnight Policy Rate) ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan menjadi antara faktor yang mempengaruhi kos pembiayaan. SBR (Standardised Base Rate) pula ialah kadar penanda aras yang berkait dengan OPR bagi pembiayaan runcit kadar berubah.
Di bawah HPAA 2026, pembiayaan sewa beli kadar berubah akan menggunakan Kadar Rujukan yang berasaskan OPR, bersama margin tetap untuk menentukan kadar pembiayaan.
Kadar Rujukan + margin = kadar pembiayaan
Apabila Kadar Rujukan berubah, kadar pembiayaan dan ansuran bulanan juga boleh berubah.
9. Apakah yang berlaku jika saya menyelesaikan pinjaman lebih awal?
Di bawah kaedah baki berkurangan, jumlah penyelesaian awal akan mengambil kira baki pembiayaan yang masih belum dijelaskan. Ini bermakna faedah masa hadapan tidak lagi dikira seolah-olah jumlah pembiayaan asal masih tertunggak sepenuhnya. Bagi pinjaman lama, anda boleh mendapatkan jumlah penyelesaian rasmi daripada bank. Diskaun ihsan mungkin diberikan, tertakluk kepada kelayakan dan terma bank.
Untuk perbandingan yang tepat, gunakan harga kereta, bayaran pendahuluan dan tempoh pembiayaan yang sama:
EIR atau EFR / kadar keuntungan efektif bagi pembiayaan Islam.
Sama ada kadar tersebut tetap atau berubah. Jika kadar berubah, semak kadar rujukan yang digunakan.
Jumlah ansuran bulanan dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Terma penyelesaian awal.
Yuran, insurans atau takaful serta kos-kos lain.
Bagi pembiayaan kadar berubah, minta penyedia pembiayaan memberikan contoh jumlah ansuran sekiranya Kadar Rujukan meningkat sebanyak 1% hingga 2%.
11. Adakah semua bank dan syarikat kredit perlu mematuhi HPAA?
Ya. HPAA terpakai kepada semua perjanjian sewa beli, sama ada pembiayaan ditawarkan oleh bank atau syarikat kredit bukan bank.
Tempoh peralihan hanya memberikan masa kepada penyedia pembiayaan untuk mengemas kini sistem mereka. Ia bukan pilihan untuk tidak mematuhi HPAA.
Jika sesuatu produk bukan merupakan perjanjian sewa beli, peraturan yang berbeza mungkin terpakai. Oleh itu, semak dengan penyedia pembiayaan tentang jenis pembiayaan yang ditawarkan kepada anda.
12. Adakah kadar yang dipaparkan di CARSOME merupakan kadar muktamad?
Kadar dan ansuran yang dipaparkan adalah indikatif. Kadar muktamad bergantung pada penyedia pembiayaan, penilaian kredit, kenderaan dan tempoh pembiayaan.
Rujuk tawaran pembiayaan yang diluluskan, Helaian Pendedahan Produk (Product Disclosure Sheet) dan perjanjian pembiayaan untuk kadar, kaedah pengiraan dan terma yang terpakai.