Mengenai Kami

CARSOME adalah platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara. Berada di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapore, matlamat kami adalah untuk mendigitalisasikan industri kereta terpakai di rantau ini dengan memberi pengalaman yang terbaik dalam proses jual dan beli kereta.

CARSOME membekalkan solusi yang menyeluruh kepada pengguna dan dealer kereta terpakai. Dari segi inspeksi kereta ke pembiayan kewangan, kami komited dalam memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan boleh dipercayai.

Visi

Untuk mencipta ekosistem pemilikan kenderaan yang paling dipercayai yang dikuasakan oleh teknologi dan data

Misi

Untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami sepanjang kitaran pengalaman pemilikan kenderaan terpakai mereka

Nilai-nilai

Pelanggan didahulukan

Kami memikirkan tentang pelanggan dalam membuat keputusan dan mengutamakan nilai kepada pelanggan kami berbanding keputusan jangka pendek

Hari ini haruslah lebih baik daripada semalam

Kami mementingkan penambahbaikan yang konsisten dan sistematik yang boleh diulang dan dikumpul

Bekerja secara efisien

Kami bermula dengan sumber yang sangat terhad dan kami berbangga dapat menyampaikan hasil yang luar biasa melalui pelaksanaan pintar dan inovasi yang berterusan

Masalah anda adalah masalah kami

Pasukan kami berkolaborasi dan bekerja merentasi fungsi dan unit perniagaan, dengan fokus untuk mencapai misi tunggal kami

Berfikir jauh dan mulakan dengan langkah kecil

Kami tidak takut untuk membuat keputusan yang berani and kami mempunyai cita-cita yang besar. Justeru, kami mengambil langkah-langkah yang berulang dan membuat eksperimen dalam setiap langkah bagi memaksimumkan pelaburan kami

Kekal rendah hati

Kami memimpin dengan rendah hati melalui pertimbangan, penghargaan, dan kebaikan kepada pekerja kami, pelanggan dan seluruh pelusuk masyarakat

Beriltizam tinggi

Kami memberikan komitmen tertinggi demi kemandirian syarikat

Mengenai Kami

Pelanggan gembira menunjukkan ibu jari dari kereta

Bisnes kami bermula dengan jualan kereta terpakai di mana kami membantu pelanggan menjual kereta melalui proses yang boleh dipercayai, mudah dan cepat.

Proses ini bermula dengan janji temu yang boleh dibuat secara online. Selepas itu, kereta akan menjalani inspeksi 175 mata kami yang hanya mengambil masa 30 minit di pusat inspeksi kami.

Inspektor terlatih kami dilengkapi dengan pengalaman dan peralatan untuk menghasilkan laporan kereta sebelum memberi nilai tawaran. Selepas jualan disahkan, semua kerja pemprosesan akan dikendalikan oleh kami.

Bermula dari segi inspeksi kereta, pemindahan dan urusan milk kereta serta solusi pembiayaan, CARSOME memastikan pengalaman jual kereta mudah dan senang. Kami dapat menyingkirkan masalah yang sentiasa dihadapi dalam proses menjual kereta secara tradisional, dan memberi solusi yang efektif untuk pelanggan serta dealer kami.

Pengasas CARSOME sedang memegang papan tanda beli kereta dengan yang dibalut reben berwarna biru
Pada bulan Ogos 2020, kami melancarkan 'Cara Baru Membeli Kereta' untuk memberikan pengguna pengalaman membeli kereta yang mudah dan lancar. Pelanggan boleh mula membeli kereta dengan klik pada bahagian Beli Kereta di laman web atau aplikasi kami dan mereka boleh mencari kereta idaman yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Kesemua kereta CARSOME boleh dilihat luar dan dalam melalui pandangan 360-darjah, disertakan dengan senarai kecelaan sedia ada, laporan baik pulih profesional, dan juga harga tetap tanpa caj tambahan. Tempahan pandu uji boleh dibuat pada bila-bila masa di mana jua di laman web dan juga aplikasi CARSOME. Sebagai jaminan dan ketenangan minda kepada pelanggan, kesemua kereta CARSOME dijamin kualitinya, harga tetap tanpa caj tambahan, waranti 1 tahun, dan jaminan pulangan wang 5 hari.

CARSOME kini berada di:

Malaysia | Indonesia | Thailand | Singapura

Dengan lebih 80 pusat CARSOME di lebih 50 bandar

  • 13,000+ peniaga
  • 18,000,000+ jumlah bidaan

Perjalanan Kami

  1. 2015
    • CARSOME diasaskan di Malaysia dengan dana permulaan berjumlah AS$350,000.
  2. 2016
    • Perniagaan CARSOME Singapore bermula.
    • Memperoleh AS$2 juta dalam pendanaan Siri A.
    • Mencecah 1,000 kereta dalam urus niaga kereta terpakai secara tahunan
  3. 2017
    • CARSOME berkembang ke Indonesia dan Thailand.
    • Memperoleh AS$6 juta dalam pendanaan Siri A2.
  4. 2018
    • Memperoleh AS$19 juta dalam pendanaan Siri B dan AS$8 juta dalam pendanaan Siri B2.
    • Mencecah 10,000 kereta dalam urus niaga kereta terpakai secara tahunan
    • Dianugerahkan 'Startup of the Year' oleh Malaysian Rice Bowl Startup Awards.
  5. 2019
    • CARSOME Capital ditubuhkan.
    • Memperoleh AS$50 juta dalam pendanaan Siri C.
    • Mencecah 40,000 kereta dalam urus niaga kereta terpakai secara tahunan.
  6. 2020
    • Melancarkan 'Cara Baru Membeli Kereta' di Malaysia.
    • Menjadi platform pertama untuk menjual kereta terpakai di Shopee.
    • Meraikan pelanggan jual kereta yang ke-100,000.
    • Memperoleh AS$30 juta dalam pendanaan Siri D.
  7. 2021
    • Menubuhkan CARSOME Academy, yang kemudiannya dilantik sebagai Accredited Center RPA JPK.
    • Menyertai tajaan sukan motorsports melalui Siri Super Thailand.
    • Mendirikan Data Center of Excellence.
    • Melancarkan 'Cara Baru Membeli Kereta' (CARSOME Certified) di Indonesia dan Thailand.
    • Memperolehi pegangan ekuiti dalam PT Universal Collection (Indonesia).
    • Disenaraikan dalam kedudukan 50 teratas Nikkei-FT-Statista High-Growth Companies Asia Pacific 2021.
    • Memperoleh AS$200 juta dalam pendanaan Siri D2.
  8. 2022
    • Mendapat US$290 juta dalam pembiayaan Series E.
    • Memperolehi pemilikan iCar Asia yang disenaraikan dalam ASX.
    • Melancarkan CARSOME Certified Lab di Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
    • Membuka CARSOME Academi di Thailand dan Indonesia
    • CARSOME mengumumkan duta jenama pertamanya, Eric Cantona, seorang lagenda bola sepak.
    • Memulakan operasi dua Pusat Servis CARSOME di Malaysia pada suku ke-4.
    • Lebih 150,000 kereta terjual sepanjang tahun 2022 di rantau asia tenggara.
    • Kumpulan CARSOME mencapai penilaian sebanyak US$1.7 bilion.
  9. 2023
    • Kumpulan CARSOME mencapai keuntungan operasi dalam suku pertama.
    • Melancarkan MyGarage sebagai hab lengkap pengalaman pelanggan dalam aplikasi CARSOME
    • Mencapai purata 15 juta pengunjung setiap bulanan di semua platform
    • Kumpulan CARSOME mengumumkan kedudukan tunai yang kukuh pada US$150 juta
    • Kumpulan CARSOME telah mencapai anggaran ~US$200 juta melalui pembiayaan terkini.

Sedia Untuk Bermula?

Sama ada menjual kereta terpakai anda atau membeli kereta anda yang baru, kami boleh melakukan semuanya.
Jual Kereta Anda