Kereta Dibaik Pulih
untuk
Jaminan Kualiti
Sehingga 2,000 kereta dibaik pulih setiap bulan
Sehingga 30 jenama kereta
Dikendalikan oleh juruteknik berkemahiran tinggi
Peralatan canggih yang dikuasakan oleh data dan teknologi terkini
Penyelesaian masalah yang menyeluruh
CARSOME Certified Lab

Kereta Dibaik Pulih Berkualiti

Semua kereta CARSOME Certified dibaik pulih di fasiliti membaik pulih kereta terbesar di Asia Tenggara yang menerajui standard baharu bagi industri kereta terpakai.

Janji Kami

  • Keselamatan Melebihi Taraf
  • Keselesaan Sepenuhnya
  • Estetik Yang Dibaik Pulih

Kereta Pramilik Yang Dijamin Berkualiti

Kami memilih kereta terpakai yang terbaik untuk dibaik pulih menjadi kereta CARSOME Certified. CARSOME Certified Lab kami yang merangkumi keluasan sebesar 185,856 kaki persegi merupakan tempat di mana berlakunya Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified untuk menghasilkan kereta pramilik yang dijamin berkualiti.

Sehingga 2,000 kereta dibaik pulih setiap bulan

Sehingga 30 jenama kereta termasuk jenama tempatan, Jepun, Korea dan jenama kontinental

Mempunyai alatan berteknologi tinggi yang dikuasakan daripada data dan teknologi yang canggih

Meningkatkan tahap kualiti kereta melalui proses penyelesaian masalah yang menyeluruh

Dikendalikan oleh juruteknik kemahiran tinggi

Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified

1
Pemilihan Yang Ketat
2
Pembaikan Bahagian Mekanikal & Am
3
Cat & Badan
4
Perincian
5
Semakan Kualiti Terakhir
1
Pemilihan Yang Ketat
Langkah 1 / 5
Pemilihan Yang Ketat
Kereta CARSOME Certified adalah 1 dalam 100. Hanya kereta yang telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat akan dihantar ke CARSOME Certified Lab untuk memastikan kereta tersebut:
Tiada Kemalangan Teruk
Tiada Kerosakan Banjir
Lihat senarai penuh pemeriksaan 175-titik kami
2
Pembaikan Bahagian Mekanikal & Am
Langkah 2 / 5
Pembaikan Bahagian Mekanikal & Am
Kami memastikan kualiti dengan proses membaik pulih yang menyeluruh. Bermula dengan pembaikan pada bahagian mekanikal dan am, piawaian keselamatan antarabangsa dipatuhi untuk memastikan kereta CARSOME Certified boleh beroperasi dengan optimum. Alatan seperti Pengimbas Diagnostik (ODS) dapat mengesan dan membaiki isu-isu elektronik untuk memastikan kereta selamat digunakan.
Prestasi enjin
Sistem brek antikunci (ABS)
Keadaan beg udara
Stereng Kuasa Elektrik (EPS)
Bunga tayar (kedalaman mesti lebih daripada 2.2mm, di mana taraf antarabangsa ditetapkan pada 1.6mm)
Penggantian minyak pelincir
Penggantian bilah pengelap OEM
Penggantian cermin depan
Ketebalan pad brek (ketebalan melebihi 4mm, di mana taraf antarabangsa ditetapkan pada 3mm)
Penggantian kamera undur dan sensor jarak
3
Cat & Badan
Langkah 3 / 5
Cat & Badan
Calar dan lekuk akan ditanda mengikut kriteria yang ketat. Ini akan menentukan sama ada panel badan memerlukan sebarang semburan cat semula. Hanya cat OEM yang berkualiti akan digunakan, diikuti dengan proses pembetulan cat 3 langkah yang berprestasi tinggi. Penggilapan juga akan dilakukan dengan lapisan lilin pelindung untuk kemasan yang licin seperti permukaan kaca.
4
Perincian
Langkah 4 / 5
Perincian
Langkah-langkah terakhir melingkungi cucian luaran kereta, termasuk ruangan enjin. Pembersihan bahagian dalaman yang terperinci juga akan dijalankan, dan ini termasuk:
Sanitasi
Pembaikpulihan fabrik dan kulit
Penghapusan bakteria
5
Semakan Kualiti Terakhir
Langkah 5 / 5
Semakan Kualiti Terakhir
Pemeriksaan teknikal CARSOME Certified Lab akan dibuat selepas semua kerja baik pulih selesai. Setiap bahagian kereta akan diteliti untuk memastikan ia mematuhi kriteria kami yang ketat supaya setiap kereta CARSOME Certified dijamin selamat dan selesa dengan estetik yang dibaik pulih.

Beli dengan Ketelusan Dalam Talian

Setiap kereta CARSOME Certified melalui proses pengambilan gambar dengan teknologi pengimejan yang canggih, di mana kami akan mengambil gambar 360 darjah untuk bahagian luaran dan dalaman supaya anda boleh melihat kereta dari setiap sudut dengan jelas di laman web kami.

Lihat kereta dalam 360 darjah secara maya

Gambar ruangan dalaman dan luaran yang jelas