HomeAutomotiveKenapa Kereta CARSOME Semuanya Cun-cun Belaka? Ini Sebabnya

Kenapa Kereta CARSOME Semuanya Cun-cun Belaka? Ini Sebabnya

“Kereta CARSOME ni kereta terpakai je tapi kualiti macam kereta baru keluar kilang” 

Ini biasa apa yang dikatakan oleh pelanggan yang telah membeli kereta daripada CARSOME. Kata mereka, walaupun CARSOME menjual kereta terpakai tetapi kualiti kereta yang dijual adalah setanding dengan kereta baharu. 

Macam mana CARSOME boleh menjual kereta terpakai dengan kualiti hampir sama dengan kereta baharu yang baru keluar daripada kilang? 

Jeng…jeng…jeng! Rahsianya ialah…

CARSOME Certified Lab! 

Mungkin ada yang tahu dan semestinya ramai yang belum tahu lagi. Inilah rahsia macam mana kereta yang dijual oleh CARSOME mempunyai kualiti yang terbaik meskipun ia adalah kereta second hand

CARSOME Certified Lab: Rahsia CARSOME Untuk Kereta Berkualiti

Disebabkan saya dah pecahkan rahsia CARSOME (harap tak kena potong gaji), mari saya ceritakan serba sedikit tentang proses pembaikpulihan yang dibuat di CARSOME Certified Lab. 

Buat mereka yang tak tahu apa itu CARSOME Certified Lab, ia adalah fasiliti baik pulih kereta terbesar di Asia Tenggara. Nak tahu berapa besar? Fasiliti ini adalah seluas 180,000 kaki persegi. Dengan keluasan ini, mesti banyak kereta yang boleh dibaik pulih, kan? Mestilah! Sebanyak 2,000 kereta boleh dibaik pulih setiap bulan di fasiliti ini. 

Setiap kereta yang dibaik pulih di CARSOME Certified Lab akan diiktiraf sebagai kereta CARSOME Certified. 

Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Proses Baik Pulih Kereta di CARSOME Certified Lab

Proses baik pulih kereta di CARSOME Certified Lab boleh dibahagikan kepada enam proses. Enam proses ini penting bagi memastikan hanya kereta yang berkualiti dijual kepada anda. Apa enam proses itu? 

  1. Pemeriksaan awal
  2. Pembaikan mekanikal 
  3. Badan dan cat 
  4. Pembersihan dan cuci perinci 
  5. Kawalan kualiti 
  6. Penggambaran dan penyenaraian 

Jom kita tengok satu persatu proses baik pulih yang dilakukan di CARSOME Certified Lab supaya anda tahu kereta yang anda akan dapat. 

1. Pemeriksaan Awal 

Apabila kereta telah sampai ke CARSOME Certified Lab, ia akan diperiksa terlebih dahulu. Apa yang akan diperiksa di CARSOME Certified Lab? Ini antaranya: 

  • Tekanan tayar 
  • Suhu pendingin hawa 
  • Keadaan badan kereta 
  • Bahagian dalaman kereta 
  • Bawah kenderaan 
  • Dan lain-lain bahagian kereta

Keseluruhan kereta akan diperiksa. Luar dan juga dalam. Ia bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakan yang tertinggal selepas langkah terakhir nanti. 

Pemeriksaan awal dibuat bagi membolehkan apa saja kerosakan atau kecacatan boleh dikenal pasti dan dibaiki dalam proses baik pulih. Pemeriksaan ini juga dibuat bagi merancang proses pembaikan yang bagaimana harus dibuat supaya hasil akhir boleh dijual dalam keadaan terbaik. 

Untuk memudahkan proses pemeriksaan awal ini, beberapa alatan canggih akan digunakan seperti OBD, APP, tolok tekanan tayar, termometer, dan lain-lain peralatan. 

Apabila pemeriksaan dibuat dan laporan telah dibuat daripadanya, barulah proses baik pulih kereta boleh dibuat mengikut pemeriksaan awal tadi. Dengan itu, tiada satu pun kecacatan atau kerosakan yang akan tertinggal untuk dibaiki nanti. 

2. Pembaikan Mekanikal

Ingat tak pemeriksaan yang dibuat sebelum ini, daripada situ pemeriksa akan menyenaraikan segala kerosakan yang ada pada kereta tersebut. 

Setelah selesai diperiksa, kereta akan beralih kepada proses kedua iaitu pembaikan mekanikal. Di bahagian ini segala kerosakan dan kecacatan pada kereta yang telah dikenal pasti akan dibaiki. 

Penukaran tayar baharu, memasukan gas pendingin hawa, servis pendingin hawa, membaiki enjin, penjajaran kereta, penukaran alat ganti, penukaran minyak dan bendalir dalam kereta, serta apa saja kerosakan yang telah dikenal pasti, juruteknik CARSOME akan membaiki kesemuanya. 

Ini termasuklah komponen elektronik jika perlu. Pokok pangkalnya, apa yang rosak pada kereta itu, kami akan baiki semuanya. 

Segala alat ganti yang kami gunakan adalah alat ganti OEM yang tulen. Ini untuk memastikan kereta boleh digunakan dengan selesa setelah selesai proses baik pulih dan anda boleh pandunya dengan jaminan ketenangan minda. 

3. Badan & Cat 

Walaupun kereta terpakai, CARSOME akan memastikan kereta yang anda akan beli adalah dalam keadaan yang terbaik sekali. Disebabkan itu, kami bukan hanya memberi fokus kepada pembaikan mekanikal tetapi juga rupa kereta. 

Untuk itu, setelah selesai pembaikan mekanikal kereta, ia akan diteruskan pula dengan pembaikan badan kereta. 

Jika ada sebarang lekuk, kemek, cat tertanggal, cermin retak, dan lain-lain kecacatan estetik, ia akan dibaiki dan diganti di sini. 

Jika ada lekuk atau kemek, bahagian tersebut akan dibetulkan terlebih dahulu menggunakan alatan dan teknik yang sesuai supaya ia kelihatan baharu. 

Kalau perlu, keseluruhan kereta akan dicat semula supaya ia kelihatan lebih cantik dan lebih menyerlah. 

Selesai semuanya, kereta akan digilap sehingga berkilat cerah. Supaya ia nampak baharu dan lebih sedap dipandang. Sampai orang tak sangka pun yang kereta anda ini ialah kereta terpakai!  

4. Pembersihan & Cuci Perinci

Setelah selesai pembaikan mekanikal dan luaran, ia sudah tentu akan meninggalkan banyak kesan kotoran dan sampah serta sepah di dalam dan luar kereta. Untuk mengelakkan anda mendapat kereta yang kotor, kami akan pastikan kereta yang telah dibaiki dan dibaik pulih akan dibersihkan terlebih dahulu. 

Kereta akan dicuci perinci untuk membersihkan segala kotoran yang ada selepas proses baik pulih sebelum ini. Proses sanitasi juga akan dibuat untuk memastikan kereta bebas kuman setelah ia keluar daripada CARSOME Certified Lab. 

Selain itu, kami juga akan baiki dan baik pulih kerusi kereta di peringkat ini. 

5. Pemeriksaan Kualiti 

Setelah selesai semua proses baik pulih, kereta akan melalui proses pemeriksaan kualiti. Ingat tak pada pemeriksaan awal pada mula-mula tadi? Segala kerosakan dan kecacatan yang disenaraikan akan dipastikan telah dibaiki. 

Kami akan pastikan perincian yang paling kecil telah dibaiki dengan betul. Daripada lapisan cat yang sekata, kelengkapan elektronik yang berfungsi, pendingin hawa yang cukup sejuk, hinggalah kepada kilatan kereta yang cukup cerah. Lebih cerah daripada masa depan penulis. 

6. Penggambaran & Penyenaraian 

Setelah selesai semua proses di atas, tibalah masanya untuk kereta ini dijual kepada anda. Tetapi sebelum itu, kereta akan diambil gambarnya terlebih dahulu. Daripada luar hinggalah ke dalaman kereta. 

Kami juga akan mengambil gambar secara 360° untuk memudahkan anda meninjau kereta ini secara dalam talian daripada laman web kami. Selesai penggambaran kereta, ia akan disenaraikan ke laman web kami setelah pengesahan seperti harga dibuat. 

Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual Dan Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!

Itulah dia enam proses yang perlu dilalui oleh kereta CARSOME sebelum ia dijual kepada anda. Setiap kereta yang telah melalui enam proses ini akan diiktiraf sebagai kereta CARSOME Certified. 

Dengan cap CARSOME Certified ini, kualiti tertinggi adalah dijamin bagi setiap kereta. Supaya anda dapat menikmati ketenangan minda apabila anda memandu kereta yang anda beli daripada CARSOME. 

Nak Kereta Berkualiti? Cari Je Cap Ini! 

Apabila anda melihat cap ini sama ada di laman web ataupun di mana pusat pengalaman CARSOME, ini menunjukkan bahawa kereta ini telah pun melalui proses baik pulih yang ketat di CARSOME Certified Lab. 

Dan mestilah, cap ini juga menunjukkan tanda jaminan kualiti daripada CARSOME. Nak cari kereta berkualiti? Cari saja cap ini! 

Artikel berkaitan: Mahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

Dapatkan tawaran terkini yang menarik hanya untuk anda para pelanggan setia kami di CARSOME! Layari laman web CARSOME atau kunjungi pusat pengalaman CARSOME terdekat untuk mendapatkan kereta pramilik dengan kualiti terbaik.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular