HomeBMNikmati Diskaun 10% untuk Semua Pakej Servis di Pusat Servis CARSOME Sehingga...

Nikmati Diskaun 10% untuk Semua Pakej Servis di Pusat Servis CARSOME Sehingga 15 April 2024!

Ho ho ho balik kampung~

Ho ho ho balik kampung~

Hati girang~

Walaupun bulan Ramadan baru saja bermula, tapi mesti ramai yang dah mula merancang perjalanan balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi.

Sebelum balik kampung, anda perlu hantar kereta anda untuk diservis dulu untuk menjamin perjalanan yang lebih selamat dan selesa. Kalau anda tengah cari tempat paling sesuai untuk servis kereta anda, apa kata anda pergi ke Pusat Servis CARSOME untuk nikmati tawaran menarik yang kami sediakan daripada 15 Mac hingga 15 April 2024.

Jom lihat apa tawaran istimewa yang anda boleh dapatkan sempena promosi Pusat Servis CARSOME.

Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!

promosi pusat servis carsome

Potongan Harga 10% untuk Semua Pakej Servis Kereta

promosi servis kereta

Di Pusat Servis CARSOME, kereta anda akan diservis oleh mekanik yang bertauliah menggunakan alat ganti berkualiti untuk menjamin ketenangan jiwa anda semasa memandu.

Untuk menyambut bulan Ramadan dan bulan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, CARSOME mahu menjadikan perkhidmatan servis kereta lebih mampu milik kepada anda dengan menawarkan diskaun 10 peratus untuk semua pakej servis kereta yang kami sediakan. Ini bermakna anda boleh nikmati pakej servis kereta yang berpatutan bermula daripada RM88 saja!

Berikut adalah senarai pakej servis kereta yang ditawarkan di Pusat Servis CARSOME:

  • Pakej Asas
  • Pakej Standard
  • Pakej Komprehensif

Sama ada kereta anda memerlukan penukaran minyak hitam, pemeriksaan brek, atau pakej perkhidmatan yang komprehensif termasuk diagnostik enjin dan tambah nilai cecair, Pusat Servis CARSOME boleh buat semuanya untuk anda.

Jangan lepaskan peluang ini untuk pastikan kereta anda berjalan lancar dan cekap sambil berjimat melalui promosi ini.

Diskaun Sehingga 20% untuk Pembelian Alat Ganti Terpilih

spare part kereta
Gambar oleh Orhun Rüzgar ÖZ di Pexels.

Selain daripada servis yang kerap, anda juga perlu menggantikan komponen yang telah haus untuk menjamin prestasi kereta dan keselamatan anda semasa memandu. Sempena musim perayaan yang hampir tiba ini, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 20 peratus apabila anda membeli alat ganti terpilih untuk kereta anda di CARSOME.

Berikut adalah senarai kategori diskaun dan juga alat ganti yang anda boleh dapatkan.

Diskaun Alat Ganti
10%
15%
20%

Jadikan Kereta Anda Macam Baharu dengan Pakej Pembersihan Berharga RM25

Anda bukan saja boleh dapatkan perkhidmatan servis kereta yang mantap dan juga alat ganti yang berkualiti di Pusat Servis CARSOME, malah kami turut menyediakan pakej pembersihan untuk anda pada harga mampu milik, iaitu serendah RM25 saja! Berikut adalah apa yang anda akan dapat dalam pakej ini.

Pembersihan Sistem Minyak Kereta

Sistem minyak kereta anda boleh mengumpul kotoran dan mendapan dari semasa ke semasa, terutamanya apabila memandu pada jarak jauh. Dengan menggunakan pembersih sistem suntikan bahan api yang efektif, sistem minyak kereta anda boleh dibersihkan dengan berkesan untuk mengekalkan prestasi enjin yang optimum serta membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Pembersihan Bahagian Dalaman Kereta

Tiada siapa yang nak duduk selama berjam-jam dalam kereta yang berbau busuk dan hapak. Kami menggunakan teknologi nano mist yang canggih untuk menghapuskan bau-bau yang kurang menyenangkan pada bahagian dalaman kereta anda agar anda boleh menikmati perjalanan anda dalam keadaan segar dan bersih.

Sebelum Balik Kampung, Singgah Pusat Servis CARSOME Dulu!

promosi servis kereta
Gambar oleh pressfoto di Freepik.

Perjalanan yang selamat bermula dengan kereta yang diselenggara dengan baik. Apabila kereta anda diservis dengan kerap, ia bukan saja dapat memanjangkan jangka hayat kereta anda, tetapi juga dapat menjamin keselamatan, meningkatkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan risiko kerosakan yang tidak dijangka.

Promosi Pusat Servis CARSOME ini hanya sah daripada 15 Mac hingga 15 April 2024. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom tempah sesi servis kereta anda di laman web CARSOME atau melalui aplikasi kami sekarang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada CARSOME dan hati-hatilah memandu di jalan raya!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Artikel berkaitan: Nak Balik Kampung? Ini 10 Servis Yang Wajib Anda Buat Sebelum Pulang Beraya!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular