Kalau disebut tentang pusat servis kereta, apa yang anda akan bayangkan? Tempat yang kotor, bising, kereta bersepah sana sini, dan dengan panasnya lagi. Percayalah, kalau diberikan pilihan, anda tak nak pun menunggu kat situ lama-lama. Tapi apa boleh buat? Kalau kereta tak dibaiki, apapun tak boleh buat.
Sebenarnya, pusat servis kereta yang macam mana orang Malaysia ni impikan? Mungkin ini antara apa yang mereka nak ada:
1. Tempat Menunggu Dengan Aircond
Jaranglah ada pusat servis yang sejuk dan nyaman. Biasanya pusat servis kereta ini, suasananya panas dan sangat-sangat tak selesa. Kalau nak bagi sejuk pun, bengkel akan pasang kipas besar yang bunyinya memekakkan telinga tapi tak sejuk mana pun.
Kan best, kalau ada pusat servis yang ada ruang khas untuk pelanggan menunggu kereta siap dibaiki. Lagi seronok kalau ruang menunggu itu ada penghawa dingin. Seronok kan macam ni?
2. WiFi Yang Laju
Selain daripada restoran mamak dan restoran makanan segera, mesti seronok kalau mana-mana pusat servis kat Malaysia ada WiFi. Sementara menunggu kereta siap dibaiki, bolehlah layan TikTok ke ataupun media sosial.
Ataupun untuk anda yang sibuk bekerja, bolehlah gunakan WiFi ini untuk siapkan mana-mana kerja yang tertunggak. Sekurang-kurangnya tak adalah kerja yang tertangguh disebabkan anda pergi servis atau baiki kereta anda, kan?
3. Pusat Servis Yang Bersih dan Tersusun
Sudah menjadi identiti di Malaysia ini, kebanyakan pusat servis mesti kotor, bersepah, dan tak terurus. Kalau anda singgah, mesti akan jadi serabut dengan keadaan pusat servis yang tak teratur ini.
Sekurang-kurangnya kalau bersih dan teratur, barulah selamat untuk para mekanik buat kerja dan pelanggan yang terpaksa berada di situ. Ataupun pelanggan selesa nak tengok mekanik buat kerja.
4, Harga Pakej Yang Sangat Berpatutan
Antara ketakutan yang selalu terjadi apabila ingin membaiki atau nak servis kereta adalah harga. Harga servis atau baiki kereta adalah berbeza mengikut pusat servis. Ada yang murah dan ada yang mahal. Kalau terkena yang mahal itu, memang menggigil jugalah tangan nak membayar harga servis yang tak masuk akal tu.
Kan bagus kalau ada pusat servis yang ada pakej servis kereta yang bersesuaian dengan bajet pelanggan. Malah siap ada pemeriksaan percuma lagi! Semua harga telus dan jelas. Tiada unsur-unsur penipuan.
Artikel berkaitan: Jangan Kena Tipu! Cara Tak Nak Kena Tipu Di Bengkel Kereta
Tapi kan, percaya tak dah ada pun pusat servis kereta kat Malaysia yang memenuhi kesemua ciri ini?
Mestilah ada. Tetapi, kebanyakannya pusat servis ini merupakan pusat servis rasmi untuk jenama tertentu saja. Seperti pusat servis Honda yang hanya menerima kereta model Honda sahaja. Kereta model lain langsung tidak boleh diservis di sini.
Kan bagus kalau ada pusat servis kereta yang terima semua jenis kereta. Servis yang diberikan pun berkualiti, pengalaman servis kereta tanpa risau beserta kemudahan untuk mendapatkan servis kereta terbaik pada harga yang cukup berpatutan.
Pusat Servis CARSOME. Pusat Servis Kereta Paling Instagrammable Telah Dibuka!
Berita baik untuk semua warga Ampang! CARSOME telah membuka sebuah pusat servis kereta di Ampang. Jangan risau, pusat servis ini boleh dikunjungi oleh semua orang walaupun anda tak membeli kereta daripada CARSOME!
Terletak di Kampung Baru Ampang, pusat servis kereta ini menawarkan khidmat servis kereta kepada semua jenis kereta.
Kalau anda tengok daripada luar, anda sendiri takkan sangka yang ini merupakan pusat servis kereta. Rekaan moden dengan susun atur yang kemas. Senang cerita, pusat servis ni pusat servis yang paling instagrammable di Malaysia!
Tak kiralah besar atau kecil kerosakan yang kereta anda alami, Pusat Servis CARSOME terima semuanya! Apa servis yang ditawarkan di Pusat Servis CARSOME ini? Ini antaranya:
- Pemeriksaan kereta
- Penukaran minyak enjin
- Penukaran bateri
- Pendingin hawa
- Penjajaran dan penyeimbangan
- Penukaran brek
- Suspensi kereta
- Dan banyak lagi servis serta khidmat baiki kereta!
Artikel berkaitan: Kalau Kereta Anda Bergegar Semasa Memandu, Cuba Periksa 5 Komponen Ini
Nikmati Pemeriksaan 20-Titik Percuma!
Pusat Servis CARSOME juga menawarkan pemeriksaan 20-titik percuma untuk kereta anda. Dengan ini, kereta anda akan diperiksa dengan menyeluruh untuk mengetahui jika ada sebarang kerosakan yang perlu dibaiki.
Letih menunggu? Minum kopi dulu sementara menunggu kereta anda siap!
Antara pemeriksaan yang akan dibuat seperti:
- Bateri
- Cecair kereta (cecair penyejuk, minyak brek, minyak stereng kuasa, cecair pengelap tingkap)
- Kebocoran minyak
- Pad brek
- Hon
- Tali pinggang keledar
- Tayar (bunga dan tekanan angin)
- Suspensi
Jika ada sebarang kerosakan untuk mana-mana komponen, barulah mekanik akan membuat penilaian terhadap kerosakan yang terjadi serta apa yang perlu dibuat dan harga untuk membaiki kerosakan yang ada.
Harga Tak Sampai RM100 Untuk Servis Kereta!
Komitmen memiliki kereta bukan hanya perlu membayar ansuran bulanan bank. Anda juga perlu untuk membayar kos servis kereta yang mahal, bergantung kepada pusat servis! Lagi-lagi jika kereta anda merupakan kereta terpakai. Anda langsung tak boleh nak jangka kos servisnya!
Untuk itu, terutama kepada pemilik kereta terpakai yang tidak lagi mempunyai waranti yang aktif, anda boleh hantarkan untuk diservis di Pusat Servis CARSOME!
Pusat Servis CARSOME menyediakan pakej servis kereta pada harga yang sangat mampu milik. Bergantung kepada apa yang anda mahu, pakej ini bermula daripada RM98 untuk servis asas seperti penukaran minyak enjin dan penapis minyak.
Kekal Tenang dan Servis Kereta Anda Dengan Jaminan Ketelusan Daripada Kami
Servis kereta bukan lagi satu beban yang besar kepada semua pemilik kereta. Di Pusat Servis CARSOME, kami menjamin ketelusan terutama sekali dalam urusan pengebilan harga servis.
Buat tempahan sekarang atau terus pergi ke Pusat Servis CARSOME untuk menikmati servis kereta pada harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman suasana pusat servis yang selesa!
Layari Pusat Servis CARSOME atau klik sini untuk mengetahui lokasi Pusat Servis CARSOME!
Alamat Pusat Servis CARSOME:
Pusat Servis CARSOME (Ampang)
Tambahan, Lot 1322, Kawasan Kilang,
Jln 11, Kampung Baru Ampang,
68000 Ampang, Selangor