HomeAutomotiveBetul Ke Kalau Stereng Kereta Bergegar Itu Tanda Rak Stereng Kereta Dah...

Betul Ke Kalau Stereng Kereta Bergegar Itu Tanda Rak Stereng Kereta Dah Rosak?

Apa itu rak stereng? Rak stereng ataupun steering rack merupakan satu set komponen rak dan pinan (pinion) yang berfungsi menukarkan input daripada stereng kepada gerakan tayar. Disebabkan ia melibatkan pergerakan kereta, rak stereng ini sangat-sangat penting bagi memastikan pergerakan kereta yang lancar. 

Sama seperti komponen kereta yang lain, ia boleh menjadi rosak dan menyukarkan pergerakan kereta disebabkan tidak diselenggara dengan betul ataupun komponen tersebut telah haus dan rosak. 

Kerosakan rak stereng ini jika dibiarkan, kereta anda boleh hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan kemalangan kereta. Disebabkan itulah, jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada kawalan kereta anda, berkemungkinan besar ia disebabkan kerosakan pada rak stereng. 

Selain itu, ada juga beberapa tanda yang boleh menjadi tanda bahawa rak stereng kereta anda telah rosak. Jika ada antara tanda-tanda ini terjadi semasa anda sedang memandu, terus bawa kereta anda ke bengkel kereta terdekat

Artikel berkaitan: Ori atau Palsu? Macam Mana Nak Bezakan Alat Ganti yang Anda Beli?

Jika kejadian-kejadian seperti ini berlaku, berkemungkinan besar ia merupakan tanda steering rack rosak: 

1. Stereng Jadi Berat 

Ketika anda sedang memandu, apabila anda memusingkan stereng kereta, ia terasa sangat berat dan anda perlu menggunakan banyak tenaga hanya untuk memusingkan stereng kereta. Seolah-olah stereng anda telah tersangkut pada sesuatu. 

Ada kalanya, stereng menjadi berat apabila dipusing ke arah kanan dan juga kiri. Tetapi, boleh jadi juga stereng sukar untuk dipusingkan hanya pada salah satu belah sahaja. 

Sepatutnya rak stereng membolehkan anda menukar laluan kereta dengan mudah dan anda tak perlu sampai nak ‘bergusti’ hanya semata-mata untuk menukar laluan kereta. Mungkin dengan video di bawah boleh memberi gambaran apa yang dimaksudkan dengan stereng kereta terasa berat: 

2. Kebocoran Bendalir/Minyak

Ini merupakan antara tanda yang paling senang untuk dikenal pasti iaitu ada kebocoran berlaku di bawah kereta. 

Jika anda periksa di bawah kereta pada bahagian rak stereng ada bendalir yang keluar daripadanya, berkemungkinan besar ada kebocoran cecair stereng kuasa telah terjadi. 

Sumber: Kinon Garaj

Walau bagaimanapun, ia cuma satu kemungkinan kerana kebocoran yang anda lihat itu mungkin bendalir lain seperti minyak enjin. Jadi, adalah lebih baik untuk anda terus bawa kereta anda untuk diperiksa untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk berlaku di masa akan datang. 

Artikel berkaitan: Jenis Minyak Hitam Kereta Terbaik, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

3. Stereng Tidak Kembali Ke Kedudukan Asal Selepas Dipusingkan 

Anda sedang memandu dan ingin menukar laluan. Anda memusingkan stereng kereta dan perasan yang stereng kereta anda tidak berpusing kembali ke posisinya yang asal seperti yang sepatutnya. Stereng tetap pada kedudukan terakhir selepas anda memusingkannya seperti ini: 

Anda terpaksa memusingkan kembali stereng kereta menggunakan tangan anda secara manual. Ada juga stereng yang akan berpusing kembali tetapi hanya pada kedudukan pukul 9 atau 3. 

Nampak macam remeh kan tapi ini sebenarnya sangat berbahaya terutama sekali jika ia berlaku ketika anda memandu laju di lebuh raya. Terleka sedikit, bala bencana menanti anda! 

4. Bunyi Berkeriut dan Berdentang Semasa Memandu 

Bunyi yang dihasilkan akan kedengaran datang dari bawah kereta. Bunyi yang dihasilkan tidak berterusan. Ia akan berbunyi sekali sebelum jeda sebentar dan begitulah seterusnya. Macam mana bunyinya itu? Begini: 

Bagi kerosakan pada rak stereng, ianya seperti dalam video di atas. Bunyi sekali yang disusuli jeda dan stereng berbunyi kembali. 

Walau bagaimanapun, jika nak nilai kerosakan berdasarkan bunyi saja pun tidak boleh kerana bunyi yang anda dengar berkemungkinan hanya disebabkan oleh komponen yang longgar dan lain-lain sebab.

5. Bau Minyak Terbakar 

Antara tanda lain kerosakan rak stereng ialah ada bau seperti minyak terbakar di dalam ruang kereta semasa pemanduan. 

Ini disebabkan oleh minyak stereng kuasa yang menjadi terlalu panas kerana suhu kotak gear stereng meningkat. Ini sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi punca kebakaran kereta! 

Jika ini terjadi semasa anda sedang memandu, cari tempat yang selamat dan sesuai untuk berhenti. Tunggu sehingga kotak gear menyejuk sedikit dan teruskan perjalanan mencari bengkel kereta terdekat supaya kereta anda boleh diperiksa. 

6. Stereng Berpusing Sendiri 

Anda baru saja hidupkan kereta dan tiba-tiba stereng kereta anda berpusing tak tentu hala! Seolah-olah kereta anda dirasuk hantu kerana stereng bergerak sendiri. 

Untuk masalah ini, jangan cari ustaz atau bomoh tetapi terus tunda ke bengkel terdekat. Jangan berani untuk memandu dalam keadaan stereng yang berpusing sebegini melainkan anda nak pergelangan tangan anda terseliuh ataupun patah semasa memandu! 

Jangan Abaikan Kalau Tanda-tanda Ini Terjadi Kepada Anda! 

Jika mana-mana tanda steering rack rosak ini terjadi, anda sepatutnya terus bawa untuk diperiksa oleh mekanik bertauliah. Jika kerosakan ini diabaikan, dikhuatiri ia akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk nanti. 

Bukan hanya menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada kereta, kerosakan-kerosakan ini juga boleh menjadi punca kemalangan yang boleh mengancam nyawa pemandu dan penumpang! 

Jadi, kalau anda perasan sesuatu yang tidak tak kena pada kereta anda, jangan abaikannya! 

Takut Kena Scam? Pergi Saja Ke Pusat Servis CARSOME! 

Nak bawa kereta pergi bengkel tapi takut kena tipu? Tak perlu takut lagi kerana anda boleh dapatkan pemeriksaan mekanik bertauliah hanya di Pusat Servis CARSOME. 

Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!

Apabila anda bawa saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME, kereta anda akan melalui pemeriksaan 20-titik secara percuma! Dari situ, mekanik kami akan memberitahu jika ada kerosakan, apa alat ganti yang diperlukan serta harga bagi pembaikan yang akan dibuat. Jika anda bersetuju, barulah kereta anda akan dibaiki. 

CARSOME Service Center exterior

Tiada lagi penipuan. Tiada lagi pembaikan tanpa persetujuan. 

Kami akan periksa kenderaan anda dan beritahu apa yang tak kena atau apa yang rosak kepada anda. Mekanik bertauliah juga akan memberikan cadangan pembaikan untuk kereta anda. Setelah anda setuju dengan harga yang diberikan, barulah kereta anda akan dibaiki.

Di sini, kami hanya menggunakan alat ganti yang tulen saja, yang dipilih khas oleh mekanik kami. Kereta anda juga kami akan jaga seperti  kereta kami sendiri. 

Kalau anda nak servis kereta berkualiti tanpa perlu risau kena tipu, kunjungi Pusat Servis CARSOME di Ampang dan di Petaling Jaya. Layari laman web Pusat Servis CARSOME untuk membuat janji temu. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular