HomeBMNak Balik Kampung? Ini 10 Servis Yang Wajib Anda Buat Sebelum Pulang...

Nak Balik Kampung? Ini 10 Servis Yang Wajib Anda Buat Sebelum Pulang Beraya!

Anda ada dua pilihan. Sama ada perjalanan pulang ke kampung anda aman, damai, tanpa sebarang masalah. Atau, di pertengahan perjalanan semasa anda memandu tiba-tiba timbul masalah dengan kereta yang anda pandu. 

Bayangkan kereta rosak di tengah lebuh raya semasa panas terik bulan puasa ini, peritnya Tuhan saja yang tahu! Ataupun kereta rosak pada waktu malam dan ketika itu anda berada di luar bandar. Satu buah rumah pun tak kelihatan! 

Semua bergantung kepada anda. Anda yang pilih nak berada dalam situasi yang mana. Dan ia bergantung sama ada anda buat atau tidak servis kereta sebelum pulang ke kampung. 

Servis Kereta, Jangan Tak Servis! 

Sebelum memulakan apa-apa perjalanan terutama perjalanan yang sangat panjang dan lama seperti pulang ke kampung, pastikan kereta anda dah diservis terlebih dahulu. 

Jika anda baru saja selesai servis kereta, anda sangat digalakkan untuk membuat pemeriksaan kendiri kereta. Ini kerana mungkin ada komponen yang terlepas daripada pemeriksaan lepas ataupun ada komponen yang baru rosak selepas servis sebelum ini. 

Untuk membantu anda, ini senarai komponen yang boleh anda periksa bagi memastikan kereta anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan balik kampung anda. Barulah boleh enjoy

1. Tayar

Mari kita periksa satu-satunya komponen yang sentiasa menyentuh jalan raya iaitu tayar. Jangan dibuat main apabila kita bercakap tentang tayar ya! Jika tayar kereta anda tidak diberikan perhatian yang secukupnya, anda sendiri yang akan merana nanti! 

Artikel berkaitan: Selamat Ke Tayar Buatan Tahun 2019? Bila Tayar Lama Ni Akan Luput?

Untuk tayar, cuba periksa ketebalan bunga tayar. Ketebalan bunga tayar kalau boleh, sekurang-kurangya 1.6mm dengan kedalaman sekurang-kurangnya 5mm. Kalau nak lagi mudah, anda tengok saja penanda ini:

Gambar daripada michelin.com.my.

Kalau bunga tayar sudah hampir sama paras dengan penanda ini, tayar anda perlu ditukar. Dengan segera!  

Selain itu, jika anda perasan tayar cepat kempis, berkemungkinan tayar itu dah rosak. Untuk ini juga, sila tukar tayar anda secepat mungkin untuk mengelakkan anda terlibat dalam kemalangan. 

Oh ya, jangan lupa periksa juga tayar ganti kereta anda. Anda tak nak tersadai tepi jalan kerana tayar pancit dan tayar ganti kereta anda sama ada tak cukup angin, rosak, ataupun langsung tiada dalam kereta! 

2. Minyak 

Kereta anda bukan hanya menggunakan minyak petrol saja untuk bergerak dan berfungsi. Ada macam-macam jenis minyak lagi yang ada dalam kereta anda untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan baik. 

Antaranya seperti minyak enjin, minyak brek, minyak transmisi, minyak gear, dan lain-lain lagi. 

person pouring coolant into car engine

Setiap minyak ini mempunyai jadualnya tersendiri seperti minyak enjin perlu ditukar setiap 5,000km, 7,000km, 10,000km, dan 15,000km. Ini bergantung kepada model dan jenis minyak yang dikeluarkan. 

Untuk semua minyak bendalir yang lain, anda boleh rujuk manual dan jadual servis untuk tahu kekerapan penukaran. 

3. Bilah Pengelap Tingkap 

Ini mungkin antara komponen yang dipandang ringan oleh kebanyakan pemilik kereta. Tapi ramai yang tak tahu jika bilah pengelap tingkap ini rosak, anda lebih senang untuk terlibat dalam kemalangan. 

Jika anda memandu dalam hujan, tanpa bilah pengelap, cermin hadapan kereta akan kabur dengan air hujan. Penglihatan jadi tak jelas dan anda tak nampak jalan di hadapan! Apa yang jadi lepas ini saya serahkan kepada anda untuk fikirkan akibatnya. 

Periksa bilah pengilap cermin – cermin hadapan dan juga belakang. Jika ia merekah atau keras, sila tukar segera. Bilah ini tak mahal pun tapi ia boleh memudahkan anda memandu ketika cuaca buruk! 

4. Brek 

Sebut saja brek, rasanya tak perlu diterangkan lagi tentang kepentingan komponen ini. Nyawa dan keselamatan anda sepanjang pemanduan sangat bergantung kepada komponen ini! 

Ada dua jenis brek dalam pasaran. Brek drum dan juga brek cakera. Ada model yang hanya menggunakan brek cakera untuk keempat-empat tayar. Ada juga model kereta yang menggunakan kombinasi brek drum dan brek cakera. 

Change car brake pad

Perhatikan cakera brek, jika sudah berkarat teruk, anda boleh tukarkannya untuk brek yang lebih lancar semasa memberhentikan kenderaan. Periksa juga pad brek. Pastikan ia mempunyai ketebalan yang cukup. Anda tak nak tiba-tiba salah satu (atau semua) brek anda tak berfungsi semasa anda memberhentikan kenderaan. 

Selain itu, minyak brek juga perlu dibersihkan daripada sistem setiap 30,000km. Minyak yang dibiarkan terlalu lama boleh menjadi kotor dan boleh menjejaskan prestasi brek. 

5. Cecair 

Bukan anda saja memerlukan cecair untuk hidup, kereta juga perlukan cecair untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan baik. 

Walk around the car to check for its car safety feature

Dua cecair yang seperti cecair penyejuk dan cecair pengelap tingkap perlu diperiksa secara berkala. Tangki bagi kedua-dua cecair ini boleh diakses melalui bonet kereta. Cuma perlu pastikan kedua-dua cecair ini berada pada tahap yang sepatutnya. 

Pastikan juga ia ditukar mengikut jadual yang telah ditetapkan di dalam rekod servis kereta. 

6. Tali Sawat dan Hos

Rasanya ramai juga antara pemandu yang selalu terlupa komponen ini apabila memeriksa kenderaan mereka. Mereka lebih memberikan perhatian kepada komponen lain seperti enjin padahal komponen ini juga penting bagi memastikan kereta boleh bergerak dengan lancar. 

Tali sawat wajib ditukar setiap 65,000 hingga 100,000km atau setiap tujuh tahun, manakala bagi hos pula wajib ditukar setiap 80,000km. Buat saja pemeriksaan berkala beberapa bulan sekali kerana komponen kereta ini tetap boleh mengalami kerosakan. 

Macam mana nak tahu, bila hos dan tali sawat ini perlu ditukar? Periksa keadaan fizikalnya. Disebabkan komponen ini diperbuat daripada getah, maka ia akan merekah dan rapuh. Terus tukar jika hos dan tali sawat kereta anda dalam keadaan begini. 

Bagi hos getah, periksa juga jika ada kebocoran yang berlaku. 

7. Lampu 

Lampu untuk menyinari jalan dan juga masa depan anda (eh?). Tiada lampu, ibarat anda memandu untuk terlibat dalam kemalangan. Disebabkan betapa pentingnya lampu ini, jika mana-mana lampu kereta anda tidak berfungsi, anda boleh disaman! 

Periksa semua lampu yang ada. Lampu hadapan. Lampu belakang. Lampu isyarat. Lampu kabus. Pastikan semuanya berfungsi dengan baik. 

Jika ada mana-mana yang tidak menyala apabila suis dah ditekan, cuba anda periksa fius dahulu. Kadang-kadang fius rosak menyebabkan lampu kereta tidak berfungsi. Jika fius dah ditukar tetapi lampu masih lagi tidak berfungsi, barulah anda boleh tukar mentol baharu. 

Jika lampu masih tidak menyala walaupun selepas fius dan mentol ditukar, berkemungkinan berlaku kerosakan pada litar. Untuk ini, pergi saja ke bengkel terdekat untuk membaikinya. 

Setiap kereta ada tiga lampu brek di belakang. Pastikan ketiga-tiganya berfungsi apabila brek ditekan. Anda tak nak kena saman hanya disebabkan salah satu lampu brek tidak berfungsi! 

8. Bateri 

Tanpa bateri, kereta tidak akan hidup dan semua komponen elektronik dalam kereta tidak dapat digunakan. Tak susah pun nak periksa bateri kereta anda. Ini kerana bateri kereta anda berada di tempat yang mudah untuk dilihat dan dicapai di bawah bonet. 

carsome change battery

Anda dinasihatkan untuk memeriksa bateri kereta anda dua kali setahun. Apa yang nak diperiksa? 

  • Sambungan bateri. Pastikan sambungan tidak berkarat dan tidak longgar. 
  • Paras air bateri. Pastikan air kandungan air bateri mencukupi. 

Jika anda mempunyai voltmeter, anda boleh periksa voltan bateri. Voltan bateri sepatutnya pada paras antara 12.4 hingga 12.7V. 

9. Pendingin Hawa 

Bayangkan anda sedang memandu balik kampung pada waktu siang dan tiba-tiba pendingin hawa kereta menjadi tidak sejuk. Sangatlah menyeksakan badan dan jiwa! Ini belum lagi terpaksa melayan karenah anak-anak yang mengeluh panas. 

Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Kekal Sejuk Sepanjang Musim Panas Ini

Untuk pendingin hawa, jika aliran udara tiba-tiba jadi perlahan atau suhu kereta menjadi kurang sejuk atau jika ada bau busuk keluar daripada saluran pendingin hawa, bawa saja ke pusat servis untuk diperiksa. Ada macam-macam sebab mengapa perkara ini terjadi. 

Boleh jadi ada saluran udara telah kotor, penapis udara tidak ditukar atau gas pendingin hawa telah habis. 

10. Bahagian Dalaman 

Bahagian dalam kereta ini tidak termasuk dalam servis teknikal tetapi bahagian dalam kereta yang bersih boleh menjamin perjalanan yang lebih selesa. 

Bayangkan berada dalam kereta yang tak bersih selama berjam-jam untuk sampai ke destinasi, keadaan akan jadi sangat-sangat tidak selesa dengan bau busuk yang menusuk hidung dan juga serangga kecil yang akan menemani perjalanan anda! 

vacuuming car floor mat in car

Biasakan diri untuk membersihkan kereta anda sekali setiap seminggu atau dua minggu. Pastikan tiada sisa makanan yang terbiar lama dalam kereta. Anda juga boleh hantarkan ke cuci perinci supaya bahagian dalaman dan enjin kereta dicuci dengan profesional. 

Kereta dah bersih, barulah selesa nak berjalan jauh-jauh!  

‘Test Drive’ Dulu Sebelum Balik Kampung! 

Pandu uji ni bukan setakat dibuat sebelum nak beli kereta, sebelum nak balik kampung pun sebaiknya anda perlu buat pandu uji untuk tahu keadaan kereta semasa dipandu. Ada tak sebarang bunyi yang keluar daripada mana-mana bahagian kereta? 

Periksa juga jika ada sebarang gegaran atau getaran yang anda boleh rasakan semasa memandu kereta, semasa berhenti, dan juga semasa kereta membrek. Jika ada, catatkan juga untuk rujukan mekanik. 

Artikel berkaitan: Betul Ke Kalau Stereng Kereta Bergegar Itu Tanda Rak Stereng Kereta Dah Rosak?

Senaraikan apa yang tak kena dan kemudian maklumkan kepada mekanik tempat anda hantarkan kereta untuk diservis. Barulah mudah mekanik nak kenal pasti apa bahagian dan komponen yang dah rosak atau terjejas. 

Susah Nak Cari Pusat Servis Yang Bagus Zaman Sekarang Ni! 

Setiap hari, ada saja cerita tentang orang kena tipu dengan bengkel kereta. Ada yang kena tipu dengan alat ganti palsu. Ada juga dicaj dengan harga yang sangat mahal! 

Tapi, kalau anda hantar kereta anda untuk diservis di Pusat Servis CARSOME, anda dijamin tidak akan ditipu atau kena ‘lipat’ dengan bengkel! 

CARSOME Service Center exterior

Artikel berkaitan: Jangan Kena Tipu! Cara Tak Nak Kena Tipu Di Bengkel Kereta

Di Pusat Servis CARSOME, kami mengamalkan proses pengebilan yang telus. Ini bermakna anda akan ditunjukkan terlebih dahulu senarai pembaikan yang akan dibuat terhadap kereta anda beserta harga. Setelah anda setuju dengan harga yang dikemukakan, barulah mekanik bertauliah kami akan memulakan kerja-kerja pembaikan!

Kami juga menggunakan alat ganti tulen yang dipilih khas oleh mekanik bertauliah kami untuk digunakan pada kereta anda. Jadi, tidak akan ada isu kereta rosak selepas keluar bengkel disebabkan alat ganti palsu! 

Hantar Kereta Anda ke Pusat Servis CARSOME Sebelum Balik Kampung!

Anda tak tahu apa yang kereta anda perlukan? Tak apa, jangan risau! Anda bawa saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk pemeriksaan PERCUMA 20-titik. Dengan pemeriksaan percuma ini, anda akan tahu sama ada kereta anda memerlukan perhatian atau sebarang pembaikan khusus. 

*Tertakluk Terma & Syarat.

Sebelum slot kami habis ditempah untuk Raya ini, cepat-cepat buat janji temu untuk servis kereta anda di Pusat Servis CARSOME dengan klik DI SINI

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular