HomeBMMacam Mana Nak Kekal Sejuk Sepanjang Musim Panas Ini

Macam Mana Nak Kekal Sejuk Sepanjang Musim Panas Ini

Ketiak berpeluh. Muka merah. Lesu yang teramat sangat. Semua ini juga merupakan salah satu tanda bahawa kita semua tak tahan dengan gelombang musim panas. Kesudahannya, kita akan pasang kuat-kuat pendingin hawa kereta apabila anda masuk ke dalam kereta tapi itu bukanlah perkara yang bagus untuk pendingin hawa kereta anda. 

Lebih kurang seperti badan kita sendiri, bangun saja daripada tidur terus buat tekan tubi 50 kali takkan membawa manfaat kepada badan anda. Samalah juga dengan hidupkan pendingin hawa sekuat-kuatnya apabila anda masuk ke dalam kereta yang berjam-jam diparkir di bawah panas matahari. 

Kita akan telusuri beberapa petua asas untuk memastikan pendingin hawa kereta anda boleh kekal sejuk, sesejuk kutub selatan untuk tempoh masa yang lama. 

1. Servis 

Sama seperti enjin kereta anda, servis untuk sistem penghawa dingin kereta tak boleh diabaikan. Ia perlu diselenggara dan arahan penyelenggaraan akan dicatatkan dalam manual kereta. 

Malah, pemeriksaan tahunan oleh pusat servis kereta bertauliah atau pakar pendingin hawa lain sangat digalakkan. Kalau kita abaikan ini, maka akan timbul macam-macam masalah dengan pendingin hawa kereta anda. 

Semua komponen dalam sistem pendingin hawa terdedah kepada haus dan lusuh maka penyelenggaraan berkala adalah perlu walaupun pendingin hawa masih sejuk. 

Antara penyelenggaraan yang biasa adalah menukar cecair penyejuk, menyelenggara pemampat udara dan menukar penapis kabin menurut senarai penyelenggaraan. 

Pada masa yang sama, minta juga juruteknik untuk lakukan ini: 

  • Melaraskan tali pemacu dan takal. 
  • Memeriksa untuk sebarang kebocoran pada saluran, hos, dan komponen 
  • Membersihkan sirip pemeluwap (condenser)
  • Nyahbau dan bersihkan sistem pendingin hawa

2. Letak Kereta Di Tempat Yang Teduh 

Cara yang paling mudah untuk sejukkan ruang kereta adalah untuk pastikan kereta tak panas dahulu. Ya, cakap saja memang senang tapi kalau boleh dan ada peluang, carilah parkir yang teduh dan bertutup. 

Menghalang cahaya matahari kepada permukaan cermin boleh mengelakkan ruang kereta menjadi panas dan terasa seperti sauna ketika anda memasuki kereta. 

Kalau anda tak berjaya dapatkan tempat yang teduh, anda boleh beli peredup. Kami dah rasa keberkesanan peredup dan anda pun wajib beli. Tambahan lagi, kalau tingkap kereta anda ada visor, anda boleh biarkan sedikit ruang terbuka untuk membolehkan udara panas keluar tanpa bimbang tempias air hujan masuk ke dalam. 

3. Keluarkan Udara Panas Sebelum Pasang Pendingin Hawa 

Katakanlah anda gagal cari tempat teduh dan terpaksa parkir juga di bawah panas untuk beberapa jam, tolong tahan diri dan jangan hidupkan pendingin hawa sekuat-kuatnya apabila anda hidupkan kereta. 

Apa yang boleh anda buat, alihkan udara panas dalam ruang kereta untuk keluarkan sebanyak mana udara panas yang boleh. Cara yang paling cepat adalah dengan menurunkan tingkap penumpang hadapan sebelum membuka dan menutup pintu bahagian pemandu dengan tingkap tertutup beberapa kali. Ini akan menolak udara panas dengan cepat. 

Atau, kalau anda tak ada masa untuk berbuat demikian, anda boleh buka tingkap dan pandu dulu untuk sekejap sebelum menghidupkan pendingin hawa. 

4. Jangan Pasang Aircond Kuat Sangat!  

Apabila dah keluarkan sedikit udara panas daripada dalam kereta, masa untuk hidupkan pendingin hawa tapi setkan pada kelajuan rendah dan hidupkan mod “aircond fresh” (butang mod ‘Fresh ada di bawah).

Suhu dalam kereta masih lagi panas jadi hidupkan mod “fresh” akan mengalirkan udara sejuk dari luar masuk ke dalam. Tambahan lagi, pendingin hawa akan berfungsi dengan lebih baik semasa anda memandu kerana pemampat udara akan berfungsi dengan lebih laju dengan kelajuan putaran enjin. 

Kalau anda dah rasa udara yang keluar daripada saluran ialah lebih sejuk, tukar pula kepada mod ‘recirculate’ (gambar seperti bawah) bagi membolehkan pendingin hawa menyebarkan semula udara sejuk di dalam kereta melalui pengering/penerima supaya udara sejuk disalurkan kembali ke dalam kereta. 

Dengan membiarkan ruang dalaman kereta menjadi sejuk secara semula jadi sebelum menghidupkan pendingin hawa, setiap komponen dalam sistem ini akan berfungsi pada kadar yang lebih perlahan dan membolehkan ia tahan lebih lama. 

Diharapkan petua ini boleh dimanfaat supaya pendingin hawa kereta anda boleh bertahan lama tanpa kerosakan yang serius. 

*Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel “How to keep your air-conditioning as cool as a cucumber in this heatwave?” yang diterbitkan di laman Wapcar.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular