Kerjasama CARSOME x Cantona Dalam Menetapkan Taraf Baharu Untuk Industri Kereta Terpakai

Apabila sebut sahaja CARSOME, kami mahu cara pembelian dan penjualan kereta pramilik yang terjamin untuk memenuhi segenap ruang fikiran anda. Inilah sebabnya kami berusaha untuk menyediakan kereta berkualiti dan perkhidmatan yang tiada tandingan sehingga kami berjaya mencipta taraf baharu dalam industri, yang dikenali sebagai CARSOME Certified, untuk memastikan ketenangan anda sepanjang proses pembelian dan penjualan kereta.

Daripada menyediakan kereta berkualiti yang telah dibaik pulih sehingga membantu anda mengendalikan kertas kerja yang leceh, kami melakukan semuanya untuk menjanjikan pengalaman yang terbaik buat anda. 

Kini, usaha kami di bawah naungan pengasas berwibawa kami, Eric Cheng, disertai oleh legenda bola sepak ternama, Eric Cantona, yang suatu ketika dahulu telah memaparkan ciri-ciri kepimpinan yang mantap dan semangat waja dalam usaha beliau membawa kelabnya ke arah kejayaan.

‘The Erics’, gelaran kami untuk pasangan tersebut, kini bersatu dengan semangat yang waja di barisan hadapan untuk menaikkan CARSOME sebagai perintis dalam industri kereta terpakai. ‘The Erics’ akan kekal berusaha untuk menawarkan ketenangan minda kepada anda dalam proses pembelian dan penjualan kereta yang terjamin bersama CARSOME Certified.

CARSOME & Eric Cantona Berkongsi Semangat Waja Yang Mampu Menggegar Dunia

Cantona telah menempa nama di persada dunia dengan memaparkan semangat waja dalam usaha beliau membawa salah satu kelab bola sepak terbesar ke arah kegemilangan, sama seperti yang dilakukan oleh CARSOME dalam usaha kami untuk dikenali sebagai perintis dalam industri kereta terpakai. Berikut merupakan sebab mengapa kami memilih untuk bekerjasama dengan Cantona.

carsome cantona bm

  • Pemimpin yang berwibawa: Cantona adalah kapten salah satu kelab bola sepak terbesar dengan sumbangan gol tertinggi pada musim pertamanya. Kini, beliau menyertai CARSOME kerana kepercayaannya terhadap matlamat CARSOME dalam menerajui usaha menawarkan ketenangan untuk para pembeli dalam industri kereta terpakai.
  • Semangat tak pernah menyerah kalah: Cantona sentiasa bangkit dalam apa jua keadaan dan beliau berjaya membuktikan kebolehannya dengan membantu Manchester United mencapai kejuaraan yang pertama dalam 26 tahun. Ini adalah salah satu ciri yang ada pada CARSOME – kami mahu menjadi pemimpin dalam industri kereta terpakai dengan pengalaman membeli dan menjual kereta yang menyeluruh untuk memudahkan pengguna seperti anda dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menjadikannya kenyataan.
  • Beliau merupakan seorang juara, sama seperti CARSOME: Cantona adalah seorang juara dan ia dibuktikan melalui pencapaian dan rekod prestasinya yang cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukannya – dari dahulu hingga sekarang. Pada Januari 2021, peminat Manchester United telah menayangkan sepanduk gergasi yang tertera perkataan ‘STANDARDS’ yang disertakan dengan wajah jaguh-jaguh United, salah satunya ialah Cantona. CARSOME juga bertujuan untuk menetapkan taraf baharu, dengan percubaan berterusan untuk mengubah industri kereta terpakai sebagai perintis sejak tujuh tahun yang lalu, sama seperti bagaimana Cantona berusaha mengubah nasib pasukan bola sepaknya (satu pencapaian yang diingati sehingga ke hari ini).

Dapatkan Kereta Berkualiti dengan CARSOME Certified: Cara Pembelian Kereta yang Terjamin

CARSOME dan Cantona kini adalah satu entiti yang bergerak seiringan, dengan jaminan yang kami berikan melalui kereta CARSOME Certified yang turut disokong oleh Eric Cantona. Kerjasama yang kukuh antara dua nama daripada bidang yang berbeza ini didirikan dengan satu matlamat yang sama, untuk menawarkan cara pembelian dan penjualan kereta yang terjamin.

Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai apabila dalam urusan pembelian kereta pramilik dengan kepercayaan, ketelusan, dan pilihan yang tiada tandingan.

Inilah sebabnya CARSOME Certified adalah pilihan yang boleh anda percayai dan ianya lebih daripada sekadar jaminan kualiti.

  • Percaya Janji Kami untuk Ketenangan Minda

Selain daripada memastikan kualiti untuk setiap kereta CARSOME Certified, kami menetapkan taraf yang lebih tinggi daripada biasa untuk memenuhi janji memberi anda ketenangan. Inilah sebabnya setiap kereta CARSOME Certified bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir, hasil daripada pemeriksaan 175-titik yang ketat. Dan setiap kereta juga didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan dalam lima hari dan waranti satu tahun.

  • Tiada Bayaran Tersembunyi & Tiada Kejutan yang Tidak Diingini

CARSOME Certified menjamin pengalaman membeli kereta yang bebas daripada kebimbangan untuk anda. Ini kerana semua yang anda lihat di laman web kami adalah apa yang anda akan dapat. Harga setiap kereta yang kami paparkan adalah termasuk bayaran cukai jalan, bayaran pemeriksaan Puspakom, bayaran pemprosesan pinjaman, dan bayaran penukaran hak milik. Laporan pemeriksaan 175-titik yang lengkap juga disediakan disertai gambar 360 darjah bahagian luaran dan dalaman kereta agar anda boleh meneliti keadaan kereta sebelum membuat pembelian. Tiada kompromi dalam usaha kami untuk menawarkan ketelusan penuh kepada anda. Ini bermakna anda boleh memeriksa kereta pilihan anda di mana sahaja sebelum anda membuat pandu uji secara percuma.

  • Pelbagai Pilihan Tersedia untuk Anda

Memiliki kereta idaman anda kini lebih mudah dengan CARSOME. Terdapat pelbagai pilihan kereta pramilik berkualiti, sehingga 30 jenama kereta yang sesuai untuk semua jenis gaya hidup. Jadi, layari dan tempah kereta idaman anda di laman web atau aplikasi mudah alih kami dan Konsultan CARSOME kami akan sentiasa bersedia untuk membantu anda di Pusat Pengalaman kami jika anda mahukan lebih pendekatan. Selain itu, janji temu pandu uji kami tersedia tujuh hari seminggu. Anda juga boleh memilih penghantaran kereta terus ke rumah anda* atau anda boleh mengambil kereta tersebut di Pusat Pengalaman CARSOME yang berdekatan anda.

Kita Menang Bersama: Nikmati Pengalaman Menjual Kereta yang Menyeluruh Bersama Kami

Usaha kami dalam meningkatkan taraf industri kereta terpakai sentiasa berterusan. Anda juga boleh menjual kereta anda kepada kami untuk pengalaman menjual kereta yang memberikan anda ketenangan minda.

carsome cantona tiada bebanan kertas kerja

Kami faham ada pelbagai keraguan yang dialami ketika anda ingin menjual kereta. Sebab itulah CARSOME akan menawarkan harga yang paling berpatutan di samping berusaha untuk memudahkan proses tersebut untuk anda.

Untuk menjual kereta, anda hanya perlu:

  • Menempah pemeriksaan kereta percuma melalui laman web kami;
  • Membawa kereta untuk pemeriksaan;
  • Mendapatkan tawaran serta-merta atau hantar kereta anda untuk bidaan secara langsung dengan rangkaian pengedar kami dari seluruh negara yang dipercayai; dan
  • Terima bayaran dalam masa satu jam*.

Ini bermakna anda boleh menjual kereta anda dalam masa 24 jam* sahaja.

Tambahan pula, anda juga tidak perlu risau tentang kertas kerja dalam proses membeli dan menjual kereta kerana kami akan menguruskannya untuk anda. Ini termasuk berurusan dengan jabatan yang berkaitan dan berulang alik ke lokasi yang diperlukan. Kami juga akan menguruskan permohonan pinjaman, penukaran hak milik, dan pengambilan cukai jalan untuk untuk memudahkan anda.

Jadi, jika anda bersedia untuk memiliki kereta CARSOME Certified atau ingin menjual kereta, kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Tempah kereta idaman anda di carsome.my atau tempah pemeriksaan hari ini.

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.