HomeBM7 Supercar atau Kereta Paling Laju di Dunia 2021

7 Supercar atau Kereta Paling Laju di Dunia 2021

Persaingan dalam kalangan pengeluar automotif untuk menghasilkan kereta terpantas di dunia bukanlah suatu perkara yang baru dan asing. Kebanyakan daripada mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan dan membuktikan keupayaan mereka dalam menghasilkan kereta yang paling laju di dunia. Berdasarkan rekod, Benz Patent Motorwagen merupakan kereta pertama yang diiktiraf di sebagai kereta terpantas di dunia. Model kereta yang dibina pada tahun 1898 ini mencatatkan kelajuan tertinggi sebanyak 12 mph sebelum dicabar oleh Jaguar XK120 setengah abad kemudian.

kereta paling pantas di dunia

7 Kereta Paling Laju di Dunia 2021 yang Perlu Anda Tahu

Kedudukan dan takhta kereta paling laju di dunia biasanya akan bertukar tangan saban tahun. Berikut merupakan senarai tujuh (7) kereta paling pantas di dunia setakat hari ini untuk panduan dan rujukan anda:

7. Bugatti Chiron | 261 mph

Bugatti Chiron yang diperkenalkan pada tahun 2016 merupakan model pengganti bagi Bugatti Veyron standard yang ditamatkan selepas 10 tahun pengeluaran. Chiron boleh dikatakan model kereta super sport paling berkuasa, terpantas, paling mewah dan eksklusif di dunia yang dihasilkan oleh Bugatti. Model kereta ini dinamakan sempena Louis Chiron, pemandu Bugatti dalam Kejuaraan Eropah pada awal tahun 1930-an. Ia sekali gus memberi inspirasi kepada Bugatti untuk menamakan model kereta ini sempena nama beliau.

Bugatti Chiron

Bugatti Chiron mencatatkan rekod kelajuan tertinggi iaitu 261 mph atau 420 km/j. Selain itu, model ini juga turut menampilkan enjin kuad turbo W16 yang dikemas kini yang mampu menghasilkan 1,184 kuasa kuda.

6. Bugatti Veyron Super Sport | 268 mph

Sebelum Hennessey dan Koenigsegg mendominasi kelompok kereta paling laju di dunia, kebanyakan model kereta keluaran Bugatti mengungguli kelompok ini. Tidak seperti pesaing yang lain, Bugatti memanfaatkan kelebihan pelaburan masa dan sumber daripada rizab tunai syarikat induknya, Volkswagen. Bugatti Veyron Super Sport dihasilkan dalam jumlah yang terhad iaitu sebanyak 30 unit sahaja.

Bugatti Veyron Super Sport

Super Sport ini menampilkan kuasa kuda 184 lebih tinggi dan ciri aerodinamik yang lebih baik berbanding Veyron standard yang hanya menghasilkan 1,001 kuasa kuda. Ia sekaligus membolehkan model kereta ini mencapai 267 mph untuk menjadikan Veyron Super Sport sebagai kereta pengeluaran terpantas di dunia pada tahun 2010.

5. Hennessey Venom GT | 270 mph

Hennessey Venom GT mencipta rekod kelajuan tertinggi rasmi yang baharu mengatasi Bugatti Veyron. Supercar yang berpangkalan di Lotus ini menampilkan enjin turbo berkembar 7.0 liter V8 dan 1,244 kuasa kuda. Model ini mencatatkan rekod kelajuan tertinggi iaitu 270.4 mph atau 435 km/j. Sebelum menghasilkan Venom GT, pengeluar model kereta ini iaitu Hennessey Performance Engineering hanya mengubahsuai kereta sukan atau sport car. Ini bermaksud, model Venom GT merupakan kereta pertama keluaran sendiri yang dibina berasaskan platform Lotus Exige.

Meskipun Guinness Book of World Records memperakui rekod kelajuan yang dicatatkan oleh model ini, ia menerima kritian daripada pelbagai pihak. Terdapat pertikaian rekod kelajuan tertinggi yang diambil kerana ia tidak berdasarkan purata dua percubaan dalam arah yang bertentangan.

4. Koenigsegg Agera RS | 278 mph

Berikutan kejayaan Agera R, Koenigsegg memperkenalkan model Agera RS pada tahun 2017. Ia sekali gus menjadikannya kereta terpantas di dunia dengan kelajuan purata 277.9 mph atau 447 km/j. Meskipun rekod ini hanya bertahan kurang daripada dua tahun, Agera RS masih mendominasi beberapa petanda aras dalam dunia automotif–tempoh pecutan dari 0 hingga 200 mph, pembrekan dari 200 hingga 0 mph dan berhenti sepenuhnya.

kereta paling laju di dunia | Koenigsegg Agera RS

Model kereta ini menampilkan enjin yang sama dengan model sebelumnya iaitu V8-5 liter dengan caj turbo berkembar. Ia berupaya menghasilkan 1,350 kuasa kuda, 210 lebih tinggi berbanding Koenigsegg Agera R. Tidak seperti Bugatti, Koenigsegg tidak menghasilkan Agera RS edisi terhad sebagai simbolik untuk meraikan pencapaiannya. Namun begitu, kesemua 25 unit kereta ini dihasilkan dengan warna, pengeluaran kuasa yang berbeza dengan mana-mana model lain.

3. Hennessey Venom F5 | 301 mph

Hennessey Venom F5 merupakan salah satu kereta paling laju di dunia yang pernah direkodkan. Nama model kereta ini diambil daripada nama puting beliung paling pantas, sesuai dengan kelajuan dan kuasa luar biasa yang ditampilkan oleh model ini. Venom F5 menampilkan enjin berkembar dengan caj turbo buatan Amerika. Ia menampilkan 2,000 kuasa kuda sekali gus membolehkannya mencapai kelajuan tertinggi 484 km/j atau 301 mph.

Hennessey Venom F5

Model ini juga mampu memecut daripada 0 hingga 100km/j atau 0 hingga 60mph dalam masa kurang daripada dua saat. Venom F5 yang dibina untuk memecahkan rekod dunia yang disandang oleh penyandang terdahulu bukan sahaja menampilkan kelajuan, malah gaya, harga dan ciri eksklusif yang memukau.

2. Bugatti Chiron Super Sport 300+ | 304 mph

Bugatti Chiron boleh dikatakan antara kereta paling laju di dunia dengan kelajuan sekitar 261 mph. Namun begitu, firma Perancis ini ingin memecahkan rekod baharu dengan menghasilkan Bugatti Chiron Super Sport 300+, versi yang dipertingkatkan daripada versi sebelumnya. Model kereta ini menampilkan enjin yang lebih berkuasa berbanding Bugatti Centodieci – 1,578 kuasa kuda yang dikatakan 99 kali lebih berkuasa berbanding Chiron standard. Selain itu, nisbah gear dengan kotak gear juga dikatakan lebih panjang dengan pakej aerodinamik yang dipertingkatkan. Ia secara tidak langsung menambahkan panjang kereta hampir 10 inci.

Meskipun model kereta ini masih dikategorikan sebagai sebuah prototaip pragengeluaran, ia mencatatkan rekod dunia sebagai supercar paling laju. Model kereta ini merekodkan kelajuan tertinggi sebanyak 304 mph atau 491 km/j. Rekod ini memadai untuk mengesahkan kedudukan dalam Guinness Book of World Records. Bugatti Chiron Super Sport 300+ juga merupakan kereta pertama yang berjaya mencapai kelajuan setinggi ini.

1. SSC Tuatara | 316 mph

Shelby SuperCar atau SSC yang berpusat di Amerika Utara telah menghasilkan sebuah supercar yang dilengkapi dengan inovasi automotif terkini dan terhebat. Pada Oktober 2020, SSC mengesahkan bahawa Tuatara merupakan kereta paling laju di dunia dan berjaya mencapai kelajuan 331 mph atau 530 km/j. Tuatara yang mendapat namanya daripada sejenis reptilia di New Zealand menampilkan reka bentuk yang elegan dan moden. Ia dikuasakan oleh flat-plane-crank 5.9 liter motor V-8 turbo berkembar dan mampu menjana 1,750 kuasa kuda.

kereta paling laju di dunia | SSC Tuatara

Melalui ujian pemanduan di lebuh raya tertutup berhampiran Pahrump, Nevada – SSC Natura berjaya merekodkan perjalanan pergi balik dengan masing-masing mencatatkan 330 mph dan 301 mph. Ia sekali gus menjadikan purata perjalanan dua hala sebanyak 316 mph dan melayakkan SSC Tuatara menjadi kereta paling laju di dunia, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta terpakai lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan tawaran pilihan kereta terpakai yang berkualiti, dokumentasi diuruskan sepenuhnya dan perkhidmatan penghantaran kereta secara terus ke pintu rumah anda!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular