HomeBMAkhirnya Selepas 20 Tahun! Kerajaan Umum Pertimbangan Semula Monopoli Touch ‘n Go

Akhirnya Selepas 20 Tahun! Kerajaan Umum Pertimbangan Semula Monopoli Touch ‘n Go

Pernah tak, anda sedang melalui lebuh raya dan perlu melalui tol kemudian apabila anda hendak memasuki lorong tol dan terus sentuh kad Touch n’ Go (Touch ‘n Go) pada terminal dan tiba-tiba siren berbunyi! Rupa-rupanya baki dalam kad anda tidak mencukupi. Tak pasal-pasal anda yang terpaksa undur balik keluar dari lorong untuk ke lorong tambah nilai. 

Ini cumalah sebahagian kecil daripada masalah yang timbul semenjak pembayaran bagi tol di lebuh-lebuh raya seluruh Malaysia menggunakan Touch ‘n Go sahaja. Touch ‘n Go telah hadir dengan pelbagai kemajuan termasuklah e-dompetnya sendiri serta kad visa bagi Touch ‘n Go. 

Walaupun dengan segala naik taraf yang dibuat oleh Touch ‘n Go ini, masih ada beberapa masalah yang sebenarnya agak menyusahkan rakyat seperti caj transaksi tambah nilai dan juga tarikh luput bagi baki dalam kad Touch ‘n Go. 

Sumber: Berita Harian

Bertahun-tahun lamanya Touch ‘n Go memonopoli, akhirnya akan ada harapan bagi sistem pembayaran baharu bagi tol di lebuh raya.

20 Tahun Beroperasi Tanpa Perkembangan, Kerajaan Akan Pertimbangkan Monopoli Touch ‘n Go 

Akhirnya! Setelah lebih 20 tahun, kerajaan akan mempertimbangkan semula monopoli Touch ‘n Go bagi pembayaran tol di seluruh negara. 

Jaminan ini diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika acara #TemuAnwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 yang berlangsung pada 19 Mac 2023 yang lalu apabila ada soalan berkenaan monopoli Touch ‘n Go daripada salah seorang pengunjung di situ. 

Sebenarnya, cadangan untuk menggunakan kaedah pembayaran lain selain daripada Touch ‘n Go pernah diusahakan oleh PLUS tetapi sehingga sekarang, tiada perkembangan terkini berkenaan usaha tersebut. 

Namun, selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia minggu lalu, nampaknya ada perkembagan terkini apabila Kementerian Kerja Raya dengan gesaan daripada Kementerian Pengangkutan akan menyediakan sistem pembayaran terbuka bagi tol menjelang penghujung September ini. 

Lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini ialah: 

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Damansara-Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

Tiada Lagi Palang Tol Lagi Tahun 2025? 

Tol tanpa palang dan pondok? Ya! Itulah yang akan mula dikuatkuasakan bermula tahun hadapan bagi sistem pembayaran baharu bagi tol di Malaysia. 

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong atau Multi-Lane Free Flow (MLFF) akan mula diperkenalkan di Malaysia. Namun, ia akan masih berada di peringkat ujian dan kajian bermula tahun hadapan. 

Sumber: Juice

Sistem ini dijadualkan akan mula digunakan di hampir kesemua lebuh raya bertol mulai 2025, atau sekurang-kurangnya itulah perancangan asal. 

Dengan peruntukan sebanyak RM3.46 bilion, diharapkan projek ini boleh memanfaat lebih ramai pengguna jalan raya dengan memastikan lorong di jalan raya tidak lagi sesak kerana perlu berhenti untuk membayar tol. 

Adakah ini perkembangan ini akan menjadikan lebuh raya di Malaysia lebih lancar? Macam mana pula dengan mereka yang suka lari daripada membayar tol? 

Apa pendapat anda berkenaan perkembangan ini? Jom kongsikan di ruangan komen!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular