HomeBMKadar Bayaran Tol Bagi Lebuh Raya Popular di Malaysia

Kadar Bayaran Tol Bagi Lebuh Raya Popular di Malaysia

Secara umumnya semua orang tahu bahawa kita perlu bayar tol kalau nak gunakan lebuh raya di Malaysia. Biasanya kalau nak jalan jauh, antara perkara yang perlu difikirkan mestilah kadar tol yang perlu dibayar, lebih-lebih lagi kalau kita nak lalu lebuh raya yang jarang kita gunakan.

senarai harga tol plus

Tambahan pula, pembayaran tol sekarang semuanya kena gunakan sama ada kad Touch n’ Go, SmartTAG atau RFID. Kalau tak sediakan baki yang mencukupi mesti akan berlaku masalah bila nak buat pembayaran. Nak selesaikan masalah ni pula kena ambil masa dan mungkin akan susahkan pengguna lebuh raya lain yang terpaksa menunggu.

Memandangkan semua plaza tol di seluruh Malaysia sekarang menggunakan sistem bayaran tol secara elektronik, adalah lebih baik untuk anda menyemak kadar tol lebuh raya sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan baki kad atau akaun tidak mencukupi semasa ingin membayar tol.

Jenis Sistem Tol yang Digunakan di Malaysia

Lebuh raya di Malaysia memainkan peranan penting dalam sistem perhubungan negara. Ia menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan yang lain dengan tujuan untuk memendekkan masa perjalanan.

Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur/Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur 2

Tol pula dikutip untuk tujuan penyelenggaraan dan penambah baikan fasiliti yang ada di lebuh raya. Kita menggunakan dua jenis sistem tol di Malaysia, iaitu sistem tol terbuka dan sistem tol tertutup.

Sistem Tol Terbuka

Dengan sistem ini, pengguna lebuh raya perlu membayar kadar tol yang telah ditetapkan berdasarkan klasifikasi kenderaan mereka di pondok tol yang terdapat di bahagian tertentu lebuh raya. Berikut adalah senarai lebuh raya yang menggunakan sistem tol terbuka:

Kod Laluan Nama Lebuh Raya
2 Lebuhraya Highway
E3 Second Link Expressway
E5 Shah Alam Expressway (KESAS)
E7 Cheras-Kajang Highway
E8 Kuala Lumpur-Karak Expressway (KLK)
E9 Sungai Besi Expressway
E10 New Pantai Expressway (NPE)
E11 Damansara-Puchong Expressway (LDP)
E12 Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
E15 Butterworth-Kulim Expressway (BKE)
E17 Butterworth Outer Ring Road (BORR)
E18 Kajang Dispersal Link Expressway (Kajang SILK)
E20 Maju Expressway (MEX)
E23 Western KL Traffic Dispersal System (SPRINT)
E24 Tun Salahuddin Bridge
E25 Kuala Lumpur -Kuala Selangor Expressway
E29 Seremban-Port Dickson Highway (SPDH)
E30 New North Klang Straits Bypass (NNKSB)
E33 Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE)
E35 Guthrie Corridor Expressway (GCE)
E36 Penang Bridge
E38 Stormwater Management and Road Tunnel (SMART)

semak kadar tol plus

Sistem Tol Tertutup

Dengan sistem tol tertutup pula, pengguna lebuh raya perlu mengimbas sama ada kad Touch ‘n Go, peranti SmartTAG atau pelekat RFID di plaza masuk dan bayaran akan dikenakan apabila pengguna mengimbas sekali lagi di plaza keluar. Kadar tol yang dikenakan adalah berbeza mengikut jarak perjalanan pengguna.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menggunakan sistem tol tertutup:

Kod Laluan Nama Lebuh Raya
E1 New Klang Valley Expressway (NKVE)
E1 North-South Expressway (PLUS) Northern Route
E2 North-South Expressway (PLUS) Southern Route
E6 North-South Expressway Central Link (ELITE)
E8 East Coast Expressway (LPT)
E22 Senai-Desaru Expressway (SDE)
E26 South-Klang Valley Expressway (SKVE)

Klasifikasi Kenderaan untuk Tol di Malaysia

Selain daripada jarak perjalanan, pengiraan kadar tol juga dibuat berdasarkan jenis kenderaan yang dipandu. Lebih besar saiz kenderaan anda, lebih banyak yang perlu anda bayar. Hampir kesemua lebuh raya di Malaysia menggunakan sistem klasifikasi kenderaan seperti yang berikut:

vehicle classification from PLUS
Sumber: Plus.com.my

Manakala plaza tol Jambatan Pulau Pinang pula mempunyai sistem klasifikasi kenderaan sendiri kerana ia turut merangkumi motosikal.

penang bridge vehicle class from plus
Sumber: Plus.com.my

Kadar Tol Lebuh Raya di Malaysia

Antara lebuh raya yang popular di Malaysia termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan (NSE, atau lebih dikenali sebagai PLUS), Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang banyak digunakan terutama sekali semasa musim perayaan.

Di bawah ini, kami senaraikan kadar tol bagi lebuh raya yang popular di Malaysia.

Kadar Tol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan yang pertama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya ini menghubungkan bandar-bandar utama bagi beberapa negeri di bahagian barat Semenanjung Malaysia seperti Alor Star, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru dan lain-lain. Ia sekali gus menjadikan PLUS sebagai lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.

Lebuh raya PLUS mengaplikasikan sistem transaksi tol sistem tertutup – pengguna perlu mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk dan membayar sejumlah bayaran di plaza tol keluar. Melalui tol sistem tertutup ini, kadar tol PLUS atau harga tol PLUS ditentukan berdasarkan jarak perjalanan.

Anda boleh semak kadar tol PLUS dengan merujuk laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini. Pilih plaza masuk dan tetapkan plaza keluar kemudian anda akan dapat kadar tol yang perlu dibayar apabila anda tekan butang ‘Cari’.

kira kadar tol plus
Sumber: Laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT) & LPT2

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah sambungan daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menghubungkan laluan dari Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini juga menghubungkan tiga buah negeri di Semenanjung iaitu Selangor, Pahang dan Terengganu dan ia merupakan alternatif yang lebih cepat berbanding jalan lama Kuala Lumpur-Kuantan dan Lebuhraya Jerangau-Jabor.

Terdapat dua fasa tambahan yang sedang dalam peringkat perancangan – Fasa Tiga dan Fasa Empat. Fasa Tiga akan menghubungkan Kampung Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat dengan jarak sepanjang 124km, manakala Fasa Empat pula akan menghubungkan Gambang, Pahang ke Johor Bahru dengan jarak sepanjang 250km. Anda boleh menyemak kadar tol LPT dengan kalkulator bayaran tol di laman web Anih Berhad ini.

Kadar Tol Lebuhraya Kuala Lumpur (KL) – Karak

Lebuhraya Karak atau Lebuhraya KL-Karak sejauh 60km menghubungkan Kuala Lumpur dengan Bandar Karak, Pahang. Lebuhraya ini mempunyai terowong sepanjang 900 meter di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia. Ia menggunakan sistem kutipan tol terbuka dan berikut adalah kadar bayaran tol bagi Lebuhraya KL-Karak untuk panduan anda:

kadar tol kl karak

Lebuh Raya Popular Lain di Sekitar Lembah Klang

Bagi yang menetap di sekitar Lembah Klang pula, mungkin dah biasa dengan lebuh raya seperti DUKE, KESAS, NKVE dan sebagainya. Maklumlah, kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi jadi pelbagai lebuh raya telah dibina dengan tujuan untuk dijadikan cara paling efektif untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat lain dengan pantas.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai lebuh raya yang popular di Lembah Klang dan juga kadar tol untuk lebuh raya berkenaan bersama kami.

Lebuhraya ELITE

1. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Lebuhraya Baru Pantai atau New Pantai Expressway (NPE) ialah lebuh raya di Lembah Klang yang menghubungkan Subang Jaya dan Bandar Sunway ke Kuala Lumpur. Lebuh raya ini dibina untuk memudahkan akses ke Kuala Lumpur selain dapat mengelakkan kesesakan di laluan Lebuh Raya Persekutuan terutamanya pada waktu puncak. Berikut adalah kadar tol NPE untuk rujukan anda:

Kadar Tol NPE

2. Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)

Lebuhraya Duta-Ulu Klang atau Duta-Ulu Klang Expressway menghubungkan Jalan Tuanku Abdul Halim yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Duta (di bahagian barat) dengan Ampang (di bahagian timur) dan Karak (di bahagian utara). Lebuh raya ini melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara Kuala Lumpur dengan menghubungkan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II).

Selain itu, Lebuhraya DUKE juga turut membolehkan anda bergerak dari satu lokasi di KL ke lokasi lain dengan lebih cepat dengan memintas kawasan dengan lalu lintas sesak seperti Lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Berikut merupakan kadar tol DUKE untuk rujukan anda:

Kadar Tol DUKE

3. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

Lebuhraya Baru Lembah Klang (New Klang Valley Expressway) adalah laluan penghubung terpenting jajaran utara dan selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta bahagian timur dan barat Lembah Klang. Lebuh raya NKVE merupakan sambungan kepada Lebuhraya PLUS jajaran utara yang dihubungkan dengan Lebuhraya ELITE ke Lebuhraya PLUS jajaran selatan. 

Lebuh raya sepanjang 35km ini bermula daripada Bukit Raja, Klang dan ia melalui bandar Shah Alam hingga Jalan Duta, Kuala Lumpur. Anda boleh semak kadar tol NKVE di sini.

4. Lebuhraya Maju (MEX)

Lebuhraya MAJU atau Maju Expressway (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya) menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT) melalui perjalanan sejauh 26km. Berikut adalah kadar tol MEX Putrajaya untuk panduan anda:

kadar tol mex putrajaya

5. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghubungkan Sri Damansara ke Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya. Laluan ini berfungsi sebagai laluan utama dan menerima aliran trafik dianggarkan sekitar 420,000 kenderaan setiap hari. Anda boleh rujuk kadar tol LDP seperti di bawah:

kadar tol LDP/harga tol LDP

6. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menyediakan laluan alternatif kepada pemandu yang ingin menuju ke bahagian selatan Lembah Klang. Ia menghubungkan Kajang ke Pajam, Nilai, Mantin, dan Seremban, membolehkan perjalanan pantas ke kawasan ini. Pemandu dari KL boleh memasuki LEKAS melalui Lebuhraya Kajang Dispersal Link (Kajang SILK) dan Lebuhraya Cheras-Kajang. Anda boleh menyemak kadar tol untuk LEKAS di sini.

7. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway atau Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Lebuhraya AKLEH) merupakan lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia. Lebuh raya yang menghubungkan Ampang dan Kuala Lumpur ini dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Ampang. Berikut adalah kadar tol AKLEH untuk panduan anda:

kadar tol lebuh raya akleh
Sumber: Laman Facebook Prolintas

8. Terowong SMART

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART) merupakan terowong lencongan air terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Objektif utama terowong SMART ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Selain itu, terowong SMART ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak. Anda boleh semak harga tol SMART Tunnel seperti berikut:

harga tol SMART Tunnel

9. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (North-South Expressway Central Link) adalah laluan penghubung utama bagi laluan Lebuhraya PLUS jajaran utara, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya PLUS jajaran selatan. Lebuh raya ini juga merupakan laluan utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2) serta Litar Sepang. Anda boleh semak kadar tol ELITE di sini.

10. Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)

Lebuhraya Cheras-Kajang atau turut dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga menghubungkan Kuala Lumpur ke Kajang. Ia membantu menyelesaikan masalah kesesakan kronik di Jalan Cheras terutamanya pada waktu puncak. Berikut adalah kadar tol Grand Saga untuk rujukan anda:

kadar tol Grand Saga

11. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Kajang SILK)

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang atau Lebuhraya Kajang SILK dibina untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan memudahkan perjalanan di Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua. Ia menghubungkan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Anda boleh semak kadar tol Lebuhraya Kajang Silk seperti berikut:

kadar tol kajang silk
Sumber: Laman Facebook Prolintas

12. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (South Klang Valley Expressway) atau Lebuhraya SKVE merupakan lebuh raya di bahagian selatan Lembah Klang yang merupakan bahagian dengan kepadatan penduduk paling tinggi di Malaysia. Laluan berkembar sejauh 51.7 kilometer ini menghubungkan bandar-bandar utama di Lembah Klang termasuk pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Anda boleh semak kadar tol SKVE di sini.

13. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Lebuhraya Shah Alam atau Lebuhraya KESAS dibina untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan dan menghubungkan Pandamaran di Klang dengan Sri Petaling di Kuala Lumpur. Ia merupakan lebuh raya timur barat ketiga di kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Berikut merupakan kadar tol KESAS untuk rujukan anda:

kadar tol KESAS

14. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)

Disiapkan pada tahun 2010, Lebuhraya LKSA sepanjang 14.7km ini bertujuan untuk menghubungkan KESAS dengan Lebuhraya Persekutuan untuk melegakan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat di kawasan itu.

Ia menggunakan sistem tol terbuka dengan plaza tol di Alam Impian dan Seri Muda. Berikut adalah kadar tol terkini bagi lebuh raya LKSA:

kadar tol lebuh raya lksa
Sumber: Laman Facebook Prolintas

15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

Lebuh raya sepanjang 22.65km ini menghubungkan bandar Shah Alam ke Rawang membentuk sebahagian daripada Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) dan bersambung dengan ELITE dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Anda boleh semak kadar tol GCE di sini:

kadar tol lebuh raya gce
Sumber: Laman Facebook Prolintas 

16. Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang ini dibina sebagai laluan alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkepadatan tinggi seperti Cheras, Pandan Indah dan Ampang. Kami sertakan jadual kadar tol lebuh raya SUKE untuk semakan anda di sini:

kadar tol lebuh raya suke
Sumber: Laman Facebook Prolintas

17. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)

Dengan jarak sejauh 20.1km, lebuhraya DASH menghubungkan bahagian timur dan barat Lembah Klang melalui beberapa lebuh raya utama seperti Penchala Link, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Berikut adalah jadual kadar tol lebuhraya DASH untuk rujukan anda.

Sumber: Laman Facebook Prolintas

Artikel berkaitan: Jalan Sesak Boleh Sebab Masalah Kesihatan Mental Yang Teruk!

Kami harap maklumat yang kami berikan ini dapat membantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik untuk memastikan pemanduan yang lancar dan selesa. Sebelum mulakan perjalanan, sentiasa pastikan kad Touch n’ Go dan akaun Touch n’ Go eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi.

Selain daripada itu, kereta yang selamat dan selesa juga boleh menjamin pemanduan yang lebih lancar untuk anda. Kalau anda tengah cari kereta terpakai berkualiti dengan jaminan keselamatan melebihi taraf, keselesan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih untuk pemanduan harian atau untuk jalan-jalan bersama keluarga tercinta, CARSOME lah jawapannya!

Layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk dapatkan kereta CARSOME Certified yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional.

Kami juga menjamin ketenangan jiwa untuk pembelian anda dengan menawarkan waranti lanjutan sehingga satu tahun dan jaminan pulangan wang dalam lima hari untuk setiap kereta CARSOME Certified.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular