HomeBMCara Bayar Tol Malaysia: Guna Kad Touch ‘n Go, Smart Tag Touch...

Cara Bayar Tol Malaysia: Guna Kad Touch ‘n Go, Smart Tag Touch ‘n Go atau Kad RFID?

Selain penggunaan kad Touch ‘n Go, bayaran tol PLUS dan kebanyakan lebuh raya Malaysia yang lain juga boleh dilakukan melalui peranti Smart Tag Touch ‘n Go dan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (MyRFID Malaysia) atau RFID Touch ‘n Go. Penggunaan kaedah bayaran tol yang pelbagai ini selari dengan objektif kerajaan untuk memodenkan kaedah bayaran tol, selain menambah baik dan meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya. Ia secara tidak langsung menggalakkan kelancaran trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu puncak, cuti panjang long weekend atau semasa musim perayaan.

beli smart tag touch n go

Lebuh Raya Malaysia: Bayar Guna Kad Touch ‘n Go, Smart Tag Touch ‘n Go atau RFID Malaysia?

Secara amnya, kaedah bayaran tol di lebuh raya Malaysia boleh digunakan sama ada melalui penggunaan kad Touch ‘n Go, Smart Tag Touch ‘n Go atau kad RFID Malaysia. Meskipun begitu, kerajaan baru-baru ini mengumumkan untuk memberhentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag Touch ‘n Go secara berperingkat pada penghujung 2023 dan menyasarkan penggunaan kad RFID sebanyak 60 peratus untuk pembayaran tol pada akhir 2022.

1. RFID Touch ‘n Go

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan memaklumkan kaedah bayaran tol melalui teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (kad RFID Malaysia) akan dilaksanakan di Lebuhraya PLUS bermula 15 Januari 2022. Fasa percubaan pembayaran tol menggunakan kad RFID telah dijalankan di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang. Secara amnya, kad RFID Malaysia merupakan sistem pembayaran tol baharu – ia akan menggantikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag Touch ‘n Go.

Namun begitu, penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag Touch ‘n Go masih beroperasi seperti biasa di semua lebuh raya dan akan diberhentikan secara berperingkat mengikut kesesuaian.

Bagaimana Kad RFID Malaysia Berfungsi?

Pelekat RFID Touch ‘n Go menggunakan cip frekuensi radio yang dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kereta. Apabila kenderaan anda melalui lorong plaza tol, pengimbas khas akan mengimbas frekuensi radio pada tag RFID anda, dan palang tol akan dibuka tanpa anda perlu memberhentikan kereta anda. Caj tol akan ditolak daripada akaun eWallet Touch ‘n Go yang berdaftar – anda perlu pastikan baki akaun dalam eWallet Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Berbeza dengan Smart Tag Touch ‘n Go, tag RFID tidak menggunakan peranti dan tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh dilekatkan dan didaftarkan pada satu kenderaan sahaja.

Senarai Tol RFID 2021/2022

Carsome menyenaraikan senarai lebuh raya di Lembah Klang (termasuk Lebuhraya PLUS dan wilayah utara) yang mempunyai lorong RFID Touch ‘n Go untuk rujukan dan panduan anda:

Senarai Tol RFID di Wilayah Utara

Berikut merupakan senarai tol yang ada RFID di wilayah utara:

        1. Jambatan Pulau Pinang
        2. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
        3. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan Kedua Pulau Pinang
        4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) Lebuhraya Utara Selatan (Jitra & Hutan Kampung–Sungai Dua)
Senarai Tol RFID di Lembah Klang

Berikut merupakan senarai tol yang ada RFID di Lembah Klang:

        1. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
        2. Lebuhraya Besraya (BESRAYA)
        3. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
        4. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
        5. Lebuhraya Guthrie (GCE)
        6. Kajang SILK, Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang
        7. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
        8. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
        9. Terowong SMART
        10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
        11. Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
        12. Maju Expressway atau Lebuhraya MEX
        13. Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS)
        14. LDP, Lebuhraya Damansara – Puchong
        15. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
        16. Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK)
        17. SKVE, Lebuhraya Lembah Klang Selatan
        18. Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
        19. West Coast Expressway (WCE)
Senarai Tol RFID di Wilayah Selatan

Berikut merupakan senarai tol yang ada RFID di wilayah selatan:

        1. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
        2. Lebuhraya PLUS (Plaza Tol Mambau, Lukut, Kempas, Lima Kedai, Perling, Tanjung Kupang, Bangunan Sultan Iskandar)

Kos Pemasangan RFID, Lokasi Pemasangan RFID 2021/2022

Secara amnya, anda boleh beli tag RFID Touch ‘n Go di mana-mana lokasi seperti Pusat Pemasangan atau Fitment Centre Touch ‘n Go RFID, melalui aplikasi eWallet Touch ‘n Go atau portal Touch ‘n Go RFID. Anda boleh merujuk senarai penuh lokasi pusat pemasangan atau Fitment Centre Touch ‘n Go RFID seperti berikut:

Negeri Lokasi Pemasangan RFID
Selangor
  • Caltex Sekinchan
  • DTOX, D Pulze Cyberjaya
  • DTOX Car Service PJ8
  • Giant Kelana Jaya RFID
  • Lim Tayar Hulu Klang
  • Lim Tayar Subang Jaya
  • Roey Auto Services Denai Alam
  • DTOX, Subang Empire
  • The Mines Shopping Mall
  • UMW Toyotsu Motors Rawang
  • UMW Toyotsu Motors Shah Alam
  • Vigor Auto Sdn Bhd
  • WH Oneplus Auto
Pulau Pinang
  • Autocity Penang
  • Best Tune Auto Workshop
  • Bok Tyre and Battery Bayan Lepas
  • BSS Resources Management
  • Plaza Tol Bertam, Lebuhraya PLUS
  • Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya PLUS
  • SS Tyre and Motorcraft Enterprise, Jelutong
Perak
  • Petronas Changkat Jong
Negeri Sembilan
  • Lim Tayar Seremban 2
Kuala Lumpur
  • Chia Auto Center Pandan Indah
  • DTOX Car Service Wangsa WalK
  • RnR Tol Segambut, Lebuhraya DUKE
  • Ezze Auto Marketing (M) Sdn Bhd
  • Lim Tayar Kepong
  • Lim Tayar Sentul
Johor
  • EFIX Hub
  • Hawk Tyre Service Sdn Bhd (Ibu Pejabat)
  • Hawk Tyre Service Sdn Bhd (Shell Taman Sri Tebrau)
  • JJB Auto Service Center
  • Hawk Tyre Setia Tropika
  • Lotus’s Kulai
  • Pit Stop Auto Care
Kedah
  • Petronas Lebuhraya Sultan Abdul Halim
  • Plaza Tol Hutan Kampung, Lebuhraya PLUS
  • ZK Tyre Auto Service

Selain itu, anda juga boleh beli RFID di Shell atau mana-mana rakan kongsi terpilih lain seperti BonusLink, Lazada, Maxis, Petronas, Shopee atau Watson. Buat masa ini, harga Touch ‘n Go RFID dijual pada harga RM35.

tempat jual smart tag touch n go

2. Kad Touch ‘n Go

Meskipun kerajaan menyasarkan penggunaan RFID sebanyak 60 peratus menjelang akhir 2022, penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag Touch ‘n Go masih boleh digunakan sehingga penghujung 2023. Kad Touch ‘n Go merupakan kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh atau contactless technology yang dibaca melalui frekuensi radio dan perisian kad pintar. Di Malaysia, kad Touch ‘n Go merupakan salah satu kaedah pembayaran popular untuk bayaran caj tempat letak kereta dan boleh digunakan untuk pembayaran tol di hampir semua lebuh raya di Malaysia.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai Common Ticketing System (CTS) untuk pengangkutan awam utama di sekitar Lembah Klang seperti Monorel, LRT, KTM, MRT dan bas. Kad ini juga turut diterima sebagai salah satu kaedah pembayaran di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya.

Tempat Beli Kad Touch ‘n Go

Anda boleh beli kad Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih atau mana-mana lokasi lain yang mengambil bahagian.

Tempat Tambah Nilai Touch ‘n Go

Anda boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go anda di lebih daripada 14,000 lokasi tambah nilai di seluruh Semenanjung Malaysia, antaranya:

    • Kiosk Layan Diri;
    • Stesen Minyak;
    • Farmasi;
    • Pasaraya Besar;
    • Peruncit/Retailer;
    • Kedai Serbaneka/Pasaraya Kecil;
    • Pejabat POS;
    • Mesin ATM;
    • Kaunter Khidmat Pelanggan Lebuhraya;
    • Lain-lain lokasi.

3. Smart Tag Touch ‘n Go

Smart Tag Touch ‘n Go merujuk pada Sistem Pembayaran Automatik Rangkaian Tol (atau Toll Network Automatic Payment Systems). Ia merupakan peranti on-board sistem kutipan tol elektronik jarak jauh (maksimum 1.5 meter) yang digunakan bersama-sama dengan kad Touch ‘n Go. Ia menggabungkan komunikasi inframerah yang dihubungkan dengan penerima inframerah yang dipasang pada bahagian atas plaza tol. Peranti ini membolehkan pengguna melalui lorong khas Smart Tag tanpa perlu berhenti.

Mana Nak Beli Smart Tag 2021/2022?

Secara amnya, pihak Touch ‘n Go telah mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan jualan Smart Tag bagi memperkenalkan dan memberi laluan kepada teknologi RFID kepada pengguna lebih raya. Penamatan jualan peranti ini bagaimanapun tidak memberi kesan kepada peranti Smart Tag sedia ada pengguna. Ini bermaksud, pengguna masih boleh menggunakan peranti Smart Tag seperti biasa di hampir kesemua lebuh raya Malaysia.

Meskipun begitu, sekiranya anda merancang untuk beli Smart Tag ini buat masa ini, anda disarankan untuk tidak berbuat sedemikian. Ini kerana, lorong kad Touch ‘n Go dan Smart Tag akan dihentikan dan digantikan secara berperingkat dengan kad RFID Touch ‘n Go menjelang penghujung tahun 2023.

RFID vs Smart Tag: Beza RFID dengan Smart Tag

Secara amnya, peranti Smart Tag digunakan bersama-sama dengan kad Touch ‘n Go – ia mengaplikasikan isyarat teknologi inframerah. Manakala, kad RFID pula menggunakan teknologi frekuensi radio yang disambungkan dengan eWallet Touch ‘n Go berdaftar – caj bayaran tol akan ditolak daripada kredit akaun eWallet Touch ‘n Go.

Peranti Smart Tag Touch ‘n Go Tag RFID Touch ‘n Go
 Menggunakan peranti on-board Menggunakan pelekat
Diletakkan pada dashboard kereta Dilekatkan pada cermin depan kereta/lampu depan kereta
Menggunakan signal inframerah Menggunakan signal frekuensi radio
Memerlukan kuasa bateri untuk beroperasi Tiada menggunakan bateri/peranti tambahan
Digunakan bersama-sama kad Touch ‘n Go Disambungkan dengan eWallet Touch ‘n Go
Bayaran tol ditolak daripada kad Touch ‘n Go Bayaran tol ditolak daripada eWallet Touch ‘n Go
Tidak memerlukan pendaftaran atau pengaktifan Memerlukan pendaftaran/pengaktifan dalam eWallet Touch ‘n Go
Boleh digunakan oleh mana-mana kenderaan Hanya boleh digunakan pada kenderaan yang berdaftar sahaja

Bayaran tol menerusi RFID membolehkan pelanggan atau pengguna lebuh raya menambah nilai akaun eWallet Touch ‘n Go melalui pindahan secara dalam talian atau online transfer. Bagi pengguna Smart Tag pula, pengguna perlu menambah nilai kad Touch ‘n Go secara fizikal sama ada melalui mesin ATM, kiosk Touch ‘n Go, pusat khidmat pelanggan atau stesen minyak yang terpilih.

Kelebihan RFID Touch ‘n Go Berbanding Smart Tag Touch ‘n Go

Secara amnya, RFID Malaysia merupakan salah satu langkah awal ke arah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendigitalisasikan dan memodenkan kaedah bayaran tol. Ia bukan sahaja memainkan peranan dalam mengurangkan kesesakan di plaza tol, namun turut menambah baik sistem pengurusan lalu lintas.

  1. Kos pemasangan RFID lebih murah dan mampu milik berbanding peranti Smart Tag. Tag RFID ini dijual pada harga RM35 berbanding peranti Smart Tag yang boleh menelan belanja sehingga RM135* bagi setiap unit.
  2. Bateri peranti Smart Tag perlu digantikan secara berkala. Peranti ini sering berdepan masalah kuasa bateri yang lemah yang merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh pemilik peranti ini, sekali gus menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.
  3. Pelanggan atau pengguna boleh menambah nilai akaun eWallet Touch ‘n Go secara online. Ia secara tidak langsung mengelakkan masalah baki tidak mencukupi terutamanya semasa waktu puncak. Malah, baki akaun eWallet Touch ‘n Go juga boleh diperiksa melalui aplikasi.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk jual model kereta lama dan berminat untuk membeli dan memiliki kereta terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular