HomeBMKadar Bayaran Tol Malaysia 2021: Kadar Tol PLUS, Kadar Tol LPT dan...

Kadar Bayaran Tol Malaysia 2021: Kadar Tol PLUS, Kadar Tol LPT dan Cara Semak Kadar Tol

Pernahkah anda terfikir kadar tol yang anda perlukan sebelum memulakan perjalanan anda lebih-lebih lagi semasa melalui lebuh raya yang jarang anda gunakan? Jika anda menggunakan lebuh raya di Malaysia, anda perlu melalui sekurang-kurangnya satu plaza tol (atau mungkin lebih) sebelum anda tiba ke destinasi anda. Bergantung pada lebuh raya yang anda lalui, anda boleh bayar harga tol sama ada melalui kad Touch n’ Go, SmartTAG atau RFID. Di Malaysia, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) merupakan antara salah satu lebuh raya yang popular di Malaysia. Kadar tol PLUS dan kadar tol LPT ditentukan berdasarkan jarak perjalanan, jenis serta kelas kenderaan.

senarai harga tol plus

Tol Malaysia: Kadar Tol Lebuh Raya Malaysia

Selain jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, lebuh raya Malaysia turut memainkan peranan penting dalam sistem perhubungan negara. Hampir kesemua lebuh raya di Semenanjung Malaysia mengenakan kadar tol atau harga tol tertentu ke atas kenderaan yang menggunakannya mengikut jarak perjalanan, kategori dan kelas kenderaan. Biasanya, kadar bayaran tol ini digunakan untuk menyelenggara, menjaga dan membina lebuh raya baharu atau sedia ada. Lebuh raya Malaysia mengamalkan dua sistem bayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup:

  1. Sistem terbuka – pengguna perlu membayar mengikut kadar bayaran tol di plaza tol tertentu dalam lingkungan jarak yang ditetapkan oleh sistem;
  2. Sistem tertutup – pengguna mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk. Bayaran akan dikenakan semasa pengguna melalui plaza tol keluar mengikut kadar bayaran tol yang ditetapkan. Tol Malaysia seperti tol PLUS, tol LPT mengaplikasikan sistem tertutup – kadar tol PLUS ditentukan mengikut jarak perjalanan.

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS): Kadar Tol Utara Selatan

Lebuh raya di Malaysia memainkan peranan penting dalam sistem perhubungan negara. Ia menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan yang lain bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan. Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) misalnya, merupakan antara lebuh raya yang popular di Malaysia. Ia merupakan projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan yang pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini menghubungkan lapan buah negeri di bahagian barat Semenanjung Malaysia antara Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Johor Bahru, Johor. Ia sekali gus menjadikan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebagai lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.

Senarai Harga Tol PLUS

Lebuh raya PLUS mengaplikasikan sistem transaksi tol sistem tertutup – pengguna perlu mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk dan membayar sejumlah bayaran di plaza tol keluar. Melalui tol sistem tertutup ini, kadar tol PLUS atau harga tol PLUS ini ditentukan berdasarkan jarak perjalanan. Anda boleh semak kadar tol PLUS dan merujuk senarai penuh kadar tol PLUS 2021 di sini.

semak kadar tol plus

Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT): Kadar Tol LPT, Kadar Tol LPT2

Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) merupakan salah satu lebuh raya popular lain di Malaysia. Lebuh raya ini merupakan sambungan daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, menghubungkan laluan dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini menghubungkan tiga buah negeri di semenanjung iaitu Selangor, Pahang dan Terengganu dan merupakan alternatif yang lebih cepat berbanding jalan lama Kuala Lumpur-Kuantan dan Lebuhraya Jerangau-Jabor.

Senarai Harga Tol LPT, Harga Tol LPT2

Sama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur juga mempunyai sistem tol tertutup. Ini bermaksud, pengguna perlu mengambil tiket semasa memasuki lebih raya dan membayar mengikut kadar tol LPT atau kadar tol LPT2 semasa keluar daripada lebuh raya. Sama seperti kebanyakan tol sistem tertutup lain, kadar tol Lebuhraya Pantai Timur atau Lebuhraya Pantai Timur toll rate ditentukan berdasarkan jarak perjalanan, jenis serta kelas kenderaan. Anda boleh semak kadar tol LPT 1 dan kadar tol LPT 2 dan merujuk senarai penuh kadar tol LPT 2021 di sini.

Senarai Harga Tol Gombak, Harga Tol Bentong Lebuhraya KL-Karak

Lebuhraya Karak atau Lebuhraya KL-Karak sejauh 60 menghubungkan Kuala Lumpur dengan Bandar Karak, Pahang. Lebuhraya ini mempunyai terowong sepanjang 900 meter di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia. Jajaran Gombak-Karak (Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong) menggunakan sistem kutipan tol terbuka. Berikut merupakan jadual kadar bayaran tol Lebuhraya KL-Karak untuk panduan anda:

Lebuhraya KL-Karak Kelas Kadar Bayaran
Kadar Tol Gombak Kereta – Kelas 1 RM6.00
Lori – Kelas 2 RM12.00
Lori – Kelas 3 RM18.00
Teksi – Kelas 4 RM3.00
Bas – Kelas 5 RM5.00
Kadar Tol Bentong Kereta – Kelas 1 RM3.50
Lori – Kelas 2 RM7.00
Lori – Kelas 3 RM10.50
Teksi – Kelas 4 RM1.80
Bas – Kelas 5 RM3.00

Lebuhraya Pantai Timur menghubungkan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terdiri daripada Temerloh, Gambang, Kuantan, Chukai, Dungun dan Kuala Terengganu antaranya. Lebuh raya ini terdiri daripada panjang keseluruhan sejauh 350 kilometer dengan laluan empat lorong, dua lorong di setiap arah.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)

Lebuhraya Pantai Timur fasa 1 terdiri daripada jarak sejauh 174 kilometer. Ia merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan dan berakhir di sempadan Terengganu berhampiran Jabor. Jajaran Karak-Kuala Terengganu menggunakan sistem tol tertutup.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

Secara amnya, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) sejauh 185 km bermula dari Jabor, Kemaman melalui Cheneh, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong sebelum berakhir di persimpangan Kampung Gemuruh berhampiran Kuala Terengganu.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (Dalam Perancangan)

Lebuhraya Pantai Timur fasa 3 akan disambung bermula dari Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan meliputi jarak sejauh 124 kilometer. Ia melibatkan beberapa persimpangan utama termasuklah Persimpangan Permaisuri, Jerteh, Machang (Pasir Putih), Ketereh, Kota Bharu dan Tumpat.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (Dalam Perancangan)

Lebuhraya Pantai Timur fasa 4 dijangka akan menghubungkan Gambang dan Johor Bahru dengan jarak perjalanan dijangka sejauh 250 kilometer. Namun begitu, buat masa ini pembinaan seksyen ini masih belum dimulakan atas faktor-faktor tertentu.

Artikel Berkaitan: Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia dan Maksud yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur/Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur 2

Kadar Bayaran Tol: Cara Semak Kadar Tol Lebuh Raya Malaysia Online

Malaysia mengguna pakai sistem bayaran tol secara tunai dan elektronik di kebanyakan plaza tol di seluruh Malaysia. Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa semak kadar tol lebuh raya secara online sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan baki kad atau wang tunai tidak mencukupi semasa ingin membayar tol. Carsome menyediakan cara kiraan tol atau cara semak kadar tol secara online seperti berikut:

  1. Layari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM);
  2. Kemudian, pergi ke bahagian Kalkulator Tol;
  3. Pilih lebuh raya yang ingin digunakan – anda boleh semak kadar tol lebuh raya Malaysia antaranya kadar tol Sungai Besi, kadar tol Karak, kadar tol Port Dickson dan banyak lagi;
  4. Kemudian, pilih Plaza masuk (untuk sistem tol terbuka).
  5. Anda juga boleh pilih Plaza masuk dan Plaza keluar (untuk sistem tol tertutup).
  6. Kemudian, tekan Hantar;
  7. Kadar tol lebuhraya akan dipaparkan mengikut kelas.

Selain menyemak kadar bayaran tol, laman web LLM juga turut menyediakan maklumat trafik semasa untuk panduan pengguna lebuh raya.

Lebuhraya ELITE

Lebuh Raya Popular Lain di Sekitar Lembah Klang

Kebanyakan daripada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang mungkin biasa dengan lebuh raya seperti DUKE, KESAS, NKVE dan sebagainya. Carsome menyenaraikan lebuhraya popular lain di sekitar Lembah Klang selain :ebuhraya PLUS untuk panduan anda termasuk kadar tol lebuh raya Malaysia seperti berikut:

1. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Lebuhraya Baru Pantai atau New Pantai Expressway ialah lebuh raya di Lembah Klang yang menghubungkan Kuala Lumpur dari Subang Jaya dan Bandar Sunway. Anda boleh menggunakan lebuh raya ini sekiranya anda ingin menuju ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Ini kerana, lebuh raya ini dibina untuk memudahkan akses ke Kuala Lumpur selain mengelakkan kesesakan di laluan Lebuhraya Persekutuan terutamanya pada waktu Puncak. Anda boleh semak kadar tol NPE seperti berikut:

Kadar Tol NPE

2. Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)

Lebuhraya Duta-Ulu Klang atau Duta-Ulu Klang Expressway menghubungkan Duta (di bahagian barat) dengan Ampang (di bahagian timur) dan Karak (di bahagian utara). Lebuh raya ini melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara Kuala Lumpur dengan menghubungkan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II).

Selain itu, Lebuhraya DUKE juga turut membolehkan anda bergerak dari satu lokasi di KL ke lokasi lain dengan lebih cepat dengan memintas kawasan lalu lintas sesak seperti Lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Berikut merupakan kadar tol DUKE untuk rujukan anda:

Kadar Tol DUKE

3. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

Lebuhraya Baru Lembah Klang (New Klang Valley Expressway) merupakan laluan penghubung terpenting jajaran utara dan selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta bahagian timur dan barat Lembah Klang. Lebuh raya NKVE merupakan sambungan kepada Lebuhraya PLUS jajaran utara yang dihubungkan dengan Lebuhraya ELITE ke Lebuhraya PLUS jajaran selatan. Anda boleh semak kadar tol NKVE atau harga tol NKVE di sini.

4. Lebuhraya Maju (MEX)

Lebuhraya MAJU atau Maju Expressway (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya) menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan jarak perjalanan sejauh 26 kilometer. Lebuh raya ini dijangka akan dipanjangkan pada masa akan datang untuk memberi akses yang lebih mudah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Berikut merupakan kadar tol MEX Putrajaya untuk panduan anda:

kadar tol mex putrajaya

5. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd. Lebuh raya LDP menghubungkan Sri Damansara di utara melalui Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang. Laluan ini berfungsi sebagai laluan utama dan menerima aliran trafik dianggarkan sekitar 420,000 kenderaan setiap hari. Anda boleh rujuk harga tol LDP atau kadar tol LDP seperti di bawah:

kadar tol LDP/harga tol LDP

6. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

Lebuhraya Kajang-Seremban merupakan laluan alternatif kepada pengguna yang menuju ke selatan selain Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan. Lebuh raya ini juga bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Kajang SILK) dan Lebuhraya Grand Saga. Anda boleh semak harga tol LEKAS atau kadar tol LEKAS Highway di sini.

7. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway atau Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Lebuhraya AKLEH) merupakan lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia. Lebuh raya yang menghubungkan Ampang dan Kuala Lumpur ini dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Ampang. Berikut merupakan kadar tol AKLEH untuk panduan anda:

kadar tol AKLEH

Artikel Berkaitan: Cara ‘Check’ Saman Trafik, JPJ dan AES Secara Online

8. Terowong SMART

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART) merupakan terowong lencongan air terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Objektif utama terowong SMART ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Selain itu, terowong SMART ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak. Anda boleh semak harga tol SMART Tunnel seperti berikut:

harga tol SMART Tunnel

9. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (North-South Expressway Central Link) merupakan laluan penghubung utama bagi laluan Lebuhraya PLUS jajaran utara, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya PLUS jajaran selatan. Lebuh raya ini juga merupakan laluan utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2) serta Litar Sepang. Anda boleh semak kadar tol ELITE di sini.

10. Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)

Lebuhraya Cheras-Kajang atau turut dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga menghubungkan Kuala Lumpur ke Kajang. Ia sekali gus membantu menyelesaikan masalah kesesakan kronik di Jalan Cheras terutamanya pada waktu puncak. Berikut merupakan kadar tol Grand Saga untuk rujukan anda:

kadar tol Grand Saga

11. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Kajang SILK)

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang atau Lebuhraya Kajang SILK berfungsi mengatasi kesesakan lalu lintas dan memudahkan perjalanan di Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua. Ia menghubungkan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Anda boleh semak kadar tol Lebuhraya Kajang Silk seperti berikut:

 kadar tol Lebuhraya Kajang Silk

12. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (South Klang Valley Expressway) atau Lebuhraya SKVE merupakan lebuh raya di bahagian selatan Lembah Klang yang merupakan bahagian dengan kepadatan penduduk paling tinggi di Malaysia. Laluan berkembar sejauh 51.7 kilometer ini menghubungkan bandar-bandar utama di Lembah Klang termasuk pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Anda boleh semak kadar tol SKVE di sini.

13. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Lebuhraya Shah Alam atau Lebuhraya KESAS dibina untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan dan menghubungkan Pandamaran di Klang dengan Sri Petaling di Kuala Lumpur. Ia merupakan lebuh raya timur barat ketiga di kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Berikut merupakan kadar tol KESAS untuk rujukan anda:

kadar tol KESAS

Anda disarankan untuk sentiasa merancang perjalanan anda untuk memastikan pemanduan anda lebih lancar dan selesa. Pastikan kad Touch n’ Go anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Kebanyakan lebuh raya kini tidak lagi membenarkan perkhidmatan tambah nilai dilakukan di mana-mana lorong keluar plaza tol lebuh raya. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli kereta terpakai yang selamat dan selesa untuk anda dan keluarga, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular