HomeBMPapan Tanda Jalan Raya di Malaysia & Maksud yang Mungkin Anda Tidak...

Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia & Maksud yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Papan tanda jalan raya berfungsi untuk memberi panduan, amaran, larangan dan maklumat kepada pengguna jalan raya. Ia biasanya diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dengan menggunakan simbol yang mudah difahami, ringkas, jelas dan seragam bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Penggunaan papan tanda di sesebuah lokasi bergantung kepada kesesuaian arahan yang ingin disampaikan kepada pemandu. Papan tanda jalan raya mempunyai fungsi dan tujuan tertentu dan biasanya dikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu seperti berikut;

5 Jenis Papan Tanda Jalan Raya di Malaysia

Penggunaan papan tanda jalan raya bertujuan untuk memberi maklumat undang-undang dan peraturan trafik kepada pengguna. Papan tanda jalan raya biasanya boleh dilihat di sepanjang pemanduan di jalan raya atau lebuh raya. Berikut merupakan lima (5) jenis papan tanda jalan raya yang perlu diketahui untuk keselamatan anda sepanjang pemanduan.

1. Papan Tanda Peraturan (Regulatory Sign)

Papan tanda jenis ini berfungsi memberi maklumat undang-undang dan peraturan trafik kepada pengguna jalan raya. Ia terbahagi kepada dua iaitu papan tanda larangan dan papan tanda mandatori:

i. Papan Tanda Larangan

Papan tanda larangan di Malaysia berbentuk bulat dengan latar belakang putih atau biru, bingkai merah dan piktogram berwarna hitam.

ii. Papan Tanda Mandatori

Manakala, papan tanda arahan mandatori berbentuk bulat dengan latar belakang biru dengan piktogram berwarna putih kecuali papan tanda berhenti dan beri laluan (tidak berbentuk bulat).

papan tanda peraturan dan papan tanda amaran Malaysia
Sumber: Twitter JKR Malaysia

2. Papan Tanda Amaran (Warning Sign)

Warning sign berfungsi memberi maklumat keadaan jalan raya di hadapan atau bersebelahan laluan yang dilalui yang boleh membahayakan pemandu. Papan tanda amaran di Malaysia berbentuk berlian dan biasanya berwarna kuning dan hitam.

3. Papan Tanda Panduan (Guide Sign)

Papan tanda panduan berfungi untuk memaparkan panduan arah atau jarak ke sesuatu destinasi, laluan, perkhidmatan awam, lokasi pelancongan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan jalan raya. Ia biasanya berwarna biru, hijau, coklat, putih atau kuning. Papan tanda panduan terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:

jenis papan tanda panduan
Sumber: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

i. Papan Tanda Destinasi

Berfungsi untuk memberi isyarat awal atau masa yang mencukupi kepada pemandu untuk bertukar ke lorong yang bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.

ii. Papan Tanda Jarak

Diletakkan selepas sesuatu persimpangan, kira-kira 200 meter dari turning roadway atau 150 meter selepas acceleration lane.

iii. Papan Tanda Arah

Diletakkan di antara 100 hingga 150 meter sebelum tiba di persimpangan utama atau sebelum persimpangan utama menuju ke jalan utama.

iv. Papan Tanda Keterangan

Memaklumkan pemandu atau pengguna jalan raya lokasi, perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan sepanjang pemanduan seperti di lebuh raya.

v. Papan Tanda Kilometer

Diletakkan di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri untuk tujuan penyelenggaraan atau rujukan.

vi. Papan Tanda Seksyen

Diletakkan untuk rujukan lokasi bagi setiap 100 meter di sepanjang lebuh raya.

vii. Papan Tanda Nombor Laluan Jalan

Diletakkan di semua papan tanda jarak dan tiang kilometer di sepanjang jalan.

papan tanda panduan dan papan tanda sementara
Sumber: Twitter JKR Malaysia

4. Papan Tanda Sementara (Temporary Sign)

Papan tanda jalan raya jenis ini biasanya digunakan semasa pelaksanaan projek pembinaan atau penyelenggaraan jalan raya. Temporary sign di Malaysia biasanya berwarna jingga dan hitam.

5. Papan Tanda Maklumat (Information Sign)

Information sign biasanya memaparkan maklumat tambahan seperti destinasi umum, kawasan tumpuan pelancong, premis berkaitan kerajaan, nama bandar atau sungai dan lain-lain lagi. Warna papan tanda maklumat di Malaysia dikelaskan mengikut kategori tertentu bergantung pada fungsi.

papan tanda maklumat
Sumber: Twitter JKR Malaysia

Bagi pengguna jalan raya di Malaysia, anda mungkin perasan akan perbezaan warna, huruf dan nombor pada papan tanda jalan raya. Pernahkah anda terfikir mengapa papan tanda jalan raya menggunakan warna, huruf dan nombor yang berbeza?

10 Maksud Papan Tanda Jalan Raya Di Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, perbezaan warna, huruf dan nombor pada papan tanda jalan raya membawa maksud yang tersendiri. Carsome kongsikan 10 maksud papan tanda jalan raya di Malaysia untuk rujukan anda:

1. Papan Tanda Biru

Menurut Akta Jalan Kategori 333, Pengangkutan Jalan Malaysia 1987, papan tanda berwarna biru digunakan untuk lalu lintas jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

papan tanda berwarna biru
Sumber: Wikipedia

2. Papan Tanda Hijau

Papan tanda berwarna hijau pula merujuk papan tanda yang digunakan untuk Sistem Lebuh Raya Malaysia.

papan tanda berwarna hijau
Sumber: Wikipedia

3. Jalan Persekutuan

Sistem Jalan Persekutuan Malaysia ialah rangkaian jalan raya utama negara. Jalan Persekutuan biasanya dilabel dengan nombor sahaja – Laluan Persekutuan 1. Kebanyakan jalan-jalan persekutuan mempunyai jalan dua lorong. Namun begitu, di sesetengah kawasan, jalan persekutuan boleh menjadi jalan empat lorong untuk meningkatkan kapasiti trafik. Selain jalan, beberapa lebuh raya di Malaysia yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan seperti Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai turut dikenali sebagai jalan persekutuan.

Jenis Jalan Persekutuan

  1. Jalan Persekutuan Utama – boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak;
  2. Jalan Persekutuan FELDA/FELCRA – boleh didapati di kawasan penempatan FELDA dan FELCRA di Semenanjung Malaysia dan lokasi-lokasi tertentu di Sarawak;
  3. Kawasan Perindustrian – jalan masuk ke kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia dan lokasi-lokasi tertentu di Sarawak;
  4. Jalan masuk ke Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW);
  5. Jalan Wilayah Persekutuan yang Ditetapkan (FD) yang telah diwartakan;
  6. Institusi Persekutuan/Kemudahan Institusi – jalan masuk ke kemudahan institusi persekutuan seperti universiti, institut, pangkalan tentera, lapangan terbang, stesen frekuensi radio, hospital, lokasi tarikan pelancong dan banyak lagi.
MaklumatDigit nombor
Nombor jalan persekutuan utama001 – 249
Jalan persekutuan kemudahan institusi250 – 479
Nombor susur keluar jalan persekutuanEXIT 1 – EXIT 99
EXIT 201 – EXIT 29
Nombor jalan persekutuan utama
(Sarawak)
1-1 – 1-59
3-1 – 3-99
Nombor jalan persekutuan utama
(Sabah; sistem penomboran lama)
A01 – A99
Nombor jalan persekutuan utama
(Labuan)
700 – 799
Nombor jalan persekutuan FELDA/FELCRA1000 – 1999
2000 – 2999
Nombor jalan persekutuan perindustrian3000 – 3999
jalan persekutuan
Sumber: Wikipedia

4. Jalan Negeri

Secara amnya, standard yang digunakan oleh jalan raya negeri adalah sama seperti jalan persekutuan. Jalan negeri dibiayai oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya negeri masing-masing. Sistem jalan raya negeri menggunakan huruf khas – Jalan Negeri Sembilan N70. Had laju di jalan raya negeri adalah sama seperti jalan persekutuan iaitu 90 km/j dan 60 km/j di kawasan bandar.

Senarai Kod Jalan Raya Negeri di Malaysia

Kod Jalan Raya NegeriNegeri
APerak
BSelangor
CPahang
DKelantan
JJohor
KKedah
MMelaka
NNegeri Sembilan
PPulau Pinang
RPerlis
SASabah
TTerengganu
jalan negeri
Sumber: Wikipedia

5. Huruf ‘E’

‘E’ merupakan singkatan bagi Expressway yang membawa maksud lebuh raya. Huruf ‘E’ pada papan tanda menandakan anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya. Lebuh raya di Malaysia sebahagian besarnya bertol yang terdiri daripada sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.

Artikel Berkaitan: Kadar Tol PLUS, LPT, LPT2 dan Lebuh Raya Popular Lain di Malaysia

Fakta Ringkas Lebuh Raya di Malaysia

  1. Lebuh raya ekspres terpanjang: Lebuhraya Utara-Selatan dengan panjang sejauh 966 km;
  2. Lebuh raya paling sibuk: Lebuhraya Persekutuan;
  3. Terowong lebuh raya terawal: Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak;
  4. Terowong lebuh raya terpanjang: Terowong SMART E38 sepanjang 4 km;
  5. Jambatan lebuh raya terpanjang: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sepanjang 23.37 km;
  6. Jambatan lebuh raya kedua terpanjang: Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 km.
  7. Lorong plaza tol paling banyak: Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan 28 lorong;
  8. Lorong plaza tol kedua paling banyak: Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan.
kadar tol lebuh raya di malaysia
Sumber: Wikipedia

6. Huruf Berwarna Kuning

Huruf berwarna kuning papan tanda merujuk nama jalan.

huruf kuning papan tanda jalan raya
Sumber: Wikipedia

7. Huruf Berwarna Putih

Manakala, huruf berwarna putih pula merujuk nama bandar dan kawasan. Selain itu, papan tanda berwarna putih dengan huruf hitam juga digunakan untuk merujuk bandar-bandar dan penempatan lain.

huruf putih papan tanda jalan raya
Sumber: Wikipedia

8. Huruf Berwarna Putih, Latar Merah Manggis (Maroon)

Perkataan berwarna putih berlatarbelakangkan warna maroon merujuk pada destinasi pelancongan. Papan tanda berwarna putih dengan huruf berwarna hijau juga turut menandakan lokasi tumpuan pelancong.

papan tanda kawasan pelancongan
Sumber: Wikipedia

9. Huruf Berwarna Jingga, Latar Hijau

Huruf berwarna jingga berlatarbelakangkan warna hijau merujuk pada bangunan atau institusi kerajaan.

Huruf Berwarna Jingga, Latar Hijau
Sumber: Wikipedia

10. Susunan Nama Lokasi

Destinasi pada papan tanda jalan raya disusun mengikut jarak. Lokasi paling jauh diletakkan di bahagian paling atas, manakala lokasi paling dekat diletakkan di baagian paling bawah.

susunan lokasi pada papan tanda jalan raya
Sumber: Wikipedia

Selain itu, jika anda ingin membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai terbaik dengan proses yang mudah, selamat, dan pantas.

Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan dan keselesaan di samping memberikannya estetik yang telah dibaik pulih agar anda boleh nikmati kereta baharu anda tanpa perlu risau apa-apa.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular