HomeBM5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Kia Forte 2019 Terpakai

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Kia Forte 2019 Terpakai

Pembelian Kia Forte 2019 terpakai merupakan alternatif yang terbaik untuk menjimatkan wang anda daripada membayar ansuran bulanan yang tinggi. Model Kia Forte 2019 serba baharu pertama kali ditampilkan kepada umum sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) pada tahun 2018 di Detroit, Amerika Syarikat (AS). Rekaan Kia Motor yang terkenal dengan sloganThe Power to Surprise ini sememangnya cukup sporty dan trendy.

Malah, reka bentuknya yang elegan dan moden semestinya mengujakan peminat kereta jenis kompak yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar kereta dari Korea Selatan ini. CARSOME menyenaraikan 5 sebab kenapa anda perlu memiliki Kia Forte 2019 terpakai ini.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Kia Forte 2019 Terpakai

kia forte 2019

 

1. Kuasa Enjin yang Mantap

Prestasi Kia Forte 2019 dikuasakan oleh enjin 4 silinder 2.0L generasi kedua yang disokong oleh teknologi Atkinson dan sistem EGR yang disejukkan. Kedua-dua teknologi ini biasanya digunakan untuk kenderaan jenis hybrid dan elektrik untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan api. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan atau IVT (Intelligent Variable Transmission). Kuasa dan tork bagi model Kia Forte 2019 sama seperti model Kia Forte 2018 iaitu 147 kuasa kuda (hp) dan tork 178Nm dengan anggaran bahan api sebanyak 6.7 liter bagi setiap 100km. Penggunaan bahan api ini lebih menjimatkan berbanding model terdahulu.

2. Sistem Bunyi Yang Dinaik Taraf

Kia Forte 2019 tampil dengan ciri yang belum pernah diperkenalkan dalam mana-mana model segmen sama sebelum ini. Ia dilengkapi dengan sistem audio premium 8 pembesar suara Harmon Kardon 320 watt yang dipertingkatkan dengan paten lubang pembesar suara unik pada panel pintu dan kabin. Harmon Kardon merupakan jenama yang sinonim dengan pembesar suara dan menjanjikan kualiti bunyi terbaik. Antara ciri lain yang disediakan seperti pengecas tanpa wayar yang sesuai untuk peranti Android dan IOS. Kereta sedan segmen C ini juga turut dilengkapi dengan sistem sambungan pintar yang menyokong peranti Android Auto dan Apple CarPlay.

kia forte 2019

3. Ruang Kargo Yang Luas

Kia Forte 2019 tampil lebih menawan dengan mengetengahkan reka bentuk seperti Kia Stinger dengan pendekatan fastback untuk tampil lebih garang dan sporty. Panjang keseluruhan model ini ialah 4,640mm iaitu pertambahan sebanyak 3.2 inci atau 810mm berbanding model terdahulu. Ia sekali gus menjadikan ruang kaki dan ruang but lebih luas untuk keselesaan sepanjang perjalanan. Tinggi model ini ialah sebanyak 1,440mm manakala lebar pula sebanyak 1,798mm. Ruang kabin Kia Forte 2019 tampil lebih seksi dan bergaya dengan penyaman udara berbentuk bulat, skrin sentuh 8 inci, papan pemuka (dashboard) melintang dengan butang minimalis dan penggunaan material soft-touch.

4. Spesifikasi Yang Lebih Baik

Kia Forte 2019 juga turut menjanjikan keselesaan yang lebih baik berbanding model terdahulu selain memfokuskan pengalaman pemanduan yang optimum. Kia Forte 2019 turut menambah baik teknologi bantuan yang semestinya akan menambahkan keyakinan pengguna sepanjang pemanduan. Penambahan ciri bantuan ini semestinya diharap mampu membantu model ini bersaing semula dengan jenama besar lain seperti Honda Civic, Toyota Corolla, Nissan Sylphy dalam pasaran sedan kompak di peringkat global.

  1. Amaran Pelanggaran Titik Buta atau Blind-Spot Collision Warning (BCW)
  2. Bantuan Pengekalan Lorong atau Lane Keeping Assist (LKA)
  3. Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan atau Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)
  4. Kawalan Pemanduan Pintar atau Smart Cruise Control (SCC).

reka bentuk forte 2019 yang moden dan trendy

 

5. Teknologi Pintar Yang Lebih Kompetitif

Kia Forte 2019 turut tampil dengan teknologi pintar yang lebih baik dan kompetitif. Paling menarik, model ini dilengkapi dengan teknologi Smart Welcome dan Smart Trunk. Smart Welcome merujuk kepada sistem lampu yang akan menyala pada bahagian pemegang pintu sekiranya anda mendekati kereta dengan kehadiran Smart Key atau Kunci Pintar bersama anda. Manakala Smart Trunk pula membolehkan bahagian but kereta terbuka secara automatik apabila Kunci Pintar dikesan berada berdekatan selama 3 saat. Jika tangan anda penuh dengan barangan runcit, beg kerja atau payung, anda tidak perlu meletakkan barangan anda untuk mengeluarkan kunci sebelum anda boleh membuka but kereta anda.

Perkongsian ini diharap dapat membantu anda membuat pilihan sekiranya anda berminat untuk memiliki Kia Forte 2019 terpakai. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan CARSOME untuk mendapatkan kereta terpakai idaman anda. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas. Anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular