HomeBMNak Jalan-Jalan Kat Pantai Timur? Ini Aplikasi Parking Yang Wajib Ada Dalam...

Nak Jalan-Jalan Kat Pantai Timur? Ini Aplikasi Parking Yang Wajib Ada Dalam Telefon Anda!

Pantai timur Malaysia merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang wajib singgah, terutamanya bagi mereka yang kaki foodie. Apabila berada di negeri seperti di Kelantan, mestilah kena buat food hunting

Nasi kerabu, mi celup, nasi dagang, patin tempoyak, dan macam-macam lagi makanan yang sedap untuk dicuba ketika anda di sana. Bukan hanya makanan, di pantai timur juga ada pelbagai destinasi menarik untuk dilawati. Pantai-pantai di sana juga cantik dan lawa! 

Pasar Siti Khadijah

Tetapi, semasa anda di sana, janganlah pula anda parkir merata pula tau! Parkir di tempat yang telah disediakan dan gunakan aplikasi untuk membayar bayaran parkir. 

Sebenarnya, negeri-negeri di kawasan pantai timur sebenarnya dah maju. Sama seperti di Lembah Klang, kebanyakan majlis daerah/perbandaran di sana telah menggunakan kemudahan teknologi bagi tujuan pembayaran parkir seperti menggunakan aplikasi dalam talian. 

Ini merupakan sebahagian daripada aplikasi parkir yang anda boleh muat turun jika anda ingin singgah dan melawat negeri-negeri pantai timur. 

1. Jom Parking 

Antara aplikasi wajib ada ketika anda berada di Kelantan ialah JomParking ini. 

Menariknya tentang aplikasi ini ialah aplikasi turut boleh digunakan di Lembah Kelang dan juga Kuala Lumpur. Jadi, jika anda telah pun menggunakan aplikasi anda di bandar, ini bukan masalah buat anda. 

Muat turun aplikasi ini di sini bagi pengguna Android dan juga pengguna Apple.  

2. KelantanPay

Sama seperti Selangor yang mempunyai aplikasi Smart Selangor sebagai hab pembayaran universal kerajaan negeri Selangor, Kelantan juga ada aplikasi KelantanPay. Ia merupakan aplikasi rasmi bagi kerajaan negeri Kelantan untuk memudahkan rakyat menyelesaikan urusan seperti membayar cukai dan sebagainya dalam satu aplikasi yangs sama. 

 

 

Selain digunakan bagi tujuan membayar cukai dan lain-lain bil, KelantanPay juga boleh digunakan bagi membayar parkir di seluruh negeri Kelantan. Anda hanya perlu daftar masuk, pilih majis daerah mana anda berada dan teruskan dengan pembayaran parkir. 

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Play Store dan juga di Apps Store

3. Flexi Parking 

Jika anda telah ada aplikasi Flexi Parking ini dalam telefon pintar anda, anda dah tak perlu risau bab parkir dah jika anda berada di Kelantan. Bagi pembayaran parkir di Kelantan, aplikasi Flexi Parking boleh digunakan. 

Antara kawasan majlis daerah yang anda boleh gunakan Flexi Parking untuk membayar parkir ialah: 

  • Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam 
  • Majlis Daerah Pasir Mas
  • Majlis Daerah Tanah Merah 
  • Majlis Daerah Tumpat
  • Majlis Daerah Machang 

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Play Store, Apps Store, dan juga di AppsGallery

4. PahangGO

Jika di Kelantan ada aplikasi KelantanPay, di Pahang pula ada aplikasi PahangGO. Fungsinya juga hampir sama iaitu ia berfungsi sebagai aplikasi rasmi bagi kerajaan Pahang. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pembayaran bil dan zakat. 

Selain itu, aplikasi PahangGO juga boleh digunakan untuk membayar parkir. Anda boleh gunakan aplikasi ini untuk membayar parkir semasa anda berada di majlis daerah berikut: 

  • Majlis Perbandaran Kuantan 
  • Majlis Daerah Cameron Highlands
  • Majlis Daerah Lipis 
  • Majlis Daerah Rompin 
  • Majlis Daerah Jerantut 
  • Majlis Daerah Pekan 
  • Majlis Daerah Temerloh 

Muat turun aplikasi PahangGO di Play Store dan juga di Apps Store

5. Smart Besut 

Bestnya kalau dapat jalan-jalan makan angin di Terengganu! Tapi hati-hati kalau anda nak parkir kereta sepanjang masa anda berada di sana, kalau anda tak bayar parkir, silap hari bulan kereta anda akan dikompoun atau lagi teruk akan ditunda jika anda parkir kereta anda merata! 

Antara aplikasi yang anda boleh gunakan terutama jika anda berada di Besut ialah aplikasi Smart Besut. Aplikasi ini merupakan usahasama dengan First Parking yang anda boleh muat turun di Play Store dan juga Apps Store

6. E-bayaran MBKT 

Sebelum anda singgah di Pasar Payang untuk shopping, anda kenalah bayar parkir dahulu tau! Anda ada pilihan sama ada untuk bayar di kiosk parkir yang ada di kawasan parkir. Ada masanya anda terpaksa beratur panjang hanya semata-mata untuk bayar parkir! 

Ataupun anda boleh gunakan aplikasi e-bayaran MBKT untuk membayar parkir kereta anda. Tak perlu beratur panjang-panjang. Tak perlu nak cari duit kecil lagi. Semuanya boleh selesai gunakan telefon pintar anda saja! 

Walau bagaimanapun, aplikasi (ketika artikel ini ditulis) ini hanya tersedia untuk peranti Android saja. Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi ini DI SINI.  

Pantai Timur Dah Maju 

Ada sebahagian orang masih menganggap negeri-negeri di Pantai Timur masih lagi mundur dan lambat daripada segi kemajuan. Namun, sebenarnya negeri-negeri di sana sudah maju. Majlis daerah/perbandaran di sana sudah pun menggunakan aplikasi untuk pelbagai tujuan termasuklah pembayaran parkir. 

Bukan hanya aplikasi parkir, malah di Terengganu sudah lama wujudnya parkir bertingkat. Ini untuk memudahkan pelawat serta penduduk negeri Terengganu untuk parkir kereta mereka di tempat yang sepatutnya. 

Sumber: Tripadvisor

Jadi, buat anda yang bercadang untuk melawat dan melancong di Kelantan, Pahang, ataupun Terengganu, pastikan anda mempunyai aplikasi parkir yang sesuai untuk digunakan di sana. Semak juga sama ada aplikasi yang telah sedia ada dalam telefon anda boleh digunakan atau tidak untuk tujuan bayaran parkir di sana. 

Diharapkan artikel ini boleh membantu anda merancang perjalanan anda ke pantai timur nanti. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular